Thursday 25 July 2013

selamat tinggal semalam..selamat datang masa hadapan

hai korangs..


dah tinggal separuh bulan je lagi kita nak berpuasa kan..
sekarang ni cepat betul masa berlalu..
pejam celik..pejam celik jek..
tambah aku ni tiap2 hari tah berapa kali belek diari..
lagila terasa aik, baru semalam je isnin, harini dah khamis..
dan yea..besok kita start bercuti 3 hari 
(perak, kelantan,pahang,perlis,penang,selangor and terengganu je yang cuti)..heaven..=)
and alhamdulillah, setakat ni puasa aku masih penuh..
harap2 dapat berpuasa penuh macam tahun lepas..
rezeki jugak tu kan..


tapi tahun ni rasenya macam aku takde baju raya jek..huhu..
baju kurung mak aku baru anta jahit tepi..da tu bila nak jahitnya..uwaa..
nasib semalam parcel yang aku beli dah sampai..
beli dress dari www.edz.com.my..
kalau korang nak tengok, leh la terjah website diorang..
memang berbaloi dengan harga yang kita bayar..
sebab aku memang sgt2 cerewet dengan material (kain) kalau beli baju ke apa..
sebab aku selesa sangat dengan cotton..kalau kain lain, aku rasa rimas..
bila panas mulalah cepat jek aku nak meradang..
tambah kalau kain yang kena berlining bagai..
memang lagilah aku cerewet nak lining yang selesa..takpe mahal, janji puas hati..hoho
bleh plak gitu kan..hehe..



sebenarnya, 

ni lah tujuan aku taip entry nih..


aku dah tender surat resign semalam..
which means 23 ogos 2013 nanti adalah hari terakhir aku di firm ni..
wah, tak sabarnya nak berenti..
mengira setiap detik yang berlalu..
nasib bulan depan banyak cuti..so lagi cepatlah masa berlalu kan..
dua tahun aku tunggu saat ni..
alhamdullillah, Allah Maha Mendengar rintihan hati hamba-hambaNya..
dan tak rugi kita bersabar..
sebab akhirnya, InsyaAllah, menang pada kita balik..
terketar-ketar aku nak bagi surat berenti semalam..
macam2 dah ayat yang aku pikir..
tapi segalanya dipermudahkan..sangat seronokkkk...



aku rasa aku sempat menganggur seminggu jek..
sebab InsyaAllah 3 hb september aku dah start kerja di tempat baru..
Alhamdullillah sekali lagi..
tapi di tempat baru nanti, knowledge aku pasal kerja memang zero..
sebab firm sekarang aku banyak buat kes sivil..
tapi firm baru kes eksiden, banking dan conveyancing..
memang pengetahuan aku tarak, even sebesar zarah pon..huhu
tapi bos baru cakap, be confident, rajin belajar, rajin bertanya, kuatkan semangat, insyaAllah aku boleh buat..
mula2 diorang pon risau nak amek aku..
tapi tengok aku nih da meroyan tahap ape kat sini..ditambah lagi staf die tu pon nak brenti, diaorang bagi peluang kat aku untuk buktikan kemampuan diri..thanks puan..
walaupun aku takut jugak sebenarnya..
sebab kerja bukan macam zaman chambering dulu..
kalau dulu, salah buat ke ape, kita tak bertanggungjawab sepenuhnya sebab ade master..
tapi sekarang, salah buat sikit, jenuh nak menjawab dengan client, dengan hakim..
kalau nasib tak baik, client complain dekat majlis peguam..
lagi teruklah..harap2 tak sampai kesitu..nauzubillah..



and lagi buat aku bertambah excited nak bekerja di tempat baru..

aku dah ada bilik sendiri..
sekarang aku takde bilik..
duduk jela mengadap depan kerani..
tak best, sebabnya takde privacy..
tambah bila kena buat submission atau kena buat research..
kejap2 ade orang datang..
serabutnya..hilang idea aku..



aku dah start berangan-berangan nih..
nak mendeco bilik sendiri..
haha..
nak taruk karpet la..nanti senang nak semayang..
nak beli itu, beli ini..
woi, ko nak kerja ke ape ni??


mestilah nak kerja..
kalau bilik kita lawa, kemas, tersusun, lagilah semangat nak buat kerja kan..
macam bilik tidur lah, lagi selesa, lagi lamalah kita tido..
tapi aku takdelah sampai tahap nak berumah tangga kat ofis pulak kan..

jauh sangat dah berangan nih..haha..


moga-moga segala urusan dipermudahkan nanti..


excited plus nervous..


wish me luck korangs..



babai..







No comments:

Post a Comment