Friday 26 December 2014

AH..part 3


assalamualaikum


rasanya mesti korang terkejut bila baca AH..part 2 tu kan
kalau korang terkejut, kita apatah lagi


Allah bagi AH pada kita waktu kita tak pernah sangka akan dapat baby dalam waktu terdekat..
tapi
Allah tarik balik AH bila saat kita dah terasa sifat keibuan dalam diri..bila kita rasa AH tu adalah nadi kehidupan kita selepas ni


meh kita cerita sambungan lepas tu pulak..
klimaks dalam sesebuah cerita..


Ahad malam tu kita dah siap-siap pack baju dalam beg
kalau2 esok tu kena tahan
kita tak bawak banyak pun baju..
baju sehelai dua, tudung, kain batik dan pakaian dalam..


kita tak senang nak tido malam tu
dok terpikir macamana doktor nak bagi baby keluar
takut sangat kalau kena D&C
sebab dengar orang lain cakap D&C tu sakit sangat
cakap dekat husband..kita takut..
husband pujuk..bagi semangat..semuanya akan ok
kita dah boleh nak terima kenyataan masa ni
last cakap-cakap dengan baby
kita minta maaf dengan baby
berderai lagi airmata..
 
Isnin 10/11/2014


pagi-pagi kita dan husband bangun dah..
sebab dah tau harini nak kena pergi GH
paham-pahamla bila nak pegi GH, kena pegi awal..nanti takde parking
tambah pulak hari Isnin, lagilah kena cepat sebab tau orang mesti ramai gila
tak ingat kami ade breakfast ke tak masa ni
hewhewhew


sampai jek GH, kita and husband tak tahu nak pergi dekat department mana
terus jela kami laki bini pegi bahagian kemasukan wad bersalin
tanya dekat kaunter tu kita ade surat/report dari doc GH yang scan 4D aritu (doc J)
so, kita tanya kaunter, kita nak refer dekat siapa
sebab blur-blur tak tau nak pegi mana
terus orang kaunter cakap pegi dekat satu klinik O&G bangunan dekat depan dewan bersalin and refer situ
pegi la kita dekat bahagian tu..tanya dekat kaunter pendaftaran..
nurse cakap arini takde klinik..tapi dia cakap kita boleh pegi bahagian belakang bangunan tu
dekat situ doc J punye pejabat dekat situ


rupa-rupanya klinik tu untuk ibu mengandung yang ada problem dengan kandungan diorang
ramai jugak masa kita datang tu
kita cakap dengan satu nurse ni, dia suruh kita buat pendaftaran dulu..nanti dia akan panggil
lepas buat pendaftaran and bayar rm30 tak silap, kita and husband duduk la dulu sementara kena panggil masuk bilik pemeriksaan tu
nurse tadi cakap dia akan buat scan sekali lagi
dia cakap dia akan bagi peluang kedua kat kita
in case berlaku kesilapan masa buat scan 4D aritu
kita tak rasa macamtu..tabah jela tunggu turn


bila sampai turn kita kena panggil
kita and husband masuk bilik tu
tengok doc J pun ada sekali..dia terkejut jugakla
sebab dia ingat kita nak 'terminate' dekat KPJ
kita cakap dekat dia, doktor usha tak boleh nak estiamte bajet berapa..then kita takut tak mampu nak tanggung kos
dia cakap its ok..terus dia mintak salah sorang doktor kat situ scan perut kita..
since doc J bos dekat situ, orang lain still refer dekat dia jugak


masa doc K scan tengok, ade jugak 2 orang doktor lain dari indonesia tengok sama
sebab kes kita rare, so diorang nak tengok and study sama
sambil doc K and doc J terang dekat diorang
barulah kita and husband faham sama
sebab masa scan kat KPJ aritu, doc J tak terangkan dengan lebih details


lepas habis scan, doc K tanya kita dah ready ke nak terminate
kita cakap balik apa pilihan yang kita ada
kita tanya doc K bila nak kena buat, sebab kalau boleh postpone, kita nak buat hari khamis or jumaat
sebab husband pun kena balik penang settlekan keje dulu and apply cuti..kita pun sama
sebab aritu ingat tak ada masalah macamni jadi..kerja tinggal gtu jek
tapi doc K cakap, lagi lama kita tangguh, lagi berisiko
dia suro kita admit wad hari isnin tu jugak
then selasa pagi dia akan start induce kita
doc K pun cakap dia tak janji bila kita boleh deliver..sebab bergantung pada ketahanan badan
ade setengah orang, dah dua tiga kali induce pun still tak deliver
ade orang sekali induce terus deliver
dalam hati kita doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan
kita tak nak sakit lama-lama
huhuhu


kita bincang dengan husband..husband pun cakap takpelah
dia mintak EL jela lagi
tapi kalau kata lepas sehari dua still tak deliver lagi, dia terpaksa jugak balik penang
doc K suro nurse isi form bagai untuk kita sign
pastu dia akan bagi no wad kita akan masuk
kita tanya doc K boleh tak kita nak balik rumah kejap ambil baju lagi and kemaskan baju husband sekali
sebab husband cakap dia nak stay dekat rumah makcik dia dekat ipoh
senang nak berulang..kalo dari batu gajah..macam jauh jek
doc K cakap ok..tapi kita kena daftar wad sebelum pukul 5


husband pun call mak ayah dia cakap kita kena admit harini
dia mintak mak and ayah dia balik ipoh
sebab dia cakap dia tak kuat nak lalui and uruskan sorang-sorang
huhuhu


lepas setel urusan isi borang semua
kita and husband balik rumah..kemas baju dia..semayang zohor, mandi, makan dulu
dalam pukul 3 gitu kami gerak keluar..
kita salam mak and opah..mintak maaf..and suruh diorang doakan urusan kita dipermudahkan
kita tanya dekat mak..kalau tengah contraction nanti nak buat apa
mak bagi nasihat..mak cakap tak sakitlah
tau dia nak redakan hati kita


kami pergi rumah makcik husband dulu
sebab husband kata nak bawak makcik dia sekali pergi hospital
kalau dia sorang takut nanti dia terpinga-pinga
kita pun faham..emosi dia pun tak stabil sama


last2, kita mendaftar dekat wad dalam pukul 4 lebih gitu
masuk jek wad, nurse and doc pun pelik sebab perut kita tak macam nak beranak lagi pun
tapi lepas diorang baca report dari doc K, diorang macam simpati dekat kita
nurse cakap kes kita high risk..patut akan dapat bilik khas..
tapi disebabkan bilik khas tu ade kuman, diorang kena kuarantin dulu bilik tu untuk 24 jam
jadi kita terpaksa masuk wad bersalin biasa


dugaan sungguh masuk wad bersalin biasa..sebab semua ibu ade baby
memang sayu sangat hati..tapi kita kuatkan jugak semangat
lepas dah tukar baju wad ape sume..doc S datang..dia interview kita sikit
bila dapat tau jadi macamni ape sume
lepas tu dia cek perut kita and amik darah sekali


hari isnin tu memang takde buat apa-apa..
rehat jek dekat wad..
sebab pagi selasa baru diorang akan induce
kita tenangkan diri jela sepanjang malam tu..
buat sembahyang hajat..baca yassin..baca surah maryam..yusuf
memang berdoa jek sepanjang malam moga Allah permudahkan urusan kita..ampunkan dosa kita..



Selasa 11/11/2014


kita bangun subuh 6.30 pg..tapi malam tu tak boleh nak tido pun sebab dengar baby-baby sume menangis..huhu
 lepas subuh, kita terus mandi..sebab doc dah cakap pagi nak start induce
biar mandi dulu pape hal pun kan


dalam 10.00 pg doc2 pakar datang melawat
dia cakap dia nak induce sekarang..tapi borang untuk abort baby tu husband tak sign lagi
husband on the way nak datang hospital..kita cakap tunggu husband dulu
sementara tu doc2 tu lawat patient lain


dalam 10.30 pg husband datang..tapi doc2 tak habis melawat lagi
kita dah menggeletar takut..seram sejuk dah badan
husband duduk sebelah bagi semangat..sembang-sembang dengan kita
pukul 11.00 gitu baru ade nurse panggil doc tadi untuk induce
doc tu suro kita pindah masuk bilik khas..bilik isolation
dekat situ husband boleh tunggu sama sepanjang masa..


bila dah pindah bilik, doc masukkan ubat dekat bawah tu
lagi sakit dari masuk muncung itik dulu tu..huhu
lepas dia masukkan ubat..doc pesan kita tak boleh bangun selama sejam
bagi ubat tu meresap dulu dalam badan
doc cakap lagi dua jam dia akan masuk second ubat..
dalam pukul 2 lebih la
redho jela kan


lepas dah terbaring sejam tu, kita rasa nak terbuang air besar plak
bangun la pegi toliet..buang segala bagi habis dulu
time ni takde rasa sakit-sakit lagi
nurse pun setengah jam sekali datang tengok..tanya ada rasa sakit ke belumand cek tekanan darah kita


time lunch waktu melawat tu mak datang dengan adik kita
masa tu kita adelah terasa sakit sikit macam senggugut
mak bagi kata semangat jela..and suro tengok jam kira bila sakit tu datang berapa lama, berapa kerap


start pukul 1 lebih, sakit tu datang sepanjang saat..tak hilang-hilang
rasa senggugut..kita dah peluh-peluh
pastu rasa mual..pening
ngadu dekat husband..nak muntah..
last-last tak sempat apa..kita berlari ke singki..muntah kan semua makanan lunch tadi..
perut jadi kosong terus


pukul 2.30 gitu doc datang balik nak induce kali kedua
doc tanya dah sakit-sakit ke
kita cakap dari pukul 1 tadi sakit tu tak hilang
bila dia masuk ubat kedua kat bawah..dia cakap pelan

saya rasa kamu ni beranak harini jugak

(dalam hati kita pun berdoa menda yang sama)


kita cakap dekat doc tadi kita muntah
doc cakap maybe sebab kita sakit sangat..tu yang kita muntah
dia tanya nak ubat tahan sakit tak..kalau tak tahan, dia kata better amik ubat tu
last-last dia suro nurse cucuk ubat kat kita
maybe sebab dia tengok kita sakit sangat


bila masuk ubat kedua tu
rasa sakit makin kuat..
tapi still boleh sembang-sembang dengan husband
perut kita lapar balik
tapi tak lalu dah nak makan..sebab sakit
dok minum jela sikit2
disebabkan nurse bagi ubat tahan sakit, kita jadi lali
mata jadi ngantok ya amat
dok terlelap la dua tiga kali
tapi time ni dah nampak kedudukan perut tu berubah..jadi senget sebelah
maybe sebab baby dah nak turun ke bawah
Ya Allah, sayu gila hati masa ni..


bila dah pukul 5 macamtu
maksu kita datang melawat
pastu kawan kita pun datang melawat sama
time tu dah pukul 6 lebih
rasa sakit makin kuat..
elok2 jek kawan kita balik..kita rasa sakit teramat-amat
terus husband panggil nurse
berlari2 dua tiga orang nurse datang tengok kita
doc S pun datang sama..diorang nak cek bukaan dah berapa cm
sekali doc seluk dah almost 9cm-10cm
terus diorang call dewan bersalin nak transfer kita kat sana
kita masih lagi lali..kesan ubat tahan sakit tu tak hilang lagi
pastu dok fikir kita macam takde tenaga jek nak teran 
sebab lunch tadi dah muntah..lepastu takde makan apa dah pun
berdoa jek masa ni kita mampu buat


tiba-tiba nurse bagitau doc S dewan bersalin semua penuh
kita terpaksa deliver dalam bilik tu jugak
husband pun doc S bagi duduk sebelah teman kita
time tu kelam kabut la nurse sume nak siapkan peralatan
doc S pun siap-siap pakai baju operation dia tu
sempat lagi dalam bilik tu diorang buat lawak
tapi kita takleh nak gelak..sebab sakit sangat
nurse duduk sebelah kita, suruh kita selawat banyak2..ajar buat teknik pernafasan masa contraction datang..


dalam pukul 6.45 petang, dewan bersalin call kata ada satu bilik kosong
jadi diorang boleh transfer kita ke bilik tu
kita punya dok sakit teramat dah ni..rasa nak terbuang air besar
kita bagitau dekat nurse, cepat-cepat nurse and doc S angkat kita naik katil bergerak tu nak tolak ke dewan bersalin
jauh plak la tu..tapi dok terasa diorang tolak katil tu punya la laju
takut kita terberanak tengah jalan


sampai dekat bilik dewan bersalin
ade satu doc ni datang tengok kita
dia cakap kalau contraction datang, try teran
dia seluk masuk bawah tu..tah ape die kerudi kat bawah tu la
sekali air ketuban pecah
lepas air ketuban tu pecah, hilang terus rasa sakit..
tapi kita dok terasa macam nak teran buang air besar..


teran punya teran, keluarlah baby AH
dalam pukul 8 mlm gitu
sepanjang time kita masuk bilik tu
ramai gila orang kerumun kita
dengan nurse, dengan 2,3 doktor, dengan budak2 perubatan
maybe kes jarang berlaku..so diorang nak tengok sama
dok boleh tanya kat kita lagi bila dapat tahu ape sume
tapi kita layankan jela..


bila baby AH dah keluar..kita terus menangis
doc tu tanya kita nak tengok baby AH tak
kita cakap kita tak sanggup nak tengok
tapi dia cakap, tengoklah..anak kamu jugak
kita tengok sekali imbas..
lagi kuat menangis lepastu
budak2 medik tu yang tenangkan kita
masa baby AH keluar, dia dah tak bernyawa dah
='(


lepas nurse dah bawak baby AH pergi timbang
doc seluk bawah tu sebab uri kita tak keluar lagi
jenuh dia dok tarik, tekan perut tapi uri tak keluar
dia cakap uri kecik lagi..dia tak berani nak tarik kuat-kuat..takut nanti terputus
dia try lagi lepas setengah jam..if tak boleh dia terpaksa operate
lagila kita menangis time ni..


lepas setengah jam, doc datang and seluk lagi
tapi kalini doc india perempuan
Ya Allah, sakit gila waktu ni
sakit contraction pun tak macam ni
kita menangis waktu dia seluk tarik kat bawah tu
memang trauma gile
kita pegang doc kat sebelah kita..sebab sakit teramat


last-last uri dapat jugak keluar
tapi doc tak sure if ade yang tertinggal
kita doa-doa takde yang tertinggal
tak sanggup dah nak kena seluk
tak dapat nak cakap sakit dia tu macamana


lepas dah selesai sume
nurse bagi husband masuk tengok kita
sebab lepas diorang tolak kita ke dewan bersalin tu husband tak boleh teman
kami laki bini menangis..tapi lega sebab semua dah selesai
nurse datang tanya nak bawak baby AH balik ke atau masuk bilik mayat dulu
kita suruh dia masuk bilik mayat dulu
sebab time tu dah lewat..pukul 10 malam dah
kalau bawak balik rumah pun takde sapa nak uruskan


dalam pukul 11 lebih diorang tolak kita balik ke wad
kita makan nasik dulu sikit..mak husband bawakkan
sebab husband cakap kita tak makan lepas muntah tu
lepas makan, kita bersihkan diri sikit, pastu terus tido
memang lena sangat tido
maybe sebab penat sangat
malam tu husband tido sama dekat wad


lepas subuh husband siap-siap mandi ape sume
sebab dia nak uruskan pengebumian baby AH
lepas dah setel kebumi, baru husband bawak kita balik
haritu dah boleh discharge dah
 doc bagi mc 2 minggu
sepanjang tempoh pantang tu kita ikut husband balik penang
sebab dia tak bagi kita dok sorang-sorang
nanti kita menangis jek bila teringat
mak pun dok pesan, jangan menangis..nanti meroyan

mak pun cakap


takpe..sekurang-kurangnya dah ada orang tunggu kamu kat sana nanti
untung dah..


kita memang tak boleh nak lupakan kenangan ni
bila teringat, mesti mengalir jek air mata
sedih sangat
sebab baby AH comel sangat
ramai cakap dia putih, comel
kaki tangan dia pun panjang..kalau ada rezeki mesti kalo dia besar, dia tinggi
kalau kita rindu2..kita tengok jela gambar baby AH
ustaz yang kafankan baby AH ade suruh husband ambil gambar dia dulu
dia cakap buat kenangan..
tapi kita tak bolehlah expose kat orang lain
hanya kami dan keluarga terdekat jek boleh tengok


harap-harap lepas ni ade rezeki kita lagi
tak sabar nak mengandung lagi
tak sabar nak dapat baby
kalau baby AH masih ada..mesti sekarang dia tengah berfutsal dalam perut ibu..


AH stands for
Adam Harith


kita suka sangat nama Adam
Harith tu husband yang bagi
memang dah plan kalau dapat baby lelaki, nak bagi nama ni
sebelum kami dapat tahu berita ni


moga baby Adam tenang dan aman disana
ibu harap satu masa nanti ibu dan ayah dapat jumpa baby Adam balik
baby Adam maafkan ibu dan ayah
sebab kami terpaksa buat macamni dekat baby Adam
tapi jauh disudut hati kami, ibu dan ayah tak nak berpisah langsung dengan baby Adam
cuma, Allah tak mengizinkan kita bersama sekarang sayang
mungkin satu hari nanti


till then



x0x0



p/s : dah 45 hari baby Adam tinggalkan ibu dan ayah
tapi ibu rasa macam dah lama sangat

Al-Fatihah


 btw, terima kasih banyak2 doc and nurse dekat wad seri ros HRPB
thanks sebab jaga kita sepanjang kita warded
layanan memang first class..walaupun bukan hospital swasta..
lepas ni kita tak takut nak pegi GH lagi dah..






 

10 comments:

  1. allahuakbar. moga akak tabah melalui semua ni, in sha allah allah bagi lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Sedihnya...Abort mase bape bulan Yna??
    Insyallah ada lg rezeki Yna Amin..

    ReplyDelete
  3. yna, baru bace entry yna pasal abort ni..smoga yna dan suami tabah ye..ade yang dah menunggu yna di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq fadh..
      selalu ingatkan diri macamtu jugak..tak sabar nak jumpa si kecik di syurga..

      Delete
  4. baru baca kisah kak yna... rupa-rupanya, dugaan utk kak yna lagi kuat... ina ingat, ina je yang diuji begitu berat... ina salah, dan sepanjang ina follow kisah baby AH ina dpat rasa bertapa sedihnya kak yna... Comel je nama baby kan. Insya"allah, mungkin allah nak bagi yang lebih baik... ina pun fikir macam mak kak yna fikir... kita dah ada wakil kat syurga... :)

    ReplyDelete
  5. saila bru tahu yna..xtau nak ucap apa. saila rasa sedih sangat2. takziah yna. x terkata. harith nama pilihan husband kalau lahir haritu lelaki :)

    ReplyDelete
  6. Salam..lama da xsinggah sini. Klw masi ingt fyza ar.huhu sedih ya baca entri ni. Fyza ingat lg, kita dekat nak sama tarikh nikah & tarikh pregnant. Masa Yna post hal da ada rezeki msa bulan ramadhan, fyza pun da pregnant. Hm, xsagka Yna sunyi sepi kt blog sb tjadi hal ni. :'( tabah k Yna.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...

    kita berkongsi kisah yang hampir sama....scan dengan doktor yang sama, doktor J juga. tatkala baca entry ni, mengalir air mata....

    http://sepisorangperindu.blogspot.my/2013/09/al-fatihah-adam-bin-jumadin.html

    ReplyDelete