Sunday 7 June 2015

senyap...muncul...senyapk


salam korang..


sihat ke??
tuan empunya blog ni alhamdulillah, sihat jek
cuma biasala kekadang tu adela tersakit sikit-sikit pasal cuaca sekarang kan tak menentu
kejap panas..kejap hujan..jadinya badan pun ikot perubahan cuaca jugaklah..


lama rasa tak update blog ni
sampai dah bersarang tahap apa
rasanya normal la kot kan..sebab kebanyakkan blogger yang masa single dulu rajin gila ni update blog
bila dah kawen, mulalah tiga empat bulan baru nak update
pastu bila dah ada anak, lagi la lima enam bulan blog bersawang
tup tup anak dah pandai jalan..pandai cakap and nak dapat adik baru da
hihihi
adatlah kan..


kita rasa quite sunyi pulak harini and untuk seminggu akan datang..
sebelum ni, kalau korang ade baca and ikut blog kita ni
sebelum kawen aritu, kita ada pernah cakap yang husband kena pergi training dekat vietnam for 6 months
tapi tak jadi pegi sebab lastly dia undergo operation and terpaksa berejat lama


tapi, tadi sebelum subuh, kita dah kena hantar husband dekat airport
kalini dia kena pergi vietnam jugak
walaupun bukan untuk tempoh yang lama..seminggu jek kena pegi
terasa sunyi tu mula la nak wujud
maklumlah, sebelum ni dah biasa duduk PJJ
so kalau dia pergi pun maybe tak terasa sangat
tapi sejak tiga bulan ni kami duduk sama
rasa kehilangan and sunyi tu mula timbul
dah takde sapa nak nyakat kita seminggu ni
dah takde sapa kita nak cari gaduh seminggu ni
nasib seminggu, kalo 6 bulan, mau meroyan jugak da la


company pun bagitau last minute
preparation just buat semalam jek..semalam la nak tukar duit, nak beli itu ini
semalam jugak baru nak packing back
kalau company bagitau awal, mungkin kita boleh ikot sama
sebab hotel dan free..makan minum pun dah free
tinggal duit airport and duit nak shopping jek kena sedia sendiri
tapi kalau banyak duit, lama jugak dah hati ni booking jek flight
tapi memandangkan banyak benda lagi yang perlu difikirkan, terpaksa tahan jela kerinduan tu kejap kan
nanti kata mengada-ngada pulak nak berkepit 24 jam dengan laki
kuikuikui..


jadi memandangkan husband takde seminggu ni
kita nak ambil cuti khamis and jumaat balik ipoh
segan la nak duduk rumah in laws kalau husband takde
rasa lebih baik balik rumah sendiri kan
nak bermalas-malasan pun takde rasa segan dengan sesapa


and kita rasa seminggu ni nak balik kerja lewat sikit la
husband takde kat rumah, kalau balik awal nanti mesti rasa sunyi
jadinya kita tengoklah dulu drama tv3 tu sampai habis sebelum balik
oh, tadi masa hantar husband kat airport, terserempak pulak dengan fathia
tak sempat nak snap gambar jek
hehe


cuti sekolah ni penang ya Allah makin teruk jem nya
stress betul
pagi-pagi kereta takdelah banyak..which is good..dapat sampai ofis/court awal
tapi bila nak balik tu, mengucap banyak-banyak jela dalam hati ni sambil dok nyumpah seranah..boleh pulak kan 2 in 1
dahla sekor-sekor bawak kereta macam hape
last 2 weeks si itam kena sondol dari belakang
disebabkan manusia yang tak reti nak menyabar..nak jugak potong queue even dia tau keadaan jalan memang sesak nak mampus..
sakit kot hati ni..dok sini kereta tu macam-macam calar ade dah..
pasni kalo banyak duit nak beli kereta kebal
senang nak lenyek sesapa yang buat taik tu..
puas hati..


oklah, nothing much to say dah
kang lagi banyak yang merepek


till then


x0x0x0