Friday 23 January 2015

sakit...


assalamualaikum semua


dah hari jumaat dah
lama betul rasa nak tunggu jumaat
tapi kalau sabtu and ahad tu cepat jek berlalu pergi
huhuhu


 arini mood nak buat kerja dah ke laut
tah ape pasal 2,3 hari ni mata rasa mengantok jek
nak cakap tak cukup tido
bangun pun lambat
maybe kualiti tido tu takde walaupun rasa macam dah tido berjam-jam lamanya


actually, kita saja nak tanya-tanya
kot-kot ade antara korang yang pernah alaminye jugak
sebab hati ni adelah sikit risau
huhuhu


start dari lepas 'melahirkan' aritu
bulan 12 kita dah start datang balik miss P
masa tu ya Allah, sakit betul senggugut
sebab sebelum2 ni kita tak pernah la senggugut tahap contraction
namun, selepas dapat merasai contraction tu macamana
barula tau owh gitu sakit dia


kalau sebelum ni kita miss P
sehari dua jek senggugut tu datang
lepastu takde la nak kata sakit sesangat
tapi tu la, sejak dari lepas 'melahirkan' tu
sekarang ni at least 5 hari akan sakit gila satu badan
especially tang perut and pinggang
rasa nak runtuh pinggang ni kalau sakit tu datang


 risau la pulak kalau ade penyakit lain kan
oh, daku dah tak larat nak ulang alik hospital
cukuplah tahun 2014 asyik pergi hospital jek
ingat tahun ni nak rekod bersih dari hospital
huhu


 tapi kalau tak pergi check
sampai bila pun tak tahu kan apa puncanya
if sakit tu memang biasa takpela
tapi kalau sakit tu sebab lain
huhu..tak nak pikir bukan2


hurm...


dilema sungguh..


sendiri sakit pun nak dilemakan..



till then..



x0x0 



 
 

No comments:

Post a Comment