Wednesday 31 December 2014

selamat tinggal 2014..selamanya..


Assalamualaikum


mesti ramai yang apply cuti kan
yelah, esok dah cuti new year..sambung cuti sampai jumaat
berapa hari dapat berehat kan..


kita masih bekerja
tapi jumaat dah apply cuti
tak nak gigih sangat
hehe


cepat betul masa berlalu
sedar-sedar harini dah last day untuk tahun 2014
cepat sangat masa berlalu
terasa macam baru semalam berpisah dengan Adam


tahun 2014 bukanlah tahun yang baik untuk kita
kalau nak kira kenangan manis pahit tu..rasanya banyak lagi pahit..
tahun menangis la bagi kita
huhu


lepas kawen haritu opah masuk spital sebab tak kebah demam
lepas opah, adik kita yang study dekat perlis pulak patah tangan
lepas tu adik kita yang dah kerja tu eksiden dengan bos dia dekat LRUS
tapi Alhamdulillah tak jadi pape..just kereta bos dia rosak teruk
lepas tu mak kita pulak terjatuh dekat ofis, tulang belakang patah
berapa bulan mc, buat operation sume
lepas 2 minggu mak buat operation, kita pulak masuk spital sebab cerita AH tu
dan terbaru adik bongsu pulak eksiden..patah rahang..tapi Alhamdulillah sekarang dah makin sembuh


kesimpulannya, tahun 2014 ni tahun family masuk hospital
tak kira hospital swasta and kerajaan
dah tak lalu nak ulang alik hospital
hopefully, takde yang sakit lagi lepas ni
kuat sangat ujian tahun ni
mungkin banyak sangat dosa kita
Allah turunkan musibah supaya kita beringat dan beramal padaNya
huhu


yang manis..
kita just ingat kita kawen jela dengan encik somi
dan short honeymoon ke cameron highlands tu
long honeymoon takde lagi
nak setelkan hal kerja dan pindah sume dulu
then baru pikir nak berhoneymoon


harapan kita untuk tahun depan
 

kita mengharapkan tiada lagi musibah yang berat melanda keluarga
Ya Allah, tak tertanggung rasanya
cukuplah tahun ni merasa sume tu
hopefully tahun depan lebih banyak sinar bahagia


semoga dikurniakan kesihatan yang baik
semoga dimurahkan rezeki
semoga hidup dalam keadaan yang aman dan bahagia
semoga dipermudahkan segala urusan
dan semoga dapat pregnant balik


rindu sangat perasaan tu
tak sabar nak jadi ibu
aritu dapat jadi ibu sementara jek..Allah bagi pinjam rasa tu sekejap sangat
semoga tahun depan impian-impian kita tercapai
InsyaAllah


dan kita juga doakan
semoga impian dan harapan korang pun termakbul juga



till then



xoxo




p/s : esok pagi nak balik penang..lama tak balik sana..last masa berpantang aritu
hopefully perjalanan kita dilindungi


 
 
 

Friday 26 December 2014

AH..part 3


assalamualaikum


rasanya mesti korang terkejut bila baca AH..part 2 tu kan
kalau korang terkejut, kita apatah lagi


Allah bagi AH pada kita waktu kita tak pernah sangka akan dapat baby dalam waktu terdekat..
tapi
Allah tarik balik AH bila saat kita dah terasa sifat keibuan dalam diri..bila kita rasa AH tu adalah nadi kehidupan kita selepas ni


meh kita cerita sambungan lepas tu pulak..
klimaks dalam sesebuah cerita..


Ahad malam tu kita dah siap-siap pack baju dalam beg
kalau2 esok tu kena tahan
kita tak bawak banyak pun baju..
baju sehelai dua, tudung, kain batik dan pakaian dalam..


kita tak senang nak tido malam tu
dok terpikir macamana doktor nak bagi baby keluar
takut sangat kalau kena D&C
sebab dengar orang lain cakap D&C tu sakit sangat
cakap dekat husband..kita takut..
husband pujuk..bagi semangat..semuanya akan ok
kita dah boleh nak terima kenyataan masa ni
last cakap-cakap dengan baby
kita minta maaf dengan baby
berderai lagi airmata..
 
Isnin 10/11/2014


pagi-pagi kita dan husband bangun dah..
sebab dah tau harini nak kena pergi GH
paham-pahamla bila nak pegi GH, kena pegi awal..nanti takde parking
tambah pulak hari Isnin, lagilah kena cepat sebab tau orang mesti ramai gila
tak ingat kami ade breakfast ke tak masa ni
hewhewhew


sampai jek GH, kita and husband tak tahu nak pergi dekat department mana
terus jela kami laki bini pegi bahagian kemasukan wad bersalin
tanya dekat kaunter tu kita ade surat/report dari doc GH yang scan 4D aritu (doc J)
so, kita tanya kaunter, kita nak refer dekat siapa
sebab blur-blur tak tau nak pegi mana
terus orang kaunter cakap pegi dekat satu klinik O&G bangunan dekat depan dewan bersalin and refer situ
pegi la kita dekat bahagian tu..tanya dekat kaunter pendaftaran..
nurse cakap arini takde klinik..tapi dia cakap kita boleh pegi bahagian belakang bangunan tu
dekat situ doc J punye pejabat dekat situ


rupa-rupanya klinik tu untuk ibu mengandung yang ada problem dengan kandungan diorang
ramai jugak masa kita datang tu
kita cakap dengan satu nurse ni, dia suruh kita buat pendaftaran dulu..nanti dia akan panggil
lepas buat pendaftaran and bayar rm30 tak silap, kita and husband duduk la dulu sementara kena panggil masuk bilik pemeriksaan tu
nurse tadi cakap dia akan buat scan sekali lagi
dia cakap dia akan bagi peluang kedua kat kita
in case berlaku kesilapan masa buat scan 4D aritu
kita tak rasa macamtu..tabah jela tunggu turn


bila sampai turn kita kena panggil
kita and husband masuk bilik tu
tengok doc J pun ada sekali..dia terkejut jugakla
sebab dia ingat kita nak 'terminate' dekat KPJ
kita cakap dekat dia, doktor usha tak boleh nak estiamte bajet berapa..then kita takut tak mampu nak tanggung kos
dia cakap its ok..terus dia mintak salah sorang doktor kat situ scan perut kita..
since doc J bos dekat situ, orang lain still refer dekat dia jugak


masa doc K scan tengok, ade jugak 2 orang doktor lain dari indonesia tengok sama
sebab kes kita rare, so diorang nak tengok and study sama
sambil doc K and doc J terang dekat diorang
barulah kita and husband faham sama
sebab masa scan kat KPJ aritu, doc J tak terangkan dengan lebih details


lepas habis scan, doc K tanya kita dah ready ke nak terminate
kita cakap balik apa pilihan yang kita ada
kita tanya doc K bila nak kena buat, sebab kalau boleh postpone, kita nak buat hari khamis or jumaat
sebab husband pun kena balik penang settlekan keje dulu and apply cuti..kita pun sama
sebab aritu ingat tak ada masalah macamni jadi..kerja tinggal gtu jek
tapi doc K cakap, lagi lama kita tangguh, lagi berisiko
dia suro kita admit wad hari isnin tu jugak
then selasa pagi dia akan start induce kita
doc K pun cakap dia tak janji bila kita boleh deliver..sebab bergantung pada ketahanan badan
ade setengah orang, dah dua tiga kali induce pun still tak deliver
ade orang sekali induce terus deliver
dalam hati kita doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan
kita tak nak sakit lama-lama
huhuhu


kita bincang dengan husband..husband pun cakap takpelah
dia mintak EL jela lagi
tapi kalau kata lepas sehari dua still tak deliver lagi, dia terpaksa jugak balik penang
doc K suro nurse isi form bagai untuk kita sign
pastu dia akan bagi no wad kita akan masuk
kita tanya doc K boleh tak kita nak balik rumah kejap ambil baju lagi and kemaskan baju husband sekali
sebab husband cakap dia nak stay dekat rumah makcik dia dekat ipoh
senang nak berulang..kalo dari batu gajah..macam jauh jek
doc K cakap ok..tapi kita kena daftar wad sebelum pukul 5


husband pun call mak ayah dia cakap kita kena admit harini
dia mintak mak and ayah dia balik ipoh
sebab dia cakap dia tak kuat nak lalui and uruskan sorang-sorang
huhuhu


lepas setel urusan isi borang semua
kita and husband balik rumah..kemas baju dia..semayang zohor, mandi, makan dulu
dalam pukul 3 gitu kami gerak keluar..
kita salam mak and opah..mintak maaf..and suruh diorang doakan urusan kita dipermudahkan
kita tanya dekat mak..kalau tengah contraction nanti nak buat apa
mak bagi nasihat..mak cakap tak sakitlah
tau dia nak redakan hati kita


kami pergi rumah makcik husband dulu
sebab husband kata nak bawak makcik dia sekali pergi hospital
kalau dia sorang takut nanti dia terpinga-pinga
kita pun faham..emosi dia pun tak stabil sama


last2, kita mendaftar dekat wad dalam pukul 4 lebih gitu
masuk jek wad, nurse and doc pun pelik sebab perut kita tak macam nak beranak lagi pun
tapi lepas diorang baca report dari doc K, diorang macam simpati dekat kita
nurse cakap kes kita high risk..patut akan dapat bilik khas..
tapi disebabkan bilik khas tu ade kuman, diorang kena kuarantin dulu bilik tu untuk 24 jam
jadi kita terpaksa masuk wad bersalin biasa


dugaan sungguh masuk wad bersalin biasa..sebab semua ibu ade baby
memang sayu sangat hati..tapi kita kuatkan jugak semangat
lepas dah tukar baju wad ape sume..doc S datang..dia interview kita sikit
bila dapat tau jadi macamni ape sume
lepas tu dia cek perut kita and amik darah sekali


hari isnin tu memang takde buat apa-apa..
rehat jek dekat wad..
sebab pagi selasa baru diorang akan induce
kita tenangkan diri jela sepanjang malam tu..
buat sembahyang hajat..baca yassin..baca surah maryam..yusuf
memang berdoa jek sepanjang malam moga Allah permudahkan urusan kita..ampunkan dosa kita..



Selasa 11/11/2014


kita bangun subuh 6.30 pg..tapi malam tu tak boleh nak tido pun sebab dengar baby-baby sume menangis..huhu
 lepas subuh, kita terus mandi..sebab doc dah cakap pagi nak start induce
biar mandi dulu pape hal pun kan


dalam 10.00 pg doc2 pakar datang melawat
dia cakap dia nak induce sekarang..tapi borang untuk abort baby tu husband tak sign lagi
husband on the way nak datang hospital..kita cakap tunggu husband dulu
sementara tu doc2 tu lawat patient lain


dalam 10.30 pg husband datang..tapi doc2 tak habis melawat lagi
kita dah menggeletar takut..seram sejuk dah badan
husband duduk sebelah bagi semangat..sembang-sembang dengan kita
pukul 11.00 gitu baru ade nurse panggil doc tadi untuk induce
doc tu suro kita pindah masuk bilik khas..bilik isolation
dekat situ husband boleh tunggu sama sepanjang masa..


bila dah pindah bilik, doc masukkan ubat dekat bawah tu
lagi sakit dari masuk muncung itik dulu tu..huhu
lepas dia masukkan ubat..doc pesan kita tak boleh bangun selama sejam
bagi ubat tu meresap dulu dalam badan
doc cakap lagi dua jam dia akan masuk second ubat..
dalam pukul 2 lebih la
redho jela kan


lepas dah terbaring sejam tu, kita rasa nak terbuang air besar plak
bangun la pegi toliet..buang segala bagi habis dulu
time ni takde rasa sakit-sakit lagi
nurse pun setengah jam sekali datang tengok..tanya ada rasa sakit ke belumand cek tekanan darah kita


time lunch waktu melawat tu mak datang dengan adik kita
masa tu kita adelah terasa sakit sikit macam senggugut
mak bagi kata semangat jela..and suro tengok jam kira bila sakit tu datang berapa lama, berapa kerap


start pukul 1 lebih, sakit tu datang sepanjang saat..tak hilang-hilang
rasa senggugut..kita dah peluh-peluh
pastu rasa mual..pening
ngadu dekat husband..nak muntah..
last-last tak sempat apa..kita berlari ke singki..muntah kan semua makanan lunch tadi..
perut jadi kosong terus


pukul 2.30 gitu doc datang balik nak induce kali kedua
doc tanya dah sakit-sakit ke
kita cakap dari pukul 1 tadi sakit tu tak hilang
bila dia masuk ubat kedua kat bawah..dia cakap pelan

saya rasa kamu ni beranak harini jugak

(dalam hati kita pun berdoa menda yang sama)


kita cakap dekat doc tadi kita muntah
doc cakap maybe sebab kita sakit sangat..tu yang kita muntah
dia tanya nak ubat tahan sakit tak..kalau tak tahan, dia kata better amik ubat tu
last-last dia suro nurse cucuk ubat kat kita
maybe sebab dia tengok kita sakit sangat


bila masuk ubat kedua tu
rasa sakit makin kuat..
tapi still boleh sembang-sembang dengan husband
perut kita lapar balik
tapi tak lalu dah nak makan..sebab sakit
dok minum jela sikit2
disebabkan nurse bagi ubat tahan sakit, kita jadi lali
mata jadi ngantok ya amat
dok terlelap la dua tiga kali
tapi time ni dah nampak kedudukan perut tu berubah..jadi senget sebelah
maybe sebab baby dah nak turun ke bawah
Ya Allah, sayu gila hati masa ni..


bila dah pukul 5 macamtu
maksu kita datang melawat
pastu kawan kita pun datang melawat sama
time tu dah pukul 6 lebih
rasa sakit makin kuat..
elok2 jek kawan kita balik..kita rasa sakit teramat-amat
terus husband panggil nurse
berlari2 dua tiga orang nurse datang tengok kita
doc S pun datang sama..diorang nak cek bukaan dah berapa cm
sekali doc seluk dah almost 9cm-10cm
terus diorang call dewan bersalin nak transfer kita kat sana
kita masih lagi lali..kesan ubat tahan sakit tu tak hilang lagi
pastu dok fikir kita macam takde tenaga jek nak teran 
sebab lunch tadi dah muntah..lepastu takde makan apa dah pun
berdoa jek masa ni kita mampu buat


tiba-tiba nurse bagitau doc S dewan bersalin semua penuh
kita terpaksa deliver dalam bilik tu jugak
husband pun doc S bagi duduk sebelah teman kita
time tu kelam kabut la nurse sume nak siapkan peralatan
doc S pun siap-siap pakai baju operation dia tu
sempat lagi dalam bilik tu diorang buat lawak
tapi kita takleh nak gelak..sebab sakit sangat
nurse duduk sebelah kita, suruh kita selawat banyak2..ajar buat teknik pernafasan masa contraction datang..


dalam pukul 6.45 petang, dewan bersalin call kata ada satu bilik kosong
jadi diorang boleh transfer kita ke bilik tu
kita punya dok sakit teramat dah ni..rasa nak terbuang air besar
kita bagitau dekat nurse, cepat-cepat nurse and doc S angkat kita naik katil bergerak tu nak tolak ke dewan bersalin
jauh plak la tu..tapi dok terasa diorang tolak katil tu punya la laju
takut kita terberanak tengah jalan


sampai dekat bilik dewan bersalin
ade satu doc ni datang tengok kita
dia cakap kalau contraction datang, try teran
dia seluk masuk bawah tu..tah ape die kerudi kat bawah tu la
sekali air ketuban pecah
lepas air ketuban tu pecah, hilang terus rasa sakit..
tapi kita dok terasa macam nak teran buang air besar..


teran punya teran, keluarlah baby AH
dalam pukul 8 mlm gitu
sepanjang time kita masuk bilik tu
ramai gila orang kerumun kita
dengan nurse, dengan 2,3 doktor, dengan budak2 perubatan
maybe kes jarang berlaku..so diorang nak tengok sama
dok boleh tanya kat kita lagi bila dapat tahu ape sume
tapi kita layankan jela..


bila baby AH dah keluar..kita terus menangis
doc tu tanya kita nak tengok baby AH tak
kita cakap kita tak sanggup nak tengok
tapi dia cakap, tengoklah..anak kamu jugak
kita tengok sekali imbas..
lagi kuat menangis lepastu
budak2 medik tu yang tenangkan kita
masa baby AH keluar, dia dah tak bernyawa dah
='(


lepas nurse dah bawak baby AH pergi timbang
doc seluk bawah tu sebab uri kita tak keluar lagi
jenuh dia dok tarik, tekan perut tapi uri tak keluar
dia cakap uri kecik lagi..dia tak berani nak tarik kuat-kuat..takut nanti terputus
dia try lagi lepas setengah jam..if tak boleh dia terpaksa operate
lagila kita menangis time ni..


lepas setengah jam, doc datang and seluk lagi
tapi kalini doc india perempuan
Ya Allah, sakit gila waktu ni
sakit contraction pun tak macam ni
kita menangis waktu dia seluk tarik kat bawah tu
memang trauma gile
kita pegang doc kat sebelah kita..sebab sakit teramat


last-last uri dapat jugak keluar
tapi doc tak sure if ade yang tertinggal
kita doa-doa takde yang tertinggal
tak sanggup dah nak kena seluk
tak dapat nak cakap sakit dia tu macamana


lepas dah selesai sume
nurse bagi husband masuk tengok kita
sebab lepas diorang tolak kita ke dewan bersalin tu husband tak boleh teman
kami laki bini menangis..tapi lega sebab semua dah selesai
nurse datang tanya nak bawak baby AH balik ke atau masuk bilik mayat dulu
kita suruh dia masuk bilik mayat dulu
sebab time tu dah lewat..pukul 10 malam dah
kalau bawak balik rumah pun takde sapa nak uruskan


dalam pukul 11 lebih diorang tolak kita balik ke wad
kita makan nasik dulu sikit..mak husband bawakkan
sebab husband cakap kita tak makan lepas muntah tu
lepas makan, kita bersihkan diri sikit, pastu terus tido
memang lena sangat tido
maybe sebab penat sangat
malam tu husband tido sama dekat wad


lepas subuh husband siap-siap mandi ape sume
sebab dia nak uruskan pengebumian baby AH
lepas dah setel kebumi, baru husband bawak kita balik
haritu dah boleh discharge dah
 doc bagi mc 2 minggu
sepanjang tempoh pantang tu kita ikut husband balik penang
sebab dia tak bagi kita dok sorang-sorang
nanti kita menangis jek bila teringat
mak pun dok pesan, jangan menangis..nanti meroyan

mak pun cakap


takpe..sekurang-kurangnya dah ada orang tunggu kamu kat sana nanti
untung dah..


kita memang tak boleh nak lupakan kenangan ni
bila teringat, mesti mengalir jek air mata
sedih sangat
sebab baby AH comel sangat
ramai cakap dia putih, comel
kaki tangan dia pun panjang..kalau ada rezeki mesti kalo dia besar, dia tinggi
kalau kita rindu2..kita tengok jela gambar baby AH
ustaz yang kafankan baby AH ade suruh husband ambil gambar dia dulu
dia cakap buat kenangan..
tapi kita tak bolehlah expose kat orang lain
hanya kami dan keluarga terdekat jek boleh tengok


harap-harap lepas ni ade rezeki kita lagi
tak sabar nak mengandung lagi
tak sabar nak dapat baby
kalau baby AH masih ada..mesti sekarang dia tengah berfutsal dalam perut ibu..


AH stands for
Adam Harith


kita suka sangat nama Adam
Harith tu husband yang bagi
memang dah plan kalau dapat baby lelaki, nak bagi nama ni
sebelum kami dapat tahu berita ni


moga baby Adam tenang dan aman disana
ibu harap satu masa nanti ibu dan ayah dapat jumpa baby Adam balik
baby Adam maafkan ibu dan ayah
sebab kami terpaksa buat macamni dekat baby Adam
tapi jauh disudut hati kami, ibu dan ayah tak nak berpisah langsung dengan baby Adam
cuma, Allah tak mengizinkan kita bersama sekarang sayang
mungkin satu hari nanti


till then



x0x0



p/s : dah 45 hari baby Adam tinggalkan ibu dan ayah
tapi ibu rasa macam dah lama sangat

Al-Fatihah


 btw, terima kasih banyak2 doc and nurse dekat wad seri ros HRPB
thanks sebab jaga kita sepanjang kita warded
layanan memang first class..walaupun bukan hospital swasta..
lepas ni kita tak takut nak pegi GH lagi dah..






 

Wednesday 24 December 2014

AH..part 2


assalamualaikum


jom kita sambung plak entry AH..part 1 aritu..
 kali ni pun antara ingat2 lupa jela tarikh bagai kan
tapi perjalanan cerita
insyaAllah..yang gist tu akan ingat sampai bebila..


sepanjang kita checkup dekat KPJ and klinik desa
rekod kita cantik..Allhamdulillah
berat ok, gula dalam darah ok, tekanan darah ok
cuma time ngandung berat dah start naik 4 kg, terasa gemuk
pastu kaki dah start membengkak
sakit kot..tak leh nak jalan lama-lama
kasut pun dah kena beli yang selesa
tak boleh pakai selipar jepun macam zaman anak dara and mak dara..
hew hew hew

takpe..demimu baby..
ibu bersabar sajalah


 sejak preggy, kita dah jarang balik penang
takut and penat nak drive jauh-jauh
selalu husband jek yang balik ipoh
adelah sekali dua jek kita balik penang start lepas raya aritu
tu pun kena ambil cuti sehari
sebab rasa tak berbaloi nak drive jauh-jauh dengan berbadan dua ni kan
dah kurang cergas macam zaman berbadan satu..
=p


 kerja rumah pun banyak yang dah kita ngelat
nasib baik adik-adik walaupun lelaki diorang rajin nak tolong
tau kot kakak diorang ni tak boleh buat kerja berat-berat
sebab kes bleeding dulu, ape pun kita buat hati-hati
sebab doktor usha dah pesan
kena jaga kandungan macam menatang minyak yang penuh


 plan nak berhenti kerja and pindah penang pun tergendala
kalau ikotkan, bulan 9 memang kita nak hantar notis
tapi sebab dah tau preggy..kita tunda lepas bersalin nanti
lagipun mana ade firm nak amik orang preggy keje kan
sapa nak tanggung or buat kes time 2 bulan cuti bersalin tu
jadi..bersabarlah untuk beberapa bulan
ikutkan kiraan EDD kita akan bersalin awal bulan Mac 2015 nanti
so, maybe lepas berpantang tu baru pikir nak berhenti kerja and cari kerja baru
 

bila checkup nak masuk 5 bulan lebih..23 weeks
kita kena pergi checkup dekat KPJ
sebab masa last check dengan doktor usha, dia cakap next month punye checkup ada satu doc pakar dr GH akan datang buat scan 4D
masa tu baru boleh tau baby sihat..sempurna or tak
uwaa..takut gile dengar masa tu..
dalam hati berdoa jek sentiasa baby sihat walafiat dekat dalam perut kita ni..


7/11/2014
kita ade checkup dengan doktor usha and appointment untuk scan 4D
kita dah siap pesan kat husband suruh dia balik time ni
so husband amikla halfday..lepas lunch dia terus balik ipoh sebab appointment pukul 4.00 ptg
doktor usha pun cakap aritu better ade husband..nanti dia boleh tengok baby sama
=)


mula-mula doktor usha yang check kita
dia scan biasa dulu..tapi tak nampak baby
dia cakap takpela, sebab kita dah buat appointment untuk scan 4D tu
nanti boleh la tengok baby


dok tunggu la dengan husband untuk scan 4D
doc dr GH tu datang around 5 lebih gitu
time kita masuk bilik tu pun dah dekat pukul 6
memang menunggu sajala jumaat tu kan
dengan perut lapar sebab selalu time petang mesti kita akan makan kudap-kudap
huhu


masa doc GH tu scan perut kita
dia dok cari-cari baby..kita pun tak pahamla nak tengok mesin scan tu gane kan
last2 dengar dia mengeluh..alamak tak sedap hati..muka dia pun dok kerut-kerut
last2 dia cakap..ada masalah
lagi kita and husband kecut perut dah time tu
tapi memang lama dia scan perut kita
pastu dia cakap nanti dia explain


lepas dah setel scan tu, dia suro kita and husband duduk
dia cakap baby kita ade major problem
time ni kita dah menggigil macam ape..kelu lidah tak tercakap
kaki, tangan semua dah keras sejuk beku
husband yang tanya ada problem apa


doc cakap pembentukan baby tak sempurna..
Ya Allah..terkejut dengar..sebab selama ni memang takde masalah bawak baby dalam perut
bila checkup pun doc tak pernah cakap ade problem
doktor usha tak pernah gtau pape..doktor dekat kk pun tak cakap pape
sume cakap normal jek..

doc GH tak bagi kita pilihan A atau B
dia suro gugurkan aje..sebab itu jek pilihan yang ada
kalau tak gugurkan pun, nanti dia akan meninggal dalam perut
ataupun kalau dia lahir, still dia tak dapat hidup
perasaan kita waktu tu jangan cakap macamana
rase macam ade batu jatuh hempas kepala..hati
tapi kita control perasaan depan doc GH tu
doc GH cuba call doktor usha..nak bincang gane
tapi time tu doktor usha dah balik
so doc GH cakap esok pagi dia suro kita and husband pergi jumpa doktor usha
dia akan buat emergency appointment dengan doktor usha


kita tanya gak doc GH kenapa jadi macamtu
ade salah pemakanan, ambil ubat, supplemen ape sume ke
sebab beberapa minggu sebelum tu kita demam..ade amik panadol and ubat selsema atas consult doktor kk
doc GH cakap kes macamni memang rare
dalam perak ni kalau setahun hanya akan ada 1 or 2 kes saja
doc GH cakap takde masalah dari segi pemakanan, ubat ape sume
dia just cakap

God nak test you..
(doc GH ni Indian guy)


kita tanya jugak sebab masa awal preggy kita ade bleeding
maybe itu punca dia
tapi doc GH cakap bukan..takde kena mengena


lepas keluar dari bilik doc tu..kita terus terduduk dekat kerusi sebelah kaunter
menangis..dah tak peduli orang lain tengok
Ya Allah, besar sungguh ujianMu
nasib husband ada teman
kalau tak..tak tahulah..nak drive balik rumah pun dah tak termampu
rasa lapar terus hilang..rasa ngantok terus hilang
cuma tinggal rasa kesal..sedih..bingung..teramat sangat


cakap dekat husband..macamana nak bagitau dekat family
kita takde kekuatan
husband cuba pujuk..tapi kita tau..dia pun sedih sama
sape tak sedih bila sekelip mata jadi macamni
kami baru jek plan nak beli baju baby ape sume lepas dapat tau gender baby..
Ya Allah...


dalam perjalanan ke kereta tu kita senyap jek
tapi bila masuk kereta..dua-dua laki bini menangis..berpeluk
tak dapat nak cakap apa-apa
last-last kita suro husband drive balik sebab dah nak maghrib sangat dah time tu
takut pape pulak jadi dah masing-masing jiwa tak tenteram
dalam perjalanan balik tu husband pegang jek tangan kita
sama-sama bagi kekuatan


sampai jek rumah kita buat macam biasa
lepas mandi and semayang maghrib terus kite cerita dekat mak
tahula, bila cerita tu..cakap tak banyak
airmata jek yang keluar..tersedu sedan macam orang kena rotan
mak kita pun sedih..tapi dia bagi semangat, nasihat
cakap bukan rezeki kita..
kalau kita terus bawak baby dalam perut tu..kalau dia hidup nanti dia terseksa
kita pun tak nak seksa dia
tapi tak sampai hati nak 'bunuh' dia
Ya Allah...


dalam pada tu teringat pasal kisah bleeding tu..
maybe time tu baby dah nak keluar..gugur
tapi kita still dok tahan..dengan harapan baby dapat membesar dan lahir
tapi tu la..
kalau Allah dah tulis bukan rezeki kita
kita tahan macamana..usaha macamana pun dia tetap bukan milik kita..


malam tu memang tak dapat nak tido
banyak nangis jek sampai husband pun dah tak terpujuk
last-last tertido sendiri jek sebab dah penat menangis


pagi sabtu tu kitaorang breakfast dulu sebelum pegi KPJ
tapi nak makan pun macam tak tertelan
tapi kena jugak makan..in case kalau kena tahan wad ke apa..perut dah berisi
sampai jek KPJ, terus pegi suite doktor usha
tak dan kita nak cakap apa-apa dekat assistant dia
assistant dia cakap tunggu kejap..nanti dia panggil..dia dah tau pasal emergency appointment tu
muka assistant tu pun nampak sedih sangat tengok muka kita dengan tak bermaya and mata bengkak macam ape tu


kita and husband duduk dekat luar suite
tak nak duduk dalam sebab nanti takut tak dapat kawal perasaan tengok ibu-ibu mengandung yang perut dah besar-besar tu
tak sampai setengah jam, assistant panggil suruh masuk bilik


masuk-masuk bilik doktor usha..doktor senyum jek..
tapi senyum yang sedih..
dia cakap..

i'm so sorry dear


terus kita menangis..doktor bangun peluk kita bagi semangat..
husband pun cakap suruh sabar..
assistant dia pun terus datang bagi tisu
memang kita tak bermaya langsung dah masa tu
bila keadaan dah ok, doktor usha cakap dia akan bantu kita untuk terminate the pregnancy se'natural' yang mungkin
dia akan bagi ubat untuk kita makan malam ahad tu..then isnin dia suro admit masuk wad


kita tanya jugak berapa kos semua tu..takut juga if terlebih bajet..tak ke haru
doktor usha cakap dia tak boleh nak bajet berapa
sebab tak tau keadaan kita, berapa lama boleh deliver baby
tak semestinya lepas makan ubat terus boleh deliver
kadang amik masa..bergantung pada ketahanan badan seseorang


lepas dia cakap gitu, kita tanya if better tak kalau kita nak refer GH Ipoh
sebab kita takut kos tu kita tak mampu nak bayar
doktor usha cakap takpe
sebab dia pun faham..and lagi better kita refer GH sebab diorang lagi banyak peralatan canggih..
dia pun cakap tak guna kita bayar mahal-mahal but at the end kita takde pun baby
dia suruh kita pergi GH hari isnin
jual jek nama doc GH yang cek kita ari jumaat aritu
sebab dia head department O&G
confirm-confirm senang jek nak lepas all the procedures
doktor usha siap pesan, if kita ade pape masalah..mc ke hapa..just contact dia
dia akan tolong


lepas appointment dengan doktor usha
kita ajak husband pergi kedai jap
nak beli apa-apa yang patut untuk pantang nanti
yela, dah kena deliver awal
manade nak prepare ape kan
beli jela pad, stokin dengan minyak angin
sebab mak kita cakap tak payah nak tungku or bengkung bagai
perut kita tak besar sangat lagi
cuma jaga makan jek


balik rumah, buat macam biasa jela
tengok tv ape sume
start malam tu kita dah tak makan supplement untuk baby
rasa bersalah teramat amat sangat
kita dapat rasa dia gerak lebih banyak dari selalu
maybe dia tahu apa yang berlaku
dia tahu ibu dia nak buat something dekat dia
Ya Allah..sedih sangat..
bergenang-genang airmata..bila dia gerak-gerak dalam perut
kita just boleh berdoa jek yang Allah ampunkan lah dosa kita
bukan kita sengaja tak nak dia
tapi itu pilihan yang kita ada
takde mak yang tak nak anak
takde mak yang nak gugurkan anak
(tak applicable untuk 'mak' yang kena rogol or di'rogol' tu ye)


husband pun contact bagitau mak dia
kita tak boleh nak cakap..sebab nanti airmata jek yang ada
husband terpaksa amik EL isnin nanti..tengok keadaan gane
sebab takkan kita nak drive sendiri pergi GH kan
mak kita pun tak sihat time tu..sebab dia pun baru seminggu lepas operate..


hari ahad tu, kami pergi jalan-jalan ke aeon satu family
kita belanja family makan pizza
konon nak tenangkan hati
first time lepas 5 bulan kita minum air gas
rasa bersalah dekat baby..tapi....

tak mampu nak cakap macamana...
no word can describe my feelings..


hanya Allah jek yang tahu..Maha Mengetahui..



to be continued..
terasa sebak taip entry ni..
maybe entry lepas ni..menangis balik terus..
huhu..



till then



x0x0




p/s : dont judge me..if you are not in my place..situation..

sorry tak reply comment dekat entry AH..part 1 tu
sebab tak tau nak reply macamana
la ni korang dah tau kan..so terjawab semua reply tu..