Tuesday 5 November 2013

cinta jarak jauh...


salam semua..


rasanya tak terlambat untuk kita ucapkan selamat menyambut maal hijrah 1435..
semoga kita semua menjadi lebih baik daripada semalam..
dan semoga hari-hari mendatang nanti kita isi dengan kebaikan, kegembiraan dan kebahagiaan yang berkekalan dunia dan akhirat..
AMIN..


harini kita tak sehat la..
tetiba boleh demam la pulak..
demam windu encik tunang kot..
dua hari dapat jumpa, tibe harini tak jumpa..
terus demam..ngade..
gane lah dah kawen nanti kalau duduk pjj..
takkan tiap-tiap minggu nak demam..
haru..hohoho..


apela, demam pun nak citer kat blog..
nak bagi semua orang tahu..
hey, ni blog i..sukahati i lah..
sebuk baca jugak nape kalau tak suke???
=p



rasa-rasanya korang semua tahu kan kita jarang dapat jumpa encik tunang??
yelah, dia dok penang, kita dok batu gajah..
mana nak jumpa selalu..
kalau setengah orang, bukan jauh sangat pun kan, 2 jam jek dah dapat jumpa..
tapi kita ni payah sikit..
family jenis kongkong, especially my grandmother la..
mak kita ok jek, tapi sometimes dia tak bagi jugak..
so, if kita nak pegi penang, nanti nak tido mana ape suma..
takkan nak pegi balik hari, tak bestlah..
encik tunang takpelah bila balik ipoh, ade umah maklong dia kat sini..
kita manada sedara kat sana..if ade pun tamaula nak tumpang..segan i..

family encik tunang sporting..
tak kisah pun if kita nak bermalam dekat sana..
tapi kita la segan..tak kawen lagi, tamaula..
biarlah kita simpan sedikit perasaan malu tu kan..
lagipun tak elok la pompuan nak bertunggu bertangga dekat rumah orang laki walaupun familynya ok..tak manis orang kata..
macam ade sorang kawan kita ni..
awek abang dia tu dah biasa tido rumah dia apa suma..
last2 lagi 2 minggu nak nikah, pompuan tu tamau kawen..
gila..
kau dah berumah tangga dekat rumah orang..dah baik dengan family laki tu apa sume..
sampai mak dia dah sayang ape sume kat awek ni,
last2 kau batalkan kawen atas alasan abang kawan kita ni gemuk..
memang tak masuk akal langsung..
bukannya gemuk pon..tapi kalau hati tu dah tak suka, macam-macam perkataan nak keluarkan..
so, daripada jadi gitu, baiklah kita elakkan seboleh mungkin..
biar masih ada batas walaupun dah bertunang..
ingat, bertunang bukanlah tiket untuk kita bebas, nak jadi macam somi istri..


wah, tazkirah di hari selasa pulak..haha..
takpelah, kan tahun baru..eloklah tu nak bagi tazkirah..ngeeee..


ok2, back to the main topic..
macamana boleh bertahan cinta jarak jauh ni ye??

kalau korang nak tahu, kita tak pernah bercinta jarak dekat..
dengan ex2 sebelum ni pun semuanya jarak jauh..
so, im used to it..biasa dah..
but sometimes sedih jugak..yelah, orang lain dapat nak menggedik dengan pakwe masing-masing..
kita tak dapat nak menggedik..huhu..


tapi apa yang kita suka,
tiap kali dapat peluang nak jumpa..
perasaan tu jadi seronok sangat-sangat..
macam every time jumpa tu, itulah first date kita..
jadi, kita lebih menghargai masa tu setiap detik..
kalau plan nak jumpa next week, minggu ni dah ceria semacam..
happynya macam nak dapat sejuta..
dok pikir nak pakai baju apa sume..
padahal, jumpanya pun tak sampai setengah hari pun..kehkeh..
takpelah, kita simpan masa lepas kawen nanti..
lantaklah nak dating 24 jam pun,tak nak balik rumah pun, takde sapa nak marah kan..
sabar, sabar..itu yang kita selalu pesan pada diri sendiri tiap kali merindui encik tunang..gituh..=)

tapi sejak dah tunang ni my grandma tak bising dah la kalo kuar kan..
mak kita pon ok jek..
hehe


macamane kita boleh tahan cinta jarak jauh gini ye??

hurm, just nak citer..
nak bagi tips, rasanya taklah layak mana..
sebab ada orang lain yang bercinta jarak jauh berjuta-juta batu..
kita ni tak sampai 200km je pun..hehe..


apa yang penting, kalau bercinta pjj ni..
kena ada kepercayaan yang tinggi..
yes, makin lama hidup, makin kita matang..
dan tahap kematangan tu lah yang membuatkan kita aware keadaan sekeliling kita..

sebagai contoh, dulu masa time belajar..
bercinta punya rak dengan sorang mamat selangor ni..
bila kat shah alam, bolehla jumpa kan..
tapi bila dah cuti sem, mulalah hati ni gundah gulana nak tinggalkan sang buah hati lama-lama..
takut terjumpa orang lain yang lagi cantik, hot apa suma..
tapi tu lah, takdir Allah..
sekuat mana kita pertahankan cinta kita yang konon-kononnya suci dan murni macam minyak masak seri murni tu,
tapi kalau dah takde jodoh, takde jugak..last2 clash, sebab dia jumpa someone yang lagi better dari kita..maybe
that's was my first love la konon..
sedih memang sedih, tapi nak buat gane..
my prinsip, kalau orang tu dah tak nak kita, tak perlulah nak merayu apa suma dekat dia supaya terima diri kita..
katakan pada dia kita akan ubah itu ini demi cinta..
sebab laki ni, kalau dah tak suka, kita ubahlah, pujuklah macamana, last-last tetap dia tinggalkan kita jugak..
so, dont waste your time begging ur ex okeh..
eh..eh..macam terlari topik pulak..haha..

demam-demam ni asek lari topik jek..sorry geng..=)


macam sekarang, walaupun bercinta pjj jugak..
tapi, kita trust dekat encik tunang..
taklah 100%, tapi, kita tak perlulah nak risau dah 24jam ke apa..
dia nak pegi mana, kita tak risau..
dia nak keluar main futsal ke, kita tak lah risau..
macam kita cakap tadi, masa mematangkan kita..
so kita develop trust tu pelan-pelan..
susah jugak kalau tak percaya langsung..
hati kita dok risau 24 jam..last2 gaduh..tak guna jugak kan..
so, trust your partner..but dont 100%..
save another percent for your heart security..
if anything bad happen, then you're not suffer..=)



lepaih tu, 


be independent..
janganlah nak harap kat pakwe jek sume..
nak buat itu ini kena confirm dengan pakwe dulu..mintak permission dia bagai..
hey, remember, he is neither ur husband nor your halal partner yet..
so, watpe nak minta permission dia..
cakap jela nak pegi situ sini..
so, kalau dia tak bagi then you tak payah keluar ke hape..
kalau kita setakat nak pegi kedai nak beli ubat gigi..tak payahlah nak text call bf mintak permission bagai..pegi jela..
bukannya nak buat apa pun..
kadang-kadang laki pun runsing sume menda nak report kat dia..
tapi if dapat laki yang kuat cemburu tak bertempat, then kena reportlah..
tak pasai-pasai perang dunia pulak..
tapi bagi kita la, tak kawen lagi dah cemburu teruk bebenau, nak kawen watpe dengan orang gitu??
just my opinion sajolah..

hey..
cinta itu butalah..
kalau kentut pun bau wangi..


oic..


actually, kita pun tak tahulah apa yang kita merepek sorang-sorang ni..
dibawah pengaruh sedar kot ni..hehe..


better kita stop dulu..
nanti sambunglah ek..
kena tido..



till then..


x0x0..




p/s : oh, malasnya nak keje esok..mc bleh???




2 comments:

  1. sabar ye yang.. moga cepat sembuh dr demam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. always bersabar cik bie..=)

      tenkiu..harini dah okeh sikit..arap2 esok fully recovered lah..

      Delete