Tuesday 29 April 2014

tukar kerja???


dear diary..


rasa macam lama sangat tak update..
padahal baru dua tiga hari jek
kekekeke



kita ingatkan last week minggu azab..
sebab kerja banyak..
ditambah pulak stress dengan persekitaran..
tapi nampak gayanya minggu ni pun sama..
cuma minggu ni malas sangat nak layan perasaan stress tu..
pikir seronok nak kawen jek walaupun persiapan banyak lagi yang tak buat..

haha



sebelum ni kita pernah cakap maybe takkan berhenti kerja terus lepas kawen disebabkan beberapa faktor yang kita dah malas nak ulang balik..
kalau korang nak tahu, pegi godek entry lama-lama tu okeh..
i tak rajin nak copy paste link harini..
=p



adelah dua tiga minggu sudah encik tunang bagitau kita yang ayah dia ade riki-riki firm dekat penang..
amboi, bakal ayah mertua ye yang tolong cari keje..hehe


ayah encik tunang dulu kerja dekat bahagian perundangan pulau pinang..
jadi, dia banyakla kenal lawyers, pendaftar, timbalan pendakwaraya kat sana..
satu advantage dekat kita sebab kita tak kenal langsung sapa-sapa or firm sapa kat sana..


encik tunang cerita kawan ayah dia ada lah nak offer kita kerja dengan firm kawan dia tu..
tapi buat conveyancing..kurang kes yang pergi mahkamah..
encik tunang suruh kita pergi jumpa kenal-kenal dulu..
sebab kalau ok, terus dia amik kerja..
kira peluang untuk dapat tu 70% ade dah la..


last week encik tunang datang ipoh
pastu masa nak balik penang masing-masing sedih..
gedik jek, padahal sebelum ni takde apa pun..
maybe sebab tarikh dah dekat kot..


belum kawen lagi dah sedih ye..
nanti dah kawen, melalak terus kena tinggal kejap..



terus encik tunang cakap,
confirm jela dengan kawan ayah dia tu..
tak sanggup pulak nak berpisah jauh-jauh pas kawen..


encik tunang yang cakap ye..
bukan kita..
=p


kita jadi terkejut kejap..
sebab selama harini kita jek dok mengedik dengan dia kan..
ni tetiba pulak dia meluahkan perasaan..
terharu kite..
hehe



jadi sekarang ni, kita dalam dilema..
nak berhenti awal or tunggu kontrak habis..



kena tunggu lepas kawen nantilah baru decide..

hehe




till then..


x0x0..




p/s : dah jumpa set katil idaman..yeahhh



 

Friday 25 April 2014

Jumaat..horayyyyy


dear diary..


seronok sikit harini..
bukan sebab apa..
sebab harini jumaat..

esok dan lusa cuti..
suka sangat..


yeaaaaaaa...


esok nak jumpa kawan kita..
dia bukak booth dekat stadium indera mulia, ipoh..
sempena program bazar raudhah ke ape tah..
gitulah lebih kurang..


korang-korang yang ada kat ipoh nanti jomlah pegi..
melawat booth kawan kita tu ye..

booth no 10 katanya..

visit #verylawa okeh..=)

(u, orang tolong promote u ni..hehe)



encik tunang kata nak balik ipoh malam ni..
sebab esok nak pegi fitting baju..
harap-harap dia drive dengan elok dan berhemah..
risau jugak kita sebab baru semalam nenek dia meninggal kan..
kita dah suro postpone datang, tapi dah dia kata nak datang jugak..
doakan yang terbaik dan semuanya selamat jela..

hati tunang mana tak risau kan..
seharian dia menangis semalam..
kita dengar pun sedih..
terkesan sangat dia sebab nenek jaga dia dari kecik..
nenek nak sangat tengok wedding dia..
tapi tak kesampaian..
DIA lagi sayang nenek dari kita semua..huhu


opah kita pun tak sihat lagi..
risau jugak..
semalam dah bawak pegi klinik..
doktor cakap if tak ok dalam 3 hari kena datang balik..
 dah berapa hari tak lalu makan..
dah masak and beli makanan feveret dia pun dia tak makan..
risau...sungguh..


staf cakap..
muka kita nampak stressssssss sangat..
yelah, mana tak stress..


kerja..
kawen..
kesihatan keluarga..


semuanya penting..
semuanya terjadi dalam satu masa..



harap..semuanya akan baik-baik saja..


insya-Allah..=)



till then..


happy weekend korang..



x0x0..



p/s : lambatnya 5.30...wuwuwuwu



 

Thursday 24 April 2014

stress melanda..


dear diary


terasa lambat sangat berlalu minggu ini..
cepatlah sabtu..cepatlah ahad..
cepatlah minggu depan..
sebab rasa terlalu azab dengan minggu ni..


stress dengan kerja yang menimbun..macam takde tanda akan kurang
stress dengan persiapan kawen..banyak lagi tak ready
stress surat kebenaran kawen lelaki tak siap lagi..orang yang nak sign lesap tah kemana
stress dengan exec..banyak sangat songeh nak bagi offer pun payah
stress dengan perangai orang..belajar tak nak pastu baru nak hegeh-hegeh sekarang
stress dengan kewangan..duit makin hari makin melayang
stress dengan kesihatan opah..opah sakit teruk sampai dah berapa hari tak larat nak bangun


tetiba pagi tadi encik tunang mesej..
pukul 5 lebih pagi


nenek dia meninggal..

innalilallah..


banyaknya dugaan kami..
tak tahulah mampu nak tabah atau tidak..


sungguh..


aku penat sangat minggu ni..
terasa kesabaran tu dah hujung-hujung tangkai pokok jek..
 


penat mental..emosi dan fizikal..



Ya Allah..kuatkan lah hati hamba-Mu ini..
permudahkanlah urusan hamba-Mu ini..



till then..



x0x0..



p/s : bangun pagi tadi ingatkan jumaat..rupanya baru khamis..
esok azab lain pulak yang menanti..



mona oh mona
kau memang menyusahkan hidup aku..


 

 

Monday 21 April 2014

tak bagitahu lagi...


salam isnin..


harini kita tinggal sorang jek dekat bawah ni..
sorang staf cuti..
dua lagi mc..
sorang lagi pegi keluar menghantar surat..
bosannya..
huhu


 actually, kita tengah berfikir ni..


bila agaknya nak bagitahu dekat bos-bos kita nak kawen ye???


**************************************************************


aritu masa interview sebelum dapat kerja dekat sini..

bos-bos ada tanya kita dah ade pakwe ke..


kita cakap ada..


bos-bos tanya kita dah bertunang ke..


kita diam jek..(padahal memang dah bertunang masa tu pun)



alasan kita tak disclose sebab tamau bos-bos pikir kita nak kerja sementara jek
(walaupun hakikatnya memang gitu..hihi)


kemudian bos-bos tanya ade perancangan nak kawen ke..


kita cakap bukan dalam waktu terdekat..yelah masa tu bulan 9..and masa tu memang tak decide lagi nak kawen bulan berapa..


dalam tempoh dari bulan 9 sampai bulan 3 haritu, ada la jugak sekali dua bos-bos tanya pasal kawen..tapi kita diam jek..ngangguk tak, geleng pun tak..
kira tak tipulah kan..=p
kenapa yang kita takut sangat nak disclose??


1. kita takut menda tak jadi..yang mana harap dijauhkanlah..nauzubillah..

2. kita tak nak bos-bos pikir kita nak kerja dekat sini kejap jek..sebab diorang tahu masalah kita dengan ofis lama..tak best la kalau diorang pikir kita saja nak lompat company kejap, then lepas tu lompat lagi..
sebab firm ni, diorang punya mentaliti, kita dah ajar dia jadi pandai, tetiba dia lari company lain..gitulah lebih kurang

3. kita tak nak nanti kalau bagitahu awal-awal, kalau kita ada buat mistakes ke hapa, nanti diorang ingat kita ni asyik berangan nak kawen jek..because it happen dengan staf lama dulu..so, bila buat salah, diorang ungkit alasan kawen tu..owh, kita tak nak..

4. sebab kita tak ready lagi nak bagitahu diorang..



sebenarnya, ex boss lama dulu pun tak tahu kita dah bertunang..
tapi kita rasa diorang tahu, tapi kita memang tak pernah cakap langsung la..bila ditanya, kita nafikan..
tapi maybe ada lawyers lain yang bagitau dekat diorang kan..
ah, lantaklah..takde kaitan dengan diorang lagi..


cuma sekarang..
tinggal sebulan lebih sikit jek lagi..


nanti kalau tak bagitau awal-awal, diorang cakap kita ni saja nak menyorok demi kepentingan diri sendiri..
nak bagitahu sekarang, hurm..ntahlah liat benor mulut ni nak cakap..
tapi staffs memang dah tahu kita nak kawen..cuma berapa haribulan tu tak cakaplah kat diorang kan..
tak tahulah if staf dah sampaikan dekat bos-bos



ingat nak cakap besok dalam kereta on da way pegi kes dekat teluk intan..
tapi tadi staf bagitau kes tak jalan pulak sebab hakim takde..


kita nak bagitau time kerja, rasa macam nak terjatuh jantung masuk bilik dia..
sebab dia banyak keje..pastu stress jek manjang..
takut i nak jumpa..strict jek..
haha


itupun nak takut kan..

yela, tak tengok gane kalau pompuan mengamuk..
tambah pulak kalau bos pompuan..
tak kira apa dah..
=p


agak-agak korang, bila nak bagitahu ye???


please..i need your opinion..



till then..


x0x0..




p/s : nak cakap nak kawen pun bermasalah..
alahai yna..

mak kita cakap bagitahu jelah..nanti lagi lama lagi dia ingat lain..

tapi, kita tak tahu nak mulakan ayat macamana..


bos, saya nak kawen..saya nak mintak cuti hujung bulan 5 sampai awal bulan 6 ye..

gitu ok??






 

Thursday 17 April 2014

mengerti...


hi korang..


harini dua-dua big bos takde..
jadi dapatlah kita meronggeng seketika walaupun keje maha super banyak kan..
hehe


kadang-kadang kita kesian sangat pada sang isteri
sebab sang suami tak paham hati seorang sang isteri..


tertiba cerita macam kita pernah kawen jek ye..

hurm..maybe kita tak kawen lagi..
tapi kita pun seorang perempuan..
so mestilah rasa tu sama kan..
dan sebagai seorang perempuan, kita pun boleh faham perasaan perempuan yang lain..

tapi, kalau perempuan jenis suka rembat laki orang tu, memang kita tak paham la perasaan dia..
huhuhu


cerita dia gini..


ade sorang kawan kita ni..
dia dah kawen..dan baru-baru ni dapat anak..
tak sampai sebulan lagi pun baby tu..

masa wish congrats dekat dia haritu via wassup..
dia ceritalah dia kena bersalin secara ceaser..
pastu mestilah ada bekas jahitan kan..

husband dia siap cakap dekat dia..

tak larat nak tengok bekas jahitan tu..buruk..rasa nak muntah..


la hai, tak cover line langsung ayat tu..
tau tak bini awak tu beranak pun disebabkan awak..
perut dia berjahit pun disebabkan awak..
dia sakit pun disebabkan awak..
kot yelah pun, jagalah hati bini tu sikit..
dah la dia bersusah payah mengandung, lahirkan zuriat..
boleh pulak husband cakap gitu..
kesian dia..
kita dengar pun sentap kot..



wahai sang suami di luar sana..


kami kaum perempuan ni takde sape pun nak perut dia berjahit..
takde sape pun nak badan dia mengeleber..stretch marks sana sini..
takde sape nak badan dia tak cantik..

cubalah faham sikit..


tau nak kita ni fit, cantik sentiasa..
tapi diri sendiri selekeh, bini tak kata apa pulak kan..
kadang-kadang geram dengan lelaki yang macamni..


harap-harapnya..tak terjangkitlah dekat kita nanti..
huhuhu..



itu jek nak citer..

tadi macam beria sangat ye..

takdelah..kawan kita tu selalu cerita pasal dia..
kita tak pernah nak tanya lebih2 pun..sebab tahu bukanlah nak kata rapat sangat dengan dia..
tapi maybe dia tak tahu nak luah kat sapa..
tu bila dapat menyembang, macam-macam dia cerita..
kita pun tadah jela telinga kan..kesian pulak kalau tak dengar..


kelmarin ayah dia datang ofis kita amik esp shaklee sebab dia pesan..
tengok sekali ayah pun rajin bercerita..
memang family suka bercerita ni..
hehe



till then..


x0x0



p/s : nak bini cantik..laki pun kenalah segak sama..
mana adil sorang cantik..sorang selekeh macam takde bini..=p


 
 

Wednesday 16 April 2014

wedding stamp : tak cerewet


hi semua..


tetiba rajin pulak kan nak update blog setiap hari..
haha


bila time rajin tu, banyaklah cerita nak dikongsi..
bila time malas tu, banyak sebenarnya nak kongsi, tapi sebab dah malas, otak pun tak dapat membina dan menyusun ayat dengan baik kan..
huhu


kita pernah cerita dalam entry sebelum2 ni yang kita ni bila shopping, memang tak reti nak tawar menawar atau nak survey sana sini dulu then baru buat keputusan nak beli sesuatu..

selalunya bila muncul jek dekat fikiran, kita nak beli menda ni..
terus jek google..
nampak jek satu online shop yang ada jual benda kita nak..
terus beli..
tak dan nak survey online shop yang lain..


satu lagi perangai kita..
bila beli dekat online shop, sebolehnya kita akan cepat-cepat jek transfer duit..
tanpa memikirkan online shop tu tipu or tak..
tapi selalunya kita akan tengok review orang yang dah beli or komen la..
kalau takde sape review, seram jugak mak nak terus bagi duit kan..
(tapi korang jangan ikut perangai merepek kita ni ye..huhu)


tak percaya..


see this




 


kita sebenarnya takdelah niat nak beli wedding stamp pun..
sebab plan asal memang takde nak stamp2 bagai ni..


cuma, semalam terus terdetik bila tengok page kahwin.my ni
 tetiba rasa nak beli la..


memang parah betul la yna ni..
membazir duit memanggggggg pandai
haha



bila bukak page fb diaorang..
tengok ada promo..
terus pm..yang best dia reply cepat sangat..
terus kita tanya itu ini, dia suruh isi borang and buat payment..
kita pun buatlah..padahal masa tu tak confirm nak saiz macamana lagi kan..
hewhew


semua proses jual beli tu kita buat tak sampai 10 minit..
oh, itu memang biasala pada kita..=p


bagi kita, kita suka vendor yang cepat bagi feedback..
sebab kita pun bukan jenis nak peram lama-lama then baru nak buat payment segala bagai..
selalu transaksi internet, memang tak sampai 20 minit..
bermula dari proses mencari sampai buat bayaran..
tapi tu bergantung jugak pada vendor yang nak reply tu kan..
kalau lambat tu, memang lama lah nak menunggu..



pada  korang yang nak cari wedding stamp jugak
boleh terjah fb diorang ni eh





kita tak tahulah harga diorang mahal or murah..
sebab memang tak pernah survey vendor yang lain..
tapi, kalau hati dah berkenan..tak kira mahal or murah..
beli jek kan..
=p



tapi for me..service diorang memang tip top..
sepantas kilat bagi feedback
so, kita pun kenalah sepantas kilat jugak..
hehe



oklah, itu jek nak merepek..
ada umur yang panjang..
esok-esok kita merepek lain pulak kan..


till then



x0x0..



p/s : petang ni nak buat payment kad kaweng & meeting dengan butik pasal design pelamin impian..harap-harap tak hujan..=)

motif cakap pasal hujan??
bukan meeting bawah pokok pun..
haha




Tuesday 15 April 2014

Wedding Checklist Part 4


dear diaries..


rasanya ni 2nd last update untuk wedding checklist kita..
sebabnya kita rasa macam banyak yang dah complete..
cuma ada sesetengah tu, kena tunggu dekat dekat majlis baru boleh beli kan..
contoh macam doorgift..
kalau beli sekarang, alamat membusuk la dia..
hehe


kita rasa persiapan majlis kita memang sesimple dan semudah mungkin..
takde nak beria-ria sangat..
janji nikah, pastu jamu orang makan..
nak kata baju bersanding vogue the vast..tak langsung..
majlis pun buat simple sangat-sangat..
yang penting bagi kita..makanan..
sebab kalau makanan sedap..orang lain dah tak pandang cacat cela pelamin ke..baju pengantin ke..makeup pengantin yang macam opera cina ke..
cuba kalau makan tak sedap, hatta pergi tempah baju dekat jovian mandagie pun jadi isu..
tempah pelamin dekat reka teemor yang punya lawa tahap meroyan tu pun orang kata buruk..
nasiblah wahai sang pengantin..
mulut manusia kan..
tak mampu kita nak tutup satu-satu..
yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita buat, kita jamu..=)


ni checklist terbaru kita :- 



1. Wedding Dates

Nikah - 31 Mei 2014
Reception - 1 Jun 2014
Bertandang -7 Jun 2014


2. Venue

Nikah - Surau @ rumah (tak decide lagi)
Reception - Dewan Daerah Batu Gajah
Bertandang - Rumah encik tunang


3. Time

Nikah - Petang
Reception - 11.00 till 4.00 pm
Bertandang - 12.00 till 4.00 pm


4.  Theme Colour

Nikah - creme & white & silver
Reception - range of blue, yellow, cream & white
Bertandang -blue jugakss..=p


5. Wedding Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


6. Tudung/Veil

Nikah -Done
Reception - Done
Bertandang - Done


7. Shoes

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


8. Important Things

Duit Hantaran - pending
Mas Kahwin - pending
Jurunikah - pending
Hantaran - pending
Henna - Done
Katering - booking done
Invitation Cards - Done - drafting process
Guests List - pending
Marriage Course (Bride) - Done
Marriage Course (Groom) - Done
HIV Test (Bride) - Done
HIV Test (Groom) - Done
Application Form (Bride) - pending
Application Form (Groom) - pending


9. MUA

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


10. Bridesmaid

Reception - pending
Bertandang - pending


11. Family Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


12. Rings

Bride - pending


13. Hantaran

Bride Side...
1.Baju Melayu - Done
2. Towel - Done
3. Sejadah & Buku - Done
4. Kek - pending
5. Kasut - pending
6. Sirih junjung - pending
7. Manisan - pending


Groom Side...
1. Baju kurung - Done
2. Kasut & Handbag - Done
3. Sirih junjung - pending
4. Cincin & Mas Kawin - pending
5. Manisan - pending


14. OP

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


15. Doorgift

Reception - Done


16. Bunga Pahar

Reception - pending (in progress-diy)


17. Handbouquet

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


18. Other Stuff

Signage - Done
Welcome Signage - Done
Corsage - Done
Centerpiece - Done
PA System - Done booking


19. Honeymoon

Date - pending
Destination - pending



see tinggal sikit jek lagi yang pending kan..
borang nikah encik tunang dalam proses..tunggu dapat surat nikah jek..
hopefully hujung bulan ni kita dah boleh hantar dekat pejabat agama..insyaAllah


barang hantaran, tinggal encik tunang punya barang jek..dia tak beli lagi..
kami beli asing-asing sebenarnya..beli barang sendiri pastu tukar jek nanti..
barang hantaran kita setel dah..beli masa dapat duit claim haritu kan..lega..


kad kahwin pun awal bulan depan dijangka siap..so start awal bulan depan kita dah boleh edar..
tadi baru jek email first draft dekat vendor..
kira cepatlah dia buat kerja..sebab haritu janji seminggu dua lepas bayar deposit baru dia email draft..
ni baru dua tiga hari jek, dah email..kita suka..=)


bride's maid??
itu memang menjadi isu dan masalah bagi kita
sebab sampai sekarang kita tak tahu nak mintak tolong sapa jadi bridesmaid kita..huhu

susah sangat nanti, kita mintak tolong jela mana-mana makcik yang ada..
sebab nak mintak bestfriend..sume dah kawin and ade baby..
tak sesuai pulak nak jadi pengapit kita kan..
bantainya mak dia tengah teman kita atas pelamin..
anak dia menjerit kat bawah nak susu..
cancel..
hehehe


 oklah..tu jela kot..

kalau ada progress lain nanti kita update..
so far, kerja2 diy dah hampir setel..
kerja pun tak banyak sangat dah nak kena buat..
tunggu hari kejadian jek sekarang ni..
get ready persiapan mental dan emosi..
penting tu..


 ingat hujung bulan ni or awal bulan depan nak pergi spa..
tengah survey mana tempat yang best kan ipoh ni..
yang penting kita nak melayu..
ade survey satu tempat dekat taman canning ipoh..
macam best..
nanti kalau kita pergi, kita buat review hokey..


till then..


have a nice day ahead..


x0x0..



p/s : nak beli groupon untuk classic meni & pedi la..rm 35 tu..murah kot..
hehe