Monday 17 June 2013

8 perkara...

hai readers..



macamana isnin anda??
kalau aku, sudah semestinya monday blues kan..
tambah pulak cuaca mendung jek..
and malam semalam hujan..
lagilah malas nak pegi keje..
tapi disebabkan pagi tadi kena pegi court..
so terpaksalah mengagahkan diri ini juga untuk bangun awal..
and macam tak caya aku jadi orang yang pertama untuk mention case..
semangat weh (padahal nak cepat2 balik opis..haha)



tapi walaubagaimanapun,
marilah kita tetap bersemangat untuk kerja..
walaupun tiada semangat itu..propa jela kan..
sok dah selasa, pastu rabu khamis jumaat..
weekend balik..horayyyyy



berbalik kepada tajuk entry..
8 perkara yang saya suka sangat pada awak..
siapakah awak itu??
dah tentulah encik tunang...hehe..



actually, aku jarang untuk bercerita dengan sesape sekarang pasal kisah love aku..
tak macam dulu..
maybe sebab dah keja..takde mase nak sembang jiwang2 kot..
sebab kalo call membe2 pon..
sumenya berkisarkan tentang kerja, kerja and kerja..sighhh


tapi at least aku boleh luahkan kat sini..
sebagai bahan bacaan pada masa hadapan..
mana la tau kan boleh tunjuk kat anak cucu nanti..insyaAllah..



1. Penyayang..

Encik tunang saya memang sangat-sangat penyayang..
sebabnya..aku boleh rasakan kasih sayang dia yang mendalam tu..
tak macam dengan yang sebelum2 nih..
aku mesti tertanya-tanya adakah mereka menyayangi aku??
tapi tidak dengan Encik tunang..sebab aku boleh rasa setiap detik, setiap saat kasih sayangnya..walaupun kami berjauhan..
(mesti ade orang yang geli sampai terkeluar anak tekak dengan statement jiwang aku nih..haha..made on purpose)




2. Penyabar..

Encik tunang selalu sabar melayan kerenah aku yang pelbagai ini..
walaupun aku tahu kadang-kadang mesti dia rase nak cekik-cekik jek aku ni kan banyak sangat peelnya..
tapi dia tetap SABAR...
and walaupun kami berdua anak sulung..
tapi sikap kami sebenarnya amat contra..
orang kata anak sulung dengan anak sulung mesti tak ngam..
harap-harap tanggapan tu salah..
dia lebih penyabar berbanding aku yang cepat sangat naik hantu..
thanks ye sayang..sebab sabar dengan ayg..hehe..




3. Persefahaman..

aku tak nafikan tahap persefahaman aku dengan Encik tunang sangat tinggi..
sebab kami jarang bergaduh..
dalam sebulan tu kadang-kadang tak pernah gaduh..
senang cerita dalam setahun tu boleh kira berapa kali jek yang aku merajuk dengan dia..
padahal tu pon sumenya benda kecik-kecik yang sengaja aku ni ngada-ngada besarkan..
dan sebab inilah yang buat aku suka sangat..
PERSEFAHAMAN..
walaupun kami bercinta jarak jauh..
tak kenal 100% hati budi masing-masing lagi..
tapi chemistry tu ada..
seronok sangat..




4. Suka budak-budak..

Encik tunang suka dengan budak-budak..
so do i..
tambah lagi babies..memang aku suka sangat..
kalo leh aku nak jek culik baby tu bawak balik umah aku jaga..hehe..
senang la dah kawen nanti gini..
dia jaga anak..aku wat keje umah..hehe..




5. Happy dan suka senyum..

aku ni kalo orang tak kenal mesti cakap aku ni sombong nak mampus..
sebab muka aku serius jek manjang..
senyum pon jarang walaupun senyum itu satu sedekah..huhu..
tapi Encik tunang sentiasa hepi go lucky..
and suka senyum..
sejuk mata aku tengok dia suka senyum tu..
terubat hati yang gundah gulana..cewahhhh..




6. Tak pernah marah..

aku jarang kena marah dengan Encik tunang sepanjang kitaorang bersama..
ade ke kena marah eh?
adela sekali dua kot..
tu yang aku sayang dekat dia sangat2 tuh..
tak marah orang tak tentu pasal kan..
walaupun Encik Tunang saya gagah perkasa..
tapi hatinya setenang air di dalam kolah kalau tak dikocakkan..hehe..
ada ke peribahasa gitu??
aku yang reka..hehe



7. Matang..

Even kami berdua anak sulung, 
tapi aku rasa Encik tunang lagi matang daripada aku..
sebab aku masih lagi berperangai kebudak-budakkan..
bukan aku jek rasa gitu, tapi adik-adik aku pon cakap gitu gak..
kadang-kadang aku konpius sape kakak, sape adik..haha..
tapi dia memang matang..
of coursela kena matang kan..
tidak gane nak jadi suami i..hehe




8. Tak cemburu buta..

ni lagi aku suka..
Encik tunang tak cemburu buta..
kitaorang tak pernah nak selidik habis-habisan..
keluar dengan siapa, dekat mana, pukul berapa, bila nak balik..
semua atas kepercayaan..
and paling penting jujur dengan pasangan kita..
kalau keluar dengan kawan laki, cakap..
kalau keluar dengan kawan pompuan pon cakap..




aku rasa tu jelah kot..
maybe ada lagi, tapi aku tak tau nak describekan macam mana feeling tu..



mesti ade orang cakap baru jek tunang dah puji melangit..
bagi aku, terpulang pada pendapat masing-masing..
aku bukan puji melangit..
sebahagian diri aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata..
hanya sebahagian yang melayang-layang terbang bahagia..
jodoh pertemuan ajal maut semua dekat tangan ALLAH S.W.T.
siapalah kita untuk menolak takdir jika satu hari nanti dia bukan milik kita..
tapi yang penting kita kena berdoa..
sekiranya dia yang terbaik untukku..maka KAU kekalkanlah begitu..
tapi sekiranya dia bukan jodohku, maka KAU jauhkanlah dia daripadaku..



paling penting dalam perhubungan..
mesti ada rasa TANGGUNGJAWAB..
bagi aku, duit boleh dicari..
tapi tanggungjawab tu kena train sendiri..berpaksikan pada ketekunan dan ketelusan hati..
pengalaman hidup banyak mengajar aku..
untuk sentiasa berhati-hati..
tapi andaikata jika aku sudah berjaga-jaga, tapi still yang buruk datang..
maka itu adalah salah aku dan bukan takdir..



x0x0

2 comments: