Friday 15 November 2013

di sebalik kejayaan itu...


salam jumaat korang..

oh, kita memang ternanti-nantikan jumaat..
sebabnya, minggu ni rasa lambat masa berlalu..
huhu..


sebelum kita nak meraban lebih panjang..
nak bagi warning siap-siap dulu..


entry ini ditujukan kepada mereka-mereka yang masih mempunyai mak dan ayah, ibu dan abah, mama dan papa, mummy dan daddy, ummi dan walid atau apa jek panggilan korang pada parents korang..


sebabnya, takut nanti ada yang tersalah anggap..
dah terus hentam i secara bertubi-tubi..hohoho..


kita tak cerita pasal hal kawen-kawen lagi harini..
tunggu next week la..mood tak datang lagi..
nanti ayat jadi tak best....=p


sempena bulan konvokesyen yang tak abis lagi ni, 
kita nak tambahkan lagi kehangatan dia..
dan pada yang berjaya menaiki pentas konvokesyen di seluruh alam semesta ni,
kita nak ucapkan syabas, tahniah, well done, good job dan Alhamdullilah..
semoga anda menjadi seorang manusia yang berguna kelaknya..
AMIN...


but today, kita nak cerita disebalik kisah konvo tu pulak..
another perception of convocation..
dimana, bila kita lihat bulan-bulan konvo jek,
mesti penuh universiti kat malaysia ni khasnya, sebabnya sanak saudara semua nak meraikan kaum keluarga mereka yang berjaya menamatkan pengajian..
pernah tak kita tengok pesta konvo yang tak meriah???


pada kita, tak pernah lagi la..
sebab everytime kita pegi pesta konvo, parking memang jenuh nak dapat..
itu menunjukkan rakyat malaysia masih lagi menghargai dan mengamalkan sikap kekeluargaan dalam diri mereka...
bila ada jek salah seorang family member yang nak berkonvo, siap 2,3 buah kereta nak datang ikut tengok..
padahal yang boleh masuk dewan, hanya 2 orang jek..
yang lain takpe, sanggup duduk berpanas diluar dewan menunggu insan yang diraikan..
yelah, mungkin itu baru salah seorang ahli keluarga yang berkonvo..
excited dia terlebih sedikit..
kalau macam kita ni, 4 tahun berturut-turut attend konvo, dah tak rase ape dah..
tau nak cepat habis, cepat balik..hehe...


berbalik kepada pernyataan tadi..

ada tak sesiapa pernah rasa macam kita rasa..
iaitu..


'bila seseorang itu nak konvo, dia tak bagitau emak ayah dia'


yes, itu yang kita lihat pada zaman yang serba moden lagi canggih ni la kan..
anak dah lupa diri..
tak sedar selama ni mak ayah yang membanting tulang cari rezeki nak menyara perbelanjaan pelajaran dia..
bila dah tamat belajar, dan bila tiba majlis konvokesyen, tak nak bagitau mak ayah
sebabnya tak grandlah..kuno dan so kekampungan
mak ayah tak payah datang..
cukuplah sekadar buah hati pengarang jantung cinta bulan saja yang meraikan hari yang istimewa..


sad to say..
menda ni memang berlaku..
dan didepan mata kita sendiri..


di saat orang lain bergembira, bergambar bersama keluarga..
dia hanya bergambar dengan boyfrennya saja..
helo, orang yang dah kahwin pun bila time konvo, salah seorang partner hidup akan mengalah tau..
bagi mak ayah tengok anaknya konvo..
atau salah seorang mak atau ayah yang akan tengok..
bukan dua-dua langsung tak ada..

penting sangat ke boyfren tu nak dibandingkan dengan mak ayah sendiri???

even kalau kata boyfren tu yang taja kau belajar sekalipun, takkan tak boleh nak bagitau dekat mak ayah supaya datang konvo kau??

i really dont understand people nowadays...huhu


hakikat yang sakit untuk kita dengar, but it happen..

masa kita matrik dekat uitm merbok dulu..
terdengar satu cerita ni daripada rakan satu batch..
housemate dia katanya..
pakai barang semua mahal-mahal..
mengendeng pun anak orang kaya..
tapi bila tiap kali keluar, anak orang kaya ni lah yang tanggung dia..
tapi dok canang dekat orang dia anak orang kaya jugak..pelik..
satu hari dia teramat jeles dengan anak orang kaya yang tanggung dia ni..
abeh semua bra-bra kawan tu yang mahal dia gunting
termasuk baju dan seluar..macam naik meroyan..
last-last dapat tahu, dia tu anak pemandu teksi jek..
tapi berlagak nak jadi anak orang kaya..
nak pakai mahal-mahal..tamau kalah dengan orang..

itu namanya hasad dengki yang tiada kesudahan...
last-last diri sendiri yang meroyan..

itulah pantun dua kerat daripada kita..haha

eh, macam tak kena jek cerita matrik tu kat sini..
what eva..


kita just nak highlightkan bahawa..


ingatlah ibu bapa korang sementara diorang masih ada..
kita ni nak balas jasa diorang, tak terbalas dengan wang ringgit..
apa salahnya biar diorang bergembira melihat kita di pentas konvo tu..
riak muka mereka memang biasa saja..
tapi korang tau ke hati diorang gembira bukan kepalang..
penat lelah selama harini korang dah berjaya balas sedikit..
biarlah tak dapat anugerah naib canselor ke..graduan kelas pertama ke..
nak malu apa..
mereka ibu bapa kamu..
yang mendidik dan membesarkan kamu..
mereka lagi paham kamu daripada orang lain..
even kalau orang lain mengumpat kamu dapat kelas ketiga pun..
ada ke ibu bapa yang nak menambahkan api lagi..
pastinya mereka akan cakap itu rezeki..
masa depan perlu dicorak sendiri..
mungkin nanti ada sinar yang menanti..


dan pada mereka yang just ajak boypren jek tu..
sungguh ke dia nak kawen dengan kamu??
sungguh ke dia nak susah senang dengan kamu??
sungguh ke bila kamu berkata i jump u jump, dia nak jump sama??


yelah, bila bercinta, mata kita buta..
semuanya indah belaka..
yang buruk dipandang enteng saja..
kata kamu dia akan berubah..
kata dia, dia akan setia selamanya..
tapi adakah dia setia macamana ibu bapa kita setia dengan kita???


even kita dibesarkan dalam 'broken family'

but itu tak pernah menjejaskan hubungan kekeluargaan..

so, dont say ur mother or ur father tak hiraukan kamu..
dan kamu juga tak perlu hiraukan mereka..


ingatlah, bila ada..kita tak pernah menghargainya..
tapi bila takde, baru kita terpikir-pikir menyesal..

dah besar..pikirlah sendiri kan..

till then..



x0x0..



p/s : sowi, im quite emo bila pasal family ni..


4 comments:

  1. ada ke anak yg xnk parents dtg convo? ish3..convo tu kan celebration yg once in a lifetime..xphm la knape nk ajak bf je..ada gak manusia camni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia skrg macam-macam faezah..terkejut..happen this week jugak..=(

      Delete
  2. sayu pulak bace entry ni..
    Kisah miss hidy laen pulak..nk cite pon segan hehe..
    Hm..tak tahu pulak ade yg mcmtu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tulis ni pun sebak jek nak taip entry ni..hoho..
      if ade reasons yang kukuh knape mak ayah tak dapat datang, takpelah..tapi kalau tak datang, sebab tak pernah nak bagitau mak ayah, then itu melampau..
      papepun, masing-masing ada alasan tersendiri..
      and alasan remain as alasan..for me..=)

      Delete