Monday 23 June 2014

monday..always blues...


dear diary..


lemah betul semangat bila tiba hari isnin
patut hari isnin disambut dengan semangat membara-bara
sebab ia permulaan hari pada setiap minggu kan
tapi kita
hurm...


semalam sampai dari penang pukul 6.30
kita saja bertolak awal sebab kita tak berapa yakin & nampak untuk drive malam
bukan rabun
cuma tak konfiden
lagipun jarang drive malam
pulak ni jauh kan
so better balik awal walaupun hati berat sesangat


 dan seperti biasa
bila time untuk berpisah tu
masing-masing dalam mood melayan perasaan
encik somi suke termenung
puan istri pulak kalau boleh tamau tenung muka encik somi lama-lama
sebab takut nanti hati rapuh
pastu mesti rasa tak sampai hati
huhuhu


weekend ni turn encik somi pulak balik sini
tak sabar nak tunggu jumaat
padahal sekarang setengah hari isnin pun belum
hahahaha


 minggu ni kita dah nak sambut bulan ramadhan
kita mestilah excited sikit
first time nak sambut sama-sama
memang intention haritu nak kawen sebelum bulan ramadhan
sebab nak sambut puasa dan raya sama-sama
gediks..
haha


 ok..tu jela nak cerita
mata ni dok kuyu jek
ngantok jek manjang
kita ni sekarang
kalau tak lapo, mengantok
kalo tak mengantok, lapo
dua tu jek
pastu panas jek..orang lain dah sejuk kena kipas
kita still dok panas jek lagi
perubahan cuaca kot
sekarang kan musim panas
tu yang sistem badan pun dah ting tong


muka dah terasa chubby balik
sebab bila pakai tudung owning tu dah terasa ketat
yelah, dah melantak jek kejenya
melantak tu bukan sikit-sikit
siap kadang extra pulak lagi
memang tembun la kau nanti yna
tambah bulan pose ni
orang lain makin selim melim
kau naik berkilo-kilo


mentang-mentanglah dah takde baju kawen yang kau nak pakai lagi kan

haha



till then


x0x0





p/s : esok kena pegi teluk intan..lusa parit..
owh..malas nak bangun awal-awal..
nasib bos yang drive
boleh lena dekat sebelah
hikhik..




 

Friday 20 June 2014

it's friday..horayyyyyy...


dear diary


awat kau suke bebenor yna??



eh, of course la suke bebenor


sebab harini nak balik penang jumpe encik somi
=)


dah dekat seminggu kita dok pikir nak balik penang naik ape


option 1 - bas ekspress turun dekat sg nibong
option 2 - drive sendirik


kalau nak ikotkan option 1 tu lebih menjimatkan wang ringgit kan
tapi membazir dari segi masa
sebab apa


ala, macam korang tak pernah naik bas..

mestilah ade delayed
pastu disebabkan kita dah lama tak naik bas
perasaan cuak dan takut tu datang
tambah pulak dengar banyak kes eksiden kan
i'olls memang takut la
pastu terminal amanjaya tu pulak jauh dari rumah
dah tu sapa pulak nak hantar ambil kita dekat terminal bas kan
orang semua dok sibuk kisahkan hal opah dekat spital



jadinya



kita ambil keputusan untuk drive sendiri


first time nak drive jauh ni
haha



sebab selama harini kalau outstation pun, dalam perak jek
if luar perak, mesti ada orang temankan
ni sebab nak balik jumpa laki
takkan nak bawak orang teman kan
mau mati kutu la pulak dia nanti



doakan perjalanan kita petang karang ye..


excited sangat ni..5 hari tak jumpe
tapi dengar cerita ade orang tu lagi excited
hihihi



till then




x0x0





p/s : have a  nice weekend korang..=)

pagi-pagi dah merepek pasal weekend
ade 7 jam lagi kot oi yna sebelum balik
hahahahaha

 ingat nak balik ipoh balik pagi isnin, pastu terus pegi court
tapi semalam bos dah pesan hari isnin kena ikut dia pegi teluk intan
aisey, tak dapat nak balik lambat
wuwuwuwu





 

Thursday 19 June 2014

review : nikah & bilik pengantin...



dear diary..



 kita tunjuk pics dulu baru review ye..
hehe



layankan jela..

























memandangkan kita takde kerja sangat sekarang ni
sempatlah nak buat review untuk nikah dan bilik pengantin serentak
kenapa buat serentak??


sebab dia pakai gambar yang sama
malas kita nak ulang gambar banyak kali kan
nanti korang kata kita syok sendiri jek plak
hahaha



NIKAH


sebenarnya, nak tetapkan tempat untuk nikah ni
memang sangat menjadi masalah

sebabnya, mak kita nak buat dekat surau
senang..tak payah nak kemas rumah beria-ria sangat
sebab nanti takde sapa nak kemas
maklumlah bila kenduri, even kita keluar barang sikit pun
nak simpan balik lepastu amatlah payah
masing-masing dah penat kan

kita pun tak kisah..janji menikah..itu yang penting


tapi bila mak kita cakap nak buat nikah dekat surau
opah kita tak setuju, dia kata nak buat dekat rumah
sebab kenduri dah tak buat dekat rumah, dah kalau nikah pun tak buat dekat rumah
macam takde kenduri pulak


sehari sebelum nikah..means hari jumaat
petang tu hujan turun dengan lebat
sampai area laman rumah kita banjir dengan air bertakung
khemah ape suma memang dah pasang
sebab kalau nikah dekat surau, lepas menikah tu semua jemputan akan makan-makan dekat rumah
jadi time tu opah dah mula panik
dia cakap takut esok time majlis, tetiba hujan
apehal orang nak redah air dekat laman tu kan
jadi dia kata buat jela dekat surau


malam tu pulak, tukar balik plan
 kata nak menikah dekat rumah pulak
ayoyoyo, memang kita dah pening kepala masa tu
nasiblah jarak antara rumah dengan surau tak sampai 100m
bolehlah nak main cak cilok plak kan


jadinya, keputusan dah muktamad, buat dekat rumah
tok kadi cakap dia nak nikahkan sharp pukul 5 petang sebab dia ada pasangan lain plak lepas kami
kalau lambat, dia kata tunda nikah tu ke malam pulak
so, time tu lebih 5,6 kali kita peringat encik somi, jangan lambat


kalau nak kawen dengan i, jangan lambat okeh..tidak u menikah la dengan orang lain


hamboi ayat..pedas kemain..haha



disebabkan plan dah bertukar last minit
kita memang takde prepare ape-ape untuk mini pelamin
sebab satu, kita malas nak kemas balik
sebab dua, if hire vendor, kita dah malas nak membazir

pengantin berjimat ye kita ni
haha


jadinya, tu pasal menikah dekat ruang tamu jek
berlatar belakangkan almari simpan pinggan mangkuk


tapi disebabkan op pandai memainkan pernan dia
nampak cantiklah jugak
hihihi


takpe, yang penting nikah tu
pelamin tak penting bagi kita..



untuk hand bouquet tu
kita just recycle guna hb masa tunang haritu
jadinya tak membazirlah kan
semua nak jimat jek dah time ni
=)


 untuk baju nikah perempuan..

kita dah pernah cerita dekat entry sebelum-sebelum ni



baju nikah kita beli ready made jek dekat butik qamilla sacc mall shah alam
untuk veil pulak, kita beli online dekat sini




lepas beli baju nikah tu, kita decide nak beli veil terus
tapi sebab apa tah..kemalasan maybe
kita tangguh-tangguhkan niat tu
tinggal sebulan lebih rasenye kot sebelum majlis, baru kita usha balik zahra veil ni
ternyata niat nak membeli veil awal-awal dulu yang kecundang tu memberi hikmah
sebab masa tinggal sebulan lebih tu, tetiba zahra veil ade buat promosi maulidur rasul
yea, ape lagi..cepat-cepat tempah
dan kita save sikit duit untuk veil idaman..
=)



total lost untuk baju nikah plus veil plus keronsang tu tak sampai RM1k
keronsang tu kita beli terus dekat butik qamilla
maybe mahal sikit, tapi disebabkan kita malas nak fikir dan mencari
terus jek beli
tau dah perangai kita nanti kalau last minit memang lagi main rembat jek apa yang ada


tapi walaupun kerongsang tu a bit mahal
namun kita puas hatilah
sebab santek..


baju tu memang takde banyak detailing manik
bahagian lengan tu jek
memang kita tak nak crowded-crowded
sebab lepas ni kalau nak guna balik baju tu takdelah segan mana


beli untuk dipakai kembali
itu prinsip untuk wedding kita..
=)




ops, pasal baju melayu encik tunang
seminggu sebelum nikah baru dia pergi beli
itupun kita dah dok remind banyak kali
macam orang tak nak kawen jek gaya dia masa kita membebel tu
sakit hati i..
haha



BILIK PENGANTIN


untuk deco bilik pengantin ni pun tersangatlah best
jumaat malam tu baru kita dok nak mendeco
gila, esok kau nak menikah, malam tu sempat lagi nak panjat itu ini
gantung itu ini
dengan inai tak pakai lagi

hohoho


kita memang takde nak deco beria-ria bilik pengantin ni
sebab hanya kita jek yang tengok
dan maybe saudara mara yang sekerat datang time nikah tu
kalau buat kenduri dekat rumah, maybe kita akan spend duit sikit
tapi, alah..nak melawa kejap tu jek pun kan
jadi jangan membazir
sampai harini kita tak tanggal pun lagi segala tirai, bunga-bunga bagai
bagi tunggu lepas raya la
nak berpengantin baru lama sikit
hehehehe


bab mencari set katil baru
kita tak banyak survey kedai
2 kedai jek kot
 =p


masa zaman kecik-kecik dulu kita memang sukaaaaa sangat dengan katil yang ade tiang
konon-konon leh main cak-cak la kan nanti dengan somi
padahal non hado pun
masuk jek bilik masing-masing dah terbungkang kepenatan
nak main cak-cak hapenya
haha


tapi bila kita survey harga katil yang ade tiang gini
mesti above 3k
mak oi..tak mampu la mak kan
mak tak banyak duit kepuk-kepuk nak beli set katil saje sampai 3k
belum campur tilam lagi


jadinya..masa pergi melawat kedai perabot yang pertama dekat station 18
set-set katil yang ada sume tak memenuhi citarasa
style katil sekarang kan ade macam kusyen kat kepala katil tu
tak seswai untuk rumah papan macam rumah kita tu
buat berhabuk jek, jenuh nak mengelap
dah la yna ni rajinnnnn sesangat
hehe


jadinya, pencarian diteruskan ke kedai perabot kedua dekat station 18 jugak
tdi furniture


bila kita tengok set-set katil dia
first time terpandang set katil bertiang tu
terus jatuh chenta
terus cakap dekat mak nak yang ini
tanpa berfikir panjang lagi


harga pun reasonable..
tak sampai 2k untuk set katil
horayyyy..im the happiest b2b masa tu
dapat set katil idaman
hehe


disebabkan masa datang tu tak bawak duit deposit
next week tu kita datang lagi terus bayar depo



untuk tirai-tirai katil ala-ala nak buat kelambu tu
kita beli kain dekat nagoya angsana mall jek
murah-murah sudah..bukan nak buat apa pun kan
nanti-nanti kena tanggal jugak balik


set cadar tu kita beli dekat sogo time sale
kita memang tak suka kain satin-satin tu
harapkan cantik jek, tapi nak tido panas
oh, tidak..membazir


jadi, kita beli set cadar yang paling simple
sedap dapat lanyak
nanti kalau setakat pakai time kenduri, habis kenduri..simpan
membazir..


tak baik ikot amalan syaiton nirojim
hehe



tugas untuk mendeco bilik pengantin ni
buat secara try and error jek
takdelah kita nak study berminggu-minggu nak buat konsep apa

no,no,no..kita bukan jenisnya


kadang rasa kagum tengok b2b yang ada buku/diary untuk note hal-hal preps kawen dia
kita takat buat notes dalam hp jek
itupun kadang-kadang terlupa ade buat notes
hehehe



oklah, panjang benor dah menaip ni
lenguh sudah jari jemari ni
nanti kalau ade gambar lain pasal kawen aritu
kita update lagi
kalau rajin, buat review
kalau malas, peram dalam otak and hati jek sudah
=)



till then



x0x0..




p/s : kalau diberi masa untuk undur ke belakang untuk ubah ape yang patut/terkurang
kita tamau dah..
sebab majlis kawen ni sangatlah memenatkan
yang lepas, biarlah lepas
move on ke depan jek sekarang ni
dah kawen pun..=p









Wednesday 18 June 2014

#malas...


dear diary..


sejak lepas cuti kawen aritu habis


rasa malassssss giler nak pegi keje ah
cambest jek pulak jadi surirumahtangge


dapat duduk rumah sepanjang hari
kemas-kemas rumah
jaga makan minum pakai laki
woih..heaven sangat rasa


pastu dapat tergolek-golek depan tv tengok citer roomates
boleh mengunyap lagi
ikot dan rasa hati nak buat ape kan


i wish


one day nanti


bila keadaan family dah stabil
bila kewangan kami laki bini dah stabil
kita nak berenti keje
and jadi housewife sepenuh masa



tapi, kita taknaklah jadi housewife yang takde wawasan
lepas laki pegi kerje, dok bergosip dengan jiran tetangga
pastu bila tengok dah petang, laki nak balik..masak pun belum lagi
pastu pergi kedai beli lauk


tahulah kat penang tu masakan kedai pun sama sedap dengan masakan rumah kan


tapi, macam loser sangat housewife gitu

haha



kita nak jadi housewife yang ade duit poket sendiri
takde nak mengharap laki bagi nafkah jek kan
buatnye satu hari nanti terjadi apa-apa
dah kau terkontang-kanting

nauzubillah...



ok, tu jek nak merepek

tengah malas tahap panda tengok pun boleh hitam terus muka dia
bukan takat eye bag jek
=p



tak salah berangan kan..



till then



x0x0..




p/s : rindu hubby..=(



 

Monday 16 June 2014

tunggu nanti...


dear diary..


sejak dah tukar status ni perasaan nak update blog tu macam malas jek..
sebab kita pun weekend husband and wife..
so, bila dapat berjumpa tu
memang tak hiraukanlah nset ke, insta ke, fb ke, blog ke, email ke
segala-gala yang berkaitan dengan dunia it ni la
even tengok tv pun dah jarang
sebab banyak sangat menda yang terjadi lepas kawen ni kan
jadinya, masa untuk bersenang lenang macam zaman anak dara tu memang kena campak jauh-jauh dah la..
huhuhu


 masa lepas kenduri kita dekat sini
kita dengan encik somi cuti sampai selasa jek
disebabkan kenduri kita hari ahad
isnin tu terus shoot pergi cameron
konon-konon nak rehat sepenuhnya la sebab dah bertungkus lumus buat kerja itu ini kan
memang pun, kat sana hujan..sedap tido jela..
tapi hati jadi sayu nak hantar encik somi balik petang selasa tu..
sob sob sob


 untuk kenduri belah encik somi
kita amik cuti dari hari jumaat sampaila rabu
encik somi pulak cuti seminggu
jadinya bila dia hantar kita balik ipoh, dia stay jela terus kan sampai ahad..
masa duduk dekat penang, tak pergi mana-mana pun


satu sebab time cuti sekolah, jalan jem..sesak nak berjalan kemana pun
second, encik somi nak bagi kita berkenal-kenalan dengan family members dia
kita pun tak kisah, sebab badan masih terasa penat kan
takat gi ronda-ronda pergi tengok pantai jela dekat area rumah encik somi
pastu pergi queensbay..
pergi tempat-tempat yang kurang sesak
takpelah, sekarang ni banyak masa nak berjalan kan
bukan macam dulu dah, masa terhad kan
biar rest puas-puas dulu, bila badan dah recover baru boleh berjalan dengan best..


masa encik somi dekat ipoh dari khamis sampai ahad tu
kami takdelah plan nak pergi kemana pun
sebab kita pun kerja
balik kerja dah petang, penat lagi kan
encik somi jela yang keluar setelkan sijil nikah dengan kad nikah tu
alhamdulillah, setel dah semua, tunggu kad siap jek


masa hari sabtu tu, kami just pergi berjalan ke teluk batik jek
sebab encik somi kata dia tak pernah pergi sana
kita pun bawaklah dia pergi kan
dah duduk dekat dengan laut pun nak tengok laut lagi
lahai..hehe


malam tu pulak singgah rumah atuk dia dekat tambun
atuk dia call request kami datang sana
padahal aritu masa balik dari penang dah singgah dah
rindu letew..
haha


malam tu kita message jela adik cakap makan malam dekat rumah atuk encik somi
terus adik kita cakap opah kita masuk hospital
apa lagi, memang terkejut beruklah kan
sebab siang tadi sebelum keluar dia ok jek
kami cepat-cepat makan, lepas solat isyak, terus gerak balik rumah
tunggu dekat rumah sampai dekat 1 pagi la..
bila mak sume balik, cakap opah kena tahan sebab ada jangkitan kuman dekat dengan usus


rasa kita pernah cerita sebelum ni yang opah kita demam sebelum kita kawen haritu kan
masa kenduri haritu, dia sihat dah
pastu masa kenduri belah encik somi, dia demam balik
memang masa tu rasa serba salah sangat nak kenduri
tapi jemputan dah jemput apa sume, tetap truskan jugak
masa kita balik dari penang, dia ok dah la jugak..mau makan sikit
cuma lepas petang jumaat tu terus dia teruk balik
demam panas, muntah-muntah..tak nak makan
memang semua orang dok risaulah dah
pergi klinik tak ok, last-last bawak pegi hospital
baru tau sebab kenapa demam lama sangat tu kan
harini pun still opah kena tahan dekat wad
bergilir-gilir la orang tunggu dekat hospital jaga opah


 kesimpulannya, lepas kenduri ni
memang takde berjalan kemana pun
ramai tanya honeymoon kemana apa suma
memang tak sempat nak honeymoon betul-betul
nantilah kan..bila keadaan dah ok, baru best nak honeymoon


lepas kenduri, banyak spend time dengan family jek
time ni la nak kenal each others kan
bila dah kenal, dah rapat, dah boleh nak sekepala
nanti baru kita berjalan pulak..


 cuma malam jumaat tu masa nak keluar ipoh jalan-jalan malam
mak cakap


"bawak kunci ye kalau nak balik lambat"


rasa macam pelik
sebab kalau sebelum ni mesti mak cakap


"jangan balik lambat-lambat sangat"



hehe



itulah indah hidup lepas kawen..
bukan semata nak buat anak jek (haha)
tapi banyak lagi yang kita boleh buat, boleh explore..


dan memang indah cinta lepas kawen..
sebab dah halal
tak payah nak pikir 100x kalau nak buat apa-apa



oklah, itu jek nak cerita
nak sambung buat kerja pulak
menimbun ni boss letak file atas meja nak buat opinion
tengok jek pun dah nak pengsan
memang tak sempat la nak berangan kat laki yang jauh di seberang laut tu..


penang tu seberang lautlah kan..
hihihi



till then



x0x0..




p/s : tengah pikir jumaat ni nak balik penang nak drive sendiri ke or naik bas
hurmmmm

baru hari isnin dah pikir nak balik penang

=p