Thursday, 13 March 2014

mimpi yang menggerunkan...


dear diary..


minggu ni memang stress ya amat..
tak sabar nak habiskan jumaat..
tak sabar nak tunggu minggu depan..
sebab dah tak larat nak stress-stress ni..huhu..

************************************************************************
 
malam tadi bermimpi..

encik tunang datang ipoh nak fitting baju..
tapi dia bawak madu kita...


madu??
ha, tak pernah tau kita ada madu..
waaaaa...


 naik satu kereta..
madu kita bawak kereta..
adik kita duduk sebelah madu..
kita duduk belakang dengan encik tunang..


encik tunang kata dia nak setelkan hal kahwin dengan madu dulu..
nak cari vendor apa sume..
petang tu baru turn kita pulak..


kita balik rumah dulu..
bila dah petang, text encik tunang tanya pukul berapa nak ambil kita pulak..
encik tunang kata tak tau lagi sebab hal dengan madu tak setel lagi..
dia book majlis kahwin sama dengan kita..
ha??? encik tunang nak berkahwin dengan 2 orang serentak dalam satu majlis???


bila tersedar dari mimpi..
terus bangun terduduk..
terfikir, betul ke apa yang aku mimpi tu??
mengucap panjang..


sebabnya harini lepas balik kerja karang memang nak pergi fitting dengan encik tunang
dia dah boleh drive..datang ipoh harini sebab ade hal..
alang-alang pegi fitting terus kejap lagi..


jumpa petang karang kita nak tanyalah..
dia nak kahwin dua ke???


konfius..


harap itu semua mimpi semata-mata
takde kaitan dengan kita..wuwuwuwu


bila otak dah penuh dengan menda-menda yang menyesakkan 
mulalah mimpi pun bukan-bukan..


Allahhurabbi..
jauhkanlah aku dari perkara sebegitu..



till then..



xoxo..



p/s : macam tak sedar dari mimpi lagi ni..=(
takot..


 

Wednesday, 12 March 2014

Wedding Chekclist Part 3


Dear diary..

sihat ke semua??
musim panas sekarang kan..
kena banyak minum air masak okeh..
pastu jangan nak berjemur kalau bukan kerana terpaksa..
hehehe..
kita sihat jek..


macam tulis surat macam zaman sekolah dulu-dulu jek kan..
mesti tanya sihat ke tak..
typical..


hurm, encik tunang masih tak sihat lagi..
minggu lepas sakit gigi la pulak..
dengan kaki tak recover sepenuhnya..
still dalam mc..
sebulan lebih tu dah mc nya..risau jugak hati ni..
harap-harap dipermudahkan lah segala urusan kami..
AMIN..


saja nak kongsi cerita..
insyaAllah majlis walimah nanti akan dibuat di dewan..
tapi sebenarnya, dewan tu kosong jek la..
kerusi and meja ambil dengan orang lain sebab kalau ambil under majlis, nanti kena susun sendiri kan..
dan keluarga kita bukanlah besar mana pun..
memang tak cukup tangan nak susun meja kerusi bagai ni..
adik kita yang kat perlis tu pun tak tahulah dapat balik ke tidak sebab minggu final exam kan..
takut dia ada presentation macam last sem..huhu


so, berbalik pada cerita kerusi dan meja..
last 3 weeks aritu ade discuss dengan sorang vendor ni..
tanya quotation bagai, discuss tema..nak gane ape sume kan..
bila dah discuss2, both parties agreed..
bayar depositlah kan..
yang tak percaya, selalu vendor akan mintak deposit maybe half or suku daripada total amount tu..
tapi uncle ni hanya minta rm50 as deposit, yang balance settle lepas majlis nanti..
dia cakap, banyak kes yang terjadi, masa kenduri tu, tak jadi kenduri..
maybe sebab anak sakit ke, putus tunang ke, atau emergency ke..
so, dia tak naklah ambil terus deposit tu kalau kerja tak buat..
tapi bila dia minta rm50 jek, kira kalau kita cancel pun, takdelah dia rasa macam tak berkat ke ape kan..
murahlah rezeki uncle nanti..


the best part is..
dia siap sponsor kek dua tingkat untuk majlis nanti..
wah, bestnya..
kek memang takde langsung dalam plan kita..
sebab kita rasa membazir..
and costly..jadi end up tak nak beli kek..
tapi bila ada orang dah nak sponsor..
dua tingkat pulak tu..
kecik tapak tangan, stadium hoki perak kita tadahkan..
siap uncle tu tanya..
"nak ke tidak"
mestilah nak kan..hehe..

rezeki..alhamdulillah..


panjang pulak celotehnya..
padahal nak kongsi wedding checklist jek..
kali ni agak lega jugaklah tengok banyak yang dah settle..
pasal baju, kita dah fitting, tunggu encik tunang sihat nanti baru dia pulak fitting..
nasib amoi tu memahami, last date untuk encik tunang fitting bulan mei..
lega...



1. Wedding Dates

Nikah - 31 Mei 2014
Reception - 1 Jun 2014
Bertandang -7 Jun 2014


2. Venue

Nikah - Surau @ rumah (tak decide lagi)
Reception - Dewan Daerah Batu Gajah
Bertandang - Rumah encik tunang


3. Time

Nikah - Malam (hopefully)
Reception - 12.00 till 4.00 pm
Bertandang - 12.00 till 4.00 pm


4.  Theme Colour

Nikah - creme & white & silver
Reception - range of blue, yellow, cream & white
Bertandang -blue jugakss..=p


5. Wedding Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


6. Tudung/Veil

Nikah -Done
Reception - Done
Bertandang - Done


7. Shoes

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


8. Important Things

Duit Hantaran - pending
Mas Kahwin - pending
Jurunikah - pending
Hantaran - pending
Henna - Done
Katering - booking done
Invitation Cards - pending
Guests List - pending
Marriage Course (Bride) - Done
Marriage Course (Groom) - pending
HIV Test (Bride) - pending
HIV Test (Groom) - pending
Thalassemia Test - pending
Application Form (Bride) - pending
Application Form (Groom) - pending


9. MUA

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


10. Bridesmaid

Reception - pending
Bertandang - pending


11. Family Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


12. Rings

Bride - pending


13. Hantaran

Bride Side...
1.Baju Melayu - Done
2. Towel - Done
3. Sejadah & Buku - pending
4. Kek - pending
5. Kasut - pending
6. Sirih junjung - pending
7. Manisan - pending


Groom Side...
1. Baju kurung - Done
2. Kasut & Handbag - pending
3. Sirih junjung - pending
4. Cincin & Mas Kawin - pending
5. Manisan - pending


14. OP

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


15. Doorgift

Reception - pending


16. Bunga Pahar

Reception - pending (in progress-diy)


17. Handbouquet

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


18. Other Stuff

Signage - pending
Welcome Signage - pending
Corsage - Done
Centerpiece - on progress
PA System - Done booking


19. Honeymoon

Date - pending
Destination - pending



tu sajalah kot..


tetibe kan terasa..


makin nak dekat tarikh, makin malas, tak bersemangat dan buat dunno jek..
minggu ni tak buat langsung da diy..
huhu..
normal ke eh??

risau pulak..=(



till then



x0x0..




p/s : entry ni da 2 minggu peram..haha

 
 
 

Monday, 10 March 2014

monday blues...


dear diary..


seperti yang semua orang tahu..
kita masih lagi kehilangan MH370..


ya Allah,
walaupun kita tak kenal sesiapa dalam flight tu..
dan mereka langsung tiada pertalian dengan kita..
tapi kejadian ni sangat terkesan dekat hati kita..
rasa sedih sangat..
bila tengok jek dekat tv pasal families yang terlibat..
kita pun turut sama sebak..hampir nak mengalir air mata..
kalau kita yang takde kaitan ni pun terasa kehilangan..
apatah lagi keluarga dan sanak saudara mereka kan..


semoga mereka tabah menghadapi ujian ni..
semoga kita dapat cari penyelesaian terhadap segala persoalan ni..
semoga kita sama tidak berhenti berdoa mengharapkan yang terbaik..


weekend ni aktiviti memang totally depan tv..
bangun tido, tv yang dicari dulu..
sebelum tido, surf tenet dulu sampai mata ni tak mampu nak lelap sebab sedih sangat..
pagi ni dah kerja, outstation pulak..
memanglah hati tak tenteram..
nasib radio still melaporkan kejadian yang terkini even takde progress..
tapi still, im worried..=(


ni baru masuk ofis..
la hai mata ni ngantuk sangat-sangat..
macam tak mampu nak buat kerja..
tapi kena gagahkan jugak..
minggu ni banyak bicara..
nak tak nak kena paksa jugak diri..
huhuhu..

  
takde apa sangat nak cerita..


cuma berharap..


MH370..pulanglah..

kami menanti kehadiranmu..='(



till then..



x0x0..




p/s : semoga lepas ni kita sedar dari mimpi-mimpi yang lena..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..
tapi apapun, doakan kita jumpa jawapannya..
AMIN




 

Friday, 7 March 2014

harapan untuk pesakit psoriasis..


dear diary..


harini nak kongsikan satu topik sakit-sakit ni..

korang pernah dengar tak pasal psoriasis ni??
sakit apakah ini??


kita dulu-dulu pun tak tahulah apa menatang sakit ni kan..
tapi bila ada family members yang kena, barulah tahu dan ambil tahu..
sesiapa yang ada sakit ni, kita faham azab dia macamana..
sakit psoriasis ni tak sakit, tak berjangkit..
tapi kena kuat semangat dan mental yang kental sebab ia adalah sejenis penyakit kulit..
boleh buatkan seseorang akan jadi low self esteem..
malu nak berhadapan, berjumpa dengan orang lain..
malu nak berziarah..nanti orang lain akan pandang slek jek..
sebab takut tengok keadaan kulit yang macamtu..


untuk lagi details pasal sakit psoriasis ni..
korang boleh tengok sini


dan disebabkan kita ni baik hati..
kita kongsikan sikit gane rupe sakit psoriasis ni..
kang citer panjang-panjang, korang kelabu asap pulak tak tahu sakit apa..
hehe















ha, ini antara gambar-gambar pesakit yang menhidap psoriasis ni..
kalau korang nak tengok banyak lagi..
google jek la, macam-macam gambar keluar..
ngeri pulak kita tengok gambar..
padahal bila tengok real tak rasa ngeri sangat..
wuwuwuwu..


ingat ye..
sakit ni tak berjangkit..
so janganlah korang takut nak dekat dengan pesakit yang ada psoriasis ni..
salah satu sebab dia adalah keturunan..
sebab gen dah jugak darah kita..


arwah atuk kita dulu ada sakit ni..
kesian tengok dia..
sakit ni bila tahap dah teruk tu, memang takkan hilang..
letaklah ubat apa pun, tak akan hilang sepenuhnya..
dia akan baik, kemudian jadi balik..
kalau dulu arwah atuk kita, 6 bulan sekali dia akan pergi hospital amik ubat..
berplastik-plastik la ubat dia..
syampu kena pakai syampu khas..sabun mandi pun sama..
lepas makan malam, dia akan duduk dekat dapur, bukak berita dunia dekat tb 1 tu sambil sapu ubat..
tak boleh lupakan moment ni..
(tetiba rindu dekat arwah atuk..al fatihah)


lepas atuk kita meninggal,
mak kita pulak kena..
sebab dia stress, sedih sangat kot..
sampai sekarang memang ada..
tiap-tiap malam lepas maghrib, kiteorang adik beradik akan bergilir sapu ubat dekat dia..
dok garu2 kulit tu bagi terkupas sebab bila menebal, dia akan gatal..
kadang-kadang sampai berdarah, tapi mak kita cakap tak sakit..
kita pulak risau la bila garu sampai berdarah tu kan..
terus stop garu then taruk ubat jek..hehe..


mandi kena mandi air panas campur dettol..
pastu ada sabun mandi khas..wangi..tak bau ubat..


kadang-kadang, bila keluar..
mesti orang akan tengok..pandang-pandang..
sebab dia merebak sampai ke tangan dan kuku..
orang selalu tanya sakit apa..sebab jarang tengok kan..
puas explain dekat orang..
so far, setakat ni takdelah yang kata jijik dan menjauhkan diri..
bila kita terangkan dia faham dan dia akan kata kesian..
try pegang-pegang, pastu takut kita akan sakit..
tak kira bangsa, melayu cina india, alhamdulillah ada setengah yang memahami..=)


mak pernah tanya dekat kitaorang


korang malu ke nak bawak mak jalan-jalan dah mak sakit gini..


ya Allah, tak pernah terlintas sedetik pun kat hati nak rasa malu..
kalau kita malu, kita tak kongsi dekat sini..


asal ada dengar jek pasal sakit ni dekat tv or kat mana-mana
mesti terlebey alert..
sebab penyakit ni memang takde ubat..
ubat sekadar melembabkan dan mengurangkan sikit jek..tapi memang takkan hilang terus..
mestila kita nak yang terbaik kan..
selagi boleh, kita nak ubatkan jugak..
nak bawak pergi pakar, memang tak mampu lagi..
tapi sebelum ni, ada pernah pergi pakar, dia pun just bagi ubat sapu jek..


secara kebetulan..
bila kita jadi ahli shaklee..
dan beli alfalfa..
mak kita pun try sama..
sebab dia ada masalah sembelit..
so nak makan alfalfa tu untuk kurangkan sembelit..


yang mengejutkan kitaorang..
lepas sebulan dua makan alfalfa tu, memang nampak perbezaan..
kulit yang bertampuk-tampuk tu dah kurang..
yang tebal dah nipis..
yang nipis dan tinggal sikit lagi nak hilang..
ada jugak yang baik terus..
tapi bila dia baik, dia akan tinggalkan kesan hitam..bekas dia..
so, bila hilang pun still kena sapu ubat sebab nak elakkan dari naik balik..


almost 10 tahun dah hanya sapu ubat jek..
bila start makan alfalfa, alhamdulillah, makin surut..
tapi ubat sapu memang jangan tinggal..
sebab alfalfa tu try untuk perbaiki dari dalam..
krim tu pulak perbaiki kulit dari luar..
ada cakap dekat mak, try vivix pulak..
memanglah mahal, tapi kalau elok, apa salahnya kan..
tapi mak cakap dia tak larat nak minum macam-macam da..
ni pun kita paksa gak dia minum esp sebab esp pun salah satu produk yang boleh mengurangkan sakit psoriasis ni..


jadi sekarang ni stok esp dengan alfalfa memang sentiasa ada dekat rumah..
habis je beli..
tak mahal mana pun..
tapi kalau mahal pun, beli jugak..
sebab elok kan..=)


kesimpulannya dekat sini..
jangan putus asa..
walau apapun sakit kita..
sebab Allah tu Maha Mengetahui..
Allah tu Maha Mengubati..
kita kena berusaha untuk cari penawar
pusing lah satu dunia kalau mampu..
sebab tanpa usaha, menda takkan berubah..
betul kan..


ini kira salah satu testimoni penggunaan shaklee la..
setakat ni my mum consume alfalfa, herblax, lecithin dan esp..
alhamdulillah, sakit dia makin kurang..
anak mana yang tak hepi tengok kan..
kadang-kadang tu kita pulak yang teruja..


eh.eh mak, dah baik la..
tak teruk macam dulu..


hati mak pun hepi..=)


tapi kita takleh la nak kongsi gambar mak kita pulak..
aurat tuh..=)
nak tengok, jom jumpa depan-depan..



till then..


x0x0..



p/s : kadang-kadang, kuku mak kita pun tercabut..ngeri tengok..tapi dia cakap tak sakit..
solution, pakai inai..inai ori okeh..yang dekat pokok tu kita lumatkan sendiri..
insyaAllah, kuku akan makin pulih..=)