Friday 8 November 2013

#throwback-my convocation days...


hi korang..

sehat ke??rasa macam tak cukup masa jek sekarang ni..
keje semakin banyak dah semakin urgent..
nak kongsi samting
harini kita quite happy..
kes kita kat sungai siput dah setel..horayyyyy..
that was my first accident case..
tenkiu bos kerana mengajar..=)


sebelum apa-apa, kita nak bagi warning dulu..

AWAS!!!

harini, ari jumaat..
jadi entry ini adalah sangat panjang..
if rasa menyampah, tak payah baca..
tapi nak teruskan baca pun takpe jugak..=)



oklah..
memandangkan sekarang musim konvo kan..
dan tetiba kita teringat pasal konvo kita dulu, 
sebenarnya bukan nak cerita pasal konvo sangat..
tapi tersangat windukan rakan-rakan seperjuangan dulu..
berusaha cari cd yang burn gambar dari laptop lama dulu..
seronoknya time study dulu..nak blajar balik sekarang ni rasanya macam dah malas jek..
huhuhu 

sedar tak sedar dah almost 3 tahun tinggalkan zaman belajar..
rindunya..
tsk..tsk..


kisahnya bermula disini..


kamu belajar kat mana dulu??
= dekat UiTM..

yes, im proud to say that i am one of the UiTM's products..

tapi, bila orang tanya, pastu tak reti nak jawab..
then baru terasa malu nak mengaku saya dulu belajar kat UiTM..
hehe.. 


pastu, bila orang tanya amik course apa..

segan-segan nak jawab amik course Law..sebab tahu diri tak sepandai mana..

pastu bila mintak kerja, potential boss tengok resume and sijil-sijil bagai, then mesti terkeluar punyalah soalan ni..

apasal kamu konvo dua kali??

ha, nak tahu kenapa??

meh nak explain..


sebenarnya course law dekat UiTM terbahagi kepada dua..

1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) - BLS
2. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) - LLB

apakah bezanya??

sebenarnya macamni.. 

untuk BLS tu kita akan belajar selama 3 tahun..
lepas tu grad..
konvo..
tapi kalau nak jadi peguam, BLS ni tak cukup..
so, kena pulak ambil LLB selama setahun..
masa BLS, kita belajar macam biasa la, pegi kelas, dengar lecturer pok pek pok pek..
banyak teori work..
tapi masa LLB, banyak praktikal work..
dalam satu kelas ada 5 kumpulan..
dalam 5 kumpulan pulak, ada 4 orang anak buah dan seorang ketua..
ketua ni kita panggil senior partner..
orang yang bijak pandai jela boleh jadi ketua sebab dia nak lead members group dia..
kiranya macam boss la..4 anak buah lagi kuli..ikut arahan boss..
so, markah exam dikira berdasarkan macamana kita perform dengan tugasan yang lecturer bagi..
lecturer pulak time LLB ni macam client..
dia akan bagi kita kes, then kita kena buatlah from a to z..
surat-surat, documentations sume..
bila dah complete, nanti lecturer aka client akan bagi markah la untuk kerja-kerja kita..
and dekat situlah kerjasama amat2lah penting..
bayangkan if boss dah divide kerja, then sorang ni tak buat, tak ke haru yang lain nak cover kerja dia..
kesimpulannya LLB ni train kita macam kerja dalam dunia sebenar..
pagi pukul 8 kena punch card..
balik pukul 5 paling awal kena punch card jugak..
so, akhir bulan, lecturer akan tengoklah..if banyak merah, then kena bersoal jawablah..

apa yang kita rindukan..
walaupun zaman LLB tak serilek zaman BLS..

sebab masa BLS tiap-tiap minggu boleh lagi pegi jalan TAR bagai..

tapi masa LLB, setiap masa material dihabihkan dekat kelas, test, assignment jek..
bayangkan kalau bulan puasa jangan ucaplah nak berbuke sedap2..
selalu berbuka minum air jek dulu..
kul 9 malam balik kelas baru dapat makan..
pernah satu hari, kita 1 kelas balik pukul 4 pagi..
dapat tido kejap jek, sebab kul 7 dah nak kena kejar-kejar pegi kelas balik takut lambat..
tapi, walau macamana hectic pun masa tu, kita njoy..
rasa rindu sangat bila kenang-kenangkan saat tu..
satu kelas akan jadi sangat rapat..macam family..
sebab dari pagi sampai ke malam mengadap muka yang sama..
7 hari seminggu..
ya, kami tiada hari ahad..atau hari-hari untuk bersuka ria..huhu
waktu LLB jugak kita di train supaya pakai hitam dan putih..
so, bila bukak jek almari, dah bosan..tak boleh pakai baju lain..
memang takde dah la baju colour blocking bagai..=(


 let me share some picca during my LLB time..



 







ha, ni lah gambar yang kitaorang kena stay sampai 4 pagi sebab nak siapkan 1 file..
esok nak kena hantar..
kelas ni macam ofis..setiap orang ada meja masing2 macam cubicle ofis..
memang semua barang kita dalam tu, lock pintu pun kita ada..
so dalam ni la tempat nak belajar, tempat nak makan, tempat nak tido kejap..semuanyalah..
rindu!!!


btw..
kalau korang nak tahu..Yuna tu senior atas kita..
kita kenal dia sebelum dia jadi retis lagi..
macamana tengok kat tv, macamtula rupa dia real live..
lepas tu kita pernah jugak terserempak dengan annahita bakavoli..
yang tu super duper senior la kan..
memang cantik, tapi kecik je orangnya..
last sekali, of course la jumpa fathia heroin citer diandra tu..
dia junior kita la..
orangnya cantik..kulit bersih jek..
selalu kalau pegi kelas dia akan pakai baju kurung and ikat rambut macam baru lepas pantang..
tak pakai makeup pun..=p


rasanya daripada entry my convocation days dah jadi hari-hari belajar saya pulak..
haha..


kelmarin tetibe teringat nak cari satu gambar ni..
tetibe terasa rindu pada housemate, roomate and classmate..



from left..me..yuyu..nad..fariza & syaq..
 

gambar ni kitaorang amek masa konvo BLS..1st degree..
lepas amik jubah, terus chow ke putrajaya shoot pic pre-konvo..
bila tengok gambar ni, teringat ayat dulu-dulu kala..

"maybe satu hari nanti kita akan jejakkan kaki di tempat ni sebagai peguam pulak"


and Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami berlima..
 
betapa cepatnya masa berlalu..
gambar ni diambil tahun 2010..
sekarang sorang dah jadi mak orang, sorang bakal jadi mak, seorang dah jadi isteri orang dan seorang lagi bakal jadi bini orang..

korang...miss u'olls damn much!!!
='(










ni sume gambar pre-konvo jek..
tapi gambar konvo sebenar, kita dah tak ingat letak kat mana..
jap nak kena godek balik..hehe


dengan mak masing-masing


my family..sorang lagi yang jadi tukang amek gambar..see banyak betui adiah kita dapat..hehe


wit yuyu, my mum & syaq


walaupun pandang ke lain..tp still suke pic ni


dekat parking pun jadi..ujan kot time ni..=p


untuk konvo BLS, batch kitaorang last dapat buat dekat dewan sri budiman..
sebab sekarang semua dah buat dekat dewan baru..
so, kita dapat rasa both dewan..
tapi feeling dewan lama lagi syiok daripada dewan baru..
maybe sebab banyak hantu kot..
kihkih..


masa konvo LLB pulak, time ni kita dah start buat chambering..
and masing-masing pun sama..
so, takde dah pre-konvo..
masa konvo pun tak sempat nak ambil gambar ramai-ramai sebab semua rushing nak balik..
hanya dapat ni jek..huhu






kali ni dapat 1 bunga jek..=p


itulah dia perjalanan konvo sebanyak 2 kali di uitm..
kedua-duanya ijazah..
tapi banyak kawan kita dah sambung syariah dan master..
so, lagi banyakla diorang konvo..
kita cukup jela 2 ni jek..hehe


walaubagaimanapun..
lepas dah abis belajar, dan habis buat chambering..
ade lagi satu konvo..
"long call" nama saintifik dia..
tapi tak buat dekat u, buat depan hakim mahkamah tinggi..



geng-geng yang long call sekali..sorang pun kita tak kenal..

ni jela satu-satu gambar long call yang kita ada..
tak sempat nak amik gambar dengan family pun..
sebab lepas jek abis, terus mak sume balik, nak pegi keje pulak..
tapi takpelah, janji dah lepas..
jubah yang ni pun kita punya sendiri..
so, if lepas ni teringin nak amik gambar dengan family, pakai jelah..hehe


kenapa tetiba buat entry konvo ye??
dah nak penghujung baru nak explain..haha..


sebab isnin ni kita nak pegi shah alam,
adik kita konvo..
sama course macam kita jugak..
so, 2 kali jugaklah konvo..
jadi, tetiba teringat why not imbas kembali zaman konvo kita dulu..
if nanti-nanti tetibe lupa ingatan, tengok dekat blog ni, boleh refresh balik..

another reason sebab i miss my study time..
dengan kawan-kawan semua..
sangat..

 
 oklah,
ni masa first konvo adik kita last year rasanya..





betapa serabainya daku waktu ini..huhu




so, isnin ni bertambahlah lagi satu gambar konvo..hehe


tapi yang lagi penting..minggu depan kita pulak cuti sampai selasa..
horayyy..


tetibe..haha..


oklah..tak tahu nak meraban ape dah..
lately ni otak jadi macam lembab pulak nak proses..


till then..


 x0x0..



p/s : rasanya semua ada kenangan konvo masing-masingkan??sama ada ia manis, pahit, kelat, bahagia, ianya akan kekal bersemadi di hati jugak..=)



2 comments:

  1. haiii saya budak uitm jugak....
    hahaha
    tp bukan law laa yg pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah course ape..yang penting UiTM Dihatiku..
      semangat..haha

      Delete