Thursday 19 April 2018

Bersawang..


Assalamualaikum..

lama sungguh dah tinggalkan blog ni..
last entry bulan disember 2016 kot..huhu
pastu sunyi sepi tinggalkan blog bersawang..
kalau rumah kosong, tinggal lama-lama gini silap-silap dah ade penghuni lain dah..
scary meh..
nasib masih ingat lagi password nak bukak blog..
if tak ingat, memang terpaksa dilupakan terus la nak jengok..

actually, nak cerita pasal diri pun, tak banyak perubahan yang berlaku..
nak kata kenangan indah, entahlah..aku rasa aku ni macam tak ditakdirkan untuk membina kenangan-kenangan yang indah jek..haha
banyak yang tak indah..sampai satu masa rasa fed up, bila la nak habis..
maybe ada la jugak sikit-sikit yang indah, tapi lepas tu end up yang tak indah pulak..
contoh, bila pegi bercuti nak seronok-seronok dengan family, balik lepas tu anak sakit pulak sampai masuk wad..
dah 2 tahun ni, asal awal tahun jek mesti anak kena warded..loser sungguh rasa..huhu..
hopefully hari-hari yang mendatang ni, takdelah nak sakit-sakit sampai kena tahan wad lagi ye..Amin..

nak sambung cerita pasal beli rumah haritu pun macam dah ingat-ingat lupa kronologi dia..
aku akui, aku ni bukan jenis yang sentimental, rajin ambik gambar simpan buat kenangan..
yang mana ada kesan mendalam, aku simpan dalam memori pikiran aku jek..
so tu kadang-kadang bila aku nak recall balik kejadian tu jadi bila, jadi lost track la sebabnya aku memang tak note kat mana-mana..huhu..

jangan kata kenangan, puasa tinggal berapa hari pun aku boleh tak ingat..
end up, kenalah ganti semaksima yang mungkin, takut ada yang terlepas..teruk betul kan..

nak tanya pasal berat anak masa lahir, pukul berapa, tarikh bila, hari apa, memang aku tak ingat weh..
tapi husband aku ingat..
so kalau orang tanya ke apa, husband la yang jawab..
bini dia ni nak kata memory lost tak jugak, short term memory pun tak jugak..
tahlah, tah pekena dengan otak bini dia ni pun tak tahulah..=p

aku still lagi stay dekat penang..
yela, dah beli rumah dekat sini, nak pindah mana lagi pulak kan..
anak, Alhamdullilah, membesar dengan sihat seperti anak-anak orang lain..dah 2 tahun 5 bulan pun dia..
sehari kalau tak buat ibu dia ni jadi hulk memang tak sahla kan..hehe..
kerja, aku dah tak kerja firm lama..3 tahun aku dekat firm tu, last-last aku terpaksa angkat kaki jugaklah..banyak sangat politik, tak boleh nak coop..susah betul nak cari tempat keje yang takde main politik-politik ni..
kita ikhlas nak kerja, cari rezeki yang halal..
tapi tu lah, hidup mana pernah nak sempurna ye dak..
so sekarang Alhamdulillah, dah dapat kerja baru..nak cakap lebih-lebih pun tak berani sangat, sebab baru lagi join..
hopefully semuanya berjalan dengan baik lah..even bukan yang terbaik..
jangan berenti berdoa..

dari nak update sikit jek, terus panjang berjela..
kadang terpikir jugak, rational lagi tak blog ni..ade lagi ke orang baca..
tapi bila sendiri pun lama-lama tak bukak, tetiba bukak, baca balik entry lama-lama, mulalah kenangan tu terimbau kembali kan..especially untuk orang yang tak ingat memori-memori macam aku ni..huhu

oklah, nanti ada cerita best kita update lagi..

to sum up - tahun 2017 haritu adalah tahun bekerja, tapi tak kaya-kaya jugak..haha..tahun 2018 ni nampak gayanya macam lebih kepada family..sebabnya tahun ni saja ada beberapa sedara, adik ipar dan adik sendiri nak kahwin dan bertunang..so rasanya memang sibuk pasal kerja-kerja kahwin jela nanti..

oh teringat balik masa zaman nak tunang dan kawin dulu.. DIY itu ini sebab nak jimat..

till then..

x0x0..

No comments:

Post a Comment