Tuesday, 4 October 2016

dilema seorang ibu & isteri...


dear diary :-


hati ni sebenarnya teringin sangat nak berholiday
tak kisah la dalam or luar negara
yang penting holiday
tapi, tak nak pegi dengan family
nak pergi holiday dengan kawan-kawan
just like the old time
releasekan segala tension..bergelak ketawa..bergosip


plan kawan-kawan macam-macam
nak pegi trip jakarta/bandung
nak pegi bali
nak pegi korea
semua teringin...


dan yang best part tu..
suma yang mengajak ni mak-mak orang
still ade anak kecik


tapi, bila memikirkan cik amani dekat rumah
kena tinggal beberapa hari
adoi..lemah sungguh
terus terbang rasa teringin tu
walaupun dalam hati ni meronta-ronta nak pegi holiday
huhuhu


cik amani,

amani bagi permission kan ibu pegi holiday kejap???



till then



Monday, 18 July 2016

macam dah tak wujud


Asssalamualaikum semua...


dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak menjengah dan menulis sesuatu di blog ni
tak tahulah masih ade follower yang nak ikut kita ke
or dah buang kita dari list..
haha


banyak sebab kenapa dah lama tak berblog
tapi satu alasan yang pasti dan ramai blogger akui
sebab M.A.L.A.S
=p


banyak sangat benda nak share
kadang bila nak hupdate blog..idea tengah mencurah-curah
tapi bila start pegang keyboard, tah mana hilang semua ayat-ayat yang dah disusun tadi
so, tekan jela signout tu
dah terus blog ni dibiarkan sepi bersawang
ibarat perumpamaan..kalau gajah zirafah masuk blog ni dah beranak pinak pun sebab tak pernah jaga..


buat masa ni kita just warmup dulu la
sekarang pun dah tak sebuzy dulu
insyaAllah kalau ade kelapangan nanti bolehla kita update kerap sikit


buat yang pernah ikut cerita kita daro zaman blog ni diterbitkan..
nah, ini hadiah kita untuk semua..


 Nur Amani Batrisya Binti Aizuddin

dah 7 bulan 3 minggu pun dia..
banyak akai..banyak mulut..banyak gigit ibu dia ni..huhu


till then..



x0x0



p/s : sorryla kekalau ayat terskema pulak..lama tak menaip/menulis, lupa dah nak guna ayat tak skema..
=p

Wednesday, 11 November 2015

setahun sudah...


assalamualaikum...


just a quick update..
sebab masa macam tak mengizinkan nak karang panjang-panjang
dok dalam bilik kaca ni susah oi
kang sekali kena terjah dari belakang, dah kantoi
huhu..


kalau nak ikotkan
harini genap setahun arwah adam harith bin aizuddin tinggalkan ibu dan ayahnya
terngiang-ngiang jek lagi saat dapat tahu berita tu dan saat-saat berada di hospital
memang takkan lupa ah
gila nak lupa
pengalaman yang paling menyakitkan kot..
tapi papapun, ibu dan ayah redha
sebab tau adam pergi ke tempat yang lebih baik
cuma ibu dan ayah jek takut tak dapat nak jumpa adam dekat sana
tempat adam sudah tentu di syurga
tapi tempat ibu ayah tak tentu lagi di akhirat nanti
huhuhu..


bila tengok gambar adam
lagila buat hati ibu ni meruntun pilu
tak sangka baru 23 minggu, tapi dah nampak kecomelan adam tu
semalam tanya husband..ingat tak harini hari apa
dah tentulah husband ingat
hari adam pergi tinggalkan kami selama-lamanya..


jikalau nanti, ibu dan ayah ada pengganti adam
ibu dan ayah akan pesan pada adik-adik adam
adam adalah abang..dan selama-lamanya akan jadi abang
ibu dan ayah akan bawa adik-adik adam lawat adam dipusara..
supaya mereka pun kenal siapa adam..
itu adalah hakikat yang takkan ibu dan ayah lupakan..


terima kasih adam
sebab teman ibu selama 23 minggu...


till then


x0x0...


p/s : dah start banjir ofis ni..huhu
AL-FATIHAH




Saturday, 17 October 2015

dear diary...


Assalamualaikum...


tetiba ade mood plak nak update blog ni..
pasalnye, sabtu minggu ni kita kerja
so nak tunggu pukul 1 ni macam takde apa nak buat
jadi apa salahnya update sepatah dua kata kan..
=p


harini ofismates termasuk dengan bos pegi panjat bukit dekat taman botani penang tu
kita tak pernah sampai lagi
hati teringin nak ikut, tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan la pulak
semalam dok rasa macam nak demam
harini dah ok sikit..cuma suara tu dah tukar jadi sengau
takpelah, next time kalau ada rezeki boleh la ikot kan
tak lari pun bukit tu, tapi kalau tetiba dia runtuh, tak tahulah pulak
terus ikut bos pegi daki bukit bendera jela
gigih weh..
lama dah tak buat aktiviti adventure macamtu
husband pun ada ajak pegi trekking dekat teluk bahang
situ pun macam menarik jugak
akan diusahakan nanti
dah siap bodek husband suro beli sport shoe kat kita sebab kita takde langsung kasut
nampak sangat tak aktif bersukan
hehehe


and satu lagi aktiviti kita nak buat dalam this month
ingat nak pegi honeymoon dengan husband
tapi tak jauh mana pun
dekat batu feringghi jek..hihi
teringin nak dok tepi laut menikmati keindahan alam, tengok sunset..sunrise (padahal rumah MIL dekat jek dengan laut kot)
dok tepi swimming pool
kenapa tak nak pegi jauh-jauh??
malasla, cuti bukan ada pun..nanti kena tolak gaji..sayang la pulak
so just honeymoon dekat sini jela
even batu feringghi dengan ofis bukan jauh sangat pun
nak balik rumah tido pun boleh
tapi saja nak mengedik stay semalam kat sana kan
nak rehat puas-puas
rasa sejak setahun kawen ni macam takde kualiti time dengan husband sangat pun
bz jek memanjang
tak hal personal..hal family..hal kerja
jadi kita rasa this is the best time yang kami ada
hopefully menjadi la..malas nak booking hotel awal-awal lagi
nanti takut ada last minute plan, dah deposit burn
ni pun tengah dok pikir nak stay kat mana
tengok hard rock pun tengah ada promotion
yela, bukan time cuti skolah kan
we'll see la nanti..=)


ok la..tu jek nak update
balik japgi nak anta MIL pegi airport
ikot rombongan che kiah ke sarawak..bestnye..
pastu nak pegi tengok rumah..hopefully boleh nego price yang terbaik
lagi lama tangguh nak ada rumah sendiri, lagi meningkat harga rumah
lagipun kat penang ni mana nak dapat harga yang murah-murah dah..
apartment pun dah 500k lebih..huhu
hopefully, ada la rezeki nanti


till then


x0x0