Thursday, 12 September 2013

tak tau nak letak tajuk apa..hehe


walaupun waktu kerja sekarang dari 8.30 pagi sampai 5.45 petang..


tetapi sesungguhnya masa itu tidak mencukupi..
kerana kerjaku terlalu banyak sekali..
menyemak kerja-kerja staf dah macam cikgu pulak tanda right pakai pen merah..
dengan kena men'sign' dokumen yang melambak-lambak sampai pen hitamku pun dah kehabisan dakwat..


buat masa sekarang..
i love my job..
baru terasa peguam yang sebenar..
tiada lagi kerja despatch tidak bergaji..
tiada lagi kerja-kerja cleaner yang tak bertauliah..
dan juga tiada lagi kerja receptionist yang tidak berbakat..


buat masa sekarang..
esok lusa tak tahulah lagi pulak kan kalau aku dah mula benci profession ini kan..


one of my staf tanya semalam..
seronok ke jadi lawyer..


jawapan aku..
biasa saja..
takde perasaan seronok mahupun tak seronok..
neutral..
tapi yang tak best bila client besar kepala..
bila hakim mula nak memaki hamun..
dan bila kena buat research..aku benci buat research..
sebab hanya lima minit saja aku akan baca kes..
selebihnya aku akan bermain candy crush dan segala game yang ada dalam fb tu..haha..



oklah, time untuk balik..


see ya..



p/s : moga Allah permudahkan segala-galanya..Amin..

Tuesday, 10 September 2013

gila lace..


hai..


tengok tajuk pun dah tau entry ni pasal lace kan..


aku kipas susah mati dengan lace..
terutamanya french lace..
tapi tang yang had aku berkenan sumenya harga tak mampu dibayar oleh rakyat jelata macam aku ni..
makanya, hanya dapat cuci mata jela tengok kan..
sedey..='(


 aku suka gila tengok omputih punya wedding dress..
sebab kebanyakkan diorang pakai french lace..
tapi awat kalau tgk filem-filem omputeh, baju kawin diorang tak cantik ye??
padahal kalau kita google kat tenet, melambak-lambak dress yang gojes gila..


carolina herrera, vera wang, angel sanchez, isaac mizrahi..
just to name few international designers yang rekaan diorang memang membuat jantung aku jatuh ke lantai..
tambah bila tengok material dia la..
fesyen diorang kebanyakkan lebih kurang jek kan..
samada gown kembang macam cinderella, atau a-line, atau fit and flare..
jadi, sekiranya korang adalah seorang muslimah..
dan ingin menyesuaikan design tersebut pada adat dan budaya kita di malaysia..
pandai-pandailah kena tambah itu, kurang ini kan..
tidak, memang seksi-meksi la..
sume mata tengok dekat korang je masa majlis nanti..
hehe..



jomlah kita layan gambar kan..
mane tahu kot-kot ada yang berkenan..



aku memang mengimpikan baju kawin yang sebegini..
tapi apakan daya..
tak tergapai dek tangan..huhu..
tapi manalah tahu kalau ade rezeki satu hari nanti kan..
insyaAllah..
no one knows..=)

























































amacam, cantik tak??
terliur tak??
atau terkeluar biji mata daripada soket terus??

melampau tu hokey..


baju yang palinggggg aku suka..

hurm..


kalau ikutkan, sume nak..tamak..
tapi kalau kena pilih satu jek..
nak yang no. 6..
tambah lagi sikit-sikit swarovski..
memang meletops...


pastu, kalau dah beli baju gitu,
pas kawin nanti, makan jek baju tu..
nak beli megi pon dah tak mampu..haha..



till then..


x0x0




p/s : sumber gambar daripada sini

Wednesday, 4 September 2013

idea centrepiece..



hai korang..


memandangkan aku kehilangan kata-kata semenjak dua tiga harini..
kita layan gambar jelah kan..
manelah tau kot-kot nanti ade yang terberkenan (ade ke perkataan gini)
boleh direalisasikan suatu masa nanti..hehe



idea centrepiece yang mewah dan gah dimata ku yang berbajet ciput ini..huhu







ni kalau buat dalam dewan, memang vavavom la..tapi mampu ke????



simple tapi sweet



banyak pulak pokok nak kena tumbang..hehe




kalau duduk tepi laut boleh la nak wat centrepiece gini..huhu



marvelous 

































pencinta alam hijau..=p




 
kalau wat gini, silap-silap habis majlis, hilang semuanya..wawawa


 
kuningnya awak..



kita ganti dengan buah pisang la..murah sket dari lemon..=p





bagi aku...
gambar-gambar centrepiece diatas akan aku buat sekiranya aku berkahwin dengan anak raja..haha
tapi disebabkan aku hanya berkahwin dengan rakyat jelata..
so, kita tengok plak yang termampu dek bajet..weee


















 












jadinya idea aku basically macamnilah..
tapi takde maknanya lah nak pakai bunga mahal2 gitu kan..
beli je dekat kedai-kedai india diorang kan banyak jual bunga kekwa..
tu pon fresh flower jugaks..
tapi kalau susah2 sangat,
aku amik jek bunga-bunga artificial hantaran encik tunang dulu..
lagi cantiks...hehe..




oklah, nanti kita share menda lainlah pulak kan..




sebenarnya aku tengah serabut..
memikirkan pasal hal-hal kerja kahwin ni..
kalau estimated majlis bulan 5 or 6 tahun depan, patutnya sekarang dah kena survey butik2 ape sume la kan??
tapi aku ni, satu butik pun aku tak pergi lagi..
satu ape pun lah aku tak buat lagi..
design baju nikah macamana??
nak hire photog mana??
semuanyalah belum..
rasanya akulah b2b yang paling tak heran langsung pasal soal majlis kawen dia..haha..
tengok, dalam satu perenggan pun punya banyak tanda soal dan persoalan..=p




kadang-kadang aku pikir, wat je majlis nikah, pelamin yang ringkas, makan-makan, amik gambar, then setel..
tak payah majlis resepsi..
lagi jimat belanja..
ada aku utarakan pada encik tunang..
dia tak kesah..
tapi masalahnya, adakah family kami akan bersetuju untuk buat macamtu jek??
tambahan pula (skema weh) kami dua-dua anak sulung dan cucu sulung..
dan aku pulak satu-satunya anak perempuan in my family..
mestilah nak majlis yang proper sikit kan..
hurm entahlah..



boleh nak buat lebih-lebih..
tapi kos-kos yang lebih tu families tolong tanggungkan lah ye..
tenkiu..=p




oklah, dari tadi oklah..
tapi 2, 3 perenggan gak aku sambung kan..haha..




x0x0



p/s : kat atas propa kata kehilangan kata-kata..haha...

Tuesday, 3 September 2013

hari yang baru..


salam korang..


lamanya dah tak blogwalking dan tengok blog sendiri..
tapi takpe, harini dah kembali start bekerja..
so, boleh kembali online dengan mudahnya..horey...
(macam dekat rumah takde tenet je ye..=p)



perasaan masuk tempat baru??


sangat cuak sebenarnya..
sebab lepas ni akan bergaul dengan staf-staf baru, bos baru, client baru dan juga environment kerja yang baru..
ada masa nanti aku letak gambar ofis aku..
sebab arini baru masuk, banyak lagi barang yang tak sort out..
lepas tu tak kemas lagi bilik lawa2 kan..hehe..


first assignment??


bos suruh baca balik buku pasal negligence @ kecuaian..
sebabnya mostly banyak menda yang aku kena belajar pasal kes eksiden..
lepas tu kena tau pasal struktur badan manusia..
apa benda scapula, fibula, tibia, ulna..
dah macam doktor la pulak..hehe..

dan besok dah kena pergi kuala kangsar untuk sita..
baru dua hari masuk dah ade outstation..
tapi takpe, dah biasa pun menda macamtu kan..



hari minggu haritu aku pegi perlis hantar adik aku yang no 2 tu masuk unimap..
rasanya aku akan buat satu entry pasal tu..
sebab, banyak sangat pengalaman dan persoalan yang bermain di minda aku..
mungkin kalau2 ada antara korang yang pernah belajar dekat situ boleh bagi penerangan dekat aku kan..



oklah..nothing much to write sebenarnya..
tetibe hilang idea..
otak jadi beku gara-gara terlalu cuak dan sejuk..haha..



till next..



x0xo