Monday 30 December 2013

tak sempat...


dear diary..


harini masih tak sempat nak update apa-apa..
cuti daripada jumaat haritu..
tak pegi mana pun..duduk rumah, tengok tv, pegi aeon station 18, buat kek, makan and makan, buat reben, bergosip dengan mak sebab mak pun cuti gak..
tu jelah aktiviti sepanjang tiga hari bercuti..hewhew..

*******************************************************************
 
hari khamis tinggalkan meja dekat ofis ni clear..
tapi pagi tadi masuk menimbun file..
baru sehari jek off dah menimbun..
nanti cuti kawen nanti tak tahulah..
melimpah bilik ni dengan file kot..
bukak-bukak pintu terus tertimbus sebab file banyak sangat..
mau masuk berita nanti..


seorang pengantin baru lemas ditimpa files akibat seminggu bercuti kawen..


femes i nanti tau..hikhik

 
sebenarnya ada benda yang membuatkan kita happy nak share dengan korang semua..
tapi nantilah eh..
kita karang ayat best-best sikit..
sebab sekarang takde mood lagi nak karang ayat..
nanti jadi tunggang terbalik ayat korang jugak pening kan..hehe


riuh betul la ofis kita ni sejak ade sorang akak baru ni masuk..
lawan cakap dengan sorang staf lelaki senior yag banyak cakap..
suka gaduh-gaduh manja gitu..tak gaduh betul pun..saja je deme suka bising..
tapi kita yang pening pale dengar diorang asyik nak bertekak jek..
kalau korang nak tahu ofis kita ni dua tingkat..
bos-bos kat atas..
kita dengan 2 lagi staf kat bawah..
tu pasal diorang leh nak kecoh-kecoh sampai meletop ofis pun takpe..
sebab bos-bos tak dengar..
tapi kita la kadang-kadang tengah concentrate buat kerja tetiba bising-bising, lari idea nak buat hujahan..
konsentret sangat la kau yna..haha..


oklah, kata tak sempat tadi kan..
tapi panjang gak karang..
yela, takkan nak bagi korang baca ayat dua tiga potong..
tak bestlah..
if gitu, baik tak yah update blog..huhu


nanti kita share okeh..
if tak esok..lepas new year ke..


alamak, dah nak masuk new year..
means lagi dekat majlis walimah..
tetiba nervous..
nak jadi bini orang..
bangun pagi pun lambat..dah tu gane nak berlaki???


till then..


x0x0..



p/s : alhamdulillah, rezeki shaklee bulan ni meningkat..usaha tangga kejayaan..=)

 




Thursday 26 December 2013

esok cuti..esok cuti..yeaaaaa...


hai korang..


dah macam separuh tak betul jek tuan punya belog ni kan..
nak cuti pun eksited kemain..
mengalahkan dia sorang jek cuti dalam dunia ni..
orang lain tak..
haha..


tak tahulah kenapa lately ni bila ada jek cuti..
rasa heaven sangat..
padahal bukan pegi mana pun..
duduk rumah mengadap tv..
takpon marahkan si memey..
tak pasal-pasal kawan tu asyik kena bebel dengan kita..
padahal dia tak buat salah apa pun..hewhew..


adik kita cakap..
kita ni singa betina..

sampai hati..


kalau dulu-dulu, memang kita singa betina..mengaku ni..hehe
12 jam nak marah orang jek..sebab lagi 12 jam cool
tapi sejak-sejak umur dah makin meningkat ni..
dah tak kuasa nak marah-marah..
nanti kedut-kedut muka i..
hehe..


btw
siapa memey tu??




ni la memey kita..
kucing yang tak tahu dirinya betina atau jantan..
dia pun tak tahu dia ni kucing ke, arnab ke, kambing ke..
macamana tu??hehe


memey kita ni banyak nama sebenarnya..
tapi walau apapun kita and family panggil dia..dia tetap faham..
=)



eh, cerita pasal baby memey pulak ye..


back to main topic..
kemana nak pegi cuti 3 hari ni??

hurm, tak tahulah..
duduk dekat rumah je kot..
sambil membesarkan lagi badan..

tapi, jangannnn..nak kawen ni, lagi besau badan, lagi jenuh..


oklah, nothing much to say sebenarnya..
tak sabar nak tunggu 5.30..


macam ni baru 1st time nak cuti je ye..

tahlah..rasa teruja sangat nak cuti..
maybe dah bosan tengok file hari-hari kot..
penat setelkan masalah orang..
masalah sendiri pending..

huhu



till then..


x0x0..



p/s : dengar banyak kejadian pelik berlaku di timur semenanjung dua tiga hari ni..
harap-harap tiada lah kejadian tsunami atau sebagainya..
orang yang duduk berdekatan dengan pantai, berhati-hatilah ye..
jangan terlalu seronok dan leka..sebab ujian Allah tu tak tentu bila nak tiba..
marilah kita sama-sama doakan ye..demi keselamatan dan kesejahteraan manusia..AMIN


Tuesday 24 December 2013

goodbye 2013, welcome 2014...my wishlists...=)


>>> awas, entry ni panjang giler..kalau larat baca, silakan lah ye..hihihi


dear diary..


setahun sudah berlalu..
dimanakah kita sekarang???
masih di takuk yang lama atau sudah ada peningkatan???


for me, tahun 2013..
i have no wishlists..
buat apa yang suka ikut tekak dan hati..
sebab sebelum-sebelum ni, bila buat wishlists, satu pun tak tercapai..
so, daripada tak nak kecewakan diri sendiri, tak payah berazam apa-apa..


macamni punya olang pun ada ka???
haha..


kita throwback balik apa yang berlaku sepanjang 2013..
tapi sorilah, tarikh-tarikh kejadian tu tak berapa nak ingat..
cuma boleh bagitau jek apa yang dah berlaku secara ringkas..
maybe ada yang ikut turutan, maybe ada yang tak..
maklumlah, dah tua ni, lupa jek..kihkihkih..


- dirisik pada februari 2013
- bertunang pada mei 2013
- berhenti kerja pada ogos 2013
- masuk kerja baru pada september 2013
- jadi ahli shaklee pada oktober 2013


ha, rasanya ni jela event besar yang berlaku dalam hidup kita..
cakap kat atas tadi macam banyak jek ye..
tertipu korang semua..hehe..


************************************************************************
sebelum tu, dalam entry sebelum ni, kita ade cerita pasal encik tunang dapat suggestion from company nak hantar dia pergi vietnam kan..
sampai harini, masih lagi takde kata putus..
so, sebelum ada lagi confirmation, kita berlagak macam biasa..macam nothing happened..
kita teruskan dengan tujuan dan niat yang asal..
tapi sebenarnya hati berdebar-debar jugak..
takut last minute confirmation..
memang kita pegi hempok-hempok bos dia sampai penyek..huhuhu..

anyway thanks pada korang yang bagi sokongan moral dekat kita..
terharunya..
baik kawan blog, kawan alam realiti mahupun kaum keluarga..
rata-rata cakap takpelah dia pegi..
nanti boleh borong banyak-banyak barang dekat vietnam..kan cantik-cantik..murah-murah..
ceit, kita ni hati risau kemain, diorang pikir nak beli belah pulak..
tapi kita tau, korang cakap just nak comfortkan hati kita je kan???


macam mak kita cakap..
takpelah, nanti encik tunang boleh belikan sutera vietnam..

i nehi sutera..nak encik tunang jek..tak dapat sutera pun takpe..=p

****************************************************************************************

oklah..berbalik kepada resolusi tahun baru kita pulak..
disebabkan last year takde menyimpan azam..
tahun ni kita rasa macam nak ade azam pulak..boleh gitu kan???haha..


jadi, apakah azam tahun baru kita ni..
kita terpaksa buat pecahan..
supaya senang nak baca..
dan review balik bila end of the year 2014..=)



Azam untuk Keluarga..


1. bawa keluarga pergi melancong...fully sponsored by ME..yea..
tapi destinasi dalam mesia jela eh..
nak bawak luar daripada mesia ni, tak mampu lagi..
bawak seberang laut boleh la..
kita pegi penang ke, langkawi ke..takpun pangkor..
kan seberang laut tu..hehe




2.  belikan sesuatu yang valuable and memorable for mommy..
yela, sebagai mak, dia banyakkkkkkk sangat dah berkorban dekat kita and adik-adik..
rasanya dah sampai masa untuk kita bagi something yang berharga dekat dia..
tahu, wang ringgit bukanlah ukuran kasih sayang seorang mak..
tapi, daripada tak bagi apa-apa langsung, at least bagilah something yang mampu membahagiakan hati dia..
nak bagi apa???
tak terpikir lagi..
mungkin gelang white gold idaman hati dia....we'll see next year..=)


 


3. Menjadi anak dan kakak yang terbaik di muka bumi ni..
 ha, yang ni terlalu ambitious gila..
sebab azam yang ni, awal tahun jek dia buat..
semakin ke tengah dan akhir tahun, dah lupa azam dia..
tapi hopefully, this 2014, kita dapat buat..even perlahan-lahan..
konsep dia luas..nak jadi yang terbaik macamana..kita akan buatlah nanti..=)




Azam untuk Diri Sendiri..


1. Nak beli pandora..
tak tahulah kenapa kita sukaaaa sangatttt dengan pandora ni..
walaupun ade setengah orang cakap macam pakai gelang zaman orang asli..huhu
tapi, ikutlah, citarasa kita berbeza kan..
di mata mu tak cantik, di mata ku cantik..
yang paling penting, i beli pakai duit sendiri..tak minta duit orang lain..kan kan kan..hehe





 
2. Nak beli Ipad Air
 amboi, untuk diri sendiri banyak sangat nak belinye ye..hehe..
teringin nak ada satu gajet..
senang nak surf tenet..bisnes..
sebab bila browse dekat phone, tak semua dapat tengok..huhuhu






3. Menjadi Manusia yang Lebih Baik Daripada Sebelumnya...
banyak lagi kekurangan diri ni sebenarnya..
so, mana yang boleh diubah, kita akan cuba ubah..untuk kebaikan diri dan orang lain..
sebab kita hidup atas dunia ni bukan hidup sorang-sorang..
kena hidup bermasyarakat..barulah aman, harmoni, sentosa dan bahagia..
cakap macam sebelum ni kita suke bergaduh dengan orang je ye..hehe..takdelah..
metafora je semua itu..=p






4. Memperbanyakkan Amalan Sunat dan Tak Tinggalkan yang Wajib Secara Sengaja atau Tidak Sengaja..
ha, yang ni sebenarnya azam yang paling penting..
bukan sebab kita orang melayu..
tapi sebab kita orang ISLAM..
kita selalu ambil mudah perkara ni..cukuplah sembahyang lima waktu je kan..tu je yang wajib..
tapi fikir balik..kalau kita ni nak buat ibadat pun pilih-pilih..
janganlah nak persoalkan kenapa Allah tak makbulkan doa dan permintaan kita kan..
insaf...huuuuu






Azam untuk Alam Rumah Tangga..


1. Berkahwin..
ha, yang ni kalau tak kawen guane nak ade azam untuk alam rumahtangga kan..kenalah kawen dulu..hehe..
insyaAllah..jika diizinkan olehNya..next year kita dan encik tunang akan disatukan..
moga-moga Allah permudahkan jalan, berikan kami rezeki yang melimpah ruah..menjaga hubungan kami hingga ke Jannah, pelihara diri kami daripada segala anasir negatif, meredhai hubungan kami dan kuatkan diri kami untuk menempuh alam rumahtangga yang penuh dengan cobaan..AMIN...

besides, kita berharap supaya majlis walimah nanti berjalan dengan lancar..
mungkin tidak sempurna, sebab itu bukan sifat manusia..
yang penting lancar..tiada masalah besar-besar yang timbul dan semua orang happy..=)





2. Honeymoon to Krabi..
alamak, yang ni tak tahulah tercapai ke tak..
sebab thailand kan selalu dilanda masalah bom mengebom ni..baru semalam dengar kat phuket dah ade kes bom-bom ni..
tapi ni salah satu impian encik tunang..
we'll see nanti..
if keadaan aman, bolehlah pegi kan..if tak, jalan-jalan jela pulau dekat mesia ni..hehe





3. Honeymoon to Cameron Highlands..
kita ada backup plan..gitu..
kalau nak pegi krabi tak dapat, kita pegi cameron jela..
kan ni pun salah satu impian kitaorang..dok plan daripada zaman bercinta tak sampai-sampai lagi..hehe..





4. Rumah Sewa di Pulau Pinang..
nak beli rumah kat penang..tak mampulah lagi..
harap boleh sewa je la dulu kan..jadilah..janji ada rumah..janji boleh berdikari sendiri..
janji dapat bermanja berdua dengan encik tunang..oppssss..
hehe..
tapi rumah sewa kita bukan macam kat bawah ni lah tau..
ni rumah impian nak beli..nak rumah kat miami beach...impian tu....=p






Azam untuk Pekerjaan..


1. Mencari Kerja Baru di Penang..
memandangkan kita bakal berkahwin..
dan memandangkan encik tunang bertegas tamau keluar daripada penang..
maka terpaksalah kita mencari kerja baru di penang..
tapi bukan sekarang..lepas kawen nanti lah..
sebab mak tak koser nak bayar duit sewa rumah pulak ye nak dok sorang-sorang kat sana..hehe
moga Allah permudahkan urusan ku nanti..demi suami terchenta..gituhhh..





2. Berkerja dengan Lebih Tekun dan Fokus..
nampak sangat sebelum ni kerja main-main ape??hehe..
takdelah, manade main-main..fokus apa..cuma setengah jam pertama..
lepas tu menerawang kot lain..kihkih..
kita berazam tahun depan kita nak belajar banyak menda..
nak tambahkan ilmu pengetahuan yang secoet ni..
rugi rasanya tak tambahkan ilmu di dada ni..=)





3. Ingin memulakan bisnes..
semua sedia maklum rasanya kita adalah salah seorang SID Shaklee..
join shaklee dulu pun bukan semata nak berbisnes sangat pun..
sebab nak beli vitamin shaklee dengan harga murah..
tapi dah alang-alang get into this business..apa salahnya kita maju ke depan ye dak..
sebab sekarang ni..dunia sekarang ni..
satu kerja jek tak mampu nak buat kita hidup senang dan selesa..
well said, bukanlah kita hidup susah..senang tak jugak..pertengahan jek..
tapi teringin nak ada rumah sendiri..teringin nak pergi holiday..teringin nak beli barang-barang idaman hati..tanpa perlu memikirkan soal duit cukup atau tidak
jadi, kalau tak berusaha sekarang, sampai bila pun tak dapatkan..
jadi angan-angan mat jenin jela..hihi..
selain bisnes shaklee, kita teringin untuk ada satu lagi bisnes yang mantap..
bukan MLM, tapi satu perniagaan..macam jual baju ke, tudung ke..tapi tu macam common sangat..kalau nak buat, kena cari yang betul-betul mantap..
so, kena start thinking daripada sekarang, gali ilmu, dan bertindak..=)





4. Jadi Supervisor..
ha, yang ni sudah tentulah nak jadi supervisor shaklee..
kenapa supervisor jek..kenapa bukan senior supervisor mahupun master coordinator??
ginilah, nak pasang impian bagi kita biarlah ikut kemampuan..
kita bukannya terlalu serius sangat buat bisnes shaklee ni..
banyak kepada tolong kawan-kawan jek..
tapi start next year, kita nak all out sedikit..biarlah rasa puas sikit kan..
tapi mana nak tahu tetiba tahun depan jadi master coordinator terus..tu semua rezeki yang tak kita nampak lagi..doakan ye..
 





kita rasa setakat itu jela impian dan azam kita untuk tahun depan..
mungkin pada setengah orang, alah, ni jek azam kau..aku pun boleh buat..
yes, maybe korang boleh buat..tapi kita baru nak buat..
rezeki kita tak sama, kemampuan kita juga tak sama..
orang lain mampu atau berani impikan bulan dan bintang..
takpelah, kita hanya mimpikan awan..sebab kalau jatuh, taklah sakit sangat kan..=)


tapi still azam tetap azam..
kita kena buktikan pada diri sendiri khususnya samada berjaya realisasikan azam yang kita buat ataupun tidak..
bukan sebab nak ikut orang, malu dengan orang atau fikirkan pasal orang lain..
fikirkan tentang diri sendiri dahulu then baru orang lain..for me la kan..


kenapa tak berazam beli kereta baru ke, atau anak ke..
well, beli kereta baru tak termasuk dalam azam tahun ni..sebab itu azam tahun 2015..hehe..
untuk anak tu pulak, kita rasa, anak bukanlah barangan yang boleh kita beli di supermarket..
di midvalley, pavillion mahupun JPO..
sebab anak itu anugerah Allah..
kita hanya berusaha sahaja dan selebihnya letakkan pada Dia Maha Pencipta..
kita tak nak letakkan anak sebagai sasaran..sebab 'dia' bukanlah barangan hokey..understood semua??


oklah..rasanya panjang sangat dah merepek ni..
tak sabar nak tunggu hujung tahun 2014..
hoi, awal tahun pun tak masuk lagi dah nak tunggu hujung tahun..hehe


bukan apa, nak tengok mana satu azam yang tercapai..
dan yang mana satu tidak..=)


till then..


have a wonderful holiday walaupun sehari jek..


x0x0..



p/s : mood nak berblogging dah datang balik kot..
korang tak nak kongsikan azam korang ke??



Friday 20 December 2013

bagai kena bom...


dear diary..


korang percaya tak pada kata hati??
pada perasaan kita sendiri??


kita percaya..
sebab selalunya, apa yang kita rasa..
apa yang kita pikir akan jadi..
dia akan terjadi..
kadang-kadang 100%
kadang-kadang 80%
tapi yang pasti, my instinct is always right...


bunyi macam sedih je kan..
memang sedey..as for me lah..


patutlah bulan ni perasaan ting tong..
patutlah bulan ni rasa tak bersemangat..
patutlah bulan ni rasa nak buat apa pun malas..
especially pasal kerja kawen..
sebab ini rupanya..


petang semalam encik tunang wassup..


dia cakap...


ade suggestion from company..
bos dia nak hantar dia untuk support company dekat vietnam..
kena duduk sana enam bulan..
starting from this january..


OMG...


dah la next month dah buat appointment fitting baju..
start daripada tahun depan kena all out pasal majlis..
hantaran tak beli lagi, itu tak ini tak..
dan if kena pergi 6 bulan..
takkan kena postponed tarikh kawen???
banyak benda dah booked..
catering, photog, bridal..
sedara mara yang terdekat jugak dah diberitahu..
tak tahu nak pikir macamana dah..
lepas dapat jek wassup encik tunang semalam..
terus mengalir air mata..
dekat ofis pulak tu..
nasib masa tu takde sapa kat bawah ni..
boleh lah nak taching-taching sensorang kan..
sampai ke malam mood kita tak betul..
cakap dekat mak, maybe encik tunang kena pergi vietnam..
6 bulan..
mak cakap betul ke?? habis tu??

kita tak mampu nak jawab apa lagi dah...='(



rasanya ini dugaan berdarah manis yang kedua..
tapi yang ni lagi maha hebat dari yang pertama..
moga-moga Allah berikan kekuatan pada kita nak tempuh dugaan ni dengan sabar dan tenang..



memanglah kita dan encik tunang jarang jumpa..
jarang nak call..
sebab selalu wassup jek..
memang kita pernah ke luar negara..
tapi bukan untuk tempoh yang lama..
3, 4 hari jek..dan itu pun masih lagi berhubung..
tapi ni, bukan seminggu dua..
bukan sebulan dua..tapi enam bulan..
dekat negara yang kita tak tahu macamana life diorang..
nak makan, nak minum, masalah bahasa lagi..
and if encik tunang pergi ada geng..kita tak susah hati sangat..
tapi ni sorang-sorang..huuuu, tak mampu nak kata apa lagi dah..



encik tunang ada cakap dekat bos dia..
dia minta kalau kena pergi pun sebulan jek..
lepas tu rotate dengan orang lain..
tapi masalahnya, ada ke orang lain nak bersusah payah kepala otak duduk jauh-jauh ni..
tambah kat tempat dia ramai dah berkahwin..
dia je antara yang belum berkahwin..dah tentu orang akan suruh yang tak kahwin tu pergi..


think positif yna..berdoa yang positif..


kita tak mampu nak halang..
sebab itu peluang dia..
peluang tak datang selalu..
tapi kenapa sekarang???
kenapa saat kami nak get ready untuk majlis???
kenapa bukan sebelum tunang haritu???
huhuhuhu..dugaan...


akibat terlalu sedey semalam..
chit chat dengan simsimi..





bila sembang dengan menatang ni..
daripada hati sedey bebenau..
terus jadi ceria sikit...tapi sikit jela..
nak sedapkan hati sendiri...huhuhu


apa yang mampu kita buat, 
berdoa dan terus berdoa..
supaya ada penyelesaian yang terbaik..


just pesan pada diri sendiri..
kita tak boleh pentingkan diri..
fikir peluang kita saja, tanpa fikir peluang orang lain..
mungkin kalau encik tunang pergi..
mungkin lepas ni ada rezeki lebih yang menanti..
tapi rasanya kalau pergi..
mau tak tenang hati ni..
dengan siapa kita nak bergaduh..dengan siapa kita nak bercerita..dengan siapa kita nak bermanja..



oh, tak nak pikir lagi..


tunggu masa itu sampai..


dah pesan pada diri, kalau encik tunang pergi, kita tamau hantar dia kat airport..
sebab macam tak kuat jek nak tengok..=(




lepas ni harus kita pulak yang telan b complex banyak-banyak..
sebab stress..huhu


 
till then...



x0x0..




p/s : bulan januari dah nak kunjung tiba..seminggu lebih jek lagi...='(


Thursday 19 December 2013

kisah kilat...



salam semua..

macam misteri sangat je kan tajuk entry tu..hehe..


memandangkan tengok kat luar tu macam hari nak hujan..
dengan dalam ofis ni pun dah sejuk jek..
confirm nak hujan kejap lagi..
kita teringat sesuatu pasal kilat ni..


yela, dengar cerita kemungkinan banjir gelombang kedua nak datang kan..
tapi marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik..
semoga gelombang kedua tu tak jadi datang..
kuasa doa..
takde siapa yang boleh pertikaikan..


ok, berbalik pada kisah kilat tu..

sebenarnya, kita just nak bagi sedikit reminder la pada kawan-kawan semua..
tak kisahlah b2b ke, m2b, o2b ke..

o2b tu ape??

opah to be..hehehehe..jangan mara aaa...=p


okeh-okeh, actually korang pernah tak dengar orang tua-tua pesan jangan cakap dengan telefon kalau time kilat???

kita pernah jugak la dengar..tapi anggap menda tu sambil lewa jek..
mak kita pun pernah pesan, kalau kilat, jangan cakap dengan telefon, nanti kena sambar kilat..

mula-mula tak percaya..
yelah, kalau kita dalam rumah, macamana kilat nak sambar kan
tapi korang jangan pandang sebelah mata jek tau..

because its happened to me before..


kisahnya macamni..


ade satu petang tu, kita baru sampai rumah, keluar pergi mana tah..
dalam kereta kita call maksu kita, ada benda urgent nak tanya, tapi tak dapat..
bila sampai rumah..time tu hujan..kilat takde lagi..
belum lagi masuk pintu rumah, dengar telefon dalam rumah berbunyi..fixed line ye..
terusla pegi angkat..sebab ingat maksu yang call balik..memang ye pun..
sekali sedap syok-syok cakap tu, kilat menyambar..terus terasa kat tangan..
kita campak terus telefon tu ke lantai sebab tangan dah sakit sangat masa tu..
ingat lagi, tangan sebelah kiri..
seminggu tangan kita jadi kebas, kena suruh adik picit-picitkan sebab memang terasa sakit kat dalam..
sampai sekarang masih terasa kebas tu, sebab kalau kita buat kerja lama-lama, tangan sebelah kiri kita ni dia macam tak rasa apa dah..kebas jek..lenguh pun ye..
memang lepas insiden tu, kita tak berani nak angkat telefon time hujan..
tak kiralah nset atau fixed line..sebab kita fobia..
kalau kat ofis pulak, if ada sapa yang call time hujan lebat tu, memang kita takkan entertain..
lantakla telefon tu nak menjerit 100 kali pun, kita lebih risaukan diri sendiri daripada telefon tu..
terpikir jugak what happen kalau kilat tu sempat menyambar telinga..
mungkin dah pekak sekarang ni..huhuhu..


satu lagi yang kita perasan..
sejak insiden kena kilat tu..
dalam badan kita ni banyak cas-cas elektrostatik..
alah, yang boleh buat rambut jadi tegak tu kan..tapi takdelah rambut kita tegak..hehe
cuma, bila berjalan tu, tertiba tersentuh atau tergesel tangan orang lain, mesti kena renjatan..
kita tak boleh pegang menda-menda yang diperbuat daripada besi, keluli atau adik-beradik dia la..
mesti kena renjatan..
kadang-kadang pintu ofis ke, pintu kereta ke..ikut lah mana yang dan kan..
susah jugak..
walaupun sikit, tapi sakit dia tu menusuk..
sedey.....='(



satu lagi kisah kilat..
yang ni uncle parking guard kat ofis lama dulu cerita..


pernah dengar lagi satu nasihat orang tua-tua..
time kilat jangan mandi..nanti kena sambar kilat..
memang betul ye..


uncle tu mandi time hujan..
sekali kilat kuat, dia tersambar sikit..
sebab lantai bilik air kan basah..
pastu air kan salah satu pengalir elektrik..
that's why la it happen..
uncle cakap lepas kena tu, dia terus keluar..
dia pun dah serik nak mandi kalau time hujan..


tengok..
kata orang tua-tua tu ada betulnya..
cuma kita yang muda-muda ni suka pandang remeh benda-benda gitu..
bila dah terkena sendiri baru nak fobia kan..


oklah, tangan sebelah kiri ni dah kebas..


baru terasa..
Allah tarik sedikit nikmat, sebab kita selalu ambil mudah semua perkara..huhuhu


sebelum tu, jom tengok ni jap...





 






 


tengok gambar cantik kan???


tapi kesan dia???? Allah saja yang tahu..

jangan kata nak angkat telefon time kilat..
tengok kilat or dengar bunyi kilat pun kita takuttttttt sangat dah..


kalau kat rumah, if time hujan tu kilat..
kita tido..
letak muka bawah bantal..
sebab takut..
^-^



till then..


x0x0




p/s : esok patut cuti, tapi terpaksa cancel, sebab nak simpan cuti kaweng...huhuhu
jeles encik tunang seminggu off next week..