Monday, 16 June 2014

tunggu nanti...


dear diary..


sejak dah tukar status ni perasaan nak update blog tu macam malas jek..
sebab kita pun weekend husband and wife..
so, bila dapat berjumpa tu
memang tak hiraukanlah nset ke, insta ke, fb ke, blog ke, email ke
segala-gala yang berkaitan dengan dunia it ni la
even tengok tv pun dah jarang
sebab banyak sangat menda yang terjadi lepas kawen ni kan
jadinya, masa untuk bersenang lenang macam zaman anak dara tu memang kena campak jauh-jauh dah la..
huhuhu


 masa lepas kenduri kita dekat sini
kita dengan encik somi cuti sampai selasa jek
disebabkan kenduri kita hari ahad
isnin tu terus shoot pergi cameron
konon-konon nak rehat sepenuhnya la sebab dah bertungkus lumus buat kerja itu ini kan
memang pun, kat sana hujan..sedap tido jela..
tapi hati jadi sayu nak hantar encik somi balik petang selasa tu..
sob sob sob


 untuk kenduri belah encik somi
kita amik cuti dari hari jumaat sampaila rabu
encik somi pulak cuti seminggu
jadinya bila dia hantar kita balik ipoh, dia stay jela terus kan sampai ahad..
masa duduk dekat penang, tak pergi mana-mana pun


satu sebab time cuti sekolah, jalan jem..sesak nak berjalan kemana pun
second, encik somi nak bagi kita berkenal-kenalan dengan family members dia
kita pun tak kisah, sebab badan masih terasa penat kan
takat gi ronda-ronda pergi tengok pantai jela dekat area rumah encik somi
pastu pergi queensbay..
pergi tempat-tempat yang kurang sesak
takpelah, sekarang ni banyak masa nak berjalan kan
bukan macam dulu dah, masa terhad kan
biar rest puas-puas dulu, bila badan dah recover baru boleh berjalan dengan best..


masa encik somi dekat ipoh dari khamis sampai ahad tu
kami takdelah plan nak pergi kemana pun
sebab kita pun kerja
balik kerja dah petang, penat lagi kan
encik somi jela yang keluar setelkan sijil nikah dengan kad nikah tu
alhamdulillah, setel dah semua, tunggu kad siap jek


masa hari sabtu tu, kami just pergi berjalan ke teluk batik jek
sebab encik somi kata dia tak pernah pergi sana
kita pun bawaklah dia pergi kan
dah duduk dekat dengan laut pun nak tengok laut lagi
lahai..hehe


malam tu pulak singgah rumah atuk dia dekat tambun
atuk dia call request kami datang sana
padahal aritu masa balik dari penang dah singgah dah
rindu letew..
haha


malam tu kita message jela adik cakap makan malam dekat rumah atuk encik somi
terus adik kita cakap opah kita masuk hospital
apa lagi, memang terkejut beruklah kan
sebab siang tadi sebelum keluar dia ok jek
kami cepat-cepat makan, lepas solat isyak, terus gerak balik rumah
tunggu dekat rumah sampai dekat 1 pagi la..
bila mak sume balik, cakap opah kena tahan sebab ada jangkitan kuman dekat dengan usus


rasa kita pernah cerita sebelum ni yang opah kita demam sebelum kita kawen haritu kan
masa kenduri haritu, dia sihat dah
pastu masa kenduri belah encik somi, dia demam balik
memang masa tu rasa serba salah sangat nak kenduri
tapi jemputan dah jemput apa sume, tetap truskan jugak
masa kita balik dari penang, dia ok dah la jugak..mau makan sikit
cuma lepas petang jumaat tu terus dia teruk balik
demam panas, muntah-muntah..tak nak makan
memang semua orang dok risaulah dah
pergi klinik tak ok, last-last bawak pegi hospital
baru tau sebab kenapa demam lama sangat tu kan
harini pun still opah kena tahan dekat wad
bergilir-gilir la orang tunggu dekat hospital jaga opah


 kesimpulannya, lepas kenduri ni
memang takde berjalan kemana pun
ramai tanya honeymoon kemana apa suma
memang tak sempat nak honeymoon betul-betul
nantilah kan..bila keadaan dah ok, baru best nak honeymoon


lepas kenduri, banyak spend time dengan family jek
time ni la nak kenal each others kan
bila dah kenal, dah rapat, dah boleh nak sekepala
nanti baru kita berjalan pulak..


 cuma malam jumaat tu masa nak keluar ipoh jalan-jalan malam
mak cakap


"bawak kunci ye kalau nak balik lambat"


rasa macam pelik
sebab kalau sebelum ni mesti mak cakap


"jangan balik lambat-lambat sangat"



hehe



itulah indah hidup lepas kawen..
bukan semata nak buat anak jek (haha)
tapi banyak lagi yang kita boleh buat, boleh explore..


dan memang indah cinta lepas kawen..
sebab dah halal
tak payah nak pikir 100x kalau nak buat apa-apa



oklah, itu jek nak cerita
nak sambung buat kerja pulak
menimbun ni boss letak file atas meja nak buat opinion
tengok jek pun dah nak pengsan
memang tak sempat la nak berangan kat laki yang jauh di seberang laut tu..


penang tu seberang lautlah kan..
hihihi



till then



x0x0..




p/s : tengah pikir jumaat ni nak balik penang nak drive sendiri ke or naik bas
hurmmmm

baru hari isnin dah pikir nak balik penang

=p


 




 
 


 

Friday, 13 June 2014

friday blues...


salam korang



lama giler rase tak menjengah kesini..
dah bersawang ape..
tengok kawan-kawan lain sume dok rajin update blog kan..
kita kelaut..
hehehe..



dulu, masa blum kawen 
selalu terpikir kenapa lepas b2b kawen, diorang dah jarang update blog
yeah, sekarang dah tahu kenapa dan mengapa
sebab kita ada menda lain yang boleh dibuat selain update blog
tambah mood baru kaweng ni kan
menstilah nak berkepit 24 jam
hahaha
gediks yna oi..



kita start kerja balik semalam
after cuti yang agak panjanglah jugak kita pernah ambik
semalam bila start buat kerja
rasa macam bodoh pulak
tak tahu nak mulakan bagaimana dan mana satu
jenuh nak kena refresh balik otak
padahal file dah menimbun-nimbun atas meja ni
nak pengsan dibuatnya la
huhuhuhu



encik somi still bercuti lagi
kelmarin dia yang hantar kita baik ipoh
dah kita start kerja, dia duduk jela kat rumah diam-diam kan
nasibla sekarang cuti sekolah, ada adik sedara dekat rumah
kalo tak mati kutulah nak tunggu kita balik pukul 6 japgi



yang kita pulak
dah laki ade dekat sini
confirm-confirmlah badan jek dekat ofis tapi otak dekat rumah
doklah pikir



dah makan ke somi aku tu??
tengah buat ape??
sape sembang dengan dia??



aduhai...gini ye perasaan orang dah kawen..
=p



kita ni semenjak lepas kawen ni
asyik rasa panas jek
kalau dulu malam tido takde bukak kipas pun
sekarang kipas dihala betul-betul depan muka
kat ofis pun sama
dulu kalau bukak aircond, mesti letak suhu 25-26 gitu
pastu kipas 1
ni sekarang suhu dah 23-24
kipas sampai 3
melampau sungguh dah badan ni ye..



hurm...itu jela kot nak cerita
tak tahu nak cerita ape dah sebenarnya
nak kena ambik masa dulu kot baru idea tu datang balik
huhuhu



adoi, cepatlah 5.30 kome oiii
(padahal sekarang baru 10.05)
hukhukhuk




till then




x0x0..





p/s : nak blogwalking sekarang ni pun asyik terlupa jek

jangankan nak blogwalking..sejak kawen ni dah jarang nak pegang nset..
kalo somi balik penang, baru berkepit balik dengan nset..
kalo somi ade, memang lupa terus nset tu
hahaha



 

Thursday, 5 June 2014

cuti lagi...


dear diary..



takde nak citer ape pun harini..
rasa seronok sikit sebab esok nak sambung cuti balik
sabtu ni kenduri bertandang pulak kan..



actually, kita dah malas nak kenduri-kenduri ni
penatlah..pastu nak kena cuci mekap yang tebal bergantang tu lagi kan
aduhai..leceh..



just pikir nak jumpe encik somi jek
baru 2 hari tak jumpa dah rindu macam hapa
hehe



oklah..tu jek nak gebang
=p




doakan majlis kita berjalan dengan lancar pulak ye belah sana..
harap takde kekecohan lagi dah la kan..
hikhik



till then




x0x0..





p/s : ade orang tu angau sampai tido pun mengigau..
hehe



 

Tuesday, 3 June 2014

Alhamdulillah...


dear diaries..


cuti lama sikit dari bersiaran ye..
hehe


disebabkan encik somi dah balik penang petang tadi
so dapatlah kita nak bukak email, fb, insta ape sume
tidak ade jek menda nak kena buat, kena siapkan
hehe



yezza..


and finally..


Alhamdulillah teramat sangat..



sebab kita dah jadi isteri yang sah kepada Aizuddin Bin Roslan aka encik tunang
jadi sekarang merangkap encik somi la kan..=)



majlis akad nikah haritu berjalan dengan lancar..
sekali lafaz jek kita selamat bertukar status..
walaupun masa hari nikah tu banyak jugaklah kekecohan yang berlaku
tapi alhamdulillah, itu sume minor defects jek..



tetiba kita rasa macam terkelu untuk berbicara



ecewah..haha



perasaan masa akad nikah haritu???


entahlah,kita tak rasa apa pun
cuma time tu kita rasa dahaga sebab tak minum
and sebab lenguh kaki duduk bersimpuh
nervous ape sume, takdelah pulak
nangis-nangis pun takde..
confident jek encik somi cakap sebelum ni kita mesti nangis masa nikah tu
tengok2 hati ni kental la pulak kan
punah harapan encik somi
kihkihkih...



oklah, tak reti dah nak cakap banyak
kita bagi teaser gambar masa preps nikah haritu ye..
tak banyak..
ni pun photog tag dekat fb..
ade gambar dengan encik somi, tapi satu jek
itupun gambar kiz dahi..tak proper nak letak lepas baca gambar kiz dahi tu tak seswai untuk tatapan orang lain
jadinya, nak tengok gambar kita dengan encik somi
tunggu photog anta gambar yang lain la ye..
=)















My backbone..my familia..my soul..


kita tersangat-sangatlah suka dengan hasil kerja photog kita ni
sebab kita bukan jenis fotogenik
memang terkejut sangat bila tengok gambar dia hantar
wah, terkesima..
jenuh nak edit bagi nampak cantik ni
hehe



oh ya, mesti korang pelik kan tengok mak and adik-adik kita pakai sempoi jek tu
hehe



sebab masa nikah ni kami masak sendiri, hidang sendiri
jadinya senang diorang pakai t-shirt jek kan
cuma adik kita yang sorang tu jek terpaksa pakai baju melayu sebab dia jadi wali



apepun..
kita rasa bersyukur sangat-sangat
walaupun baru dua hari jadi isteri
and petang tadi dah kena berjauhan kejap
tapi sungguh, lain benar perasaan bila dah bergelar isteri
still dalam mode tak percaya
betul ke aku dah kawen
kekok pun ada
sebab sebelum ni main hentam keromo jek nak buat apa
sekarang kena utamakan encik somi



2 hari tak boleh tido..
jangan pikir kuning plak ye..
haha



pelik rasa ada orang lain dekat sebelah
encik somi tegur mata kita lebam macam panda
dah tak cukup tido, of course la lebam kan
huhuhu




btw esok kerja
huarghhhhh malasnya
siap staf message petang tadi cakap esok ada bicara
terbaik
file tak study..tak bawak balik pun
dah la kes dengan si exec M
memang terbaik
nasib dalam mood pengantin baru
tidak mesti dah cuak gile pikir kerja..
huhu




till then..


x0x0..




p/s : sempat short madubulan dekat cameron highlands semalam
nanti kita cerita entry lain ye..

=)