Friday, 7 February 2014

wordless friday..


dear diary..


selalu orang buat wordless wednesday
tapi harini, bagi kita..

its wordless friday..

hati tersangatlah risau..





enck tunang bagitau tadi
10.30 pagi dia masuk dah bilik operation..


tak tahulah sekarang dah selesai or tak..
sebab takde lagi berita..
susah hati..
tangan sejuk..
otak pikir melayang..
perut lapar..tapi takde selera..


even tadi ada satu keputusan kes yang sangat dinantikan..
yeaaa..kami menang..
but, kita tak rasa happy pun..takde perasaan apa-apa pun..
bos seronok, sampai nak belanja lunch harini satu ofis..
alhamdulillah rezeki..
but still, i'm not happy..
sebab terfikirkan benda lain..


Ya Allah..kau selamatkanlah dia..
kau sembuhkanlah dia..
 Ameen..


till then..

have a nice weekend ahead..


x0x0..



p/s : no words can describe how much i'm worried bout him..
 eventhough he is not my halal man yet...
but still i'm worried bout him..

-_____-

 

Thursday, 6 February 2014

dugaan lagi..


dear diary..


rasanya memang orang darah manis ni banyak sangat dugaan dia..
huhu..


so far setakat ni, dugaan yang datang bukanlah di tahap yang kritikal..
cuma kadang-kadang rasa..
alahai..


tapi sapalah kita nak menidakkan takdir-Nya kan..
kita selalu pesan pada diri sendiri setiap kali diduga..


mungkin ini yang terbaik..
mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu..
mungkin akan ada menda buruk akan berlaku if kita teruskan jugak..
mungkin..
mungkin..


selebihnya, berserah, berdoa je la pada Dia kan..
moga diberi kekuatan ya amat..
supaya tak jatuh terjerumus..

 kenapa ni??


cerita dugaan yang ni macam ni..(paham ke ni)


dari last month dah plan..
minggu ni nak pegi fitting baju..
sebab cina butik tu dah pesan dulu..
sesuai nak fitting bulan lepas..
tapi disebabkan masing-masing banyak komitmen..
tak dapat nak pegi fitting bulan lepas..


so, kita decide nak pegi minggu ni..
encik tunang pun dah berjanji, minggu ni confirm kena datang jugak..

si cik tunang apalagi..
gembira bukan kepalang sebab dapat jumpa chenta hati kan..
wekkkk..

 tapi harapkan panas sampai ke petang..
rupanya hujan pulak di tengahari..ececece


semalam pelik la jugak..
selalu encik tunang time lepas maghrib mesti dia akan wassap..
tapi semalam kita wassap dia pun dia tak reply..
mula dah la susah hati..


dah lewat sikit pukul 10 lebih baru dia reply..
kaki dia terkehel ke ape tah sampai tak boleh jalan..
padah main bola petang tu..
ha, pegi lagi main bola ganas-ganas..
kan dah susah..

 ni pun dari pagi tadi dok wassap..
idak dibalasnya..
bikin hati wa risau la ini encik tunang..huhu..

cakap nak pegi specialist harini..
dah pegi ke tidak..
kena warded ke..
apa ke..

hai, nasiblah dapat encik tunang gini kan..
yang tu jugak disayang-sayangnye..
huhuhu


jadi, sebagai kesimpulan..
nampak gayanya..
terpaksalah postpone lagilah nak pegi fitting baju..
next week tak boleh pulak sebab kita takde kat ipoh..
the next next week pulak kita dah booking kursus kaweng..
da tu bila nak gi fitting pun tak tahulah ahkak..

lantaklah..
kalau cina tu tamau alter dah..
pakailah baju gebeh-gebeh kaweng nanti..
amekau..


wuwuwu..



eh, banyak masa lapang eh update blog..

takdelah lapang sangat..banyak gak keje ni..
tapi disebabkan satu pagi ni dok bertapa dekat court menunggu lawyer satu lagi..
mood pun dah lari nak buat keje..


oklah..
time to chow..
nanti ada kaki report kat bos lagi cakap kita tak buat kerja..
padahal kita ni nak makan pun tak sempat..
nak kencing pun tertahan-tahan..
ikutlah..
orang gini takyah dilayan sangat..
sebab memang semua dia jek yang betul..

eh, lari topik..tapi still under dugaan gaks..
hikhik



till then..


x0x0..



p/s : esok jumaat dah..
please come fast..
tak dapat pegi fitting baju..
kita berjimbalah tempat lain..membawa hati yang lara..

huhu


 
 

 


Wednesday, 5 February 2014

skill seorang isteri...


salam semua..


lama dah tak sembang-sembang gaya santai kan..
actually entry ni dah lama dok ada dalam kepala ni..
cuma harini ada masa terluang sikit untuk menaip..
so, baiklah cepat-cepat menaip sebelum idea tu mula hilang satu persatu kan..
hehe..


memandangkan majlis walimah dah tak lama jek lagi..
kita pun nak review sikit la pasal skill or kebolehan diri untuk menjadi seorang isteri nanti kan..
ececece..

mana yang baik tu, perlulah diteruskan sampai bila-bila..
dan mana-mana skill yang ke laut tu, rasanya kena start daripada sekarang untuk memperbaiki kebolehan diri sendiri..
barulah suami sayang nanti kan..
kihkihkih..



1. skill memasak..


Alhamdulillah, dan InsyaAllah, kita rasa kalau kita kawin nanti, suami kita takdelah mati kelaparan..
walaupun kita ni taklah pandai sangat masak,
tapi bolehlah dimakan..bolehlah diharapkan untuk memasak kalau terdesak sangat tu..
masak lunch and malam, memang takde masalah..tapi lauk-lauk yang simple dan ringkas la..
kalau suruh masak kerutub ke, rendang ke, kuah kacang ke, memang tak retilah ahkak kan..
tapi takat nak masak gulai lemak ke, kari ke, masak asam ke, taucu ke, ha yang tu ahkak tau..


tapi satu masalah kita..
kita tak reti masak breakfast..
sebab kita jaranggggg breakfast..
dan bangun lambat..haha
selalunya bila bangun tu, celik-celik jek mata makanan dah sedia terhidang..
if tak sedia terhidang pun, mak akan masak or beli kemudian..
so, memang kita tak tahu masak mee goreng ke, bihun goreng ke..
paling hebat kita buat time breakfast pun sandwich jela..
sedihnya..huhu

takpe, pasni, kita belajar masak breakfast pulak ye..
nanti jangan terkejut kalau ada seri muka ke, kuih kasui ke, puteri berendam ke kan..
hamboi-hamboi..macam hebat sangat ye..
ke laut je la nanti..=p




2. skill mengemas..


bab ni pun rasanya Alhamdulillah, masih boleh dibuat..
kita suka kemas dalam rumah jela..
luar rumah tak berminat..
sebab satu, kena mengadap pancaran sinaran matahari..
satu lagi pulak, kalau kena main tanah-tanah ni, memang tak la kan..
tapi kalau terpaksa tu, buat jugak..pakailah sarung tangan kebun tu..
tapi selagi boleh elak, kita elak..kihkih..
tapi kalau bab mengemas dalam rumah, tip top..=p
ceh perasan diri sendiri kunun..
mengemop ke, mengelap ke, menyapu ke, membasuh ke, bolehlah kita buat..
takdela kekok nak pegang penyapu nak menyapu sampah tu kan..
muka ni la yang selalu mengemop and menyapu rumah..
dan muka ni jugaklah yang selalu kena suruh basuh pinggan mangkuk periuk belanga kalau ada buat apa-apa kenduri kat rumah..
jadi, kepada mak mertua..
jangan risau..rumah kita takkan jadi tongkang pecah..
tapi nak menebas lalang ke mencabut rumput ke, mak suruh anak lelaki mak tu yang buat eh..
hihihi



3. skill menjaga anak..


hamboi, hamboi..
dah siap cerita pasal skil menjaga anak eh..hihi
preparation awal..

ha, untuk skill ni pulak..
insyaAllah jugak kita rasa kita tak menghadapi masalah besar kalau kena jaga baby or budak kecik..
sebab satu, kita kakak, pernah jaga adik-adik..
sebab dua, sebab kita tinggal sekali dengan opah..so kalau ada makcik-makcik yang nak berpantang, semua akan datang rumah kita..
jadi adik-adik sedara kita, memang dari kecik baby cinonet tu kita yang jaga..
tapi sekarang, dah lama tak jaga baby sebab makcik-makcik semua pun dah tak boleh beranak dah..
maybe akan kekok sedikit di situ lah kan..

tapi...kita sukaaaaa sangatttttt dengan baby..

rasa nak gigit-gigit jela..
haha




4. ape lagi skill ye..
skill melayan suami??


hoih, hoih..
disebabkan tak pernah berkawen lagi..
tak manis rasanya nak elaborate pasal ni kan..
sebab kita pun tak tau macamana..
tapi yang pasti..
kena pandai jaga makan suami..
kena jaga pakaian dia..
yang lain-lain, nanti lepas kawen baru sendiri tau..
kihkihkih




5. skill menjahit..

ha, kalau cerita pasal bab yang satu ni..
memang kita failed lah..
sebab kita memangggggg tak pandai menjahit..
even jahit jelujur pun tak lurus...
apetah lagi kalau nak jahit sembat ke, mata lalat ke, mata kucing ke..ehh
lagi ahkak tak reti dik non..
nak menjahit butang baju pun teruk bebenor..haha..

pada kita..
orang yang pandai menjahit ni, kesabaran dia tinggi..
dan jenis orang yang tekun..

itu bukan kitalah..
sebab kita jenis yang kurang sabar..dan kurang ketekunan..
asal siap sudah..asal boleh pakai sudah..hihi

baju raya tahun lepas, tailor yang selalu kita tempah tu tak leh nak amik tempahan sebab jaga cucu-cucu dia..
so my mum yang jahitkan baju kurung kita..
mak kita suro kita jahit sembat dekat hujung baju tu..
kita taram je la, asal boleh pakai..bukan orang nak tengok pun kan sebab bahagian dalam..

weekend haritu pegi tailor..
bagi baju kurung yang kita jahit sembat tu dekat dia sebagai contoh ukuran..
sekali dia cakap..

'apasal jahit macam ni'

kwang-kwang-kwang..dah termalu sendiri..haha


so, seni dan skill menjahit ni..
tak pernah lagi terlintas di fikiran nak belajar betul-betul
sebab tahu kemampuan dan kesabaran diri kat tahap mana..
kagum sangat dengan kawan-kawan yang boleh jahit baju kurung sendiri..
mesti korang banyak baju kurung kan..=)




6. skill bermulut manis aka bermasyarakat..

actually kita ni sebenarnya pendiam orangnya..

hanya pada sesetengah orang yang kita kenal rapat baru mulut ni jadi macam bertih jagung..
susah jugaklah kan sebab kalau dah kawen, keluarga akan jadi makin besar..
jumpa ipar duai sanak saudara dua belah pihak..
jadi kena bermulut manis..
sebenarnya lebih tepat rajin mulut..
bukan mengampu ye korangsss.


kita tak pandai nak sembang dengan orang tua..
apatah lagi kalo baya-baya opah..sebab kita dengan opah kita pun jarang bercakap..
heh???


tapi, walau macamana pun still kena memperbaiki skill rajin mulut ni..
tak nak lah orang cop kita sombong kan..
huhu..
bukan sombong, cuma tak tahu nak mulakan perbualan macamana..
tapi once dah start, dah panas enjin, takut tak larat nak dengar mulut kita pot pet pot pet lah pulak kan..hihi



oklah, rasanya itu jek kot skill yang terlintas kat pikiran ni..
mana lain yang ada tu, simpan dalam hati jelah kan..
sebab tetiba macam dah tak boleh nak berpikir jek ni..huhu


dah hari rabu la..
esok khamis..
lusa jumaat..

sabtu and ahad ni nak dating dengan encik tunang..
pegi fitting baju..
sewonoknya...tak terhingga..
last jumpa 2 or 3 bulan sudah kot..
lama memendam windu ni..
ceh..haha


till then..


x0x0


p/s : entry ni dah lama peram sebenanya..
harini baru dapat sambung balik sikit..wuwuwu..

thanks pada yang bagi sokongan pada entry lepas..
kita doakan preps korang berjalan dengan lancar..
dan tak stress meress macam kita ni..
Amin..






Tuesday, 4 February 2014

ke'busy'an yang terus melanda..


dear diary..


ya Allah, sumpah rindu ya amat-amat dekat belog ni..
lama betul dia ditinggalkan sepi..
bukan tuan punya belog tak nak update..
tapi sumpah betul-betul tak sempat..
banyak entry yang tergantung setengah jalan tersimpan dalam draft..
sebab bila tiap kali karang, tak sampai setengah cerita, terus kena buat benda lain..
jadi, bila nak sambung idea pun dah hilang entah kemana..
huhuhu


 ini pun tak janji bila lagi dapat nak update..
kadang-kadang sebelum tido, kalau teringat
sempatlah blogwalking pakai nset..
tak puas..sebab skrin kecik 
tapi jadilah, dari takde langsung kan..


masuk tahun 2014 ni..
ya Allah, dugaan lagi maha kuat..maha hebat..
beberapa kali jugak berderai jatuh airmata..
tempat melepaskan perasaan??
dah tentulah pada keluarga..
tak cerita sangat dekat encik tunang..
sebab dia jauh..even kalau cerita pun tak boleh nak tengok reaksi dia..
jadi, tempat yang paling mudah melepaskan perasaan, tentulah pada mak sendiri..
takpelah kalau mak tengok anak dia menangis berjujur airmata and hingus kan..
takde apa nak dimalukan, sebab tau muka memanglah buruks kalau menangis..
haha..



dugaan dari segi apa??

kerja..
kerja..
kerja..
preps kawen..
kewangan..


ha, nampak tak stress dan dugaan kerja tu lagiiii banyak..
tak tahulah, rasa nak berhenti kerja and do something yang boleh menggembirakan hati
terseksa rasanya kalau buat menda yang kita tak minat 100%..
tapi what to do..
sangat risiko kalau nak berhenti sekarang..
sebab utama, of coursela duit..


buat preps kawen pun sangatlah memenatkan, memeritkan mental sebenarnya..fizikal tak sangat..
sebab duit keluar macam empang air pecah..
menderu-deru..
tapi yang masuk..non ado..
savings pun terpaksa dikorek habis-habisan dah..
sampai dah tak tau nak korek kat mana lagi..
nasiblah emak banyakkkkk sangat membantu..
memang tak terbalas la jasa tu dengan wang ringgit..
ya Allah, kalau takde emak..
pada siapalah kita nak mengadu..
pada siapalah kita nak mintak pinjam duit..
huhuhu..


pernah masa chambering dulu..
elaun dapat sikit sangat..
nak kena bayar kereta, ptptn, minyak, broadband and makan sebulan..
tak masuk topup nset dan belanja adik makan lagi..
memang rasa muflis sangat time tu..
pastu, pada satu hari..masa tengah iron baju nak keje besok..
mencurah-curah airmata turun..
bila mak tanya kenapa..
cakaplah duit tak cukup..
nak jual broadband..


sampai sekarang, mesti family akan sakat kita balik..

dulu ade orang tu menangis-nangis takde duit sampai nak jual broadband dia..


haha, kelakar bila ingat balik..=p


tapi, memang..
dunia makin mencabar..dugaan makin besar
dan sudah tentu nilai duit kita pun dah semakin kecik..


ce kalau pegi watson or guardian..
rm 50 tu kejap jek habis
padahal beli tah pape..
setakat mask la, lotion la, wet wipes la..
oh, betapa kecilnya nilai duit sekarang..
even rm 50 pun dah kecik, apetah lagi kalo rm 10..
takat lepas makan breakfast and luncheon je lah..huhuhu


dan kerana duit jugak orang sanggup membunuh..
orang sanggup bercerai..
orang sanggup memaki hamun even darah daging mereka sendiri..

kalau tak kuat iman..kalau tak kuat akidah..

yes, kita mungkin terjerumus ke situ..
tapi mintak dijauhkanlah..
tak terdesak sampai tahap gitu lagi..huhu
masih punya duit untuk makan..
tapi nak bershopping berjoli sakan macam zaman belajar dulu..
memang tak dapeklah sekarang ni dik non..

(baru tau gane susahnya nak cari duit sendiri..dulu suka suki memperabihkan duit..wuwuwu)


kadang-kadang pening jugak..
sebab orang melayu ni terikat dengan adat..
bila ikut adat, duit keluar lagi banyak..
contoh macam hantaran..
itu tak penting, tapi my mum insist nak buat jugak..

peningnya kepala..

sebab hantaran tu, kos perbelanjaan dia lagi besar..
nak beli itu ini..
even kalau kata 5 balas 7 pun..
wuwuwu..


tengoklah macamana..
bulan 4 nanti baru nak pikir pasal hantaran..
setelkan menda lain dulu yang lebih penting kan..
ada rezeki nanti, ade..
takde, tak payah..
kita pun tak kisah dah sekarang..


setuju dengan salah seorang kawan kita ni..
dia cakap..


"dulu kecik-kecik i dreamed a big fairy tale wedding...
sekarang, i dream of no bridezilla..
no sight of her in a simple wedding..
a natural, DIY, less stress & inexpensive ceremony where there is no one to impress for"


yes, i agree with her..

dah tak dream a big fairy tale..
cuma mengharapkan majlis nanti sederhana yang boleh..
tak payah nak kagumkan sesiapa..
sebab mereka tak rasa susah seperti yang kita rasa..

tak kisah kalau orang cakap majlis kita tak gah..tak mewah..
yang penting diberkati..
sebab kalau majlis yang mewah sekalipun, tapi tak dibekati..
at the end bercerai..
ruginya melabur beratus ribu atau berjuta..


rasanya tajuk entry kena taruk caca merba..

semua ada..haha



till then..



x0x0..



p/s : nanti next week nak update my checklist..
insyaAllah kalau sempat..
wink 
-___-