Monday 17 February 2014

macamana nak duduk???


dear diary..


harini kita nak kongsi satu kisah dengan korang semua..
sebelum ni kita cakap tamau ikot pergi perlis kan anta adik kita..
tapi last-last kita pegi jugak..
sebab merajuk dah habis..
haha..


ni adalah kisah yang tak berapa sedap didengar..
kalau korang tengok gambar pun mesti rasa, ha..
apahal ni kan..
tapi kita sendiri yang tengok dengan mata ni lagilah tak sanggup..


tengok gambar dulu la..
nanti kita baru cerita..
lagi senang..














































 
cerita dia begini..
adik kita dah masuk dekat unimap untuk sem yang kedua..
duduk dekat kampus sungai chuchuh..dekat sangat dengan padang besar..
masa sem 1 aritu, tempat ni baru lagi..
kedai makan takde, kedai runcit takde, klinik takde, atm takde, tempat nak beriadah takde..
memang kolej semata jek..
masa tu memang susah hati nak tinggalkan dia dekat situ, even budak laki, boleh jek nak survive..
tapi takpelah, dia mampu untuk survive..
kalo kita dah tak nak masuk dah u, nak ikut balik rumah jela bila tengok tempat macamtu..
even masa kita masuk uitm merbok dulu pun, walaupun dalam ladang getah, jauh jugak dari bandar, 
tapi takdelah rasa seteruk duduk dekat sungai chuchuh tu..
harap bangunan jek baru tapi tu pun banyak defects..


so, ingat bila sem 2 ni, tempat dah makin elok la kan sebab dah berpenghuni untuk satu semester..
alhamdulillah, kedai makan tepi jalan dah ada banyak jugak..(tapi still tak cukup tak tampung jumlah pelajar yang duduk situ..)
koperasi jual barang-barang pun dah ada..
lega la jugak hati..
tapi yang menjadi masalah sekarang..
budak laki sem ni kena pindah bangunan belakang..
tapi bangunan tak serupa bangunan sebab tak siap lagi..
macam korang tengok keadaan gambar-gambar tu la..
masa kita pegi tu memang terkejut sangat..
biar betul nak bagi students duduk dekat tempat macamni..
kalo dengan osh, memang tak lepasla..oc pun takde..
bangunan memang tak selamat nak didiami..
diorang nak ada kes kematian apa jadi dulu baru nak bertindak..
dah la tempat kolej tu macamtu..
takde sape pun bagi pihak pengetua ke, pengurusan universiti ke, or even MPP duduk dekat koridor bawah tu explain kenapa jadi macamni..
maybe diorang takot kena bambu dengan parents la kan..
tapi at least explain..bagi dateline pada parents..
promise sikit keadaan tak akan berulang..
barulah parents pun tenang sikit hati nak anta anak-anak dekat situ..
ni tidak, harapkan kita ni terkial-kial tengok keadaan sekeliling..
memang menyeramkan..
bahan binaan merata tempat..even block jalan and tangga..
bangunan tinggi, tapi lift tak berfungsi sebab masih tak siap..
wayar letrik bersimpang siur..bahaya giler kot..
dah kalau tempat tinggal macamtu
macamana nak belajar dengan elok..
macamana nak tido..nak sembahyang ape sume dah kotor...
hurm..



barang-barang sume dah pindah masuk bilik..
dah katil rangka je, almari takde
nak simpan barang macamana..
tu nanti mesti banyak kes barang hilang la..
confirm..

 

rasanya dalam banyak-banyak u yang kita pernah pegi..
ni la u yang paling teruk..
sorry to say..
bukan nak condemn, tapi bahagian HR memang tak buat keje la..
bila bahagian akademik, tak dinafikan, unimap salah satu uni yang bagus..
but when it comes to management, kita rasa diorang patut buat sesuatu..


macam semalam (ahad)
students non malay pun ramai..
memang banyak parents yang ambik gambar kolej ni..
tak tahulah diorang nak masuk dekat suratkhabar ke, tv ke..
tapi memang patut pun..
biar sedar sikit..
jangan nanti bila ade kes kematian baru nak bertindak..
when it comes to that moment, everything's late already..


kita bukan mereka-reka cerita..
gambar membuktikan segalanya..
bukan kita tak bayar yuran pengajian..
bukan kita nak duduk kolej 5 bintang..
tapi kalau keadaan gini, memang tak boleh duduk lagi..
sebab bangunan tak siap..tak dapat kelulusan..
tapi kalau kata dah dapat kelulusan, tak tahulah sapa yang luluskan tu..
tak pegi sekolah la kot orang tu..
reban ayam pun orang buat cantik-cantik dah sekarang..
ni kan pulak tempat manusia nak duduk..
hurmm...tahlah

 

till then..


x0x0..



p/s : bersyukur menjadi sebahagian daripada UiTM di Hatiku..
=)


 
 

8 comments:

  1. Teruknyerr..nk suh student kemas sendiri ape..ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, bru dapat tahu kelmarin dah siap pasang kabinet..tp bilik, basuh sendiri la segala kekotoran debu tu..

      Delete
  2. sweetnya akak tolong risaukn utk adiknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sweet ke??
      rasa kesian kat dia sebab kne lalui menda gitu..nasiblah lelaki, kalau perempuan mau nangis jek kot sampai susah hati orang lain..huhu

      Delete
  3. Ya allah..tu ade ke bekalan elektriknya..mmg sngt2 xselamat..bahayakn student..mmg kena ada yg bersuara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada cik mah..masa hari sabtu tu, diorang bukak malam jek letrik..tp esoknya ada dah..cuma tak selamat la bila wayar sana sini, kot tak terlebih hati-hati, kne shot circuit plak kan..

      Delete
  4. huh? scary nya..huhuhu..tak selamat langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depan mata lagi scary kalo tengok..
      harap-harap sem depan diorang tak buat perangai macamni lagilah..
      larat ke every sem ade masalah macamni..

      Delete