Monday, 17 February 2014

macamana nak duduk???


dear diary..


harini kita nak kongsi satu kisah dengan korang semua..
sebelum ni kita cakap tamau ikot pergi perlis kan anta adik kita..
tapi last-last kita pegi jugak..
sebab merajuk dah habis..
haha..


ni adalah kisah yang tak berapa sedap didengar..
kalau korang tengok gambar pun mesti rasa, ha..
apahal ni kan..
tapi kita sendiri yang tengok dengan mata ni lagilah tak sanggup..


tengok gambar dulu la..
nanti kita baru cerita..
lagi senang..














































 
cerita dia begini..
adik kita dah masuk dekat unimap untuk sem yang kedua..
duduk dekat kampus sungai chuchuh..dekat sangat dengan padang besar..
masa sem 1 aritu, tempat ni baru lagi..
kedai makan takde, kedai runcit takde, klinik takde, atm takde, tempat nak beriadah takde..
memang kolej semata jek..
masa tu memang susah hati nak tinggalkan dia dekat situ, even budak laki, boleh jek nak survive..
tapi takpelah, dia mampu untuk survive..
kalo kita dah tak nak masuk dah u, nak ikut balik rumah jela bila tengok tempat macamtu..
even masa kita masuk uitm merbok dulu pun, walaupun dalam ladang getah, jauh jugak dari bandar, 
tapi takdelah rasa seteruk duduk dekat sungai chuchuh tu..
harap bangunan jek baru tapi tu pun banyak defects..


so, ingat bila sem 2 ni, tempat dah makin elok la kan sebab dah berpenghuni untuk satu semester..
alhamdulillah, kedai makan tepi jalan dah ada banyak jugak..(tapi still tak cukup tak tampung jumlah pelajar yang duduk situ..)
koperasi jual barang-barang pun dah ada..
lega la jugak hati..
tapi yang menjadi masalah sekarang..
budak laki sem ni kena pindah bangunan belakang..
tapi bangunan tak serupa bangunan sebab tak siap lagi..
macam korang tengok keadaan gambar-gambar tu la..
masa kita pegi tu memang terkejut sangat..
biar betul nak bagi students duduk dekat tempat macamni..
kalo dengan osh, memang tak lepasla..oc pun takde..
bangunan memang tak selamat nak didiami..
diorang nak ada kes kematian apa jadi dulu baru nak bertindak..
dah la tempat kolej tu macamtu..
takde sape pun bagi pihak pengetua ke, pengurusan universiti ke, or even MPP duduk dekat koridor bawah tu explain kenapa jadi macamni..
maybe diorang takot kena bambu dengan parents la kan..
tapi at least explain..bagi dateline pada parents..
promise sikit keadaan tak akan berulang..
barulah parents pun tenang sikit hati nak anta anak-anak dekat situ..
ni tidak, harapkan kita ni terkial-kial tengok keadaan sekeliling..
memang menyeramkan..
bahan binaan merata tempat..even block jalan and tangga..
bangunan tinggi, tapi lift tak berfungsi sebab masih tak siap..
wayar letrik bersimpang siur..bahaya giler kot..
dah kalau tempat tinggal macamtu
macamana nak belajar dengan elok..
macamana nak tido..nak sembahyang ape sume dah kotor...
hurm..



barang-barang sume dah pindah masuk bilik..
dah katil rangka je, almari takde
nak simpan barang macamana..
tu nanti mesti banyak kes barang hilang la..
confirm..

 

rasanya dalam banyak-banyak u yang kita pernah pegi..
ni la u yang paling teruk..
sorry to say..
bukan nak condemn, tapi bahagian HR memang tak buat keje la..
bila bahagian akademik, tak dinafikan, unimap salah satu uni yang bagus..
but when it comes to management, kita rasa diorang patut buat sesuatu..


macam semalam (ahad)
students non malay pun ramai..
memang banyak parents yang ambik gambar kolej ni..
tak tahulah diorang nak masuk dekat suratkhabar ke, tv ke..
tapi memang patut pun..
biar sedar sikit..
jangan nanti bila ade kes kematian baru nak bertindak..
when it comes to that moment, everything's late already..


kita bukan mereka-reka cerita..
gambar membuktikan segalanya..
bukan kita tak bayar yuran pengajian..
bukan kita nak duduk kolej 5 bintang..
tapi kalau keadaan gini, memang tak boleh duduk lagi..
sebab bangunan tak siap..tak dapat kelulusan..
tapi kalau kata dah dapat kelulusan, tak tahulah sapa yang luluskan tu..
tak pegi sekolah la kot orang tu..
reban ayam pun orang buat cantik-cantik dah sekarang..
ni kan pulak tempat manusia nak duduk..
hurmm...tahlah

 

till then..


x0x0..



p/s : bersyukur menjadi sebahagian daripada UiTM di Hatiku..
=)


 
 

Wednesday, 12 February 2014

Wedding Checklist Part 2


dear diary..


lama kot tak update wedding checklist
tapi bila tengok balik checklist ni
macam takde progress langsung jek..
padahal tinggal 3 bulan lebih jek lagi..
wat slumber rilek brader, brader rilek jek ni kan..
huhuhu


saje jek kita merahkan yang mana pending ke, not confirmed ke tu..
bagi peringatan sikit..
tapi feeling ni takdelah gelabah ayam pun..
macam takde perasaan jek tengok banyak lagi yang tak setel..
hamboih, senang betul hati kau ye yna..
kot nak bersederhana pun takdelah sampai rilek manjang jek kan..
kuikuikui..


1. Wedding Dates

Nikah - 31 Mei 2014
Reception - 1 Jun 2014
Bertandang -7 Jun 2014 (to be confirmed)


2. Venue

Nikah - Surau @ rumah (tak decide lagi)
Reception - Dewan Daerah Batu Gajah
Bertandang - to be confirmed


3. Time

Nikah - Malam (hopefully)
Reception - 12.00 till 4.00 pm
Bertandang - to be confirmed


4.  Theme Colour

Nikah - creme & white & silver
Reception - range of blue, yellow, cream & white
Bertandang -not decide yet


5. Wedding Attires

Nikah - Done
Reception - pending
Bertandang - pending


6. Tudung/Veil

Nikah -Done
Reception - pending
Bertandang - pending


7. Shoes

Nikah - pending
Reception - pending
Bertandang - pending


8. Important Things

Duit Hantaran - pending
Mas Kahwin - pending
Jurunikah - pending
Hantaran - pending
Henna - traditional one..consider done
Katering - booking done
Invitation Cards - pending
Guests List - pending
Marriage Course (Bride) - pending
Marriage Course (Groom) - pending
HIV Test - pending
Thalassemia Test - pending
Application Form (Bride) - pending
Application Form (Groom) - pending


9. MUA

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


10. Bridesmaid

Nikah - n/a
Reception - pending
Bertandang - pending


11. Family Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


12. Rings

Bride - pending
Groom -n/a


13. Hantaran

Bride Side...
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


Groom Side...
1.
2.
3.
4.
5.


14. OP/OV

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


15. Doorgift

Nikah - n/a
Reception - pending


16. Bunga Pahar

Reception - pending (in progress-diy)


17. Handbouquet

Nikah - pending
Reception - pending
Bertandang - pending


18. Other Stuff

Signage - pending
Guest Book - n/a
Photo Booth - n/a
Photo Canvas - n/a
Welcome Signage - pending
Corsage - Done
Centerpiece - on progress
Candy Buffet - n/a
Kompang - pending


19. Honeymoon

Date - pending
Destination - pending



hokey, sekarang nak pengsan jap..


till then..



x0x0..



 

Tuesday, 11 February 2014

juices for life..


dear diary..


memandangkan harini takde keje yang urgent sangat-sangat
kita nak kongsi sesuatu yang menyihatkan tubuh badan..
asyik cerita pasal personal jek, bosan dah korang kan..
hehe..


sape tak suke minum jus sila angkat tangan..


kita rasa jaranglah orang tak suka minum jus kan..
sebab selain menyihatkan, jus jugak menyegarkan badan dan tekak..
tapi janganlah bila buat just tu taruk pewarna atau gula bergantang..
jadi tak menyihatkan la pulak dah gitu kan..
huhu..


last month kita ada pegi satu hotel ni..
dia ada bagi brochure ni untuk resipi-resipi jus yang bagus sebenarnya..
kita rasa rugi kalau tak kongsi dengan korang..
manatau nanti kalau korang teringin nak buat jus,
boleh try salah satu resipi ni okeh..
siap kita bagi dia punya kebaikan lagi ni..


bagi mengekalkan makna yang sebenar..
kita kongsi in english la eh..
boleh jek nak tolong translate kan..
tapi kang takut lain sikit maknanya..kihkih..


 lets cekidaut..



1. Apple + Celery


This tangy drink cleanses, detixifies and prevents skin disease. It is a good source of minerals and contains vitamins A, B1, B2, B3, C, E, K, folic acid & biotin



2. Apple + Ginger + Cucumber


This perky drink is the best natural diuretic, cools the body, and beneficial for kidneys, lungs, pancreas plus relieve gas problems. It contains vitamins A, B1, B2, B3, C, E, K, folic acid, biotin, protein, fiber, iron & calcium



3. Mango + Strawberry + Kiwi + Banana
(macam sodap jek ni..hehe)


This chill sensation is both antioxidant and anticancer, fights heart disease, smoothes bowel and relieves clogged skin pores. It contains vitamins A, B, C, E, iron, fibre, zinc, folic acid, potassium & calcium



4. Orange + Strawberry + Banana


This concoction boots the immune system, fights off viruses, delay ageing and age-related diseases. It contains vitamins A, C, potassium, protein, fibre, iron, minerals, folic acid and phosphorus



5. Pineapple + Ginger + Orange + Apple


This drink improves digestion, bloating or gas, prevents blood clots, is a natural inflammatory bromelain and helps against fatal ailments. It contains vitamins A, B complex, C, K, manganese, minerals, fibre, iron, folic acid & phosphorus



6. Apple + Strawberry + Celery


This drink is an antioxidant which strengthens the blood, promote healthy skin, fingernails & hair. It contains vitamins A, B1, B2, B3, C, E, K, folic acid & biotin



7. Beetroot + Orange + Carrot


This drink cleans and improves blood circulation and intestines, calms the nerves, fights cancer and improves menstrual problems. It contains vitamins A, B1, B2, B3, C, E, K, calcium, iron, minerals, folic and amino acids



8. Mango + Strawberry + Banana


This fun drink decreases blood pressure, reduces the risk of cancer, prevents heart diseases and enhances memory. It contains vitamins A, B, C, E, iron, fibre, protein, pottasium, zinc, folic acid and calcium



9. Pegaga + Apple + Honey


Thia Asian favourite is great for blood cleansing, lowering and maintaining blood pressure and promoting healthy kidneys. It contains vitamins A, B1, B2, B3, C, E, K, folic acid, biotin, protein, fiber, iron & calcium



10. Pineapple + Lemon + Orange + Mint


 This drink helps to alkalize the body, is a natural antiseptic, anti-oxidant and anti-bacteria, cleans and strengthens weak blood vessels. It contains vitamins A, B, C, K, P (bioflavonoids), minerals, fibre, iron, folic acid and phosphorus



ha, ni antara 10 resipi jus yang korang boleh try..

sukatan dia macamana??

korang agak-agak jela..
janganlah macam kalo kombinasi no 2 tu, ade ginger..
korang g taruk besar penumbuk..
suku inci pun cukup dah..
kalo letak banyak-banyak nanti pedor pulak lidah tu kan..
takpun, tak lalu nak telan..
tapi kalo larat nak telan, apa salahnya..
hehe..


macam kombinasi no 10 tu, kita nasihatkan pada yang preggy
tak yahlah try..
nanti keguguran pulak..sebab tajam kan nanas, lemon and orange tu..
takut kalau rahim jenis lemah, tak dapat tahan..dah kes lain pulak..
tapi kalo rahim kuat pun, tak payahlah try..
kita tak nak bertanggungjawab di kemudian hari..huhu..


oklah..
happy juicing semua..
kita serious rasa nak try kombinasi 3, 4 or 8..
yang lain tu macam tak berminat lagi..
sebab rasa tekak macam tak mampu nak terima..hihihi












terliur tengok gambar jus-jus ni kowt..hehe
(courtesy uncle google sajo)



till then..



x0x0..



Sunday, 9 February 2014

tiada tajuk..


dear diary..


bukan niat nak bukak pekung di dada..
bukan juga niat untuk memburukkan sesiapa..
dan bukan juga niat aku nak melukakan hati sesiapa..


tapi, disini lah tempat yang mampu aku luahkan perasaan..
yang mungkin akan melegakan sedikit kegelisahan dan kesedihan di hati..
sebab aku dah tak mampu nak tanggung..
meratapi benda yang pada korang mungkin perkara kecil..
tapi sebenarnya sudah lama aku rasa, aku lalui, aku pendam..
dan terasa macam sekarang masa untuk dia meletus..


maaflah gunakan 'aku' sebagai kata ganti diri..
sebab mungkin lebih selesa begitu dalam entry ni..


aku akui, aku bukanlah seorang yang mudah menangis..
mudah nak meratapi benda-benda yang tak penting..
hanya membazirkan air mata saja..
tapi sejak bulan lepas dan bulan ni..
aku sering menangis..
mungkin ketabahan diri dah semakin pudar..
mungkin juga faktor usia yang semakin meningkat..
mungkin juga sebab aku terlampau mengikutkan emosi diri..

orang tua-tua kata
ikut hati, mati..ikut kata, badan binasa..
betul ke tah peribahasa aku ni..
ingat-ingat lupa dah..


alhamdulillah, encik tunang selamat menjalani operation..
dua hari kena tahan di ward..
dan dia dapat 2 minggu mc untuk recover balik dari pembedahan..
semoga cepat sembuh dear..
semoga cepat berjalan balik..
hari bahagia dah makin hampir ni..


tapi, yang menyedihkan aku..
even dia sakit pun, terlantar dekat hospital
still aku tak boleh nak pergi melawat dia..


family aku jenis ortodoks..
pemikiran macam orang tua-tua dahulu..
selagi tiada ikatan halal, aku tak dibenarkan sewenang-wenangnya jumpa si dia..
ya, aku paham itu..
sebab dari zaman bercinta dengan orang lain dulu pun..
kalau aku nak pegi berdating, family mesti ikut sama..

mesti korang pelik kan..
tapi itulah hakikatnya..

maybe sebab itu kot ex-ex aku tak dapat tahan dengan aku
manade pegi berdating angkut satu family..
takpelah, aku pun tak kisah diorang tinggalkan satu..
sebab aku tahu, mereka bukan calon yang terbaik..
nak pikat aku, mestilah kena pikat hati family dulu..
kalau tak, macamana nak bahagia kan..


dengan encik tunang dulu,
takdelah lagi family nak ikut aku pergi berdating..
tapi diorang pesan..
jangan balik lewat..
bayangkan, kalau aku keluar pukul 12 tengahari macamtu..
kena balik before maghrib..
sebab nanti for sure opah aku akan bising-bising kenapa balik lambat..


dah la jumpa pun 3,4 bulan sekali..
bila dapat jumpa pulak..
tak dan-dan nak balik..
siapa yang tahan kan..
nasib ipoh ni kecik..
takde apa sangat nak tengok atau melawat..
so memang sebelum pukul 7.30, aku akan sampai kat rumah..
itupun muka dah tarik sebab aku lewat..
sabarlah wahai hati..


bila dah tunang..
encik tunang dah boleh jemput aku kat rumah kalau nak keluar..
kalau sebelum tunang, aku akan drive pegi ipoh then we meet up kat sana jek terus..
kira ada peningkatan sedikitlah..
but still, kena balik sebelum maghrib..
tapi kadang-kadang terlajak jugak sikit..
bukan pegi mana pun..
jalan-jalan dekat dengan rumah jek..


orang lain bebas kesana-sini..
pegi holiday sekali..
nak balik pukul berapa pun tak heran..
nak keluar sebulan 5, 6 kali pun takde sapa nak bising..

tapi, aku tak minta pun nak buat macamtu..
sebab aku masih tahu batas diri aku..
tahan jelah rasa hati..
insyAllah, lepas kahwin nanti buatlah apa nak buat..
takde sapa nak larang lagi dah kan..
tapi..jangan bermimpilah..
kawin or tak, sama jek bagi aku..
masih ada jugak the do's and dont's..
percayalah..
and we'll see one day nanti..


seingat aku..
sepanjang beberapa tahun aku kenal dengan encik tunang..
memang dia jek yang akan turun ipoh..
aku baru sekali jek pergi penang jumpa dia dekat sana..
itupun berholiday sekali bersama family..
nak pergi sorang??
jangan diucap..jangan bermimpi sama sekali..


dan macam sekarang,
even dia sakit pun, aku still tak boleh melawat..
kata family, baru bertunang..
bukan dah berkahwin..
tak wajib pun nak melawat..kalau dekat ipoh takpelah..
ni jauh..takkan nak pegi jugak..


macam kena bom jek telinga ni dengar..
hati ni pulak, jangan cakap macamana lah kan..

bukannya aku nak pegi sorang diri..
tak kisahlah kalau family nak teman sekali..
bukan aku nak duduk sehari semalam dekat hospital tu..
dapat tengok walau setengah jam pun jadilah..
kenapa orang tak paham???
aku sedey betullah..

awal-awal aku dah mintak maaf pada dia..
tak dapat melawat dia..
dia kata takpe..
tapi, aku tahu, dia jugak mengharapkan kehadiran aku kat sana..
even sekejap..
aku tahu bila dia kata ok, takpe..
hati sebenarnya kata lain..
bayangkan kalau aku dekat tempat dia..
tunang tak nak datang melawat..
apa kau rasa..
mesti sedih kan..


tambah buat hati aku lagi sayu..
dia cakap ramai kawan-kawan dia datang melawat..
semua tanya tunang tak datang melawat ke..
lagilah berderai-derai jatuh air mata ni..
memang, aku lemah sekarang..
lemah dengan perasaan sendiri..
lemah dengan keinginan hati..
lemah dengan adat..
lemah, lemah, lemah dengan semua...


  family dia pula, bukan jenis ortodoks macam family aku..
dah tentu mak ayah dia persoalkan kenapa aku tak datang kan..
tak sayang dekat anak dia ke??
just nak duit anak dia jeke?? (diorang bukan berada pun, tapi aku takut dianggap begitu)
dah tu buat apa nak bertunang dengan orang macamni..
bila sakit pun tak dapat nak melawat..


sesungguhnya aku rasa..
sangat menebal dalam diri ni..

aku adalah seorang tunang yang paling tak berguna sekali..
aku rasa aku tak berguna..
yes, aku tak berguna..


macam aku cakap tadi..
ikut kata hati, mati..ikut perasaan, binasa..
aku tak nak jadi anak derhaka..
even family tak bagi, aku tetap keras hati nak pegi jugak..
aku tak nak, kalau nanti aku drive jugak pegi penang,
then eksiden tengah jalan, mati..
aku mati sebagai seorang anak yang derhaka..
aku tak nak macamtu..
sebab aku sayang family aku..
diorang dah banyak bersusah payah..
cuma, aku sedih bila aku di persimpangan macamni..
i'm helpless..aku rasa aku tak berguna langsung..
boleh meratapi jek..
tapi perbuatan??tiada..


satu malam aku menangis..
sampai mata dah bengkak-bengkak..
even sekarang pun sambung lagi air mata..
tak penat ke nak menangis sepanjang masa...

tak, tak..aku tak penat..
aku nak lepaskan semua yang terbuku kat hati ni dulu..
bila perasaan aku dah stabil..
bila kekuatan aku dah pulih,
aku akan berhenti menangis..


sungguh, aku tiada mood nak buat apa-apa..
aku tiada selera nak makan..
dari semalam aku tak makan..
perut sungguh tak rasa lapar..
aku kenyang dengan air mata jek..


andaikata kalau aku sakit, masuk hospital ke..
dan kalau dia juga takkan datang melawat aku..
takpelah, mereka tak boleh nak cakap apa-apa..
sebab mereka pun tak bagi aku melawat orang yang sakit kan..
hatta untuk beberapa minit jek..


  aku pesan pada dia..
tolonglah jangan tangguhkan perkahwinan kami..
sebab aku rasa aku dah tak mampu nak hidup macamni..
nak berjumpa pun payah..
banyak sangat protokol dan pantang larang..
padahal cucu-cucu yang lain tu kalau pergi dating
takde nak bising pun..
siap pegi kenduri kendara belah lelaki tanpa ada ikatan,
takde nak bising pun..
keluar dengan lelaki sampai lewat malam, takde nak bising pun..
dah tu aku ni, kuar 3, 4 bulan sekali..terlewat beberapa minit dah membebel macam aku ni tak pulang-pulang rumah..
stress tau..
kena kongkong macamni..
aku bukan budak kecik..tahu halal haram..tahu baik buruk, tahu jaga diri..
tapi kalau semua tak boleh, tak payahla bagi aku kawen..
biar jela aku membujang sampai ke tua..
tak payah bagi ada orang suka dekat aku..
dah bila nak jumpa kejap pun tak boleh..
entahlah, aku pun tak paham..

yela, aku bukan cucu kesayangan..
aku ni cucu tiri gamaknya..


seriously, kalau ikut kata hati..
aku nak lari dua tiga hari..


till then..


x0x0..