Thursday 31 May 2018

Happy Anniversary..


Assalamualaikum..


Tak sangka, harini genap 4 tahun dah kami kawen..
cepat sungguh masa berlalu..
teringat lagi masa sebelum nak kawen dulu,
diy itu ini sebab nak jimat
balik kerja, terus buat bunga felt, ikat reben, colourkan kertas doily
yang mana sekarang ni semua tu boleh beli jek dah, murah pun murah
tak macam masa zaman nak kawen dulu kan..
how time flies..
tengok2 dah ada seketoi anak dah pun lani
bila nak menambah lagi??
entahlah, nak bagi hutang piutang habis dulu boleh tak?
hehe..


sebelum kawen dulu,
berangan lah itu ini
nak kekal sweet macam husband and wife macam dalam drama tu ha..
drama yang latest sekarang ni, klik!pengantin musim salju
uish, bersemut tengok
masa tengah tengok tu kadang saja menyakat en husband
awat dulu sebelum kawen tak suweeeet macam alif satar a.k.a. adam putra tu
hehe


tapi realiti perkahwinan ni bukanlah semuanya suweeeet memanjang..
ada turun naiknya
yela, manusia kan, kadang rasa sayang terlebih..kadang mengamuk macam tak cukup tanah
tapi apa yang aku belajar dari sesebuah perkahwinan tu..
S.A.B.A.R
kalau kau tak sabar, harini kau kahwin, esok kau boleh bercerai
pasal gaduh laki kau sepahkan baju kotor tak masuk dalam bakul
ataupun pasal husband kau komplen kau masak air pun tak tahu..
kuncinya memang kena bersabar sentiasa
bila rasa nak marah pasangan kita, cuba tenangkan diri dulu, lupakan kerja yang tengah kau buat
sebab bila marah, semua benda tak elok kita nampak
sama jugaklah masa zaman bercinta kan, semuanya elok jek..kentut pun bau wangi
dah kawen, bila laki kau kentut bersepah, baru kau nak angin tak tentu pasal
haha


semakin lama kita berumahtangga
matlamat utama kita bukan untuk sentiasa suweeeet jek sentiasa
banyak menda dah yang kita perlu pandang ke depan


kalau dah beli rumah, matlamat ke depan - nak cari rumah yang lagi selesa
kalau dah beli kereta, matlamat ke depan - nak habiskan hutang atau cari kereta yang lebih selesa
dah tiba masa untuk fikirkan pasal kurangkan komitmen dan hutang-hutang
kalau dah ada anak, nak anak dapat pendidikan yang terbaik untuk masa depan dia
sampai kadang2 tu kita pun dah terlupa nak berjiwang-jiwang dengan pasangan kita..
jadi kekok pulak, tak macam masa zaman mula-mula kawen dulu


aku nak komen lebih2 pun tak berani la jugak kan..
sebab baru 4 tahun jek berkawen ni
orang lain ada yang belas-belas, puluh-puluh tahun lagilah banyak pengalaman
tapi ni berdasarkan pengalaman aku jela..
lagi lama kita berkahwin
lagi banyak menda yang kita akan plan/harapkan untuk keluarga kita
sebab kita bukan cakap pasal aku dengan kau jek (husband and wife)
tapi ada jugak amanah-amanah Allah yang perlu kita jaga (anak-anak)
jadinya, setiap hari selepas perkahwinan tu ibarat satu perjudian
tak tahu kau menang ataupun kau kalah
tak tahu kau boleh bersabar lama mana
tak tahu kasih sayang tu berpanjangan sampai bila
tapi satu jek yang aku pasti


jangan lupa berdoa
supaya keluarga kita diselamatkan dari segala jenis godaan dan ujian yang tak mampu kita nak pikul


to my husband,

terima kasih untuk 4 tahun ups and downs 
ada masa kita gembira, ada masa kita nangis sama-sama
but so far Alhamdulillah, ayang selalu pesan itu dekat abang..
keluarga kita tak pernah lagi diuji macam orang lain
tak cukup duit nak makan
takde duit nak beli baju baru
takde duit nak berjalan
walaupun hidup kita sangat sederhana, tapi Alhamdulillah, Allah cukupkan semua untuk kita
ye kita tak mewah macam pasangan lain
tapi Alhamdulillah, iu jek yang ayang mampu ucapkan

semoga Allah selalu kekalkan rasa kasih sayang kita
semoga Allah selalu pelihara rumahtangga kita
dan semoga Allah murahkan rezeki kita
Amin


till then


x0x0