Friday 20 April 2018

Pernah tak..


Assalamualaikum..

nak tanya korang..
pernah tak korang ada kawan yang buat baik dekat korang sekali dua, lepas tu korang cop muka dia ni muka yang penuh dengan kebaikan?
pernah tak korang pikir kawan korang yang baik tadi tu takkan buat jahat dekat korang?
pernah tak korang rasa bila orang lain cakap buruk pasal kawan kau tu tadi, kau rasa kau tak boleh nak percaya sebab dia baik dengan kau?

kalau korang tak pernah, tapi nak bagitau korang lah..
yang kita pernah ada so called kawan yang macamni..

sakitnya hati bila kena tikam bertubi-tubi dengan kawan yang baik ni..
sampai satu tahap yang kita rasa kita menyesal kenal dengan orang macam ni..
dan buat kita fikir balik kebaikan-kebaikan yang dia buat sebelum ni just nak tutup mata kita jek..
supaya fikir dia bidadari syurga dan bukannya syaitan nirojim..

31 tahun hidup dekat muka bumi Allah ni..
ni lah kali pertama kita rasa kena tikam dengan so called kawan baik tu..
yang kita percaya dekat dia..
yang kita boleh bergantung harap mintak tolong dengan dia..
tapi dia..
depan lain..belakang lain..
bertopengkan syaitan sangat perangai tu..

kita dah berenti kerja dengan firm sebelum ni..
alasan utama sebab kita rasa tak dihargai langsung..
kau buat kerja bagai nak rak, anak sakit masuk wad still kau kena menghadap kerja..hari cuti kau kena datang ofis, duit gaji kau harini dapat, harini kena bagi balik dekat ofis pasal ofis takde duit nak dahulukan untuk filing dokumen yang super urgent..(tapi claim jenuh nak dapat, ibarat macam mintak sedekah, dah ada claim yang terpaksa aku halalkan sebab dah malas nak mintak)
3 tahun kat situ, banyak sangat kenangan pahit yang aku lalui..compare to kenangan manis..

aku kena saman dengan defendan on personal capacity sebab aku lelong rumah dia..
hei, aku lelong atas arahan pihak bank..dan aku bekerja dengan firm tu, should be you kena saman firm tu la bukan saman i..
dan ofis totally ignore aku masa aku kena saman tu..dengan alasan aku boleh handle sendiri menda tu..
and yet ofis tak bagi aku guna duit ofis untuk filing dokumen untuk kes aku termasuk guna alamat ofis..
which aku rasa masa tu dunia aku ni macam berhenti berputar..
tapi aku sabar, aku attend kes aku sendiri, aku lawan sendiri, sampai sudah..dan ofis tak pernah nak tanya pasal kes tu..

alasan lain, sebab aku tak sanggup dah nak perhambakan diri pada bos-bos yang tak reti nak berterima kasih..
bila kita bagi betis, dia nak peha..
tapi tak nak tolong sama susah payah..pikirkan masalah dan kebajikan kita..
thats the main reasons yang buat aku tender..

tapi so called kawan baik aku ni..
dok canang dekat orang lain..lawyer lain, client aku dulu, yang aku resign pasal aku fumble kan file..
lepas aku resign, setiap kesalahan yang berlaku dekat dalam firm tu, semuanya nama aku terpalit sama..
sampai aku fikir, bila masa pulak aku ada attend those files yang problems tu..
yes, memori aku tak lah kuat mana..
tapi kan aku cakap sebelum ni, mana2 yang aku rasa aku boleh simpan dalam memori aku, memang aku ingat sampai sudah..
dah mungkin jugak Allah takdirkan aku untuk ingat menda-menda tu sebab Dia tahu satu hari nanti aku perlukan memori tu..
dan perancangan Allah tak pernah nak salah alamat..
dan sekarang memang aku boleh recall balik satu-satu kejadian yang berlaku..dengan jelas..

aku cuba husnuzon, cuba untuk lupakan dan memaafkan jek perbuatan so called kawan baik aku tu..
tapi tiap2 hari, ade jek orang yang akan bertanya aku atau inform itu ini..
aku jadi makin hangin la..
aku rasa aku tak pernah kacau hidup dia..tak pernah susahkan dia..
dan kalau dia nak jeles dengan aku pun, sangatlah mustahil sebab taraf kami bagai gajah dan kancil..

dia kaya, aku takde banyak duit macam dia..
dia banyak kereta mahal2, aku hanya ada si itam aku tu la yang aku pakai dari zaman aku chambering 7 tahun dulu..
dia ada banyak rumah, aku baru jek beli rumah..tu pun tak sepadan dengan rumah yang dia ada..
dia ada experience, aku baru setahun jagung jek nak compare dengan dia..
dia dah banyak travel oversea, aku pun travel oversea harap ihsan ofis bawak jelah..
so memang takde menda yang dia nak jeles dengan aku pun..aku ni ikan bilis jek..
lagi la buat aku tak paham kenapa dia nak tikam aku bertubi-tubi nih..

aku bukan kesayangan boss..
aku lah orang yang boss pernah cakap tak berguna..
aku selalu jek kena marah dengan boss.
aku tak pandai nak mengampu orang..
aku tak pandai nak mintak tolong orang..orang tolong aku bagi, orang tak cakap, aku buat sendiri..
tolonglah, part mana yang dia tak puas hati dengan aku nih??????

ape patut aku buat eh dengan orang macamni??

aku tak nak confront lebih2..sebab dia ni jenis yang membela..
aku tak nak nanti bila aku tak kena, anak aku yang kena..
sebolehnya aku nak elakkan menda2 macamtu walaupun aku tahu Allah tu lagi berkuasa dari menda-menda syirik tu..

aku dah block whatsapp dia..
aku dah unfriend dia dari fb..
so whats next??

nak kata elak terus dari jumpa,
susah jugak, sebab dalam dunia kepeguaman ni, pegi mana pun tetap jumpa muka yang sama..
dekat court, client..
so kalau aku jumpa, aku just boleh pusing ikut lain jela untuk elakkan dari bertembung dengan dia..

ke korang nak suruh aku pegi depan mata dia..
lempang dia sampai bersepai gigi tu??haha

ikutkan hati ni boleh jek buat..
tapi masih ada rasional lagi la dalam diri aku ni..

sumpah..memang aku bersumpah..

aku menyesal kenal orang macamni..

tapi aku sangat sangat bersyukur..
sebab bila aku ingat-ingat balik..
Allah jaga aku banyak kali..

tiap kali aku plan nak buat makan-makan dekat rumah, mesti ada jek halangan..so dia tak tahu rumah aku dekat mana..
pernah sekali kami plan nak pi holiday sama-sama, tapi ada jugak halangan - so cancel..
dan banyak lagi la kalau di ingat-ingatkan balik..
terima kasih Allah kerana melindungi hambamu yang hina ini..

dan aku berharap, berdoa supaya Allah bukakan hati dia untuk berubah..
sebab aku takut sangat, kalau azab datang menimpa, tak tertanggung dia nanti..

sebab bukan aku sorang jek yang pernah kena..
ramai lagi sebelum ni kena..
cuma aku pun tak pasti kenapa aku ada dalam senarai dia..

till then..

x0x0


Thursday 19 April 2018

Bersawang..


Assalamualaikum..

lama sungguh dah tinggalkan blog ni..
last entry bulan disember 2016 kot..huhu
pastu sunyi sepi tinggalkan blog bersawang..
kalau rumah kosong, tinggal lama-lama gini silap-silap dah ade penghuni lain dah..
scary meh..
nasib masih ingat lagi password nak bukak blog..
if tak ingat, memang terpaksa dilupakan terus la nak jengok..

actually, nak cerita pasal diri pun, tak banyak perubahan yang berlaku..
nak kata kenangan indah, entahlah..aku rasa aku ni macam tak ditakdirkan untuk membina kenangan-kenangan yang indah jek..haha
banyak yang tak indah..sampai satu masa rasa fed up, bila la nak habis..
maybe ada la jugak sikit-sikit yang indah, tapi lepas tu end up yang tak indah pulak..
contoh, bila pegi bercuti nak seronok-seronok dengan family, balik lepas tu anak sakit pulak sampai masuk wad..
dah 2 tahun ni, asal awal tahun jek mesti anak kena warded..loser sungguh rasa..huhu..
hopefully hari-hari yang mendatang ni, takdelah nak sakit-sakit sampai kena tahan wad lagi ye..Amin..

nak sambung cerita pasal beli rumah haritu pun macam dah ingat-ingat lupa kronologi dia..
aku akui, aku ni bukan jenis yang sentimental, rajin ambik gambar simpan buat kenangan..
yang mana ada kesan mendalam, aku simpan dalam memori pikiran aku jek..
so tu kadang-kadang bila aku nak recall balik kejadian tu jadi bila, jadi lost track la sebabnya aku memang tak note kat mana-mana..huhu..

jangan kata kenangan, puasa tinggal berapa hari pun aku boleh tak ingat..
end up, kenalah ganti semaksima yang mungkin, takut ada yang terlepas..teruk betul kan..

nak tanya pasal berat anak masa lahir, pukul berapa, tarikh bila, hari apa, memang aku tak ingat weh..
tapi husband aku ingat..
so kalau orang tanya ke apa, husband la yang jawab..
bini dia ni nak kata memory lost tak jugak, short term memory pun tak jugak..
tahlah, tah pekena dengan otak bini dia ni pun tak tahulah..=p

aku still lagi stay dekat penang..
yela, dah beli rumah dekat sini, nak pindah mana lagi pulak kan..
anak, Alhamdullilah, membesar dengan sihat seperti anak-anak orang lain..dah 2 tahun 5 bulan pun dia..
sehari kalau tak buat ibu dia ni jadi hulk memang tak sahla kan..hehe..
kerja, aku dah tak kerja firm lama..3 tahun aku dekat firm tu, last-last aku terpaksa angkat kaki jugaklah..banyak sangat politik, tak boleh nak coop..susah betul nak cari tempat keje yang takde main politik-politik ni..
kita ikhlas nak kerja, cari rezeki yang halal..
tapi tu lah, hidup mana pernah nak sempurna ye dak..
so sekarang Alhamdulillah, dah dapat kerja baru..nak cakap lebih-lebih pun tak berani sangat, sebab baru lagi join..
hopefully semuanya berjalan dengan baik lah..even bukan yang terbaik..
jangan berenti berdoa..

dari nak update sikit jek, terus panjang berjela..
kadang terpikir jugak, rational lagi tak blog ni..ade lagi ke orang baca..
tapi bila sendiri pun lama-lama tak bukak, tetiba bukak, baca balik entry lama-lama, mulalah kenangan tu terimbau kembali kan..especially untuk orang yang tak ingat memori-memori macam aku ni..huhu

oklah, nanti ada cerita best kita update lagi..

to sum up - tahun 2017 haritu adalah tahun bekerja, tapi tak kaya-kaya jugak..haha..tahun 2018 ni nampak gayanya macam lebih kepada family..sebabnya tahun ni saja ada beberapa sedara, adik ipar dan adik sendiri nak kahwin dan bertunang..so rasanya memang sibuk pasal kerja-kerja kahwin jela nanti..

oh teringat balik masa zaman nak tunang dan kawin dulu.. DIY itu ini sebab nak jimat..

till then..

x0x0..