Tuesday 19 November 2013

dah kawen nanti nak dok mana???


salam semua..

kita tak dapat nak cerita banyak pasal prep majlis..
sebab mostly banyak yang tak buat lagi sebenarnya..


my friend call hari tu tanya..
macamana persiapan apa semua..
tapi kita cakap itu belum, ini belum..
hatta pergi kursus kawen pun belum..
tak tahulah nak kawen ke tidak ni..huhuhu..


nantilah, pelan-pelan kita daki..
nanti kalau dah siap semua awal-awal tak best pulak..
boleh pulak gitu kan..
orang lain semua nak settle awal, kita sorang je nak kelam kabut nanti..=p

eh, jangan doakan tau..

hopefully semuanya berjalan dengan lancar..AMIN..

so, sorry pada korang if nantikan update pasal persiapan kawen..(tapi ade ke yang ternanti-natikan???hurm)
sejujurnya, memang takde benda nak update kalau pasal prep..
kalau pasal menda merapu banyak..hehe 
nanti kalau ada info yang bermanfaat, kita kongsi ya..bukan kedekut tau..


selain pasal persiapan..soalan yang paling famous amos ditanya pasal dimana nak tinggal lepas kawen nanti..
baik kawan-kawan mahupun family pasti tanya pasal ni..
soalan cepumas la katakan kalau masing-masing duduk berlainan negeri..
kalau tanya kita, kita takde jawapan lagi..
kena tunggu rezeki..
if ada rezeki untuk duduk sekali sebaik saja lepas majlis..syukur alhamdulillah..
tapi kalau takde rezeki, maybe terpaksa duduk berjauhan dulu..tapi harap-harap tak lama lah..
sapa yang nak kan..
dah la masa bercinta pun bila-bila zaman baru berjumpa..
takkan dah kawen pun nak hadap situasi yang sama..
oh, kita tidak setabah yang disangka..x_x


dah tu kenapa tak nak duduk sekali jek terus??


sebab pertama, pasal kos sara hidup..
encik tunang memang dah pesan awal-awal memang dia tak nak keluar daripada penang..
katanya kalau semua orang melayu nak keluar daripada penang..
takkan nak biar penang tu senang-senang jadi milik bangsa lain..
oh, berjiwa patriotik sungguh encik tunang..hehe..


dah tu kalau nak tinggal di penang..
sewa rumah saja paling koman kita rasa 5,6 ratus..
tak termasuk perbelanjaan lain lagi..
makan, minum, bil, kereta so on and so forth..


kami bukannya orang berada..
petik jari terus mencurah-curah turun duit..
itu memang menjadi satu kerisauan yang amat sangat..
cukup ke duit if nak menyewa disana..
tapi harap-harap satu hari nanti ada rezekinya..
sebab niat kita baik..InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita..


bagi kita, sebolehnya kita tamau tinggal sekali dengan mertua..
even baik macamana pun mertua tu, tapi kita rasa kalau dah berkahwin, belajarlah untuk berdikari..
kita tak ajak encik tunang tinggal dengan mak kita..
dan kita juga tak nak encik tunang ajak tinggal dengan mak dia..
bagi kita, kalau terpaksa tinggal pun sebulan dua maybe boleh..
tapi bukan setahun dua atau selama-lamanya..
kalau tak, sampai bila nak berdikari..
sampai bila nak merasa senang jek tanpa perlu berusaha dan bersusah sendiri..
takut nanti kalau dah terbiasa dengan keadaan senang, tak boleh nak susah sedikit..
bagi kita, takpelah kalau rumah sewa tu takde tv, katil, peti ais sekalipun..
biar tido atas lantai beralaskan tilam jek..kita sanggup..
nak merasa duduk berdua jek..
nak merasa susah senang bersama..
nak merasa bercinta puas-puas sebab masa time couple dengan tunang, tak dapat nak merasa semua tu..
itu harapan kita..=)


my mum pulak sebolehnya nak kita tinggal dekat ipoh..
anak perempuan sorang katakan..
memang kita tak manja..tapi mungkin dia rasa kalau kita jauh, siapa nak teman dia pergi beli baju..siapa nak layan sembang cerita gosip-gosip perempuan..walaupun adik-adik lelaki kita gemar bergosip..tapi lain bila bergosip antara lelaki dan perempuan..
dan bila terpikirkan satu hari nanti terpaksa berjauhan jugak..
sayunya hati..
tapi nak buat macamana..kalau dah kahwin mestilah kena ikut suami kan..


tapi insyaAllah, kalau tak mampu nak beli rumah di penang..
dah pasang niat nak beli rumah di negeri tumpah darah sendiri..
moga-moga dimakbulkan satu hari nanti..AMIN..AMIN..AMIN



sebab kedua pulak..pasal kerja..
sebab sekarang kita baru tukar kerja..
kontrak dekat tempat sekarang setahun..if tak cukup setahun kena bayar balik yuran guaman..
oh rugi tu, takkan sebab sebulan dua nak cukup setahun then  berhenti..then kena bayar 1k+..
buat kenduri pun duit dah habis banyak..
ni nak tambah lagi duit bayar yuran..tidak..tidak..
paling-paling awal kalau kita nak berhenti pun kena cukupkan setahun kerja..
tapi kalau lepas kawen nanti, duit turun mencurah-curah..
then kita sanggup bayar balik yuran tu..=)
tapi kalau takde rezeki, kita bersabarlah berjauhan dulu dengan encik suami..
memang kira pakai jari tak lama..
4 bulan jek duduk jauh lepas majlis..
tapi rasanya bila dah kawen nanti, seari jauh pun dah macam setahun..
tengok berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah kawen and duduk jauh dengan husband..huhu



sebab ketiga..pasal kerja jugak..
 kalau encik tunang duduk di ipoh, maybe susah pada dia untuk dapat kerja lain..
sebab dekat sini tak banyak tempat yang sesuai untuk dia..
kalau ada pun, mungkin gaji tak sehebat sekarang..
terbalik pulak dengan kita..
insyaAllah kita rasa kalau kita pindah penang, rezeki mungkin lagi banyak daripada sekarang..
sebab kalau nak compare gaji lawyer dekat ipoh dengan gaji lawyer dekat penang, maybe 1 1/2 kali ganda kot lagi banyak dekat penang..
tapi tengoklah jugak, gaji besar pun, cost of living pun  tinggi..
semua tu kena ambil kira..
dunia sekarang duit..duit..duit..



kalau boleh lepas majlis, kita tamaulah semua simpanan habis..
kurang-kurang mesti ada duit simpanan emergency..
sebab kita tak tahu apa akan jadi..
kalau rezeki awal, pregnant..semua tu perlu duit jugak..
memang nak kawen ni bukan sekadar nak fikir seronok jek..
hal-hal lain pun kena fikir sama..



disebabkan reasons diatas..
start daripada sekarang kami dah didik diri supaya terima dulu keadaan kalau lepas majlis nanti terpaksa duduk berjauhan dulu..
tengoklah nanti, siapa yang free, dia balik la..
kalau tak free pun kita percaya tiap-tiap minggu mesti nak jumpa..
dah halal kan..sapa lagi nak larang..hehe..
jangan pikir kuning okeh..=p



jadi, itulah kesimpulannya..
pasni kalau orang tanya lagi..
kita just nak jawab entah jela..
nak describe satu-satu reason, jenuh kot..
nanti kang selang 10 min sorang lagi pulak tanya..
nak kena explain lagi..
jadi, jawapan yang paling mudah nak cakap gini jela..


kalau nak tahu, sila baca blog saya+kamu=bersama okeh..kat situ ada jawapannya..

ok tak???haha


sebelum mengundur diri..
nak share satu menda ni dengan korang semua..
kawan-kawan shaklee kita share aritu..
rasa rugi pulak if tak share dengan korang..=)


jika tiada rezeki anak
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

jika tiada rezeki wang ringgit
mungkin diberikan rezeki kesihatan
maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal

jika tiada rezeki rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak putus
maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan

jika tiada rezeki pasangan yang cantik
mungkin diberikan rezeki pasangan yang lebih baik dan pandai menguruskan rumahtangga
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

jika tiada jodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua

jika tiada rezeki hari ini
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka

bersabar..bersyukur..berusaha..berdoa..bertawakal..
Hanya Dia Allah Yang Maha Adil

"Hasbi Rabbi Jalallah Maafi Qalbi Ghairullah Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah..Muhammadur Rasulullah..



till then..


have a nice day and x0x0...



2 comments:

  1. moga segala urusan dipermudahkan insyaallah :)
    Chaiyokkk Yna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu cik bie..
      ni lagi semangat ni..hehe..=)

      Delete