Wednesday 31 December 2014

selamat tinggal 2014..selamanya..


Assalamualaikum


mesti ramai yang apply cuti kan
yelah, esok dah cuti new year..sambung cuti sampai jumaat
berapa hari dapat berehat kan..


kita masih bekerja
tapi jumaat dah apply cuti
tak nak gigih sangat
hehe


cepat betul masa berlalu
sedar-sedar harini dah last day untuk tahun 2014
cepat sangat masa berlalu
terasa macam baru semalam berpisah dengan Adam


tahun 2014 bukanlah tahun yang baik untuk kita
kalau nak kira kenangan manis pahit tu..rasanya banyak lagi pahit..
tahun menangis la bagi kita
huhu


lepas kawen haritu opah masuk spital sebab tak kebah demam
lepas opah, adik kita yang study dekat perlis pulak patah tangan
lepas tu adik kita yang dah kerja tu eksiden dengan bos dia dekat LRUS
tapi Alhamdulillah tak jadi pape..just kereta bos dia rosak teruk
lepas tu mak kita pulak terjatuh dekat ofis, tulang belakang patah
berapa bulan mc, buat operation sume
lepas 2 minggu mak buat operation, kita pulak masuk spital sebab cerita AH tu
dan terbaru adik bongsu pulak eksiden..patah rahang..tapi Alhamdulillah sekarang dah makin sembuh


kesimpulannya, tahun 2014 ni tahun family masuk hospital
tak kira hospital swasta and kerajaan
dah tak lalu nak ulang alik hospital
hopefully, takde yang sakit lagi lepas ni
kuat sangat ujian tahun ni
mungkin banyak sangat dosa kita
Allah turunkan musibah supaya kita beringat dan beramal padaNya
huhu


yang manis..
kita just ingat kita kawen jela dengan encik somi
dan short honeymoon ke cameron highlands tu
long honeymoon takde lagi
nak setelkan hal kerja dan pindah sume dulu
then baru pikir nak berhoneymoon


harapan kita untuk tahun depan
 

kita mengharapkan tiada lagi musibah yang berat melanda keluarga
Ya Allah, tak tertanggung rasanya
cukuplah tahun ni merasa sume tu
hopefully tahun depan lebih banyak sinar bahagia


semoga dikurniakan kesihatan yang baik
semoga dimurahkan rezeki
semoga hidup dalam keadaan yang aman dan bahagia
semoga dipermudahkan segala urusan
dan semoga dapat pregnant balik


rindu sangat perasaan tu
tak sabar nak jadi ibu
aritu dapat jadi ibu sementara jek..Allah bagi pinjam rasa tu sekejap sangat
semoga tahun depan impian-impian kita tercapai
InsyaAllah


dan kita juga doakan
semoga impian dan harapan korang pun termakbul juga



till then



xoxo




p/s : esok pagi nak balik penang..lama tak balik sana..last masa berpantang aritu
hopefully perjalanan kita dilindungi


 
 
 

3 comments:

  1. semoga 2015 lebih manis buat kita :) apa yang berlaku ada hikmahnya. :)

    ReplyDelete
  2. Insyallah 2015 akan lebih baik untuk kita semua..Amin.:)

    ReplyDelete
  3. hopefully semuanya berjalan lancar.... kita sama2 doa ye kak... ina pun teringin nak pregnant kembali :)

    ReplyDelete