Wednesday, 27 November 2013

best ke??hakikatnya...


salam semua..

orang lain setiap rabu mesti ada wordless wednesday..
tapi kita hari-hari banyak jek menda nak cakap..
hehe..
mesti bosan kan korang..


*********************************************************


pernah la dua tiga orang tanya..
seronok ke jadi lawyer..
kita nak cerita hakikat yang sebenar..
sebab orang ingat profession ni glamour..banyak duit..kaya..kerja senang..
tapi semua di atas tidak betul..
melainkan seseorang peguam tu hanya nak cari publisiti dan kejar duit semata-mata..
maka dia tergolong dalam golongan diataslah..


well said..bukannya nak riak ke apa..
just sebagai catatan harian..
kot-kot satu hari nanti kita dah tak jadikan profession ni sebagai satu kerjaya..
at least, akan ada kenangan..
pada masa tersebut, mesti akan terimbas kembali..
oh..macamtu perasaan aku suatu masa dulu..


ini hanyalah based on my true experience selama hampir 3 tahun berada dalam bidang ni termasuk dengan chambering selama 9 bulan..
wah, nak dekat 3 tahun ye..pejam celik pejam celik jek..
tak sangka mampu harungi jugak..=)


1. betul ke glamour??

kita selalu pikir, mesti best jadi cikgu..sebab cuti banyak..tapi pada siapa yang jadi cikgu..mereka rasa tak best sebab pbs..=p

kita selalu pikir jugak..bestnya jadi doktor..gaji banyak, even kerajaan mahupun swasta..tapi hakikatnya mereka sentiasa on call dan tiada masa untuk family..

kita pikir jugak, bestnya jadi jurutera..hebat jek bunyinya..gaji pun mesti masyuk..padahal mereka berkerja dalam panas, hujan, kilat, ribut, salji..eh manada salji..ngeee


samalah jugak dengan kerjaya kita


kerjaya ni taklah seglamour yang korang sangkakan.. 
nampak je macam hebat, macam best..tapi tidak sebenarnya..
melainkan peguam yang selalu masuk tv tu, diorang glamour la sebab disamping mencari publisiti, itu salah satu cara mereka buat marketing..
kami hanya orang biasa yang masih buat kerja biasa..
selalu sangat stress dengan kerja..
pagi pegi mahkamah, balik ofis kena siapkan paperwork untuk kes-kes berikutnya..
kadang-kadang kalau nasib tak baik, lepas lunch pegi mahkamah balik..
kerja seorang peguam banyak menunggu sebenarnya..
kita pernah ada satu kes je tunggu dari 9 pagi sampai 1 ptg, baru kes panggil..padahal just nak ambik tarikh yang tak sampai 2 minit pun jumpa pendaftar..
memang sakit hati, memang azab, memang penat..sebab banyak masa dah terbuang..
bila balik ofis, keje lain plak menunggu..kadang memang stress..
tapi lama-lama alah bisa tegal biasa kata orang..
tapi bila mood tak betul tu, hangin satu badan la jugak..badan sakit menunggu..kaki lenguh berdiri..
itu glamour?? tidak pada kita..
kalau tak bersabar, tak payah jadi lawyer..


seorang lawyer ni ibarat orang tengah kepada pihak yang bertelagah..
sebenarnya, ia komunikasi 5 hala..
lawyer plaintif, plaintif (orang yang menyaman), lawyer defendan, defendan (orang yang kena saman) dan mahkamah..
lawyer plaintif harus kena ikut cakap client dia..
lawyer defendan pun ikut cakap client dia..
dah kang sorang nak ini, sorang nak itu..
tapi end of the day, mahkamah bagi keputusan lain..
yang kena marah siapa??
lawyer jugak..


client ni soalan feberet diorang..
berapa peratus kes saya boleh menang..

sebagai lawyer..kalau kita tengok dia salah seratus peratus, takkan nak cakap tak boleh menang langsung..mau kena hempuk..
dan kalau kita tengok kes dia memang boleh menang, tapi tetap jugak cakap 50-50..

sebabnya..

kita rasa kita boleh menang..lawyer memang boleh hujah itu ini..
tapi akhir hari, hakim yang akan bagi keputusan..
dan kalau kita bermati-matian kata kes kita bagus..boleh menang 100%..
tapi kalau hakim bagi keputusan sebaliknya..mana nak letak telinga ni..
 confirm-confirm kena marah dengan client..

client ni bila menang, dia puji la melangit lawyer dia..
tapi bila kalah, dah tak ingat dah jasa-jasa kita pada dia yang bersengkang mata ngadap pc ni buat research itu ini, nak membaca lagi, nak paham lagi..nak itu nak ini..
sapa yang pernah ambik subjek law, tak kira la company law ke, business law ke, mesti korang tau macamana hazabnya nak baca kes kan..

kita ni pun takat 5 minit jela boleh baca secara khusyuk..lepas tu otak dah menerawang ke lain..

sebab bosan ya amat kot..
lepas tu tak paham..
kena baca 2 3 kali baru nak paham..
dah kalau kes tu tebalnya 30 pages..
tak ke mampus..baca tengah lupa depan..
baca belakang lupa tengah..
ate macamner??=p


client ni pulak terbahagi kepada beberapa perangai..

1. yang tak banyak songeh dah bayar on time
2. yang tak banyak songeh tapi tak bayar on time
3. yang banyak songeh tapi bayar on time
4. yang banyak songeh tapi tak bayar on time
5. yang banyakkkkk gile songeh dan tak bayar terussssss


yang no 1 dan 3 boleh tolerate lagi..
tapi yang perangai 2, 4 dan 5, adoi...botak kepala mak ni nak ikut perangai koranglah...


client kes sivil, diorang okey sikit sebab diorang ada masalah dan nak saman orang..so diorang treat kita elok-elok..sebab bodek la nak kes menang kan..
menang oklah, cuba kalau kalah..memang mampusla..

tapi kalau client conveyancing aka beli rumah @ hartanah, yang ni mostly memang takkan respect kau sebagai seorang lawyer..
sebab diorang rasa (kononnya) diorang banyak duit ni nak beli rumah tanah bagai..
so diorang akan eksyen la even dengan lawyer yang humble ni pon..=p
arah kita itu ini macam kuli dia..
ingat aku nak ngadap file ko jek..file orang lain tak payah tengok..
dan dia ingat dia dah bayar kita mahal-mahal (sebab fee beli rumah dia ada scale..lagi mahal rumah..lagi mahal fee..yang ini memang dah ada dalam akta ye..jangan kata lawyer suka suki letak harga) boleh nak arah kita macam-macam..
kol 24 jam macam kita ni takde life..
maki hamun kita kalau lambat..
helo, ingat buat file conveyancing ni macam makan kacang ke??
nak deal dengan bank (bagi yg buat loan dengan bank) atau nak kena deal dengan bahagian pinjaman perumahan (kalau loan gomen)..ingat diorang tu pun senang je ke nak bagi feedback..
paling awal nak setel pun 3 or 4 bulan..
tapi kalau loan gomen paling awal 6 bulan itupun kalau takde masalah berbangkit..
so, jangan expect harini buat loan, next month dah tukar geran..
kalau nak gitu, pegi buat sendiri..and good luck..


lain cerita dengan client sivil..
diorang ingat harini saman, esok lusa dah tau boleh menang..
mahkamah ade prosedur kot..kena ikut satu-satulah..
mana boleh nak harung jek..
tambah sekarang filing dokumen pakai sistem..
kalau haritu sistem down, nak filing dokumen ape..tunggu lagi..


so, please la jangan la kata i tak buat kerja..
sedih tau..
yelah, kadang-kadang kita dah buat all out..
tapi client still kata kita itu ini..
sape tak terasa..
apa guna sakit-sakit kepala stress sampai tido pun termimpi-mimpi kes engkau..
tu pun kata kita tak bagi komitmen..
gitu, pegi jela mahkamah sendiri..lawan sendiri..
tengok boleh menang ke tidak..



 2. kaya ke jadi lawyer ni??


frankly speaking..tak kaya pun..
hatta orang yang kerja operator kilang lagi kaya daripada lawyer..
sebab kami tak boleh claim OT..
buatlah kerja 24 jam kat ofis ni tak nak balik-balik..
memang takde OT..
kalau boss kaya la..setakat legal assistant ni??
tak kaya mana..lepas  bayar kereta, ptptn, minyak dan makan sebulan..
and dapat la bagi mak duit belanja sikit..
nak shopping branded-branded??jangan berangan..

sebenarnya profession ni ada 3 ranking..

senior partner (boss besar)
partner (boss kecik)
legal assistant (kuli) and itulah kita..=(


kalau senior partner dengan partner kayalah..
gaji sebulan mau ber k-k
takat legal assistant ni kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
jadilah, daripada tak dapat makan langsung..


jadi boss pun seronoklah jugak..
kalau kes depan hakim garang, dia malas pegi, dia tolak la pada legal assistant..
biar LA ni yang kena bambu..
kalau kes susah-susah dia malas nak baca or buat..
dia bagilah jugak dekat kita..biar kita ni terkangkang2 nak research bagai..
yela, kita kuli dia boss mana setaraf..
ini masa firm lama dulu la..


sekarang ni pulak, otak kita ada 4 bahagian..

satu bahagian banking
satu bahagian accident
satu bahagian sivil
satu lagi bahagian conveyancing..

pagi-pagi dah pegi court..
balik ofis tengok paperwork untuk 4 kes yang berlainan yang mana semuanya dokumen adalah berbeza..
tak rasa nak muntah..tak rasa nak gila..
itu nak ingat ini nak pikir itu nak alert..

tu pun staf perli lagi, ngadu dekat bos..
kita tak stay up buat OT tolong diorang..
helo, korang tu dah la tumpu satu bidang jek..
kita ni 4 menda nak kena tengok..
ingat otak kita ni macam ETS ke..laju jek..huhuhu..

sabar jela..


apalah yang seronok bila tolong selesaikan masalah orang then kita kena maki balik
apalah yang seronok tiap-tiap hari kena pakai baju hitam putih..bosannya..
apalah yang seronok buat kerja sampai nak pengsan tapi hasilnya tengok dalam bank, aduhai, nak menangis tengok baki duit yang tinggal..
apalah yang seronok kena marah dengan hakim, kena marah dengan client, kena marah dengan orang itu orang ini..
apalah yang seronok bila selalu sangat kena tebalkan muka sendiri merayu-rayu minta client bayar fee macam pengemis padahal orang lain yang kaya raya..
apalah yang seronok kalau sentiasa kena hidup dalam keadaan berjaga-jaga sebab bila ada orang/client yang tak puas hati dengan kita, macam-macam dia boleh buat..=(


tapi sebenarnya..


kita jumpa ramai orang..kita kenal setiap peringkat golongan manusia..
daripada yang dipandang mulia, sehingga yang dipandang hina..
everyday belajar benda baru..walaupun susah, at least satu masa nanti kita akan apply dalam kehidupan kita..
takde apa yang menggembirakan seorang peguam bila client dia menang..ingat client je ke seronok..kami pun tumpang seronok jugak tau..dan bila kalah, kami pun tumpang sedih jugak..
takpelah takde duit yang melimpah ruah..percaya satu hari nanti akan ada rezeki..insyaAllah..=)



kita pernah ada dengar senior-senior lawyer bercerita 
yang buat kes criminal..

diorang cakap..

kadang-kadang tak berani nak makan dekat restoran
sebab takut keluarga client diorang (org kena tuduh OKT) datang serang

kalau diorang nak makan dekat luar pun..
mereka akan duduk dekat bersandar dekat dinding..
supaya mereka boleh tengok keadaan kedai..
buatnya ada orang tembak or pukul dari belakang..naya..

pernah juga dengar cerita..
keluarga OKT siap datang ofis bawak parang golok bagai pegi serang..
sebab OKT kena tahan dalam lokap tak dapat jamin keluar..
seramnya..

patutlah lawyer criminal banyak yang ada bodyguard..
to protect themselves from any harm and threat..=(


so please tolonglah hargai kami sedikit..
jangan nak cop makan duit buta saja..charge fee mahal-mahal tapi tak buat keja..

maybe ada firm yang begitu, tak dinafikan..
tapi bagi kami yang kuli ni bertungkus lumus buat kerja siang malam hari keja hari minggu..
tak kira sakit kepala sakit hati stress bagai..
 tak masuk termimpi-mimpi kan kes lagi..bila bangun pagi jadi trauma sebab kalau mimpi buruk, takut jadi kenyataan then nak explain dekat client macamana pulak..

kami tak mintak para client sanjung kami puji tinggi melangit..

cuma, adalah sedikit kesabaran, berilah kami masa dan jangan nak mendesak..
sebab kami pun manusia jugak..punya hati punya perasaan..
tak semestinya bila kata saya lawyer, sume menda saya tahu..
saya pun masih belajar..banyakkkkk lagi menda yang memang tak tahu..
dan bila saya cakap saya tak tahu means saya betul-betul tak tahu..
bukan kedekut ilmu..


macam panjang sangat merepek..huhu..
emo plak..


berbalik pada ayat atas mula-mula tadi..

 ya, kita tak harap pun nak stay dalam bidang ni forever and ever..

sampai satu tahap bila hati dan otak ni kata cukup..
then i'll quit..
do something that i loveeee to do..
dari buat menda yang orang tak pernah nak appreciate sikit pun usaha kita..


so, i memang takde misi dan visi untuk menjadi seorang partner nor senior partner..

apatah lagi membuka sebuah firm sendiri..

diyana & partners???


mungkin takkan terjadi..
but no one know..=)


till then..


xoxo..


p/s : hari hujan, patutla emo sikit..haha
salahkan hujan pulak







8 comments:

  1. Susah juga kerja lawyer ek...
    Thanks for sharing:)
    Btw nak taye something tapi rase cm tak elok lak taye menda tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. bg kte sume keje susah,tp s0metimes org xphm..hard to explain..tnye ape miss hidy?manetau kte blh clarify?

    ReplyDelete
  3. sobs sobs rupanya ada jugak rakan seperjuangan nie..esok lusa anak da besar nak cakap dgn dia x yah jadi lawyer..tak kaya mana pon cukup2 byr hutang jee nie..sakit hati bila kena tipu dgn lawyer sendiri janji mcm2 bila nak offer kte keje last2 bila ade problem salahkan kte balik..its happen to me :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tau xpe..carila keja lain yang lagi bermanfaat drp nak jadi lawyer ni..=(
      kalau cintabella baca entry kita sblm ni mesti tau jgk apa yg kita hadapi..sama je situasi..sedih betul..

      Delete
  4. dr mula smpai abis fadh bace..rase mcm sengara pulak keje lawyer ni..wuaaaa..sabar yer yna !

    ReplyDelete
    Replies
    1. pd sape yg enj0y jd lawyer,mereka ser0n0k la..tp bg org yg mcm kita ni xde passi0n,just for the sake dulu belajar law,then kena keje gni,mcmnilah jdnye..huhu

      Delete
  5. Wuu..sya bca smpai abes..sshnya keje loyer eh..takpela sya keje buat kek je la cenggini..yna mmg kna byk2 bersabar nih ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sya..selagi boleh bersabar kita bersabar jela..
      kita nak buat kek malas..tapi nak makan rajin..hehe

      Delete