Monday 9 March 2015

permulaan baru...


assalamualaikum...


ikutkan dah seminggu kita di penang
dan dah seminggu jugak kita kerja di tempat baru
Alhamdulillah



cerita pasal tempat kerja baru
memang rezeki yang tak terjangka
sebelum and masa kita tender surat berenti haritu
memang kita tak dapat kerja lagi
jenuhla mencari vacancy and pergi interview
tapi takde rezeki
sampai satu tahap kita dah nak putus asa cari kerja
huhuhu



sebulan sebelum hari terakhir
kita saja-saja bukak laman web majlis peguam
nak tengok kot-kot ada vacancy dekat penang
tengok ade la satu big firm ni
yang mana adik kita kerja dekat branch dia dekat ipoh
kita try apply walaupun hati takdelah nak kerja situ sangat
sebab tahu bila big firm ni, responsibility lagi besar
takde experience satu hal
sebab dekat ipoh, setakat ni kita kerja dengan firm kecik-kecik jek



lepas dah anta resume by email
malam tu kita cerita kat adik yang kita ada apply firm dia branch penang
esok tu dia cerita dekat bos dia
then bos dia call bos penang untuk recommendation
macam hebat sangatlah kita ni kan nak recommend bagai
tapi tu la Allah kata rezeki
kita tak pernah pun tersua-sua mintak recommendation bagai
padahal kita kenal bos ipoh pun sebab adik kerja situ..adela sekali dua terjumpa dekat court..tu pun sembang-sembang jek



interview kali ni bos penang mintak bos ipoh tolong interview
kalau ikutkan position yang kosong tu untuk lawyer conveyancing (hartanah)
memang kita takde experience sangat..basic knowledge jek ada
takdelah nak mengharap sangat dapat..sebab tau diri tak selayak mana
tapi, at the end..permohonan kita diluluskan
boleh start kerja on 2 Mac 2015
kiranya lepas last day dekat ipoh, terus kena pindah penang immediately sebab dah start kerja tempat baru
takde rehat langsung
ingat dulu if tak dapat kerja lagi nak rehatla seminggu dua
tapi dah rezeki datang awal..kerja jela kan..dapat jugak gaji
hehehe



so far, kehidupan dekat ipoh dengan penang teramatlah berbeza bagi kita
if dekat ipoh kita boleh bangun 7.55 pagi then pukul 9.00 pagi dah sampai court
dekat sini dekat bangun 6.35 pagi dan sampai ofis pukul 9.00 pagi
setakat seminggu ni dok observe, atas jalan saja akan makan masa around 1 jam hingga 1 jam setengah
kalau hari jumaat lagilah bercinta sebab super duper jam
dan waktu balik pulak, kalau kat ipoh pukul 5.30 sharp dah hilang
kat sini pukul 6.00 lebih or around 8.00 baru boleh balik



satu sebab kerja
dua sebab meeting
tiga sebab jam



owh..sebab yang ketiga tu paling tak tahan
sampai sakit-sakit kaki menekan brek
kenapalah banyak sangat kereta dekat penang ni
i wish i have my personal driver
walaupun dia just bawak my hitam tu
dan bukannya bmw, merc, porcshe or ferrari
huhuhu




another thing yang buat kita sedih
sebab kat sini kita takde kawan
even kat sini ramai staf compared to ipoh's firm
tapi still kita takde kawan
maybe ade jurang antara staffs and lawyers
and the other lawyers soooo busy doing their work..plus they are senior
so memang kita takde kawan..nak lunch pun sorang-sorang jela
sedih



pastu pulak kita stress betul pasal parking dekat sini
dah la kena menghadap jam
pastu parking pulak payah
kalau ada pun samada mahal..atau macam bahaya jek nak park..
kita rasa baru seminggu dok sini duit gaji bulan lepas dah habis dok bayar parking and minyak kete saja
sedih iolls
last weekend pegi 1st avenue..terpaksala window shopping sambil menahan nafsu yang maha hebat untuk membeli
sebabnya duit dah nazak..uwaaaaaa



untuk bulan pertama ni, kita harap kita boleh bersabar nak menghadap and belajar menda baru
budaya kerja pun dah tak sama
dengar cerita diorang kat firm ni selalu balik lewat sebab kerja banyak
lawyers asyik bertukar ganti sebab tak tahan dengan pressure kerja
hopefully, kita dapat hadapi semua tu..insyaAllah




i miss my hometown so much..
i miss my family..i miss my lil dada (huda)



mesti nanti bila kita balik kampung my lil dada tak nak dah dekat kita
sebab dia tu kalau lama tak jumpa orang, dia tak nak dekat orang tu
huhuhu
hopefully minggu ni plan nak balik kampung jadi
kalau tak jadi, kena tunggu lagi 2 minggu
sebabnya next weekend kita kena kerja
huhuhu



till then



x0x0



p/s : mak and best friend dah pesan jangan putus asa
tidak nanti tak dapat bonus RM60k

sabau jela..=p


yes, it is true..ade sorang lawyer kat sini dapat bonus RM60k last year..

bestnye!!!!