Tuesday 24 December 2013

goodbye 2013, welcome 2014...my wishlists...=)


>>> awas, entry ni panjang giler..kalau larat baca, silakan lah ye..hihihi


dear diary..


setahun sudah berlalu..
dimanakah kita sekarang???
masih di takuk yang lama atau sudah ada peningkatan???


for me, tahun 2013..
i have no wishlists..
buat apa yang suka ikut tekak dan hati..
sebab sebelum-sebelum ni, bila buat wishlists, satu pun tak tercapai..
so, daripada tak nak kecewakan diri sendiri, tak payah berazam apa-apa..


macamni punya olang pun ada ka???
haha..


kita throwback balik apa yang berlaku sepanjang 2013..
tapi sorilah, tarikh-tarikh kejadian tu tak berapa nak ingat..
cuma boleh bagitau jek apa yang dah berlaku secara ringkas..
maybe ada yang ikut turutan, maybe ada yang tak..
maklumlah, dah tua ni, lupa jek..kihkihkih..


- dirisik pada februari 2013
- bertunang pada mei 2013
- berhenti kerja pada ogos 2013
- masuk kerja baru pada september 2013
- jadi ahli shaklee pada oktober 2013


ha, rasanya ni jela event besar yang berlaku dalam hidup kita..
cakap kat atas tadi macam banyak jek ye..
tertipu korang semua..hehe..


************************************************************************
sebelum tu, dalam entry sebelum ni, kita ade cerita pasal encik tunang dapat suggestion from company nak hantar dia pergi vietnam kan..
sampai harini, masih lagi takde kata putus..
so, sebelum ada lagi confirmation, kita berlagak macam biasa..macam nothing happened..
kita teruskan dengan tujuan dan niat yang asal..
tapi sebenarnya hati berdebar-debar jugak..
takut last minute confirmation..
memang kita pegi hempok-hempok bos dia sampai penyek..huhuhu..

anyway thanks pada korang yang bagi sokongan moral dekat kita..
terharunya..
baik kawan blog, kawan alam realiti mahupun kaum keluarga..
rata-rata cakap takpelah dia pegi..
nanti boleh borong banyak-banyak barang dekat vietnam..kan cantik-cantik..murah-murah..
ceit, kita ni hati risau kemain, diorang pikir nak beli belah pulak..
tapi kita tau, korang cakap just nak comfortkan hati kita je kan???


macam mak kita cakap..
takpelah, nanti encik tunang boleh belikan sutera vietnam..

i nehi sutera..nak encik tunang jek..tak dapat sutera pun takpe..=p

****************************************************************************************

oklah..berbalik kepada resolusi tahun baru kita pulak..
disebabkan last year takde menyimpan azam..
tahun ni kita rasa macam nak ade azam pulak..boleh gitu kan???haha..


jadi, apakah azam tahun baru kita ni..
kita terpaksa buat pecahan..
supaya senang nak baca..
dan review balik bila end of the year 2014..=)



Azam untuk Keluarga..


1. bawa keluarga pergi melancong...fully sponsored by ME..yea..
tapi destinasi dalam mesia jela eh..
nak bawak luar daripada mesia ni, tak mampu lagi..
bawak seberang laut boleh la..
kita pegi penang ke, langkawi ke..takpun pangkor..
kan seberang laut tu..hehe




2.  belikan sesuatu yang valuable and memorable for mommy..
yela, sebagai mak, dia banyakkkkkkk sangat dah berkorban dekat kita and adik-adik..
rasanya dah sampai masa untuk kita bagi something yang berharga dekat dia..
tahu, wang ringgit bukanlah ukuran kasih sayang seorang mak..
tapi, daripada tak bagi apa-apa langsung, at least bagilah something yang mampu membahagiakan hati dia..
nak bagi apa???
tak terpikir lagi..
mungkin gelang white gold idaman hati dia....we'll see next year..=)


 


3. Menjadi anak dan kakak yang terbaik di muka bumi ni..
 ha, yang ni terlalu ambitious gila..
sebab azam yang ni, awal tahun jek dia buat..
semakin ke tengah dan akhir tahun, dah lupa azam dia..
tapi hopefully, this 2014, kita dapat buat..even perlahan-lahan..
konsep dia luas..nak jadi yang terbaik macamana..kita akan buatlah nanti..=)




Azam untuk Diri Sendiri..


1. Nak beli pandora..
tak tahulah kenapa kita sukaaaa sangatttt dengan pandora ni..
walaupun ade setengah orang cakap macam pakai gelang zaman orang asli..huhu
tapi, ikutlah, citarasa kita berbeza kan..
di mata mu tak cantik, di mata ku cantik..
yang paling penting, i beli pakai duit sendiri..tak minta duit orang lain..kan kan kan..hehe





 
2. Nak beli Ipad Air
 amboi, untuk diri sendiri banyak sangat nak belinye ye..hehe..
teringin nak ada satu gajet..
senang nak surf tenet..bisnes..
sebab bila browse dekat phone, tak semua dapat tengok..huhuhu






3. Menjadi Manusia yang Lebih Baik Daripada Sebelumnya...
banyak lagi kekurangan diri ni sebenarnya..
so, mana yang boleh diubah, kita akan cuba ubah..untuk kebaikan diri dan orang lain..
sebab kita hidup atas dunia ni bukan hidup sorang-sorang..
kena hidup bermasyarakat..barulah aman, harmoni, sentosa dan bahagia..
cakap macam sebelum ni kita suke bergaduh dengan orang je ye..hehe..takdelah..
metafora je semua itu..=p






4. Memperbanyakkan Amalan Sunat dan Tak Tinggalkan yang Wajib Secara Sengaja atau Tidak Sengaja..
ha, yang ni sebenarnya azam yang paling penting..
bukan sebab kita orang melayu..
tapi sebab kita orang ISLAM..
kita selalu ambil mudah perkara ni..cukuplah sembahyang lima waktu je kan..tu je yang wajib..
tapi fikir balik..kalau kita ni nak buat ibadat pun pilih-pilih..
janganlah nak persoalkan kenapa Allah tak makbulkan doa dan permintaan kita kan..
insaf...huuuuu






Azam untuk Alam Rumah Tangga..


1. Berkahwin..
ha, yang ni kalau tak kawen guane nak ade azam untuk alam rumahtangga kan..kenalah kawen dulu..hehe..
insyaAllah..jika diizinkan olehNya..next year kita dan encik tunang akan disatukan..
moga-moga Allah permudahkan jalan, berikan kami rezeki yang melimpah ruah..menjaga hubungan kami hingga ke Jannah, pelihara diri kami daripada segala anasir negatif, meredhai hubungan kami dan kuatkan diri kami untuk menempuh alam rumahtangga yang penuh dengan cobaan..AMIN...

besides, kita berharap supaya majlis walimah nanti berjalan dengan lancar..
mungkin tidak sempurna, sebab itu bukan sifat manusia..
yang penting lancar..tiada masalah besar-besar yang timbul dan semua orang happy..=)





2. Honeymoon to Krabi..
alamak, yang ni tak tahulah tercapai ke tak..
sebab thailand kan selalu dilanda masalah bom mengebom ni..baru semalam dengar kat phuket dah ade kes bom-bom ni..
tapi ni salah satu impian encik tunang..
we'll see nanti..
if keadaan aman, bolehlah pegi kan..if tak, jalan-jalan jela pulau dekat mesia ni..hehe





3. Honeymoon to Cameron Highlands..
kita ada backup plan..gitu..
kalau nak pegi krabi tak dapat, kita pegi cameron jela..
kan ni pun salah satu impian kitaorang..dok plan daripada zaman bercinta tak sampai-sampai lagi..hehe..





4. Rumah Sewa di Pulau Pinang..
nak beli rumah kat penang..tak mampulah lagi..
harap boleh sewa je la dulu kan..jadilah..janji ada rumah..janji boleh berdikari sendiri..
janji dapat bermanja berdua dengan encik tunang..oppssss..
hehe..
tapi rumah sewa kita bukan macam kat bawah ni lah tau..
ni rumah impian nak beli..nak rumah kat miami beach...impian tu....=p






Azam untuk Pekerjaan..


1. Mencari Kerja Baru di Penang..
memandangkan kita bakal berkahwin..
dan memandangkan encik tunang bertegas tamau keluar daripada penang..
maka terpaksalah kita mencari kerja baru di penang..
tapi bukan sekarang..lepas kawen nanti lah..
sebab mak tak koser nak bayar duit sewa rumah pulak ye nak dok sorang-sorang kat sana..hehe
moga Allah permudahkan urusan ku nanti..demi suami terchenta..gituhhh..





2. Berkerja dengan Lebih Tekun dan Fokus..
nampak sangat sebelum ni kerja main-main ape??hehe..
takdelah, manade main-main..fokus apa..cuma setengah jam pertama..
lepas tu menerawang kot lain..kihkih..
kita berazam tahun depan kita nak belajar banyak menda..
nak tambahkan ilmu pengetahuan yang secoet ni..
rugi rasanya tak tambahkan ilmu di dada ni..=)





3. Ingin memulakan bisnes..
semua sedia maklum rasanya kita adalah salah seorang SID Shaklee..
join shaklee dulu pun bukan semata nak berbisnes sangat pun..
sebab nak beli vitamin shaklee dengan harga murah..
tapi dah alang-alang get into this business..apa salahnya kita maju ke depan ye dak..
sebab sekarang ni..dunia sekarang ni..
satu kerja jek tak mampu nak buat kita hidup senang dan selesa..
well said, bukanlah kita hidup susah..senang tak jugak..pertengahan jek..
tapi teringin nak ada rumah sendiri..teringin nak pergi holiday..teringin nak beli barang-barang idaman hati..tanpa perlu memikirkan soal duit cukup atau tidak
jadi, kalau tak berusaha sekarang, sampai bila pun tak dapatkan..
jadi angan-angan mat jenin jela..hihi..
selain bisnes shaklee, kita teringin untuk ada satu lagi bisnes yang mantap..
bukan MLM, tapi satu perniagaan..macam jual baju ke, tudung ke..tapi tu macam common sangat..kalau nak buat, kena cari yang betul-betul mantap..
so, kena start thinking daripada sekarang, gali ilmu, dan bertindak..=)





4. Jadi Supervisor..
ha, yang ni sudah tentulah nak jadi supervisor shaklee..
kenapa supervisor jek..kenapa bukan senior supervisor mahupun master coordinator??
ginilah, nak pasang impian bagi kita biarlah ikut kemampuan..
kita bukannya terlalu serius sangat buat bisnes shaklee ni..
banyak kepada tolong kawan-kawan jek..
tapi start next year, kita nak all out sedikit..biarlah rasa puas sikit kan..
tapi mana nak tahu tetiba tahun depan jadi master coordinator terus..tu semua rezeki yang tak kita nampak lagi..doakan ye..
 





kita rasa setakat itu jela impian dan azam kita untuk tahun depan..
mungkin pada setengah orang, alah, ni jek azam kau..aku pun boleh buat..
yes, maybe korang boleh buat..tapi kita baru nak buat..
rezeki kita tak sama, kemampuan kita juga tak sama..
orang lain mampu atau berani impikan bulan dan bintang..
takpelah, kita hanya mimpikan awan..sebab kalau jatuh, taklah sakit sangat kan..=)


tapi still azam tetap azam..
kita kena buktikan pada diri sendiri khususnya samada berjaya realisasikan azam yang kita buat ataupun tidak..
bukan sebab nak ikut orang, malu dengan orang atau fikirkan pasal orang lain..
fikirkan tentang diri sendiri dahulu then baru orang lain..for me la kan..


kenapa tak berazam beli kereta baru ke, atau anak ke..
well, beli kereta baru tak termasuk dalam azam tahun ni..sebab itu azam tahun 2015..hehe..
untuk anak tu pulak, kita rasa, anak bukanlah barangan yang boleh kita beli di supermarket..
di midvalley, pavillion mahupun JPO..
sebab anak itu anugerah Allah..
kita hanya berusaha sahaja dan selebihnya letakkan pada Dia Maha Pencipta..
kita tak nak letakkan anak sebagai sasaran..sebab 'dia' bukanlah barangan hokey..understood semua??


oklah..rasanya panjang sangat dah merepek ni..
tak sabar nak tunggu hujung tahun 2014..
hoi, awal tahun pun tak masuk lagi dah nak tunggu hujung tahun..hehe


bukan apa, nak tengok mana satu azam yang tercapai..
dan yang mana satu tidak..=)


till then..


have a wonderful holiday walaupun sehari jek..


x0x0..



p/s : mood nak berblogging dah datang balik kot..
korang tak nak kongsikan azam korang ke??



4 comments:

  1. akhir nya ke penang jua lah perancangan nya.. xpe lah..
    tempat isteri kan di sisi suami (^_^)

    semoga semua azam tahun baru t'laksana.. inshaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu diyana yang sama nama..hehe..

      perancangan ke sana dah ada..cuma cepat atau lambat jek..tp hopefully, by next year dah boleh pindah sana..doakan ye..=)

      Delete
  2. Replies
    1. Langkau thn pulak ye..hihi..

      Moga dipermudahkan urusan..:)

      Delete