Friday 28 February 2014

random friday...


dear diary..

tajuk macam hape jek kan..
haha..


harini kurang mood..
rasa nak makan orang jek..
rasa nak maki orang jek..
maki diri sendiri pun nak jugak..
tapi bila terpikirkan harini jumaat..
tak baik nak marah-marah or maki-maki kan..
nanti hilang keberkatan..


lately ni rasa macam malas jek nak update blog..
tapi rajin baca cerita kawan-kawan..
bestnye persiapan kawen semua orang ye..
banyak progress dah..
kita ni jek tersemput-semput..
encik tunang tak baik lagi..
banyak hal yang memerlukan kehadiran berdua masih pending..
ujian orang berdarah manis katakan..=)


kerja pulak..
aduh, bila pikirkan hal yang satu ni..
kadang-kadang sampai satu tahap..nak berhenti jek keja..
kalau family kaya raya harta tujuh keturunan tak luak, takpelah nak buat keputusan gitu kan..
ni nak kata satu keturunan punya harta pun belum tentu lagi cukup..
jadinya, janganlah nak bermimpi di siang hari yna oi..
keje jek la..
kat mana-mana pun sama jugak stressnya..
cuma kau jek yang kena pandai kontrol dan manage kerja..
huhuhu..


hati ni teringin sangat nak pergi holiday..
tapi keadaan kewangan agak tidak mengizinkan..
ditambah pulak cuti yang tiada..
sebab nak save cuti kawen..
maka terpaksa dipendamkan sajalah hasrat yang murni itu..
sebab nanti kalau pergi holiday jugak, dari nak hilang stress, jadi bertambah stress sebab dah lari bajet..
sebagai kesimpulan, tengok jela agoda ke, grupoun ke, air asia ke kan..
berangan jela yang kita mampu..
sedey....=(

 
teringin nak pegi makan secret recipe..
tamau makan kek..tapi nak makan makanan western dia..
yela, ape lagi tempat yang grand kat ipoh ni kan..
takde big brother, big plate, big mug, big kuali, big senduk..
tapi tu la, teringin-teringin pun tidak dipeginya..
macam malas pulak balik kerja nak singgah aeon tu..
tengoklah nanti, kalau rajin, nak pegilah..


 caca merba jek kan entry ni..
tiada pengisian langsung..
takde inspirasi or whatsoever..
ikutlah..esok dah weekend..
tapi rasanya weekend kali ni macam bukan weekend..
cause i have important matter to settle on..


till then..


x0x0..



atas meja jek..bawah meja ade lagi..wuwuwuwu



p/s : ngantok tengok meja sendiri..
nak buat malas..
tak buat nanti next week file lain datang..
air pun tak minum ha..apa cer..
sabau jelah..


itik tu totap ade ye..hihi..




 
 

Tuesday 25 February 2014

fantasi perkahwinan...


dear diary..

lama dah rasanya tak merepek kerepek kan..
nak cerita pasal persiapan kawen??
tak maula, sebab dah terasa bahang-bahang bridezilla tu..
masih tak dapat terima kenyataan banyak perkara lagi yang pending..
kuikuikui..


 tengok tajuk entry ni macam semacam jek kan..
haha, jangan risau, takdenye kita nak certita hal-hal 18SX or 18PL kat sini..
tak seswai la korang..
manatau ade pembaca belog kita ni still under age..
tak pasal-pasal jek akak ni bagi bad influence kat diorang kan..
hehe..


harini terasa macam nak berangan-angan di awangan la pulak..
asyik nak serius memanjang, lama-lama nanti jadi mental..
namau-namau..nanti kena cancel wedd sebab dah mental kan..=p


perkara di bawah ni tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati..
tiada kaitan antara yang kaya atau yang kurang kaya..
tiada kaitan antara yang cantik dan tak berapa cantik..
dah nama pun angan-angan kan..mestilah nak gah..
namun, nak jadikan kenyataan..
buat masa sekarang, ianya mustahil..sebab wedd tinggal lagi 3 bulan jek lagi..
dan kita tak punya banyak uwang untuk dibelanjakan..
wuwuwuw..


 majlis idaman


sebenarnya kita minat sangat-sangat dengan english sytle punye wedding..
simple, takde sanding-sanding..
takde pelamin..
tapi still nampak cantik sangat-sangat..
walaupun simple jek tapi sebenarnya, kita rasa cost wedding diorang lagi mahal..
dan selalulnya, bila english wedding ni, jumlah tetamu memang sikit..
tak sesuailah nak buat dekat malaysia ni kan..
nanti banyak pulak mulut mengata buat kenduri kawen meriah tapi tak nak jemput orang..
kalau nak jemput semua orang, tak sesuai rasanya disebabkan dengan tema itu sendiri..

kita teringin sangat nak buat beach wedding..
tapi, manada pantai yang sesuai dekat perak ni nak buat gitu..
pegi teluk batik??memang taklah, pantai pun takde..
lagipun jauh..so, tak berbaloi..
lagi satu, cuaca negara kita ni tak sesuailah nak buat tema gitu kan..
mau hitam terbakar pengantin and tetamu..
kalau kat oversea tu takpelah, walaupun summer, tapi still sejuk-sejuk..
macam pernah rasa jek..haha


















seronok kan buat macamni..
lepas habis majlis sape nak terjun laut dipersilakan..
pengantin nak amik mood jalan-jalan tepi pantai..hihi


selain dari beach wedding..
kita jugak suka sangat-sangat dengan garden wedding..
sebelum ni kita pernah citer kan..
tambah kalau garden wedding tu buat time malam..
memang romantik habis la..
tapi kan, kita ni duduk kampung..
pelik la pulak nak buat kenduri kawen malam kat kampung..
nanti sapa nak datang..
yang opah-opah and atuk-atuk mestilah nak tido kan..

jadi, kita berangan jek sudahlah..














tengok gambar pun boleh tahu..
kos garden wedding ni lagiiiii mahal dari typical malay wedding..
sebab kalau kenduri kita, kita banyak berhabis dekat makanan kan..
tapi wedding diorang makanan pun mahal, decorations pun mahal..
la hai..berangan saja lah..
tak rugi pun..
pernah cakap dekat encik tunang..


nanti kalau kita banyak duit, kita buat majlis kawen sekali lagi nak..
dulu impian tak tercapai..

nak tahu apa jawapan encik tunang??

dia cakap, dari kita berhabis buat kenduri kita balik..
baik kita buat kenduri anak kita..

krikk..krikk..krikk
=p



persediaan sebelum majlis


banyak perkara sebenarnya kita nak buat sebelum kahwin..
masa time dulu-dulu, bila dah pandai berpikir pasal kahwin-kahwin ni..
banyak giler kot impian..
itu nak, ini nak..nak buat macamni, nak buat macamtu..
tapi sekarang, bila tarikh kawen tu dah nak dekat..
haram pun nak buat apa yang diimpikan dulu..
biasalah, dulu ingat senang sangat nak realisasikan impian..
tapi bila dah start kerja, bila dah cari duit sendiri
baru tahu macamana susahnya..dulu sedap rasa hati jek nak itu ini kan..hihihi..


okeh, antara angan-angan yang pernah terlintas di fikiran ini satu ketika dulu..



a) masuk kelas masakan









kita suka memasak sebenarnya..
tambah pulak kalau kita masak tu, makanan tu habis, lagilah suka..
tapi disebabkan mood malas tu lagi banyak dari mood rajin,
maka jadilah kurang memasak dah sekarang ni..hehe

kita teringin nak pegi kelas buat kek dan makanan western..
sebab kita sukaaa makan kek and western..
tapi encik tunang kurang..
dia perut melayu, kena makan nasik..
family kita pun kurang jugak..
mesti nasik jugak dicarinya..huhu..


dari zaman belajar dulu, tiap kali cuti sem mesti tanam azam nak masuk kelas..
namun, tak pernah kesampaian..sebab takde geng nak ajak..
nak pegi sorang macam segan pulak..hehe..
dah tu, sampai sekarang la tak belajar-belajar nak masak hebat-hebat..



b) pergi spa setiap masa terluang








dekat ipoh ni rasanya tak banyak spa yang orang melayu buat..
mostly ramai chinese..
kalau ada spa melayu pun, kita macam tak confident jek nak pegi..
sebab tengok kedai dia macam apa jek..huhu..

masa kat shah alam dulu, adalah jugak pergi buat facial..
kita tak yakin nak guna produk-produk yang melambak-lambak kat pasaran sekarang..
contoh macam kak ton ke, kak vida ke, kak tia ke..
sebab tak sesuai dekat kulit kita..
masa kat shah alam dulu, dia pakai produk dermalogica..
siap kita ada beli produk dia sebab best..
tapi sekarang tak mampu la nak pakai dah..huhuhu..



c) buat waxing





nama pun dah perempuan kan..
serba serbi nak cantik..nak bersih..
ade ke pompuan yang tak nak lawa-lawa??
kalau ada, pelik jugaklah..=p


ha, bila bercerita pasal yang satu ni, 
jangan nak pikir pasal malam pertama ke, kedua ke ketiga ke ye..
kita memang teringin sangat nak pergi buat waxing..
tapi takut, sebab orang cakap sakit..
pastu tak tahu berapa kos dia pulak kan..
habis kurang pun buat jela waxing sendiri kat rumah..
tapi hasilnya tak memuaskan..maybe salah buat atau memang kita tak pandai buat..
jeles jek tengok model-model yang bersih jek kulit diorang tu..
takdelah kata kita ni banyak bulu-bulu roma..
tapi kalau kat rumah, mestilah nak pakai cantik-cantik gak..
tak syomel la pakai skirt pastu kat betis nampak rerambut-rerambut halus tu..
walaupun bukan untuk orang lain, tapi untuk kepuasan diri sendiri..
biasalah perempuan..nak cakap apa lagi kan..=)



d) mani and pedi





owh, yang ni wajib kena pergi nanti..
bukan setakat angan-angan jek..its a must..
teringin nak buat..
walaupun tahu, rugi jek buat sebab kena buat kerja rumah..nanti tangan mesti kasar-kasar balik..


lepas tu pulak, kalau pakai inai nanti..
bukan nampak pun kuku tu bershining like a diamond kan..

tapi, 
tak kira, nak jugak..

=p



oklah, tu jela rasa nak berangan harini..
nanti kalau ada lagi, kita buat fantasi perkahwinan part 2 plak..
lenguh da tangan eden ni menaip..




till then..


x0x0..




p/s : courtesy gambar uncle google sajo..







Thursday 20 February 2014

100 days to go...


dear diary..


lama jugak tak jengah-jengah kat sini..
selain banyak keje..
malas pun ade..
takde cerita yang best-best nak kongsikan pun ade..
maafkan saya ye blog tershayang..


 *********************************************************





rasa macam nak jadi bridezilla dah la..
tengok apps counting days kat nset ni ha..

tinggal 100 hari lagi jek tu..

to be exact..

99 hari 11 jam 29 minit..
tapi tu setakat pukul 12.30 tengahari tadila..
ni mesti dah makin kurang minitnye kan..
huhuhu



banyak menda tak setel lagi..
guests list pun tak buat lagi..
bunga pahar tak siap lagi..
doorgift tak sampai lagi..
baju tak fitting lagi..
katering tak decide jumlah pax and lauk-pauk lagi..

pendek kata, senang cerita, kita pukul rata sume..

banyakkkkk lagiiiiii yang tak setel ni weh..


encik tunang pun mc lagi..
dok buat fisio..nak berjalan tak boleh..
so memang dia tak amik port sangat dah hal-hal preps kawen ni..
kita jek dok lebih risau itu ini..
dia selamber badak jek..
orang laki memang gitu eh???


kadang-kadang terkejut dan terpegun jugak bila ada member-member cerita,
encik tunang diorang siap buat senarai to-do-list lagi..
wow, amazing
prihatin sungguh encik tunang mereka terhadap persiapan kawen..
cik tunang pun mestilah sentiasa alert nak buat itu ini kan..
tapi last-last stress jugak sebab kena marah kalau tak capai target to-do-list tu..
oh my..


takpelah, lain orang lain caranya kan..
biar jela kita susah sorang-sorang kat sini ha pikir macam-macam..
(macam merajuk jek bunyiknya)
haha..


oklah, nothing much to say..


till then..


x0x0..


p/s : cuaca mendung kat sini, begitulah jugak mendung mood harini..=p


 

Monday 17 February 2014

macamana nak duduk???


dear diary..


harini kita nak kongsi satu kisah dengan korang semua..
sebelum ni kita cakap tamau ikot pergi perlis kan anta adik kita..
tapi last-last kita pegi jugak..
sebab merajuk dah habis..
haha..


ni adalah kisah yang tak berapa sedap didengar..
kalau korang tengok gambar pun mesti rasa, ha..
apahal ni kan..
tapi kita sendiri yang tengok dengan mata ni lagilah tak sanggup..


tengok gambar dulu la..
nanti kita baru cerita..
lagi senang..














































 
cerita dia begini..
adik kita dah masuk dekat unimap untuk sem yang kedua..
duduk dekat kampus sungai chuchuh..dekat sangat dengan padang besar..
masa sem 1 aritu, tempat ni baru lagi..
kedai makan takde, kedai runcit takde, klinik takde, atm takde, tempat nak beriadah takde..
memang kolej semata jek..
masa tu memang susah hati nak tinggalkan dia dekat situ, even budak laki, boleh jek nak survive..
tapi takpelah, dia mampu untuk survive..
kalo kita dah tak nak masuk dah u, nak ikut balik rumah jela bila tengok tempat macamtu..
even masa kita masuk uitm merbok dulu pun, walaupun dalam ladang getah, jauh jugak dari bandar, 
tapi takdelah rasa seteruk duduk dekat sungai chuchuh tu..
harap bangunan jek baru tapi tu pun banyak defects..


so, ingat bila sem 2 ni, tempat dah makin elok la kan sebab dah berpenghuni untuk satu semester..
alhamdulillah, kedai makan tepi jalan dah ada banyak jugak..(tapi still tak cukup tak tampung jumlah pelajar yang duduk situ..)
koperasi jual barang-barang pun dah ada..
lega la jugak hati..
tapi yang menjadi masalah sekarang..
budak laki sem ni kena pindah bangunan belakang..
tapi bangunan tak serupa bangunan sebab tak siap lagi..
macam korang tengok keadaan gambar-gambar tu la..
masa kita pegi tu memang terkejut sangat..
biar betul nak bagi students duduk dekat tempat macamni..
kalo dengan osh, memang tak lepasla..oc pun takde..
bangunan memang tak selamat nak didiami..
diorang nak ada kes kematian apa jadi dulu baru nak bertindak..
dah la tempat kolej tu macamtu..
takde sape pun bagi pihak pengetua ke, pengurusan universiti ke, or even MPP duduk dekat koridor bawah tu explain kenapa jadi macamni..
maybe diorang takot kena bambu dengan parents la kan..
tapi at least explain..bagi dateline pada parents..
promise sikit keadaan tak akan berulang..
barulah parents pun tenang sikit hati nak anta anak-anak dekat situ..
ni tidak, harapkan kita ni terkial-kial tengok keadaan sekeliling..
memang menyeramkan..
bahan binaan merata tempat..even block jalan and tangga..
bangunan tinggi, tapi lift tak berfungsi sebab masih tak siap..
wayar letrik bersimpang siur..bahaya giler kot..
dah kalau tempat tinggal macamtu
macamana nak belajar dengan elok..
macamana nak tido..nak sembahyang ape sume dah kotor...
hurm..



barang-barang sume dah pindah masuk bilik..
dah katil rangka je, almari takde
nak simpan barang macamana..
tu nanti mesti banyak kes barang hilang la..
confirm..

 

rasanya dalam banyak-banyak u yang kita pernah pegi..
ni la u yang paling teruk..
sorry to say..
bukan nak condemn, tapi bahagian HR memang tak buat keje la..
bila bahagian akademik, tak dinafikan, unimap salah satu uni yang bagus..
but when it comes to management, kita rasa diorang patut buat sesuatu..


macam semalam (ahad)
students non malay pun ramai..
memang banyak parents yang ambik gambar kolej ni..
tak tahulah diorang nak masuk dekat suratkhabar ke, tv ke..
tapi memang patut pun..
biar sedar sikit..
jangan nanti bila ade kes kematian baru nak bertindak..
when it comes to that moment, everything's late already..


kita bukan mereka-reka cerita..
gambar membuktikan segalanya..
bukan kita tak bayar yuran pengajian..
bukan kita nak duduk kolej 5 bintang..
tapi kalau keadaan gini, memang tak boleh duduk lagi..
sebab bangunan tak siap..tak dapat kelulusan..
tapi kalau kata dah dapat kelulusan, tak tahulah sapa yang luluskan tu..
tak pegi sekolah la kot orang tu..
reban ayam pun orang buat cantik-cantik dah sekarang..
ni kan pulak tempat manusia nak duduk..
hurmm...tahlah

 

till then..


x0x0..



p/s : bersyukur menjadi sebahagian daripada UiTM di Hatiku..
=)