Monday 30 September 2013

gila tengok design innai red..


salam korang..


tengok tajuk entry tu pon dah terang benderang entry ini adalah berkaitan dengan designs innai red..


memula dulu, takdelah gila sangat..


tapi sejak semalam..


lepas beli majalah JELITA..

terus hati tertawan dengan salah satu design daripada innai red..


nak tengok???



cekidaut..



  
inilah baju idaman kalbu..tak berapa nak nampak sangat layer kain tu..tp dalam majalah jelas giler..





selain daripada design itu..


ini designs yang lain-lain..









 








love this one too..


and this..oh my...














ha..


itu sajo..


courtesy gambar daripada web Innai Red & FB Innai Red



till then..

x0x0..




p/s : sapela nak tolong jahitkan baju inspired gini ye..
nak beli daripada true owner tak mampu..hukhuk..

Friday 27 September 2013

pinjaman peribadi..atau pinjaman yang lain-lain


salam jumaat korang..


ingat dari pagi tadi nak menaip entry..


tapi tak nyempat..keje banyak sangat..huhu..



sebenarnya, lama dah aku fikir nak bagi point of view dekat perkara ni..
(tgk tajuk entry ok)
sebab aku rasa kebanyakkan orang amik sambil lewa je perkara ni..
dah sebagai orang yang involve dalam bidang yang macamni..
aku rasa tak salah kalau aku bagi sedikit nasihat..
mungkin orang lain dah tahu, tapi ada juga tak tahu..
jadi, daripada asyik nak bercerita pasal kawen je..
jom kita kongsi something yang beri info sedikit kan..
yes, aku tahu pengalaman aku tak banyak mana..
tapi aku ambil risiko jugak nak buat entry ni..
jangan ada pihak yang nak saman aku balik sudah..
takot iolls..
tapi if menda baik, apa salah untuk dikongsi bersama kan..


walaupun begitu, ikut pada korang samada nak amik pandangan aku ni secara serius ataupun tidak..
aku tak pernah paksa..
dan lagipun, maybe pandangan aku kurang tepat..
janganlah diambil bulat-bulat..
aku juga manusia..tak terlepas buat silap..


sekarang ni, kalau pergi mahkamah, terutama mahkamah tinggi..
banyak sangat kes-kes bankruptcy yang aku tengok..
itu baru ipoh, belum lagi tempat lain..
statistik yang tepat aku takde, tapi melihatkan suasana, aku sebenarnya risau..
rakyat malaysia ni sebenarnya ramai yang dah muflis..terutama orang melayu..
itu belum lagi yang kena saman sebab tak bayar hutang..


sebelum seseorang tu nak buat pinjaman..terutama pinjaman peribadilah..
pikir betul-betul, kaji balik betul-betul..
samada kita mampu atau tidak nak terbeban dengan jumlah hutang tu untuk satu tempoh yang panjang..
ya, memang sebab kita dah takde duit, sebab itu kita buat pinjaman..
tapi tolonglah, if boleh elakkan, elak..
sebab kelak, kalau kita sendiri tak berdisiplin nak membayar..
gelap masa depan..


kita nak pakai barang yang mewah-mewah, berjenama..
tamau kalah dengan orang lain..
nak sentiasa gah di mata orang lain..
tapi hakikatnya, diri kita yang sakit..kita yang semput..nak buat apa??
tak berbaloi..
kalau nak joli setakat sehari dua, tapi menanggung hutang sampai ke mati..
its not worth it at all..


 aku act untuk salah satu bank yang terkenal dekat malaysia ni which aku tak boleh la nak disclosed kan dekat korang..
mampus aku nanti..huhu..
 setiap hari deal dengan saman, dengan notis tuntutan,
kadang-kadang rasa macam kesian, buat pinjaman rm 5k..tapi itu pun tak mampu bayar..
sebab interest pun dah tinggi..
hanya disebabkan pinjaman rm 5k, rumah kena sita..
malu dengan jiran-jiran lagi..aduhai..muda-muda dah jadi macamni..
macamana nanti nak tanggung anak bini..
itu baru bab 5k belum lagi yang berpuluh-puluh k..


ada pernah satu defendan ni, bila rumah dah nak kena sita, baru nak datang berbincang..
macamana nak settlekan hutang..
bila aku tanya kenapa tak buat awal-awal dulu, dia cakap malu..
Ya Allah, pasal hutang, kita tak boleh malu..
walaupun kita ni tak mampu nak bayar bulan-bulan tu, janganlah hilangkan diri..
janganlah tukar alamat..
sebab semua tu takkan membantu..
kadang-kadang aku rasa bank pun dah macam along..dok kejar orang tak bayar hutang..
sampai macamtu sekali..
tolonglah..nasihat aku, jangan hilangkan diri..
itu TAKKAN menyelesaikan masalah..
menambahkan lagi masalah adela..


dengan satu defendan ni lagi best..
dia nak kena bankrup da..tapi bank still bagi peluang utk dia buat bayaran..
dia siap boleh cakap, takpelah, nak bankrup, bankruplah..bukan bawak ke mati pun..
akak tak nak bayar sebab nanti bulan-bulan akak tak cukup duit nak shopping..
adoi...
tak bawak ke mati kak..title bankrupt memang tak bawak mati..tak tulis pun dekat batu nisan tu..
tapi hutang tu bawak sampai ke mati tau..
tapi bila bank dah nak amik date untuk perintah bankrupt, baru die gelabah biawak..
cakap dulu tak kesah???
*pitam kejap*


lepas tu, kalau dah terima notis tuntutan, tolonglah buat bayaran..
kalau dah buat, notis tetap datang jugak, tolonglah pergi check dengan bank..
lepas tu kalau dapat saman, tolonglah pergi mahkamah..
kalau tak pergi, buat dunno je dengan semua tu, jangan ingat bank tu senang-senang hati jek nak tarik balik..
takde maknenya..dia teruskan jugak..
dan nanti, jangan bila dah dapat penghakiman, baru nak hegeh-hegeh jumpa lawyer, jumpa bank..dah terlambat..nak tolong pon tak boleh dah..=(


let say kalau dah kena saman, if bank or individu tu submit nama pada CTOS..
nama korang akan kena blacklist tau..
nak buat apa lepas tu pun dah sakit..
nak buat loan umah tak boleh, loan kereta tak boleh..
sekarang, kalau tak kena, korang boleh kata takde hal..
tapi if one day dah terkena, baru tahu macamana..


aku cakap berdasarkan pengalaman..
pengalaman kerja, pengalaman family..
hanya orang-orang yang dah terkena tahu bagaimana peritnya kalau nama kita di blacklist..


naik turun mahkamah..
last-last, kena blacklist..apa perasaan kita waktu tu??


memang kadang-kadang bukan kita yang buat hutang..
kadang-kadang kita jadi penjamin je..
jangan ingat kita sebagai penjamin boleh terlepas..
if peminjam tak bayar, penjamin yang kena kejar..
jadi berhati-hatilah untuk jadi penjamin..
walaupun dengan suami isteri..
dunia ni macam-macam..tengah sayang, boleh lah bayar..
time bila dah tak sayang..kau susah seorang..
itu pon ade cerita jugak..tapi takpelah..tamau bukak lagi aib orang..


orang kata peguam ni sebelah kaki dah masuk neraka..
ya, aku rasa aku nampak dah tu..


aku bukan nak jadi peguam selama-lamanya..
its not my ambition..
tapi, sementara tengah belajar, kita belajar..
yang baik kita ikut, yang buruk kita tolak jauh-jauh..
kalau tak belajar kita takde pengetahuan..
 dan sampai bila kita langsung tak tahu..


dan itulah juga sebab aku jadi peguam..

hendak menolong one of my close family..


tapi dengan izin Allah, aku tak sempat nak tolong..
Allah permudahkan segalanya..


kadang-kadang, bukan salah kita..
tapi Allah tak bebankan hambaNya kalau kita tak mampu nak hadapi..



oklah, panjang sangat dah ni..



till then..

xoxo..



p/s : aku baru perasan, tiap kali ari jumaat, mesti aku membebel panjang..
hehe..


yang baik itu dari DIA, yang buruk dari aku..
aku bukan mendabik dada, mendongak langit..
cuma takut dah sedih melihat realiti..
kita orang melayu..kenapa perlu selalu tertindas..
bukankah satu masa dulu melayu itu kuat???

wallahualam..

 
 

Thursday 26 September 2013

dilema..



salam petang khamis..

besok dah jumaat..

horayyy..

tapi sebelum nak horay..
pagi besok ade satu kes depan hakim yang menakutkan..
even semua aku da prepare..
tapi tetap rasa nervous..
takut kena marah even sebelum ni tak penah kena marah..
tapi penah tengok orang lain kena marah..
moga-moga besok mudnya ok..sebaik mud hari jumaat ye dak..
Amin..


sebenarnya,
bukan itu yang aku nak cerita..
ada benda lain yang lagi besar dan lagi penting daripada kena marah besok..
haha..


aku tengah konpius aka dilema..
samada nak tempah jek baju kawen or sewa je dekat butik..
apa pendapat korang???
dah 2 minggu aku dok pikir, sampai la ni takdak jawapan lagi..
(prektis cakap utaghra sat no..haha)


pro & cons..


jika aku tempah..
aku boleh pakai design ikut kehendak tekak aku..
maaf bukan tekak, tapi hati..
lepas tu aku boleh pilih material dia..
seperti yang dikatakan sudah-sudah..aku memang cerewet bab fabrik..
sebab kalau aku tak selesa, memang confirm aku takkan pakai..
dan aku akan tarik muncung macam itik..
takkan hari berbahagia nak muncung sebab tak suke fabrik kan..
tak penah dibuat orang eh..

lepas tu, aku boleh sesuka hati nak pilih kaler ape..


tapi yang cons nya..


dah tentu tempah mesti mahal..
lepas dah abis majlis, aku nak buat apa baju tu..
dok tersadai dalam gobok??huhu

then, nak pakai sekali tu je..
dah kalau buat dress macam cinderella, gane nak pakai pegi jalan kan..
buang tebiat kata orang..
nak pakai pegi dinner pon glam kemain..haha..



jika aku sewa je..
aku dah dok survey butik-butik secara maya jela,
aku tengok design baju-bajunya, ya ampun..
tak sanggup den nak pakai..hukhuk..


tapi, dah tentu jimat..
dah tentu tak yah pening kepala nak simpan ke nak pakai..
dah tentu tak menyemak dalam lemari kan..



susah betul la kalau orang berbajet ciput tapi hasrat hati sebesar matahari..


aku rasa, kalau aku kaya, takdenya aku nak pening kepala pikir kan..
confirm-confirm tempah jek..


nak buat macamana..
aku kan tak sedar diri..
haha..



till then..

x0x0..



p/s : ujan lebat pulak..penat lap-lap si itam semalam..kalau ku tahu nak hujan harini, ku biarkan saja kau kotor..=p
pinjam dekat doremon poket ajaib la..
untung-untung dapat baju kawen idaman..
verangannnn..


pp/s : tetibe ade orang dtg opis ngamuk-ngamuk dengan aku sebab tak bayar utang..
manelah aku tau..kalau dah bayar takkan bank nak saman u..


macam-macam..
telan jela labu.. 

Wednesday 25 September 2013

selamat hari ulangbulan ke 4..


dear diary..
 
 
tengok tajuk entry pun dah tau kan..
hehe..
 
 
Alhamdulillah, harini genap 4 bulan kami bertunang..
 dan insyaAllah tinggal 8 bulan jek lagi untuk jadi tunangan orang..
but if possible date kawen kami bulan 5 lah kan..
kalau postpone lagi, lagi lama lah jadi tunangan orang kan..huhu..
 
 
sebenarnya..
 
 
windu dekat encik tunang..
 
 
tapi if aku nak pergi penang, confirm opah aku bising punya kan..
 
 
aku tak sebebas orang lain..
sedey..
='(
 
 
 
 
itu je..
 
 
 
 
p/s : terpaksa tunggu encik tunang datang ipoh next month..
lambatnya..=(

Tuesday 24 September 2013

bukan perempuan tipikal..


dear diary..


apakah maksud 'tipikal'??


menurut kamun dewan, 'tipikal' bermaksud bersifat seperti lazim yang terdapat..
atau bahasa yang lebih mudah, biasa..


so, ape kena mengena dengan aku kan??


ni nak habaq mai..

 macam poyo gile jek kan..haha..
tak kesahlah, blog aku, sukati aku lah nak buat ape pong..=p


selalunya, perempuan akan suka pada bunga..
aku tak suka..
aku just suka tengok jela..tapi bukan memiliki..


perempuan akan suka gila pada coklat..
aku tak suka coklat..
walaupun pada kebanyakkan orang, coklat itu adalah ubat untuk stress..
tapi kalau aku makan, aku jadi bertambah stress..
sebab aku akan terasa dekat kerongkong ni semacam jek..
tak boleh nak describekan macamana..
gula-gula pun aku kurang makan..
kalau nak makan pun, just makan gula-gula yang berangin..


perempuan akan suka pada teddy bear..
aku tak suka..
in fact, ex boy aku banyak bagi teddy bear dulu..
tapi semua aku humban masuk stor..
sebab aku tido peluk bantal busuk..
itu lagi best daripada peluk teddy bear..
wondering nak sedekahkan teddy bear yang ada tu, tapi mak aku kata simpan jek..
nanti boleh bagi anak aku main..
haha..


perempuan akan suka tukar-tukar handbag..
 aku tak suka..
aku akan pakai satu handbag tu jek sampai die lunyai..
lepas tu baru beli baru..
bukan harini handbag lain, besok handbag lain..
its not me at all..


perempuan suka pada high heels, pump, wedges n dsb..
aku tak suka..
kasut aku hanya selipar jepun..
tapi selalu aku beli padini punya..
tapi sekarang padini banyak design tak lawa..
jadi aku perlu cari selipar jenama lain..
aku hanya punya 1 selipar, 1 kasut court, dan 1 kasut kasual..
itu sahaja..


 perempuan suka baca novel..
aku tak suka..
sebab nanti aku mudah beremosi..
aku akan anggap partner aku macam citer novel..
jadi, sebelum aku berperangai tak tentu hala, baik aku tak payah baca..haha..
tapi kat rumah mak aku ade 2 rak buku yang penuh dengan novel..
dia memang suka baca..
tiap kali keluar mesti dia akan singgah popular or mph nak cari novel terbaru..
aku sekadar teman jelah..
kalau pegi pesta buku pun dia yang sibuk membeli..
aku just tukang angkat barang..
bagi aku, cukuplah aku dah baca kes hari-hari..
tak lalu lagi dah nak membaca..haha..
(sape suruh amik coz law dulu kan)


oklah..itu je yang aku rasa aku ni bukan perempuan tipikal..
kot-kot ade lagi nanti aku update..
haha..


sesape yang lain ade nak tambah??
dipersilakan..=)



till then..


x0x0

Monday 23 September 2013

3, 5 atau 6?


selamat pagi Malaysia..


hari isnin..
monday blues..
sudah semestinya..


quite hectic harini..
pagi di ipoh..
maybe pukul 1 lebih karang nak gerak ke kuala kangsar..
menyita rumah orang..huhu..
(aku tak suka pegi sita rumah orang sebenarnya..tapi aku SUKA claim..haha)


makanya, disebabkan kerja pun banyak..
kita taip short entry sajalah kan..
short la sangat..=p


 sebenarnya weekend ni baru aku dan encik tunang berbincang mengenai tarikh majlis kami..
family encik tunang cakap nak buat bulan 3 tahun depan..
which means aku ada 6 bulan je untuk setelkan semua benda???
tidak mungkin coz satu ape pun aku tak start lagi..
baru jek weekend ni aku buat reben utk dilekatkan pada kad kahwin..
itupon tak sampai 100..
so, banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan..huhu..


besides, aku tak rasa aku dah bersedia untuk tempoh 6 bulan ni..
aku memang tak bersedia menjadi seorang isteri lagi sebenarnya..
tak bersedia dari segi mental dan fizikal..
terasa menyesal pun ada tunang awal sebenarnya..hukhuk..
tapi aku rasa, kalau dah keadaan mendesak, aku terpaksa juga bersedia..
takkan dah tua baru nak kawen kan..
tak dapat anaklah nanti kalau dah menopous..=(


untuk bulan 3 tu, family aku pun kurang bersetuju katanya..
yes..yes..
sebab dah suntuk..
katering takde lagi..memang sehabuk pun takde..
so, we all propose maybe bulan 5 or 6..
tapi femili belah sana tamau time cuti sekolah..
and kalau buat bulan 5 or 6, aku takut one of my brother tak dapat make it..
sebab walaupun cuti sekolah, tapi uni tak cuti..
maybe time tu tengah dok struggle for final exam..


so sekarang ni aku pun tak tahu aku nak kawen bila..
terbaik lah kan..
haha..



tu je nak citer..




x0x0

Friday 20 September 2013

pelamin aka dais..


salam korang



lama tak mengupdate kan diri kan..
dekat seminggu gak la..
(seminggu jew)
cuma tak publish entry baru je, tapi rajin bw blog orang lain..hehe..



sebenarnya kebelakangan ni otak macam makin slow nak proses jek..
nak taip ape pun tak tahu..
yela, selagi takde exact date,,selagi tu la tak bergerak-gerak researchnya..
kira pikir macam lambat lagi, buat apa nak rushing-rushing sangat kan..
mak aku pon dok rilek-rilek jek lagi..
so, aku pun ikot sama lah..
lagipun bila tanya dekat encik tunang, nanti kawen nak buat itu tak, ini tak??
tapi ngak ada respons..
so, sekarang ni nak kawen ke tak??
ke aku je yang hegeh sorang-sorang nak kawen nih??
oh, i dont know..
hukhuk..



tapi, takpelah..
walaupun encik tunang dok senyap jek..
tak bermakna aku pun senyap gak kan..
senyap depan dia jela, tapi belakang pung pang pung pang gak..hehe..



sebelum aku merepek kerepek lebih panjang..
jom kita layan pelamin-pelamin or dais yang cantik bangat ni..
boleh jadi sumber inspirasi nak buat majlis nanti kan..



btw, sorilah aku tak kredit kat mana aku amik sebab aku main google je..
sampai dah tak teringat amik dekat mana..=(
andaikata tuan punya pelamin nampak pelamin dia dekat sini,
just inform aku la eh..
takmaula jugak melanggar hak copyight kan..
nanti aku kena saman balik..
huahua..






suka yang ini





















ini pon lovely jugak






manis jek












macam kawin dalam hutan pon ade..=p









lebih kurang ginila



suwet..suwet









simple..tapi gojes



sama dengan yang ini..=)















macam marshmallow la awak.. nak gigit boley??hehe










ha, amek korang..
almost 30 gambar pelamin rasanya ni..
pilih,pilih..jangan tak pilih..hehe..



ikutkan hati aku, aku memang nak sangat-sangat pelamin yang cantik-cantik gini..
tapi, aku rasa membazir..
sebabnya bukan guna lama pun..
kalau duit kepuk-kepuk takpela..
sedey jek bunyik kan..huhu



tapi kalau mampu, ape salahnya ye idak..
aku just impikan pelamin yang simple jek..
tak terlalu sarat..
tak terlalu berbunga-bunga..sebab macam serabut tengok..
pelamin vintage pun ok jugak kan..
tapi aku tak pasti kat ipoh ni ade tak butik pengantin yang boleh buat pelamin vintage secantik dalam gambar ni..
sebab kebanyakkan yang aku tengok sume design zaman bila tah 
sorry to say la kan if ade yang terasa..
it's just my sincere opinion jek..



tambahan pulak, if i go with pelamin vintage..
aku pun tak pasti mak aku, opah aku akan suka..
yela, orang-orang tua ni bukan fikirannya sama macam kita..
walaupun diorang pernah muda, tapi zaman mereka muda dulu takde benda-benda gini kan..
 entahlah, tak discuss btol-btol lagi kan..
so aku just hanya boleh imagine pelamin impian dalam otak je dulu..
harap-harap nanti adelah butik yang boleh realisasikan pelamin impian aku tu kan..
sebabnya aku rasa tak susah mana pun..
buat sendiri pun boleh..
tapi MALAS..haha



nak jadi pengantin..
kenalah mengarah-arah sikit..phuiii..
=p



oklah..
nanti kalau aku ada idea lain, aku kongsikan pulak..
ingat ujung minggu ni nak buat boutonniere..
tapi kita tengoklah kan, jadi ke tak..
sebab kalau penyakit M tu datang, jangankan boutonniere..
crouton pon belom tentu jadi..
(motif??)
haha..



till then..

x0x0