Friday 7 March 2014

harapan untuk pesakit psoriasis..


dear diary..


harini nak kongsikan satu topik sakit-sakit ni..

korang pernah dengar tak pasal psoriasis ni??
sakit apakah ini??


kita dulu-dulu pun tak tahulah apa menatang sakit ni kan..
tapi bila ada family members yang kena, barulah tahu dan ambil tahu..
sesiapa yang ada sakit ni, kita faham azab dia macamana..
sakit psoriasis ni tak sakit, tak berjangkit..
tapi kena kuat semangat dan mental yang kental sebab ia adalah sejenis penyakit kulit..
boleh buatkan seseorang akan jadi low self esteem..
malu nak berhadapan, berjumpa dengan orang lain..
malu nak berziarah..nanti orang lain akan pandang slek jek..
sebab takut tengok keadaan kulit yang macamtu..


untuk lagi details pasal sakit psoriasis ni..
korang boleh tengok sini


dan disebabkan kita ni baik hati..
kita kongsikan sikit gane rupe sakit psoriasis ni..
kang citer panjang-panjang, korang kelabu asap pulak tak tahu sakit apa..
hehe















ha, ini antara gambar-gambar pesakit yang menhidap psoriasis ni..
kalau korang nak tengok banyak lagi..
google jek la, macam-macam gambar keluar..
ngeri pulak kita tengok gambar..
padahal bila tengok real tak rasa ngeri sangat..
wuwuwuwu..


ingat ye..
sakit ni tak berjangkit..
so janganlah korang takut nak dekat dengan pesakit yang ada psoriasis ni..
salah satu sebab dia adalah keturunan..
sebab gen dah jugak darah kita..


arwah atuk kita dulu ada sakit ni..
kesian tengok dia..
sakit ni bila tahap dah teruk tu, memang takkan hilang..
letaklah ubat apa pun, tak akan hilang sepenuhnya..
dia akan baik, kemudian jadi balik..
kalau dulu arwah atuk kita, 6 bulan sekali dia akan pergi hospital amik ubat..
berplastik-plastik la ubat dia..
syampu kena pakai syampu khas..sabun mandi pun sama..
lepas makan malam, dia akan duduk dekat dapur, bukak berita dunia dekat tb 1 tu sambil sapu ubat..
tak boleh lupakan moment ni..
(tetiba rindu dekat arwah atuk..al fatihah)


lepas atuk kita meninggal,
mak kita pulak kena..
sebab dia stress, sedih sangat kot..
sampai sekarang memang ada..
tiap-tiap malam lepas maghrib, kiteorang adik beradik akan bergilir sapu ubat dekat dia..
dok garu2 kulit tu bagi terkupas sebab bila menebal, dia akan gatal..
kadang-kadang sampai berdarah, tapi mak kita cakap tak sakit..
kita pulak risau la bila garu sampai berdarah tu kan..
terus stop garu then taruk ubat jek..hehe..


mandi kena mandi air panas campur dettol..
pastu ada sabun mandi khas..wangi..tak bau ubat..


kadang-kadang, bila keluar..
mesti orang akan tengok..pandang-pandang..
sebab dia merebak sampai ke tangan dan kuku..
orang selalu tanya sakit apa..sebab jarang tengok kan..
puas explain dekat orang..
so far, setakat ni takdelah yang kata jijik dan menjauhkan diri..
bila kita terangkan dia faham dan dia akan kata kesian..
try pegang-pegang, pastu takut kita akan sakit..
tak kira bangsa, melayu cina india, alhamdulillah ada setengah yang memahami..=)


mak pernah tanya dekat kitaorang


korang malu ke nak bawak mak jalan-jalan dah mak sakit gini..


ya Allah, tak pernah terlintas sedetik pun kat hati nak rasa malu..
kalau kita malu, kita tak kongsi dekat sini..


asal ada dengar jek pasal sakit ni dekat tv or kat mana-mana
mesti terlebey alert..
sebab penyakit ni memang takde ubat..
ubat sekadar melembabkan dan mengurangkan sikit jek..tapi memang takkan hilang terus..
mestila kita nak yang terbaik kan..
selagi boleh, kita nak ubatkan jugak..
nak bawak pergi pakar, memang tak mampu lagi..
tapi sebelum ni, ada pernah pergi pakar, dia pun just bagi ubat sapu jek..


secara kebetulan..
bila kita jadi ahli shaklee..
dan beli alfalfa..
mak kita pun try sama..
sebab dia ada masalah sembelit..
so nak makan alfalfa tu untuk kurangkan sembelit..


yang mengejutkan kitaorang..
lepas sebulan dua makan alfalfa tu, memang nampak perbezaan..
kulit yang bertampuk-tampuk tu dah kurang..
yang tebal dah nipis..
yang nipis dan tinggal sikit lagi nak hilang..
ada jugak yang baik terus..
tapi bila dia baik, dia akan tinggalkan kesan hitam..bekas dia..
so, bila hilang pun still kena sapu ubat sebab nak elakkan dari naik balik..


almost 10 tahun dah hanya sapu ubat jek..
bila start makan alfalfa, alhamdulillah, makin surut..
tapi ubat sapu memang jangan tinggal..
sebab alfalfa tu try untuk perbaiki dari dalam..
krim tu pulak perbaiki kulit dari luar..
ada cakap dekat mak, try vivix pulak..
memanglah mahal, tapi kalau elok, apa salahnya kan..
tapi mak cakap dia tak larat nak minum macam-macam da..
ni pun kita paksa gak dia minum esp sebab esp pun salah satu produk yang boleh mengurangkan sakit psoriasis ni..


jadi sekarang ni stok esp dengan alfalfa memang sentiasa ada dekat rumah..
habis je beli..
tak mahal mana pun..
tapi kalau mahal pun, beli jugak..
sebab elok kan..=)


kesimpulannya dekat sini..
jangan putus asa..
walau apapun sakit kita..
sebab Allah tu Maha Mengetahui..
Allah tu Maha Mengubati..
kita kena berusaha untuk cari penawar
pusing lah satu dunia kalau mampu..
sebab tanpa usaha, menda takkan berubah..
betul kan..


ini kira salah satu testimoni penggunaan shaklee la..
setakat ni my mum consume alfalfa, herblax, lecithin dan esp..
alhamdulillah, sakit dia makin kurang..
anak mana yang tak hepi tengok kan..
kadang-kadang tu kita pulak yang teruja..


eh.eh mak, dah baik la..
tak teruk macam dulu..


hati mak pun hepi..=)


tapi kita takleh la nak kongsi gambar mak kita pulak..
aurat tuh..=)
nak tengok, jom jumpa depan-depan..



till then..


x0x0..



p/s : kadang-kadang, kuku mak kita pun tercabut..ngeri tengok..tapi dia cakap tak sakit..
solution, pakai inai..inai ori okeh..yang dekat pokok tu kita lumatkan sendiri..
insyaAllah, kuku akan makin pulih..=)




3 comments:

  1. mm..pnah nmpk...tp xpnah tau ape nme penyakit ni..nice share dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang nampak pesakit gni..tapi kalau nampak, jangan takut ye..tak harm othrs pun..=)

      Delete
  2. assalamualaikum...

    saya paham apa yang dirasai oleh mak yna sebab saya juga adalah salah seorang pesakit psoriasis . hampir 17 tahun saya alami sakit psoriasis. tahun 2014 merupakan ujian bagi saya ..saya diuji oleh Allah swt . bermula bulan 3 sehingga sekarang , jadi sembuh jadi sembuh ..bulan ramadhan saya diuji sekali lagi . oh ya saya dapat tahu yna bagi mak makan alfafa . adakah boleh mengurangkan sakit psoriasis .. vilvix pon sama juga ke. saya memang ada dengar tapi tak yakin . sebab tu saya ingin tahu ..kiranya dapat berkongsi dengan saya. ~ eiza ~

    ReplyDelete