Sunday 27 July 2014

salam aidilfitri semua...


salam korang..


rasanya dah lama betul tak update blog ni
dibiar sepi jek
huhu, kesian dia


kita nak tunggu kita betul-betul sihat dulu then baru boleh nak update blog
sebab bila tak sihat ni, otak pun macam takde idea nak tulis ape kan



pape pun, dah sebulan kita berpuasa
esok insyallah nak raya
kita baru sampai umah encik somi malam tadi
first time dalam seumur hidup dapat rasa suasana balik kampung dan tempuh jam
sebab selalu kita tak pernah kemana-mana pun time raya
kampung semua di perak..
belah ayah dekat town ipoh..memang takde rasa kampung langsung sebab dekat dengan tesco and jusco..hihi
belah mak pulak dah hari-hari duduk kan..apelah kampungnya
walaupun rumah encik somi pun bukanlah kategori kampung
dah dekat pulau kan..lagi keliling banyak shopping mall
tapi terasa la jugak bahang menepuh jam berjam-jam sampai naik lenguh bontot duduk dalam keta..pinggang pun sakit..huhu



sebelum apa-apa
kita nak mintak maaf pada korang if selama kita berkenalan di alam blog ni
kita ada buat korang tersinggung, terasa hati dengan penulisan kita
yela, kadang-kadang kita dah cuba nak jaga hati semua pihak
tapi kadang-kadang maybe terlepas pandang jugak
kita pun buat silap
dan kita mohon maaf dari hujung rambut sampailah hujung kaki..

kosong-kosong hokey??


hihihi



dan jugak kita nak ucapkan selamat hari raya aidilitri pada korang
moga raya tahun ni memberi seribu erti pada kita semua
walaupun akhir-akhir ni banyak sangat kejadian yang meyentuh dan menyayat hati berlaku
namun, mesti ada hikmah disebaliknya..
pada keluarga yang terlibat, kita hanya mampu doakan mereka kekal tabah dan redha dengan ujian Dia..



oklah, ingat nak update sikit jek
tapi tengok macam dah panjang jek ni kan
nanti-nanti ade masa kita update lagi
ni pun dok tumpang pc encik somi sat
sementara nak tunggu mak mertua balik dari pasar


bagus betul menantu hantu ni pukul 10 baru nak bangun
huahuahua



till then



have a nice raya day ye korang

Friday 4 July 2014

hari ini hari jumaat..


dear diary..



memandangkan kita baru jek terdengar lagu awi rafael - aku kaya ke tah hape tu
tetiba tajuk entry pun dah jadi macam lirik dia kan
hehe



 thanks sangat-sangat pada korang yang sudi memberi kata semangat dan nasihat untuk entry kita sebelum ni tu..
bila dengar gitu, kadang hati jadi lega sikit
biasalah, manusia kan perlu dipujuk, dinasihat, dibimbing
barulah kita berada di landasan yang betul




satu jek yang best bila hidup pjj ni


tak sabar nak tunggu hari jumaat
pastu bila dah tiba hari jumaat
semangat dia lain macam skit
=p


macam kita harini la
terlebih bersemangat
siap nak bersapa dengan sume orang
mesti orang pelik kan if diorang tak tahu keadaan sebenar
hari biasa nampak lemau jek
tapi bila jumaat cergas lain macam
hahahaha


 minggu ni turn kita balik penang
risau jugak kalau jem dekat highway
mau berbuka dalam kereta jela jawabnya
encik somi dah siap pesan beli roti and air
in case tak sempat sampai sebelum berbuka
tapi kita risau pulak
dah dok berangan sambil drive tu terlupa tengah pose
dilantaknya air and roti tu
tak ke haru


tapi kalau terlupa takpe kan
kira halal jek la...
hehe


harap-harap tak lupa la kan
=)



last 2 week kita kuar dari opis 5.30
sampai penang 7.40
tu pun sebab jem nak masuk hiway dari pekan ipoh ni
atas hiway ok jek..kereta tak banyak
pastu kita pun takdelah memecut
i tak berani nak pecut dengan si itam tu
rasa bergoyang jek dunia
haha



harap harini oklah jugak kan
sebab orang gomen balik awal kan
pastu sesetengah company pun 4.30 dah boleh balik
kita balik pukul 5.00
harap smooth da la jalan
kalau tak memang tak sempat nak sampai la



ingat nak cakap dekat bos nak balik awal
tapi kita malas pulak nak berenti asar dekat R&R
sama jek makan masa tu
pastu payah pulak kan..baik drive terus jek
so, rasa tak jadilah nak mintak balik awal



oklah, tu jek nak citer
santai jela hari jumaat ni ye
tak yah beratkan kepala otak
esok lusa nak cuti
seronok..




till then



x0x0..




p/s : selamat ber'weekend' korang..
kalau hari kerja tak sempat/larat pegi terawih
hari weekend ni jomlah kita pergi..
=)



 

Thursday 3 July 2014

dilema...


dear diary..


keje tengah banyak
tapi disebabkan rasa malas nak buat
kita nak taip entry dulu la kan
pastu baru sambung buat opinion yang menyesakkan kepala hotak tu ha
huhuhu



kita rasa dilema kita ni start dari sebelum kawen haritu
sampailah dah sebulan lebih kawen ni
still dalam dilema
masalah betul la



macam korang tau
kita dengan encik somi sekarang pjj kan
kitaorang jumpa setiap minggu
kalau minggu ni kita pergi penang
minggu depan encik somi balik ipoh
dan begitulah seterusnya



tapi paham-pahamlah kan
bila selalu berulang ni
even tak jauh mana
tapi still mengeluarkan jumlah duit yang banyak jugak
macam kalau kita
naik kete kecik jek...duit minyak save la sikit
tapi tak save manalah jugak sebab sekali pergi balik penang dah habis RM90
minyak plus tol
so, kalau 2 minggu balik penang..dah RM180
kalau campur dengan encik somi sekali dah RM360
banyak tu..
boleh shopping kasut ke, handbag ke, baju ke kan
hahaha


 pasal duit tu satu hal la jugak
yela, lepas kawen lagi banyak nak pakai duit
even masing-masing still duduk rumah parents
apa, kalau duduk rumah parents tu takkan parents nak tanggung sume kan
dah kawen pun, seganla
sikit sebanyak mestilah keluar jugak duit untuk tolong parents



enough pasal duit, pasal masa untuk berehat pulak
sejak dari lepas kenduri haritu
memang kita tak rasa pun lagi satu hari yang kita dapat rehat sepenuhnya
setiap hari ada jek menda nak kena buat
even encik somi takde dekat rumah
tak bermakna kita boleh goyang kaki jek kan



opah kita pulak lepas masuk hospital aritu
sampai sekarang memang dia tak sihat lagi
dulu, masa dia sihat..dia buatlah jugak kerja rumah sikit-sikit
tapi sekarang memang depends on kita jela 100%
kalau bukan bulan pose haritu, gagah la jugak kita nak menyapu, mengemop rumah kan lepas balik kerja
tapi sekarang mana nak sempat..
balik kerja dah kena tolong mak masak
sempat menyapu jela sikit-sikit
pastu semput
huhuhu



eh, ni bukan entry nak merungut tau
tak..bukan
kita nak cerita pasal



encik somi suruh kita berenti kerja then pindah penang



yela, dulu sebelum kawen, bolehlah kita cakap tak nak kan
tapi sekarang takkan nak melawan pulak
dah dia tanggungjawab kita sekarang
kadang-kadang rasa bersalah jugak
tapi nak buat macamana
keadaan tak mengizinkan sekarang



kalau ikutkan hati
sekarang jugak nak tender surat berenti
tapi dok pikir pulak
bulan ni nak bayar insuran kete
pastu hujung bulan nak raya dah
pastu kena bayar balik dekat firm lesen tahun depan
wah, banyak gile nak pakai duit ni
kita bukan kaya pun
hukhukhuk



tapi, bila memikirkan penat nak kena berulang-alik tu
rasa macam nak pejam sebelah mata jek pasal duit tu kan
lagi pulak, sementara kita belum pregnant ni
elok la nak cari kerja baru
nanti kalau dah pregnant baru nak cari kerja
ade ke orang nak ambik
sebab mostly majikan tak nak ambik pompuan pregnant ni
tak nak bayar gaji untuk 2 bulan cuti bersalin tu kan
phewwwww



pastu pulak, dengan keadaan opah yang tak sihat tu
mak kita nak kena urus semua benda
sampai dia pun jadi tak sihat
kesian lah jugak kan if kita pindah
sapa nak tolong dia pulak nanti



wah, sungguh dalam dilema




kita target bulan 9 nak berenti
tapi macam lambat sangat nak tunggu bulan 9 tu
sebab kita pun macam tak tahan jek pulak dah kan



bosan




hurm..nak buat macamana ye..
pening kepala dok pikir hal pindah-randah ni



takpelah, esok kita balik penang nak discuss lagi dengan encik somi gane kan
susah bincang thru phone
tak sampai 100%
hehehe



kan best kalau mampu untuk jadi surirumah
takde kita pening kepala
nak pikir cari kerja la, apa la
tapi nanti takde duit sendiri pulak


banyak songeh betul dia ni..
=p



tu jela nak merepek
nak sambung balik buat opinion
nanti staf report dekat bos pulak kita tak buat kerja kan..




siap haritu sorang staf ni cakap dekat staf lain


kita tengok cik yna tu steady jek pas kawen ni
takde pun dia sengih-sengih..mengelamun sorang-sorang ingat kat laki dia



la hai, itu pun nak kecoh
dah keje berlambak
tak dan nak berangan pun
tapi kalau nak sengih-sengih pun apa masalahnya
tak pakai duit kau pun



huhuhu


sabar..sabar yna
pose...




till then



x0x0




p/s : mata ni macam mendung jek harini
maybe sebab selsema kot
tu yang mengantok jek..


hari-hari kau mengantok yna..tak yah nak membohong

haha



 
 

Tuesday 1 July 2014

ulangbulan..ramadhan..pertama..


dear diary..


kita buat quick update jek harini
sebab keje banyak then mata dah makin kuyu
so kena type cepat-cepat
hehe



tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


moga ramadhan kali ni membawa seribu erti yang baik kepada kita semua
Ameen..


lately ni rasa macam tak tau nak update blog
idea nak menulis tu makin hilang
maybe sebab dah takde apa yang nak dikongsikan kot
life goes on macam biasa
tiada cerita hangat or sensasi yang terbaru nak kongsikan
hihihi



alhamdulillah..


30 hb Jun aka semalam
genaplah sebulan usia perkahwinan kita dengan encik somi
tak percaya jek kekadang tu kami dah kahwin
sebab masing-masing dok jauh kan
rasa macam still dalam alam pertunangan
cuma beza sekarang hujung minggu dapat dating
tu jela
yang lain macam biasa
=)


dan alhamdulillah jugak
first time kami dapat sambut 1st ramadhan and sahur bersama
nasib 1st ramadhan tu jatuh hari ahad kan
dapatlah bersahur and berbuka together
kalau hari isnin, memang tak dapatlah
hohoho


ok, tu jela nak merepek..
idea tah hilang kemana..
nanti-nanti if ade story kita kongsi ye
dah kawen ni perasaan nak update blog tu lain sikit
kalau tak caya
tanya ex b2b yang lain tu
yang senior-senior dari kita
mesti jawapan diorang pun sama
=p



till then



x0x0




p/s : tengah pikir bila masa sesuai nak tender surat berenti keje..
huhuhu

any idea???