Monday 10 March 2014

monday blues...


dear diary..


seperti yang semua orang tahu..
kita masih lagi kehilangan MH370..


ya Allah,
walaupun kita tak kenal sesiapa dalam flight tu..
dan mereka langsung tiada pertalian dengan kita..
tapi kejadian ni sangat terkesan dekat hati kita..
rasa sedih sangat..
bila tengok jek dekat tv pasal families yang terlibat..
kita pun turut sama sebak..hampir nak mengalir air mata..
kalau kita yang takde kaitan ni pun terasa kehilangan..
apatah lagi keluarga dan sanak saudara mereka kan..


semoga mereka tabah menghadapi ujian ni..
semoga kita dapat cari penyelesaian terhadap segala persoalan ni..
semoga kita sama tidak berhenti berdoa mengharapkan yang terbaik..


weekend ni aktiviti memang totally depan tv..
bangun tido, tv yang dicari dulu..
sebelum tido, surf tenet dulu sampai mata ni tak mampu nak lelap sebab sedih sangat..
pagi ni dah kerja, outstation pulak..
memanglah hati tak tenteram..
nasib radio still melaporkan kejadian yang terkini even takde progress..
tapi still, im worried..=(


ni baru masuk ofis..
la hai mata ni ngantuk sangat-sangat..
macam tak mampu nak buat kerja..
tapi kena gagahkan jugak..
minggu ni banyak bicara..
nak tak nak kena paksa jugak diri..
huhuhu..

  
takde apa sangat nak cerita..


cuma berharap..


MH370..pulanglah..

kami menanti kehadiranmu..='(



till then..



x0x0..




p/s : semoga lepas ni kita sedar dari mimpi-mimpi yang lena..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..
tapi apapun, doakan kita jumpa jawapannya..
AMIN




 

No comments:

Post a Comment