Saturday, 17 October 2015

dear diary...


Assalamualaikum...


tetiba ade mood plak nak update blog ni..
pasalnye, sabtu minggu ni kita kerja
so nak tunggu pukul 1 ni macam takde apa nak buat
jadi apa salahnya update sepatah dua kata kan..
=p


harini ofismates termasuk dengan bos pegi panjat bukit dekat taman botani penang tu
kita tak pernah sampai lagi
hati teringin nak ikut, tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan la pulak
semalam dok rasa macam nak demam
harini dah ok sikit..cuma suara tu dah tukar jadi sengau
takpelah, next time kalau ada rezeki boleh la ikot kan
tak lari pun bukit tu, tapi kalau tetiba dia runtuh, tak tahulah pulak
terus ikut bos pegi daki bukit bendera jela
gigih weh..
lama dah tak buat aktiviti adventure macamtu
husband pun ada ajak pegi trekking dekat teluk bahang
situ pun macam menarik jugak
akan diusahakan nanti
dah siap bodek husband suro beli sport shoe kat kita sebab kita takde langsung kasut
nampak sangat tak aktif bersukan
hehehe


and satu lagi aktiviti kita nak buat dalam this month
ingat nak pegi honeymoon dengan husband
tapi tak jauh mana pun
dekat batu feringghi jek..hihi
teringin nak dok tepi laut menikmati keindahan alam, tengok sunset..sunrise (padahal rumah MIL dekat jek dengan laut kot)
dok tepi swimming pool
kenapa tak nak pegi jauh-jauh??
malasla, cuti bukan ada pun..nanti kena tolak gaji..sayang la pulak
so just honeymoon dekat sini jela
even batu feringghi dengan ofis bukan jauh sangat pun
nak balik rumah tido pun boleh
tapi saja nak mengedik stay semalam kat sana kan
nak rehat puas-puas
rasa sejak setahun kawen ni macam takde kualiti time dengan husband sangat pun
bz jek memanjang
tak hal personal..hal family..hal kerja
jadi kita rasa this is the best time yang kami ada
hopefully menjadi la..malas nak booking hotel awal-awal lagi
nanti takut ada last minute plan, dah deposit burn
ni pun tengah dok pikir nak stay kat mana
tengok hard rock pun tengah ada promotion
yela, bukan time cuti skolah kan
we'll see la nanti..=)


ok la..tu jek nak update
balik japgi nak anta MIL pegi airport
ikot rombongan che kiah ke sarawak..bestnye..
pastu nak pegi tengok rumah..hopefully boleh nego price yang terbaik
lagi lama tangguh nak ada rumah sendiri, lagi meningkat harga rumah
lagipun kat penang ni mana nak dapat harga yang murah-murah dah..
apartment pun dah 500k lebih..huhu
hopefully, ada la rezeki nanti


till then


x0x0



Friday, 25 September 2015

#throwback


assalamualaikum...


first of all, kita nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua..
lama tak bersiaran, tup tup la ni baru nak hupdate blog..hehe


mesti ramai yang cuti arini, tapi kita tak cuti pun..
kena kerja..since esok pun ade lelong nak kena attend, so rasa macam tak berbaloi jek nak ambik cuti harini..
lagipun kita tak balik kampung, jadi tak kisahlah kalau kena kerja
kalau dok kat kampung lainlah kan..


bila lama tak menulis ni, rasa macam kekok la pulak..
kalau korang terbaca ayat yang macam pelik-pelik tu
harap memahamilah ye..hehe


sedar tak sedar, nak masuk hujung tahun dah..
dan rasa nak dekat setahun jugaklah peristiwa pahit, kelat tu terjadi..
kadang rindu jugak dekat arwah Adam..mungkin sekarang kalau dia ada, dah boleh makan solid food dah..
tapi nak buat macamana, Allah dah tetapkan begitu..
raya Aidilfitri haritu turn balik raya kampung kita
dan buat pertama kalinya kita melawat kubur Adam..
sayu jek rasa hati..kita kuatkan semangat tak nangis
sebab kita tahu tempat dia dekat Syurga dah..
yang kita ni sebagai parents dia tak tahu lagi mana kedudukan kita bila mati nanti..
takpelah Adam..ibu redha sebenarnya..walaupun kadang-kadang tu orang rasa macam kita ni tak pernah ingat anak..
tapi jauh di sudut hati tu, sentiasa terfikirkan dia..
cuma kita tak nak terlalu terkenangkan menda yang dah takda
sebab kita tahu, dia pergi for a good reasons..
mungkin kalau dia lahir aritu pun, kita tak mampu nak jaga or didik dia sebaiknya..
perancangan Allah tu Maha Adil sebenarnya..
huhu


dan bila cerita pasal #throwback ni
teringat pulak masa zaman-zaman belajar..belum kawen dulu
macam sekarang kita and friends ada group whatsapp..
kalau dulu, zaman muda remaja, dari topik A sampai ke Z boleh dibuat bersembang
tapi sejak masing-masing dah kawin ni
isu yang biasa disembangkan ialah pasal anak
nampak sangat masing-masing dah masuk fasa motherhood =)
ada yang anak sorang..ada yang nak masuk dua..
kita??Insyallah..doakan lah ada rezeki nanti ya..
sape yang taknak anak kan..
usaha tangga kejayaan..walaupun trauma tu masih ada sebenarnya..


oklah, nanti kalau ada kesempatan, kita update lagi..
sekarang ni payah sikit
sebab ofis ni banyak CCTV
either CCTV sistem, mahupun CCTV manusia
even takde keje pun, takleh nak mengular sangat
hehe


eh tapi sebelum tu nak remind
raya-raya jugak
jangan bedal daging korban banyak sangat..
nanti dapat darah tinggi pulak..tak pun terlebih kolestrol
kita kalau daging korban ni kureng sikit
satu sebab dia fresh..bau dia kuat
pastu kita tau dia kena korban, jadi macam takleh nak makan..
orang cakap kalau kita kesian kat binatang tu, jatuh haram makan dagingnya..

tapi pelik jugak, kalau hari-hari biasa tu pun, lembu tu kena korban jugak ye dak..
tapi boleh jek makan..
tahlah..psikologi jek ni..
hehe


till then


x0x0









Sunday, 7 June 2015

senyap...muncul...senyapk


salam korang..


sihat ke??
tuan empunya blog ni alhamdulillah, sihat jek
cuma biasala kekadang tu adela tersakit sikit-sikit pasal cuaca sekarang kan tak menentu
kejap panas..kejap hujan..jadinya badan pun ikot perubahan cuaca jugaklah..


lama rasa tak update blog ni
sampai dah bersarang tahap apa
rasanya normal la kot kan..sebab kebanyakkan blogger yang masa single dulu rajin gila ni update blog
bila dah kawen, mulalah tiga empat bulan baru nak update
pastu bila dah ada anak, lagi la lima enam bulan blog bersawang
tup tup anak dah pandai jalan..pandai cakap and nak dapat adik baru da
hihihi
adatlah kan..


kita rasa quite sunyi pulak harini and untuk seminggu akan datang..
sebelum ni, kalau korang ade baca and ikut blog kita ni
sebelum kawen aritu, kita ada pernah cakap yang husband kena pergi training dekat vietnam for 6 months
tapi tak jadi pegi sebab lastly dia undergo operation and terpaksa berejat lama


tapi, tadi sebelum subuh, kita dah kena hantar husband dekat airport
kalini dia kena pergi vietnam jugak
walaupun bukan untuk tempoh yang lama..seminggu jek kena pegi
terasa sunyi tu mula la nak wujud
maklumlah, sebelum ni dah biasa duduk PJJ
so kalau dia pergi pun maybe tak terasa sangat
tapi sejak tiga bulan ni kami duduk sama
rasa kehilangan and sunyi tu mula timbul
dah takde sapa nak nyakat kita seminggu ni
dah takde sapa kita nak cari gaduh seminggu ni
nasib seminggu, kalo 6 bulan, mau meroyan jugak da la


company pun bagitau last minute
preparation just buat semalam jek..semalam la nak tukar duit, nak beli itu ini
semalam jugak baru nak packing back
kalau company bagitau awal, mungkin kita boleh ikot sama
sebab hotel dan free..makan minum pun dah free
tinggal duit airport and duit nak shopping jek kena sedia sendiri
tapi kalau banyak duit, lama jugak dah hati ni booking jek flight
tapi memandangkan banyak benda lagi yang perlu difikirkan, terpaksa tahan jela kerinduan tu kejap kan
nanti kata mengada-ngada pulak nak berkepit 24 jam dengan laki
kuikuikui..


jadi memandangkan husband takde seminggu ni
kita nak ambil cuti khamis and jumaat balik ipoh
segan la nak duduk rumah in laws kalau husband takde
rasa lebih baik balik rumah sendiri kan
nak bermalas-malasan pun takde rasa segan dengan sesapa


and kita rasa seminggu ni nak balik kerja lewat sikit la
husband takde kat rumah, kalau balik awal nanti mesti rasa sunyi
jadinya kita tengoklah dulu drama tv3 tu sampai habis sebelum balik
oh, tadi masa hantar husband kat airport, terserempak pulak dengan fathia
tak sempat nak snap gambar jek
hehe


cuti sekolah ni penang ya Allah makin teruk jem nya
stress betul
pagi-pagi kereta takdelah banyak..which is good..dapat sampai ofis/court awal
tapi bila nak balik tu, mengucap banyak-banyak jela dalam hati ni sambil dok nyumpah seranah..boleh pulak kan 2 in 1
dahla sekor-sekor bawak kereta macam hape
last 2 weeks si itam kena sondol dari belakang
disebabkan manusia yang tak reti nak menyabar..nak jugak potong queue even dia tau keadaan jalan memang sesak nak mampus..
sakit kot hati ni..dok sini kereta tu macam-macam calar ade dah..
pasni kalo banyak duit nak beli kereta kebal
senang nak lenyek sesapa yang buat taik tu..
puas hati..


oklah, nothing much to say dah
kang lagi banyak yang merepek


till then


x0x0x0



Saturday, 9 May 2015

menyepi


assalamualaikum korang..


tengok tajuk pun dah tau kan empunya blog dah lama sangat tak bersiaran
jangan kata nak update blog..nak blogwalking sekarang ni pun dah ke laut..
sedih betul..
kalau tengok balik last entry kat sini awal bulan march haritu
means dah dua bulan blog ni terabai..
kesian..


korang sihat ke??
tapi yang penting, ade lagi ke korang-korang nak baca blog kita ni
=p


takpelah, kalau takde orang baca pun, kita baca sendiri jelah nanti bila-bila masa free
hehe


dah dua bulan jugak kita pindah duduk dengan husband
perasaan??

honestly kita lagi suka duduk jauh-jauh macam dulu
kenapa kita cakap gitu eh??


sebabnya, even sekarang dekat pun, malam jek baru jumpa
sebab kita selalu balik lewat
weekend pulak kadang-kadang kita kerja, kadang-kadang husband kerja
so, memang jarang nak dapat berdua-duaan sangat
tambah pulak sekarang still duduk dengan in laws
jadi takkan nak berkepit dengan laki jek kan
nampak sangat kurang manisnya


kita pun terlalu rindukan suasana kerja dekat ipoh
lebih relaks lebih fleksibel
dekat sini sume mende nak kena rushing
if not parking takde..nak keluar makan pun mikir 10 kali
sebab nak kena tempuh jam bagai..pastu parking
malas nak parking merata
baru dua bulan dok sini dah beratus saman kita kutip
baik MPPP ataupun saman speed trap
padahal bawak kete bukanlah pecut tahap apa
tapi yela..dah speed limit 80 km/j..kau bawak almost 100km/j
memang kena speed trap la kan
aduhai..gaji dapat bayar saman, parking jek
takdelah nak merasa shopping sangat even gaji besar sikit dari sebelum ni
huhuhu


pasal makanan pulak
even orang kata penang ni syurga makanan
bagi kita, tak kena sangat dengan tekak
nasi kandar??pasembur??rojak??
memang bukan favorite kita la dek non
yang suka coconut shake dekat padang kota tu jek
itupun baru 2 kali pegi beli
kalau larat nak jalan kaki dari mahkamah tu ke padang kota, pegila beli
if not, dok jela kempunan sebab malas nak jalan jauh-jauh tengah panas ni dengan blazer dan files bagai..


feeling dekat tempat kerja baru??
obvoiusly 100% change dengan environment firm lama
dekat sini meeting..meeting..meeting
firm besar..gitulah kot
ade sekali haritu dalam satu hari ade 3 meetings
gst meeting, strategic meeting dengan meeting with staffs
tak ke haru
dah asyik attend meeting, bila kerja nak buat kan
haruslah lepas habis office hour pukul 6 tu
then kita selalu balik lepas maghrib..paling lewat pun sebelum 9
tak larat dah la nak stay lagi lama
macam takde life jek nak menghadap kerja 24jam
tv sekarang pun dah tak tau cerita apa yang hot..
jangan kata cerekarama, samarinda, akasia, sume dah tak tengok
walaupun dulu kita pun bukanlah kaki tv
tapi sekarang nak bukak tv tu pun dalam mimpi jelah
huhuhu


terfikir jugak sampai bila nak macamni
pegi kerja awal pagi
balik kerja dah malam
macam dah terabai pulak laki tu kan
nasib la husband pun faham tengok bini dia ni penat bebenor
tolong jugaklah basuhkan baju, sidai baju
lipat baju jek tak..tu kita buatkan lah..hehe
nak memasak untuk husband pun sebulan adelah dua tiga kali
sebab selalu mak mertua da siap masakkan
tapi kalau dia tak masak or takde dekat rumah, hari cuti jela kita masak
kalau hari keje kena makan luar la jawabnye
dah sampai rumah pun pukul 9, kalau nak masak, pukul berapa nak makan kan
kita sekarang ni pukul 11 dah lelap
letak jek kepala kat bantal, sekelip mata dah tido
kadang husband cakap jugak
tengah dia sembang dengan kita, tengok kita dah senyap
dia layan candy crush jela bagi lali
kesian..huhu


oklah..tu jela nak cerita dulu
nanti kalau ada cerita lain kita update lagi
bila lama tak update blog rasa macam kekok nak menulis dah
ayat pun jadi macam tak best jek nak baca


till then


x0x0xo