Friday 27 September 2013

pinjaman peribadi..atau pinjaman yang lain-lain


salam jumaat korang..


ingat dari pagi tadi nak menaip entry..


tapi tak nyempat..keje banyak sangat..huhu..



sebenarnya, lama dah aku fikir nak bagi point of view dekat perkara ni..
(tgk tajuk entry ok)
sebab aku rasa kebanyakkan orang amik sambil lewa je perkara ni..
dah sebagai orang yang involve dalam bidang yang macamni..
aku rasa tak salah kalau aku bagi sedikit nasihat..
mungkin orang lain dah tahu, tapi ada juga tak tahu..
jadi, daripada asyik nak bercerita pasal kawen je..
jom kita kongsi something yang beri info sedikit kan..
yes, aku tahu pengalaman aku tak banyak mana..
tapi aku ambil risiko jugak nak buat entry ni..
jangan ada pihak yang nak saman aku balik sudah..
takot iolls..
tapi if menda baik, apa salah untuk dikongsi bersama kan..


walaupun begitu, ikut pada korang samada nak amik pandangan aku ni secara serius ataupun tidak..
aku tak pernah paksa..
dan lagipun, maybe pandangan aku kurang tepat..
janganlah diambil bulat-bulat..
aku juga manusia..tak terlepas buat silap..


sekarang ni, kalau pergi mahkamah, terutama mahkamah tinggi..
banyak sangat kes-kes bankruptcy yang aku tengok..
itu baru ipoh, belum lagi tempat lain..
statistik yang tepat aku takde, tapi melihatkan suasana, aku sebenarnya risau..
rakyat malaysia ni sebenarnya ramai yang dah muflis..terutama orang melayu..
itu belum lagi yang kena saman sebab tak bayar hutang..


sebelum seseorang tu nak buat pinjaman..terutama pinjaman peribadilah..
pikir betul-betul, kaji balik betul-betul..
samada kita mampu atau tidak nak terbeban dengan jumlah hutang tu untuk satu tempoh yang panjang..
ya, memang sebab kita dah takde duit, sebab itu kita buat pinjaman..
tapi tolonglah, if boleh elakkan, elak..
sebab kelak, kalau kita sendiri tak berdisiplin nak membayar..
gelap masa depan..


kita nak pakai barang yang mewah-mewah, berjenama..
tamau kalah dengan orang lain..
nak sentiasa gah di mata orang lain..
tapi hakikatnya, diri kita yang sakit..kita yang semput..nak buat apa??
tak berbaloi..
kalau nak joli setakat sehari dua, tapi menanggung hutang sampai ke mati..
its not worth it at all..


 aku act untuk salah satu bank yang terkenal dekat malaysia ni which aku tak boleh la nak disclosed kan dekat korang..
mampus aku nanti..huhu..
 setiap hari deal dengan saman, dengan notis tuntutan,
kadang-kadang rasa macam kesian, buat pinjaman rm 5k..tapi itu pun tak mampu bayar..
sebab interest pun dah tinggi..
hanya disebabkan pinjaman rm 5k, rumah kena sita..
malu dengan jiran-jiran lagi..aduhai..muda-muda dah jadi macamni..
macamana nanti nak tanggung anak bini..
itu baru bab 5k belum lagi yang berpuluh-puluh k..


ada pernah satu defendan ni, bila rumah dah nak kena sita, baru nak datang berbincang..
macamana nak settlekan hutang..
bila aku tanya kenapa tak buat awal-awal dulu, dia cakap malu..
Ya Allah, pasal hutang, kita tak boleh malu..
walaupun kita ni tak mampu nak bayar bulan-bulan tu, janganlah hilangkan diri..
janganlah tukar alamat..
sebab semua tu takkan membantu..
kadang-kadang aku rasa bank pun dah macam along..dok kejar orang tak bayar hutang..
sampai macamtu sekali..
tolonglah..nasihat aku, jangan hilangkan diri..
itu TAKKAN menyelesaikan masalah..
menambahkan lagi masalah adela..


dengan satu defendan ni lagi best..
dia nak kena bankrup da..tapi bank still bagi peluang utk dia buat bayaran..
dia siap boleh cakap, takpelah, nak bankrup, bankruplah..bukan bawak ke mati pun..
akak tak nak bayar sebab nanti bulan-bulan akak tak cukup duit nak shopping..
adoi...
tak bawak ke mati kak..title bankrupt memang tak bawak mati..tak tulis pun dekat batu nisan tu..
tapi hutang tu bawak sampai ke mati tau..
tapi bila bank dah nak amik date untuk perintah bankrupt, baru die gelabah biawak..
cakap dulu tak kesah???
*pitam kejap*


lepas tu, kalau dah terima notis tuntutan, tolonglah buat bayaran..
kalau dah buat, notis tetap datang jugak, tolonglah pergi check dengan bank..
lepas tu kalau dapat saman, tolonglah pergi mahkamah..
kalau tak pergi, buat dunno je dengan semua tu, jangan ingat bank tu senang-senang hati jek nak tarik balik..
takde maknenya..dia teruskan jugak..
dan nanti, jangan bila dah dapat penghakiman, baru nak hegeh-hegeh jumpa lawyer, jumpa bank..dah terlambat..nak tolong pon tak boleh dah..=(


let say kalau dah kena saman, if bank or individu tu submit nama pada CTOS..
nama korang akan kena blacklist tau..
nak buat apa lepas tu pun dah sakit..
nak buat loan umah tak boleh, loan kereta tak boleh..
sekarang, kalau tak kena, korang boleh kata takde hal..
tapi if one day dah terkena, baru tahu macamana..


aku cakap berdasarkan pengalaman..
pengalaman kerja, pengalaman family..
hanya orang-orang yang dah terkena tahu bagaimana peritnya kalau nama kita di blacklist..


naik turun mahkamah..
last-last, kena blacklist..apa perasaan kita waktu tu??


memang kadang-kadang bukan kita yang buat hutang..
kadang-kadang kita jadi penjamin je..
jangan ingat kita sebagai penjamin boleh terlepas..
if peminjam tak bayar, penjamin yang kena kejar..
jadi berhati-hatilah untuk jadi penjamin..
walaupun dengan suami isteri..
dunia ni macam-macam..tengah sayang, boleh lah bayar..
time bila dah tak sayang..kau susah seorang..
itu pon ade cerita jugak..tapi takpelah..tamau bukak lagi aib orang..


orang kata peguam ni sebelah kaki dah masuk neraka..
ya, aku rasa aku nampak dah tu..


aku bukan nak jadi peguam selama-lamanya..
its not my ambition..
tapi, sementara tengah belajar, kita belajar..
yang baik kita ikut, yang buruk kita tolak jauh-jauh..
kalau tak belajar kita takde pengetahuan..
 dan sampai bila kita langsung tak tahu..


dan itulah juga sebab aku jadi peguam..

hendak menolong one of my close family..


tapi dengan izin Allah, aku tak sempat nak tolong..
Allah permudahkan segalanya..


kadang-kadang, bukan salah kita..
tapi Allah tak bebankan hambaNya kalau kita tak mampu nak hadapi..



oklah, panjang sangat dah ni..



till then..

xoxo..



p/s : aku baru perasan, tiap kali ari jumaat, mesti aku membebel panjang..
hehe..


yang baik itu dari DIA, yang buruk dari aku..
aku bukan mendabik dada, mendongak langit..
cuma takut dah sedih melihat realiti..
kita orang melayu..kenapa perlu selalu tertindas..
bukankah satu masa dulu melayu itu kuat???

wallahualam..

 
 

2 comments:

  1. ahh,..org zaman skrg mmg mcm tu..sebab nak ikut trend sgt smpai sggup berhutang..mcm akak yg nak shopping tu la..hmm..
    lg satu byk yg buat loan utk kawen..klu boleh, lbey baik xpyah amik..buat yg termampu..lebih baek pinjam parents skit2 klu xckup..at least xde interest..kawen sehari je..menanggung hutang bertahun2..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..bila baca bermacam2 kes, kadang2 rasa tak tahu perasaan macamana nak describe..mmg ade jugak org buat loan sbb mmg dah takde duit sgt, tapi itu bukan penyelesaian jugak..pinjam 5k jek tapi interest 17%..mcamane..idup bayar interest jela..huhu

      Delete