Sunday 21 July 2013

betul ke sayang????betul ke cinta???

salam korang..


aku jarang nak online kalau weekend..
sebab weekday aku dah ngadap pc jek kan..
so hari weekend adalah masa untuk aku berehat daripada mengadap pc..teheee..
tapi disebabkan satu peristiwa ni..
aku terpaksa meng'online'kan diri aku di kala hari weekend..
supaya apa yang bermain di fikiran aku tak hilang dengan pantasnya..


ini hanyalah luahan, coretan rasa daripada aku..


hari ini..



aku rasa semua, kalau tak semua pun, mostly ramai yang dah tahu kisah ashraf muslim yang dah kawin buat kali kedua..
tapi bukan pasal ahsraf muslim, dayana or sakinah yang aku nak ceritakan..
tapi apa yang mereka lalui sekarang..
tambah2 si first wife..ake sangat-sangat memahami perasaannya..
dan bagi aku..the second wife itu patut dihantar ke pulau yang tidak berpenghuni..biar dia kawan dengan hantu or binatang2..
huhu..


and malam semalam..
one of my ex clerk message aku..
sebab kami memang rapat, tiada istilah kau kerani, aku bos..
and apa yang dia bagitahu kat aku amatlah mengejutkan..


yana..xxxx (nama dia) rasa beliau (pangglan bf dia) dah ade orang lain..
sebab tadi kitaorang berbuka puasa sama..then xxxx nampak message dekat line dia dengan pompuan lain..
bila xxxx tanya, dia cakap kawan jek..
tapi kawan ape sampai time sahur pun berline..padahal dengan xxxx dia tak pernah pun nak message time sahur..


bila aku baca jek message tu, teruslah aku jadi trauma sangat..
aku pun pernah lalui fasa kena tinggalkan dengan bf and so on..
tapi yang lagi menyedihkan, clerk aku tu dah buat preparation untuk tunang dah pun..
and semalam diorang pegi tengok cincin..
aku memang tak tahu nak bagi dia support yang macamana..
cuma aku boleh dengar and nasihatkan supaya dia siasat betul2, tanya bf dia betul2..
walaupun aku kawan dengan dia tak lama, tapi aku dah anggap dia one of my bestfriend ever..
and aku tak mahu dia bersedih, tertekan sebab menda macamni..tapi mustahil la tak tertekan or sedey kan..
kalau aku kat tempat dia pun, aku pon react macamtu jugak..
huhu..
memang aku tak sangka..
tapi, what do you want to expect in this real world bebeh..
hari ni lain..esok lain..lusa lain..so on and so forth..
cuma aku harap dia tabah..kalau lepas ni keadaan makin buruk..
be strong girl..=(



aku tanya jugak dekat encik tunang semalam..
apa yang lelaki nak sebenarnya..
bila kita jadi baik salah..jadi jahat lagilah salah..



tapi encik tunang cakap..
dia akan jaga aku dengan sepenuh hati..
and dia bukan orang yang macamtu..
alhamdulillah, setakat ni aku tengok memang dia kotakan janji dia..
harap2nya sampai ke hujung nyawalah..amin...



semalam..


nak tahu tak kenapa aku amik undang-undang dulu??
selain aku memang bangang bab matematik and science, salah satu lagi sebab adalah
masa aku form 5, aku pernah couple dengan sorang mamat nih..
ayah dia lawyer..orang kl..
so, waktu tu..aku fikir, kalau aku amik course law, mintak uitm shah alam or uia, aku dapat duduk dekat kl..dekat dengan dia..
and nanti kalau kawen, boleh kerja dengan firm ayah dia..berangan sampai ke situ uolls..haha
memang Allah makbulkan permintaan aku..
tapi aku hanya sempat couple dengan dia dalam 3 tahun kot..(aku pun dah tak ingat)
bila aku masuk 3rd semester,
aku ingat lagi..waktu tu time bulan puasa ginilah..
aku bangun sahur, then call dia..
tapi korang tahu..
pompuan yang angkat..memang bukan family members dia la sebab adik beradik dia semua lelaki..
waktu tu, aku tak tahu nak menangis ke, nak ape ke..
aku terus letak phone..tido balik..sebab pagi tu aku ade latihan ape tah..
balik dari latihan, aku mintak membe aku try call,
memang pompuan tu yang angkat lagi..lepas membe aku cakap2 dengan pompuan tu, membe bagitau aku, pompuan tu gf baru dia..
waktu tu lemah longlai rasa lutut aku..tapi aku tak menangis pon..
barulah aku tau kenapa dia banyak berubah lately nih..rupanya ada pompuan lain..
rasanya sekarang dia dah kawen dengan pompuan tu kot..maybe dah ada anak pun..abaikan..



and at the same time..
waktu hati aku dah punah..putus harapan..bersedih..over jek ni..haha
aku dikejutkan dengan lagi satu berita..
which is my dad married another woman..huhu..
waktu tu, aku tak sempat nak pikir dah kesedihan aku putus cinta..
sebab my mom hari2 akan call ngadu dekat aku macamni macamtu..
memang dugaan maha hebat..
waktu tu memang otak aku ni dah bercelaru macam ape..
nasib kawan2 banyak bagi support..
and sebagai balasannya..that semester, i failed one core paper..land law..
nasib satu..kalau fail satu sem, memang mampus la aku..huhu..



so, bila aku dah lalui menda2 macamni..
and dengan keadaan persekitaran aku..
aku memang susah nak percaya dengan lelaki..walaupun aku ada 3 adik lelaki..haha..
aku jadi trauma..
ada tak lelaki baik dalam dunia ni??
ada tak lelaki yang sayang and cinta kita tanpa berbelah bahagi macamana kita sayang and cintakan dia??
ada tak lelaki yang bertanggungjawab, tak main-mainkan perasaan orang sesuka hati??
ada tak??ada tak??


owh, memang susah aku nak describekan dengan kata-kata..
hanya orang yang lalui je paham dengan perasaan orang tu..
and macam ayat aku kat atas sekali..
memang aku paham perasaan dayana and xxxx..
sebab kita pernah berada di tempat yang sama..


mesti encik tunang kecik hati kalau baca entry aku ni..
maafkan saya..
saya tak pertikaikan kesetiaan dan kasih sayang awak..
cuma ini sekadar luahan hati..
yang mana semua kisah2 dulu dah lama saya buang jauh2..
saya hanya fikirkan masa depan kita..
semoga Allah berkati dan rahmati hubungan ini..AMIN...


oklah korang..


nak tolong mak kat dapur pulak..
kena asah lagi skill memasak..
baru tenang jek ati and perut encik tunang nanti..hehe..

tapi, awal benorla mak masak arini..
selalu kul 5 baru nak start..
owh, nak pergi bazar kat medan gopeng rupenya..nak puding caramel..yummy..=p



bye..
selamat berbuka jam 7.35 nanti..

=)




p/s : buang jauh2 yang keruh itu..lupakan kenangan silam..sebab kita tak hidup hanya untuk bersedih..meratapi..if my mom boleh lalui semuanya..
dari kami kecil sampai sekarang ni banyak pot pet pot pet..
takkan aku pon tak boleh..


mak..u are my super duper superwoman..
no one can replace you..u're the best mother in the world..


memang semua orang anggap mak dia best in the world pun kan..hehe..

2 comments:

  1. bazar kt medan gopeng?? kt mane?? xpenah pegi pon.. huhu

    Sya xde xperience ngan lelaki sgt. Harap2 xjadi La cm2 kan.. and harap2 kawan kamu tu OK. maybe betol pompuan tu just kwn je.. harap-harap...

    ReplyDelete
  2. dekat alan nak pegi lapangan terbang..dekat2 bus stop medan gopeng ipoh..bazar dia sama macam tmpat lain..tp yang bestnye puding karamel dgn kueytiaw goreng bungkus dalam daun pisang..yummeh..

    tu la, arap2 dia dapat menyelesaikan masalah dia dgn bf dia dengan baik..huhu..

    ReplyDelete