Sunday 17 November 2013

anak tu kan amanah Allah...


salam semua..

tetibe rajin pulak nak jengah blog memalam ni..
sebenarnya baru lepas habis buat kerja..
gigih ye bawak balik file ke rumah..
kalau nak buat next week, takut tak sempat sebab date tarikh kes semua dekat-dekat..
huhu, abis weekendku buat kerja dirumah..

tapi takpelah, at least siap 3 file..
ader lagi 8 kat ofis yang menanti hari isnin ni..
harap-harap dapat setelkan yang itu dulu barulah ada file lain nak masuk..
tidak nanti mau tak tido malam pikirkan kerja yang tak siap..


oklah, enough pasal kerja..

kita nak kongsi satu cerita dengan korang semua..
dan mungkin pendapat, pandangan atau apa-apa saja yang boleh membantu..


korang pernah tengok tak satu family yang masing-masing buat kerja sendiri dan tak hiraukan anak diorang???

kita berani kerat jari kata korang pernah tengok gak situation gini..
mungkin sekali..atau mungkin berkali-kali..

jadi, apakah puncanya???


situasi satu...


makan dekat mr steak house, shah alam..
asyik tengok satu family ni..ada mak, ayah dan 2 orang anak lelaki..
sorang maybe sekolah rendah..sorang maybe tadika lagi..
masing-masing tak bercakap walaupun sepatah..
mak ayah sibuk dengan hp..
anak sekolah rendah sibuk dengan game..
anak tadika diam seribu bahasa..
bila makanan sampai, masing-masing makan tanpa sebarang komunikasi..
si anak tadika terkial-kial potong steak..
mak dan ayah tak tolong langsung..
si abang pun makan je makanan dia tanpa tolong adik disebelah..




situasi dua...


makan dekat chicken rice shop plaza masalam..
ada seorang mak dengan anaknya yang masih belum tadika..
maybe 3 or 4 tahun..
dah pandai berlari dan bercakap..
dia berlari kesana sini sambil menjerit-jerit dalam restoran..
maknya diam jek, tak tegur mahupun larang si anak..
ada seorang staf restoran baru nak makan lunch..
si anak tadi berlari ke meja staf tersebut dan mengacau-ngacau nasik di dalam pinggannya..
maknya hanya panggil dari jauh..
;jangan buat'..
tapi tak langsung pergi mendapatkan si anak yang sudah membuat onar..
sudahnya staf tadi tak jadi makan nasik dia..pergi ambil yang lain..




situasi tiga...


makan di austin chase..
datang satu family, mak ayah dan anak perempuan berusia 3 or 4 tahun jugak..
mak ayah sibuk minum kopi sambil beripad..
si anak pergi ke bahagian santai, di ambilla kotak mainan millionaire..
dan terus dicampakkan ke atas lantai..
staf-staf semua tengok..bersepah-sepah duit, rumah palsu..
mak ayah hanya cakap dari jauh mari sini..mari sini..
tanpa ada usaha nak pergi ambil anaknya, kemaskan balik mainan yang bersepah..



sebenarnya, banyak lagi situasi yang pernah kita tengok..
mostly banyak di tempat makan..
sometimes ada dekat shopping mall jugak..

tertanya pada diri sendiri..
kenapa mak ayah tak didik anak mereka elok-elok..
sekurang-kurangnya situasi pertama tadi, anak-anak tidak membuat onar..
tapi sedih bila melihat satu keluarga pergi makan diluar tapi tidak bercakap sepatah pun..
sepatutnya ia akan menjadi satu momen yang seronok..
macam kita..
bila kami sekeluarga makan di luar..mulut memang riuh..
masing-masing ada jek benda nak bercakap..
bila lihat situasi pertama terus terkaget..
beginikah rakyat malaysia yang moden sekarang..
bercakap dengan facebook..twitter..blog..
tanpa ada sebarang komunikasi fizikal..
sedihnya..


dan untuk situasi kedua dan ketiga..
kenapa mak dan ayah tidak mengajar anaknya tata tertib..
apa yang boleh dan apa yang tak boleh..
bukannya nak suruh budak tu diam jek..
itu bukan budak namanya..
mereka aktif..aktif bersuara..aktif perbuatan..
tapi sepatutnya diajar budi bahasa..
kalau daripada kecil tidak diajar..dah besar nanti nak jadi apa???

kadang-kadang tak boleh nak salahkan seratus peratus kalau anak tu jahat atau buas atau nakal..
sebab daripada mula didikan mak ayah dah tak betul..
jadi bagaimana mereka mahu jadi manusia yang baik..
kalau daripada kecik tak pernah ada disiplin dan adab..


kamu tu tak kawen lagi..
anak pun takde..
jangan nak pandai-pandai berbicara soal ini..
tak tahu ke penat lelah kami yang dah kawin dan ada anak..
jangan nak cakap ikut sedap mulut saja..


oh, memang kita tak kawen lagi..
memang kita tak ada anak lagi..
memang kita tak mendidik seorang anak lagi..
tapi insyaAllah, jika diberi peluang satu hari nanti..
akan kita didik betul-betul..
jadi manusia yang lagi baik daripada kita dan ayahnya..
jadi manusia yang berbudi pekerti..
kita tak dapat buat itu, namun memang kita nak anak-anak kita nanti tak ikut jejak langkah kita..
kalau kita pernah tersilap langkah..kenapa nak heret anak sama..
tak bolehkah ajar dia..
tak bolehkah didik dia..


kalau kamu kata tiada masa..
masa berfacebook ada..
masa bertwitter ada..
masa berblogging ada..

jadi, kenapa masa bersama anak tiada..

itulah, patut tak kawen lagi, kamu dah nak kawen..
bila dah ada anak, tak reti nak jaga..
ingat kawen tu sekadar melepaskan nafsu dalam bilik je ke..
dah kalau hari-hari berasmaradana, tentunya nanti dikurniakan zuriat..
if tak nak anak, tak reti nak jaga anak..then jangan buat anak..
senang..


kesian tengok budak-budak yang masih kecil tu..
mereka memang tak mengerti apa-apa sekarang..
tapi nanti bila dah besar, mereka tahu kenapa mereka tak jadi manusia..
jangan nak salahkan mereka kalau mereka menengking dan mengherdik kamu..



semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan ini..
semoga kita semua dijauhkan daripada dugaan ini..
semoga kita semua dapat mendidik anak dengan sebaik-baiknya satu hari nanti..
dan semoga kita semua dilindungi di bawah payung keredhaanNYA...
AMIN..



till then...



x0x0..



p/s : maaflah asyik entry yang beremosi..sebab sedih tengok realiti masyarakat hari ini..
anak tak kenal mak ayah..hanya kenal bibik saja..='(





No comments:

Post a Comment