Wednesday 28 January 2015

opening @bydyna


assalamualaikum semua..


entry sebelum ni kita ade cerita pasal new baby kita kan
alhamdulillah, semalam kita telahpun memulakan operasi
buat masa ni kita fokuskan pada skirts
lain-lain item..tungguuuu

hehe


jom tengok skirts yang @bydyna jual


confirm terpikat punya
sebab kita pun masa dapat stok rasa macam nak amik semua tu pakai sendiri
tapi kalau dah semua nak pakai sindri
dah tu apa nak dijualnya kan
huhu





kyla 01 - dark teal

high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)

 




kyla 02 - maroon red


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)


 


kyla 03 - brown peach


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)





kyla 04 - navy blue


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)





kyla 05 - blue black


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)

 


 
kyla 06 - cream/baby blue


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)


 


kyla 07 - black


high quality chiffon with full lining
free size (fit S-L)
measurement : waist 12"-18"/30-46cm
length 100cm

price : RM42 including postage (sabah/sarawak add RM5)

buy any 3 at RM110 - free postage (sabah/sarawak add RM5)



to order : whatsapp 017-3574853

strictly no call

postage monday - friday 



happy shopping uolls..


dan jangan lupa follow @bydyna dekat instagram ok..


mucho love



x0x0



p/s : sendiri berangan nak pakai semua skirts..hehe



Saturday 24 January 2015

my new baby...


assalamualaikum


setelah berfikir dan terus berfikir
kita rasa kita nak buat something yang bermanfaat sikitlah
dan disebabkan still tak dapat kerja baru lagi
tiada rezeki lagi orang kata
kita nak try explore rezeki yang lain pulak


actually bukan mudah nak buat keputusan
sebab duit simpanan pun takdelah banyak mana
tapi kita try untuk ambil risiko
mana tahu mungkin ini rezeki yang terbaik kan


mempersembahkan my new baby..


coming very very soon..





@bydyna


boleh la follow dekat instagram nanti hokey..
but for now kita takde letak lagi sebarang gambar
insyaAllah..dalam masa terdekat ni kita upload hokey..


my tagline would be..


be sweet like a macaron


hehe




till then..



x0x0




Friday 23 January 2015

sakit...


assalamualaikum semua


dah hari jumaat dah
lama betul rasa nak tunggu jumaat
tapi kalau sabtu and ahad tu cepat jek berlalu pergi
huhuhu


 arini mood nak buat kerja dah ke laut
tah ape pasal 2,3 hari ni mata rasa mengantok jek
nak cakap tak cukup tido
bangun pun lambat
maybe kualiti tido tu takde walaupun rasa macam dah tido berjam-jam lamanya


actually, kita saja nak tanya-tanya
kot-kot ade antara korang yang pernah alaminye jugak
sebab hati ni adelah sikit risau
huhuhu


start dari lepas 'melahirkan' aritu
bulan 12 kita dah start datang balik miss P
masa tu ya Allah, sakit betul senggugut
sebab sebelum2 ni kita tak pernah la senggugut tahap contraction
namun, selepas dapat merasai contraction tu macamana
barula tau owh gitu sakit dia


kalau sebelum ni kita miss P
sehari dua jek senggugut tu datang
lepastu takde la nak kata sakit sesangat
tapi tu la, sejak dari lepas 'melahirkan' tu
sekarang ni at least 5 hari akan sakit gila satu badan
especially tang perut and pinggang
rasa nak runtuh pinggang ni kalau sakit tu datang


 risau la pulak kalau ade penyakit lain kan
oh, daku dah tak larat nak ulang alik hospital
cukuplah tahun 2014 asyik pergi hospital jek
ingat tahun ni nak rekod bersih dari hospital
huhu


 tapi kalau tak pergi check
sampai bila pun tak tahu kan apa puncanya
if sakit tu memang biasa takpela
tapi kalau sakit tu sebab lain
huhu..tak nak pikir bukan2


hurm...


dilema sungguh..


sendiri sakit pun nak dilemakan..



till then..



x0x0 



 
 

Thursday 22 January 2015

hampir putus asa...


assalamualaikum


dah macam kenapa tajuk entry ni kan
menyeramkan jek
huhu



tapi sungguh
rasa macam hampir nak putus asa
sebab apa??


sebab kita tak dapat kerja baru lagi
bukan tak mencari
dah 2,3 tempat pergi interview


1 tempat ni company broker saham
diorang nak cari legal officer
hari isnin haritu dapat call
diorang nak ambil kita kerja
tapi kita tolak
sebab kita takde experience and zero knowledge pasal saham
nak mampus kalau nak advice bos pasal saham dah diri sendiri tak tahu
memangla orang kata boleh belajar
tapi kalau nak belajar menda yang kita zero tak minat
sampai bila pun ilmu tu susah nak masuk



so, dalam pada tu memang ada pergi 2,3 firm interview
tapi mostly vacancy kat legal firm penang
sume nak cari lawyer conveyancing
yes, kita basic knowledge pasal conveyancing ni adelah
tapi bos-bos tak nak amik
alasan yang kita rasa diorang tak nak cakap ialah


malas nak train dari awal



dah tu, kalau tak di train, bila nak pandai
walaupun kita tak tahu pasal conveyancing ni sama macam saham
tapi at least conveyancing ni kita berminat nak belajar
sebab untung2 nanti kalau nak beli rumah senang
sebab kita dah kenal orang bank..developer ape sume kan
dan satu lagi sebab dekat penang banyak peluang untuk buat strata title
kat ipoh manade apartment sangat
so peluang untuk belajar banyak menda tu tersangatlah banyak
nak di comparekan kalau belajar saham
if tetiba kita berhenti dari situ, kena cari company yang pasal saham maham jugak
da tu guane



disebabkan asyik kena reject sebab takde ilmu conveyancing yang cukup
terus rasa down sangat
tinggal sebulan jek lagi ni
sempat tak nak cari kerja lain



kita memang dah prepare sikit duit simpanan if sebulan dua tak kerja
cukup lepas bayar si itam oklah kan
kesian plak if husband nak tanggung semua
kita pun tak suka nak susahkan orang lain
walaupun kita ni tanggungjawab dia
tapi tak bestla kan
sebab dah biasa ada duit sindri
huhu



pastu, dalam dok terasa down tu
saja lah scroll ig



tengok gambar ni tetiba rasa macam



courtesy google




ok..nak jual idea orang buat aiskrim pasu ni kat penang..
hohoho..




till then..


x0x0 dari orang yang nak putus asa..




p/s : teringin la pulaks..
T-T


 

Friday 16 January 2015

penyakit 3m...


Assalamualaikum



lama pulak rasa tak update blog lepas entries AH tu
bukan apa, kerja banyak pulak la awal-awal tahun ni
nak bernafas kadang-kadang pun rasa tak sempat
hamboih ayat kan
kalau nak bernafas pun tak sempat
alamatnye takde dah la orang yang taip ni
huhuhu



actually, kita dah tender surat berenti awal bulan haritu
means hujung bulan dua ni last kita kerja dekat sini
sebab notis berhenti firm sekarang 2 bulan
which is kita rasa lama giler kot
nak habiskan sebulan pun azab
ni ade sebulan lebih sikit lagi
waaaaa..lagi azab



 bukan sebab tak sabar sangat nak pindah penang pun
kerja dekat penang pun tak dapat lagi
hukhukhuk



tapi rasa macam dah makin lelah
buat kerja yang kita tak minat yang tiada kesudahan
korang faham kot gane rasenye kan
 so tak perlu nak explain panjang-panjang
malas nak menaip



owh ya..macam tak kena dengan tajuk entry jek
hehe



sebenarnya kita tengah mengantuk..malas..
eh baru 2m jek
yang lagi 1m mana??


tah..malas nak pikir mana lagi 1m tu
kuikuikui


oklah..tu jek nak merepek pun

merepek..1m terakhir
complete dah 3m
=p



sorry kalau emosi korang terganggu baca entry kita ni
tah pape jek kan
macam tak cukup akal



till then



x0x0




p/s : selamat berhujung minggu
minggu ni encik suami balik sini
tu pasal tetiba datang penyakit 3m ni
haha