Monday 16 June 2014

tunggu nanti...


dear diary..


sejak dah tukar status ni perasaan nak update blog tu macam malas jek..
sebab kita pun weekend husband and wife..
so, bila dapat berjumpa tu
memang tak hiraukanlah nset ke, insta ke, fb ke, blog ke, email ke
segala-gala yang berkaitan dengan dunia it ni la
even tengok tv pun dah jarang
sebab banyak sangat menda yang terjadi lepas kawen ni kan
jadinya, masa untuk bersenang lenang macam zaman anak dara tu memang kena campak jauh-jauh dah la..
huhuhu


 masa lepas kenduri kita dekat sini
kita dengan encik somi cuti sampai selasa jek
disebabkan kenduri kita hari ahad
isnin tu terus shoot pergi cameron
konon-konon nak rehat sepenuhnya la sebab dah bertungkus lumus buat kerja itu ini kan
memang pun, kat sana hujan..sedap tido jela..
tapi hati jadi sayu nak hantar encik somi balik petang selasa tu..
sob sob sob


 untuk kenduri belah encik somi
kita amik cuti dari hari jumaat sampaila rabu
encik somi pulak cuti seminggu
jadinya bila dia hantar kita balik ipoh, dia stay jela terus kan sampai ahad..
masa duduk dekat penang, tak pergi mana-mana pun


satu sebab time cuti sekolah, jalan jem..sesak nak berjalan kemana pun
second, encik somi nak bagi kita berkenal-kenalan dengan family members dia
kita pun tak kisah, sebab badan masih terasa penat kan
takat gi ronda-ronda pergi tengok pantai jela dekat area rumah encik somi
pastu pergi queensbay..
pergi tempat-tempat yang kurang sesak
takpelah, sekarang ni banyak masa nak berjalan kan
bukan macam dulu dah, masa terhad kan
biar rest puas-puas dulu, bila badan dah recover baru boleh berjalan dengan best..


masa encik somi dekat ipoh dari khamis sampai ahad tu
kami takdelah plan nak pergi kemana pun
sebab kita pun kerja
balik kerja dah petang, penat lagi kan
encik somi jela yang keluar setelkan sijil nikah dengan kad nikah tu
alhamdulillah, setel dah semua, tunggu kad siap jek


masa hari sabtu tu, kami just pergi berjalan ke teluk batik jek
sebab encik somi kata dia tak pernah pergi sana
kita pun bawaklah dia pergi kan
dah duduk dekat dengan laut pun nak tengok laut lagi
lahai..hehe


malam tu pulak singgah rumah atuk dia dekat tambun
atuk dia call request kami datang sana
padahal aritu masa balik dari penang dah singgah dah
rindu letew..
haha


malam tu kita message jela adik cakap makan malam dekat rumah atuk encik somi
terus adik kita cakap opah kita masuk hospital
apa lagi, memang terkejut beruklah kan
sebab siang tadi sebelum keluar dia ok jek
kami cepat-cepat makan, lepas solat isyak, terus gerak balik rumah
tunggu dekat rumah sampai dekat 1 pagi la..
bila mak sume balik, cakap opah kena tahan sebab ada jangkitan kuman dekat dengan usus


rasa kita pernah cerita sebelum ni yang opah kita demam sebelum kita kawen haritu kan
masa kenduri haritu, dia sihat dah
pastu masa kenduri belah encik somi, dia demam balik
memang masa tu rasa serba salah sangat nak kenduri
tapi jemputan dah jemput apa sume, tetap truskan jugak
masa kita balik dari penang, dia ok dah la jugak..mau makan sikit
cuma lepas petang jumaat tu terus dia teruk balik
demam panas, muntah-muntah..tak nak makan
memang semua orang dok risaulah dah
pergi klinik tak ok, last-last bawak pegi hospital
baru tau sebab kenapa demam lama sangat tu kan
harini pun still opah kena tahan dekat wad
bergilir-gilir la orang tunggu dekat hospital jaga opah


 kesimpulannya, lepas kenduri ni
memang takde berjalan kemana pun
ramai tanya honeymoon kemana apa suma
memang tak sempat nak honeymoon betul-betul
nantilah kan..bila keadaan dah ok, baru best nak honeymoon


lepas kenduri, banyak spend time dengan family jek
time ni la nak kenal each others kan
bila dah kenal, dah rapat, dah boleh nak sekepala
nanti baru kita berjalan pulak..


 cuma malam jumaat tu masa nak keluar ipoh jalan-jalan malam
mak cakap


"bawak kunci ye kalau nak balik lambat"


rasa macam pelik
sebab kalau sebelum ni mesti mak cakap


"jangan balik lambat-lambat sangat"



hehe



itulah indah hidup lepas kawen..
bukan semata nak buat anak jek (haha)
tapi banyak lagi yang kita boleh buat, boleh explore..


dan memang indah cinta lepas kawen..
sebab dah halal
tak payah nak pikir 100x kalau nak buat apa-apa



oklah, itu jek nak cerita
nak sambung buat kerja pulak
menimbun ni boss letak file atas meja nak buat opinion
tengok jek pun dah nak pengsan
memang tak sempat la nak berangan kat laki yang jauh di seberang laut tu..


penang tu seberang lautlah kan..
hihihi



till then



x0x0..




p/s : tengah pikir jumaat ni nak balik penang nak drive sendiri ke or naik bas
hurmmmm

baru hari isnin dah pikir nak balik penang

=p


 




 
 


 

4 comments:

  1. seronok kan kawen..banyak yang totally change tp semuanya membahagiakan..indahnya bila da halal ! hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. btoi cik fadh..rugi tak kawen awal-awal..
      hihihi =p

      Delete
  2. ok la tu kak yna weekend boleh jumpa.... ina tggu betul2 cuti baru boleh... uhhukkk.uhhukkk nasib la sorg kelantan sorg melaka... tapi yg betulnya,we can do what we want to do.. hahahah. balik smpai lewat mlm... mmg besh shangat2... kuii.kuuii...kuik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btoi arena..kalo dh biasa kuar dgn bf smpi tgh mlm myb lain perasaan dia bila kuar dgn suami sendiri..

      Delete