Tuesday 25 February 2014

fantasi perkahwinan...


dear diary..

lama dah rasanya tak merepek kerepek kan..
nak cerita pasal persiapan kawen??
tak maula, sebab dah terasa bahang-bahang bridezilla tu..
masih tak dapat terima kenyataan banyak perkara lagi yang pending..
kuikuikui..


 tengok tajuk entry ni macam semacam jek kan..
haha, jangan risau, takdenye kita nak certita hal-hal 18SX or 18PL kat sini..
tak seswai la korang..
manatau ade pembaca belog kita ni still under age..
tak pasal-pasal jek akak ni bagi bad influence kat diorang kan..
hehe..


harini terasa macam nak berangan-angan di awangan la pulak..
asyik nak serius memanjang, lama-lama nanti jadi mental..
namau-namau..nanti kena cancel wedd sebab dah mental kan..=p


perkara di bawah ni tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati..
tiada kaitan antara yang kaya atau yang kurang kaya..
tiada kaitan antara yang cantik dan tak berapa cantik..
dah nama pun angan-angan kan..mestilah nak gah..
namun, nak jadikan kenyataan..
buat masa sekarang, ianya mustahil..sebab wedd tinggal lagi 3 bulan jek lagi..
dan kita tak punya banyak uwang untuk dibelanjakan..
wuwuwuw..


 majlis idaman


sebenarnya kita minat sangat-sangat dengan english sytle punye wedding..
simple, takde sanding-sanding..
takde pelamin..
tapi still nampak cantik sangat-sangat..
walaupun simple jek tapi sebenarnya, kita rasa cost wedding diorang lagi mahal..
dan selalulnya, bila english wedding ni, jumlah tetamu memang sikit..
tak sesuailah nak buat dekat malaysia ni kan..
nanti banyak pulak mulut mengata buat kenduri kawen meriah tapi tak nak jemput orang..
kalau nak jemput semua orang, tak sesuai rasanya disebabkan dengan tema itu sendiri..

kita teringin sangat nak buat beach wedding..
tapi, manada pantai yang sesuai dekat perak ni nak buat gitu..
pegi teluk batik??memang taklah, pantai pun takde..
lagipun jauh..so, tak berbaloi..
lagi satu, cuaca negara kita ni tak sesuailah nak buat tema gitu kan..
mau hitam terbakar pengantin and tetamu..
kalau kat oversea tu takpelah, walaupun summer, tapi still sejuk-sejuk..
macam pernah rasa jek..haha


















seronok kan buat macamni..
lepas habis majlis sape nak terjun laut dipersilakan..
pengantin nak amik mood jalan-jalan tepi pantai..hihi


selain dari beach wedding..
kita jugak suka sangat-sangat dengan garden wedding..
sebelum ni kita pernah citer kan..
tambah kalau garden wedding tu buat time malam..
memang romantik habis la..
tapi kan, kita ni duduk kampung..
pelik la pulak nak buat kenduri kawen malam kat kampung..
nanti sapa nak datang..
yang opah-opah and atuk-atuk mestilah nak tido kan..

jadi, kita berangan jek sudahlah..














tengok gambar pun boleh tahu..
kos garden wedding ni lagiiiii mahal dari typical malay wedding..
sebab kalau kenduri kita, kita banyak berhabis dekat makanan kan..
tapi wedding diorang makanan pun mahal, decorations pun mahal..
la hai..berangan saja lah..
tak rugi pun..
pernah cakap dekat encik tunang..


nanti kalau kita banyak duit, kita buat majlis kawen sekali lagi nak..
dulu impian tak tercapai..

nak tahu apa jawapan encik tunang??

dia cakap, dari kita berhabis buat kenduri kita balik..
baik kita buat kenduri anak kita..

krikk..krikk..krikk
=p



persediaan sebelum majlis


banyak perkara sebenarnya kita nak buat sebelum kahwin..
masa time dulu-dulu, bila dah pandai berpikir pasal kahwin-kahwin ni..
banyak giler kot impian..
itu nak, ini nak..nak buat macamni, nak buat macamtu..
tapi sekarang, bila tarikh kawen tu dah nak dekat..
haram pun nak buat apa yang diimpikan dulu..
biasalah, dulu ingat senang sangat nak realisasikan impian..
tapi bila dah start kerja, bila dah cari duit sendiri
baru tahu macamana susahnya..dulu sedap rasa hati jek nak itu ini kan..hihihi..


okeh, antara angan-angan yang pernah terlintas di fikiran ini satu ketika dulu..



a) masuk kelas masakan









kita suka memasak sebenarnya..
tambah pulak kalau kita masak tu, makanan tu habis, lagilah suka..
tapi disebabkan mood malas tu lagi banyak dari mood rajin,
maka jadilah kurang memasak dah sekarang ni..hehe

kita teringin nak pegi kelas buat kek dan makanan western..
sebab kita sukaaa makan kek and western..
tapi encik tunang kurang..
dia perut melayu, kena makan nasik..
family kita pun kurang jugak..
mesti nasik jugak dicarinya..huhu..


dari zaman belajar dulu, tiap kali cuti sem mesti tanam azam nak masuk kelas..
namun, tak pernah kesampaian..sebab takde geng nak ajak..
nak pegi sorang macam segan pulak..hehe..
dah tu, sampai sekarang la tak belajar-belajar nak masak hebat-hebat..



b) pergi spa setiap masa terluang








dekat ipoh ni rasanya tak banyak spa yang orang melayu buat..
mostly ramai chinese..
kalau ada spa melayu pun, kita macam tak confident jek nak pegi..
sebab tengok kedai dia macam apa jek..huhu..

masa kat shah alam dulu, adalah jugak pergi buat facial..
kita tak yakin nak guna produk-produk yang melambak-lambak kat pasaran sekarang..
contoh macam kak ton ke, kak vida ke, kak tia ke..
sebab tak sesuai dekat kulit kita..
masa kat shah alam dulu, dia pakai produk dermalogica..
siap kita ada beli produk dia sebab best..
tapi sekarang tak mampu la nak pakai dah..huhuhu..



c) buat waxing





nama pun dah perempuan kan..
serba serbi nak cantik..nak bersih..
ade ke pompuan yang tak nak lawa-lawa??
kalau ada, pelik jugaklah..=p


ha, bila bercerita pasal yang satu ni, 
jangan nak pikir pasal malam pertama ke, kedua ke ketiga ke ye..
kita memang teringin sangat nak pergi buat waxing..
tapi takut, sebab orang cakap sakit..
pastu tak tahu berapa kos dia pulak kan..
habis kurang pun buat jela waxing sendiri kat rumah..
tapi hasilnya tak memuaskan..maybe salah buat atau memang kita tak pandai buat..
jeles jek tengok model-model yang bersih jek kulit diorang tu..
takdelah kata kita ni banyak bulu-bulu roma..
tapi kalau kat rumah, mestilah nak pakai cantik-cantik gak..
tak syomel la pakai skirt pastu kat betis nampak rerambut-rerambut halus tu..
walaupun bukan untuk orang lain, tapi untuk kepuasan diri sendiri..
biasalah perempuan..nak cakap apa lagi kan..=)



d) mani and pedi





owh, yang ni wajib kena pergi nanti..
bukan setakat angan-angan jek..its a must..
teringin nak buat..
walaupun tahu, rugi jek buat sebab kena buat kerja rumah..nanti tangan mesti kasar-kasar balik..


lepas tu pulak, kalau pakai inai nanti..
bukan nampak pun kuku tu bershining like a diamond kan..

tapi, 
tak kira, nak jugak..

=p



oklah, tu jela rasa nak berangan harini..
nanti kalau ada lagi, kita buat fantasi perkahwinan part 2 plak..
lenguh da tangan eden ni menaip..




till then..


x0x0..




p/s : courtesy gambar uncle google sajo..







4 comments:

  1. eh, lepas bt mani pedi kuku masih shining wpun dah pakai inai tau.. :) mcm akak, seminggu sblm pakai inai akak bt mani pedi..suka tgk kuku berinai tp shining..puas hati :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak saila..kne cari org yg pandai buat jugak la kan..sebab ade membe buat mani and pedi, tak nampak shinning pun..lagi lebam bila kena dengan inai tu..buruk jadinya..maybe org yang buat tu tak expert kot..huhuhu

      Delete
  2. syok tgk wedding omputeh..simple dan sweet..tp msia punya custom kena pggil sume org mai kenduri..so kite2 ni berangan je laa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tau xpe..tak dapat buat, berangan pun jadilah..tak kena bayar pun..=)

      Delete