Friday 4 July 2014

hari ini hari jumaat..


dear diary..



memandangkan kita baru jek terdengar lagu awi rafael - aku kaya ke tah hape tu
tetiba tajuk entry pun dah jadi macam lirik dia kan
hehe



 thanks sangat-sangat pada korang yang sudi memberi kata semangat dan nasihat untuk entry kita sebelum ni tu..
bila dengar gitu, kadang hati jadi lega sikit
biasalah, manusia kan perlu dipujuk, dinasihat, dibimbing
barulah kita berada di landasan yang betul




satu jek yang best bila hidup pjj ni


tak sabar nak tunggu hari jumaat
pastu bila dah tiba hari jumaat
semangat dia lain macam skit
=p


macam kita harini la
terlebih bersemangat
siap nak bersapa dengan sume orang
mesti orang pelik kan if diorang tak tahu keadaan sebenar
hari biasa nampak lemau jek
tapi bila jumaat cergas lain macam
hahahaha


 minggu ni turn kita balik penang
risau jugak kalau jem dekat highway
mau berbuka dalam kereta jela jawabnya
encik somi dah siap pesan beli roti and air
in case tak sempat sampai sebelum berbuka
tapi kita risau pulak
dah dok berangan sambil drive tu terlupa tengah pose
dilantaknya air and roti tu
tak ke haru


tapi kalau terlupa takpe kan
kira halal jek la...
hehe


harap-harap tak lupa la kan
=)



last 2 week kita kuar dari opis 5.30
sampai penang 7.40
tu pun sebab jem nak masuk hiway dari pekan ipoh ni
atas hiway ok jek..kereta tak banyak
pastu kita pun takdelah memecut
i tak berani nak pecut dengan si itam tu
rasa bergoyang jek dunia
haha



harap harini oklah jugak kan
sebab orang gomen balik awal kan
pastu sesetengah company pun 4.30 dah boleh balik
kita balik pukul 5.00
harap smooth da la jalan
kalau tak memang tak sempat nak sampai la



ingat nak cakap dekat bos nak balik awal
tapi kita malas pulak nak berenti asar dekat R&R
sama jek makan masa tu
pastu payah pulak kan..baik drive terus jek
so, rasa tak jadilah nak mintak balik awal



oklah, tu jek nak citer
santai jela hari jumaat ni ye
tak yah beratkan kepala otak
esok lusa nak cuti
seronok..




till then



x0x0..




p/s : selamat ber'weekend' korang..
kalau hari kerja tak sempat/larat pegi terawih
hari weekend ni jomlah kita pergi..
=)



 

No comments:

Post a Comment