Saturday, 9 May 2015

menyepi


assalamualaikum korang..


tengok tajuk pun dah tau kan empunya blog dah lama sangat tak bersiaran
jangan kata nak update blog..nak blogwalking sekarang ni pun dah ke laut..
sedih betul..
kalau tengok balik last entry kat sini awal bulan march haritu
means dah dua bulan blog ni terabai..
kesian..


korang sihat ke??
tapi yang penting, ade lagi ke korang-korang nak baca blog kita ni
=p


takpelah, kalau takde orang baca pun, kita baca sendiri jelah nanti bila-bila masa free
hehe


dah dua bulan jugak kita pindah duduk dengan husband
perasaan??

honestly kita lagi suka duduk jauh-jauh macam dulu
kenapa kita cakap gitu eh??


sebabnya, even sekarang dekat pun, malam jek baru jumpa
sebab kita selalu balik lewat
weekend pulak kadang-kadang kita kerja, kadang-kadang husband kerja
so, memang jarang nak dapat berdua-duaan sangat
tambah pulak sekarang still duduk dengan in laws
jadi takkan nak berkepit dengan laki jek kan
nampak sangat kurang manisnya


kita pun terlalu rindukan suasana kerja dekat ipoh
lebih relaks lebih fleksibel
dekat sini sume mende nak kena rushing
if not parking takde..nak keluar makan pun mikir 10 kali
sebab nak kena tempuh jam bagai..pastu parking
malas nak parking merata
baru dua bulan dok sini dah beratus saman kita kutip
baik MPPP ataupun saman speed trap
padahal bawak kete bukanlah pecut tahap apa
tapi yela..dah speed limit 80 km/j..kau bawak almost 100km/j
memang kena speed trap la kan
aduhai..gaji dapat bayar saman, parking jek
takdelah nak merasa shopping sangat even gaji besar sikit dari sebelum ni
huhuhu


pasal makanan pulak
even orang kata penang ni syurga makanan
bagi kita, tak kena sangat dengan tekak
nasi kandar??pasembur??rojak??
memang bukan favorite kita la dek non
yang suka coconut shake dekat padang kota tu jek
itupun baru 2 kali pegi beli
kalau larat nak jalan kaki dari mahkamah tu ke padang kota, pegila beli
if not, dok jela kempunan sebab malas nak jalan jauh-jauh tengah panas ni dengan blazer dan files bagai..


feeling dekat tempat kerja baru??
obvoiusly 100% change dengan environment firm lama
dekat sini meeting..meeting..meeting
firm besar..gitulah kot
ade sekali haritu dalam satu hari ade 3 meetings
gst meeting, strategic meeting dengan meeting with staffs
tak ke haru
dah asyik attend meeting, bila kerja nak buat kan
haruslah lepas habis office hour pukul 6 tu
then kita selalu balik lepas maghrib..paling lewat pun sebelum 9
tak larat dah la nak stay lagi lama
macam takde life jek nak menghadap kerja 24jam
tv sekarang pun dah tak tau cerita apa yang hot..
jangan kata cerekarama, samarinda, akasia, sume dah tak tengok
walaupun dulu kita pun bukanlah kaki tv
tapi sekarang nak bukak tv tu pun dalam mimpi jelah
huhuhu


terfikir jugak sampai bila nak macamni
pegi kerja awal pagi
balik kerja dah malam
macam dah terabai pulak laki tu kan
nasib la husband pun faham tengok bini dia ni penat bebenor
tolong jugaklah basuhkan baju, sidai baju
lipat baju jek tak..tu kita buatkan lah..hehe
nak memasak untuk husband pun sebulan adelah dua tiga kali
sebab selalu mak mertua da siap masakkan
tapi kalau dia tak masak or takde dekat rumah, hari cuti jela kita masak
kalau hari keje kena makan luar la jawabnye
dah sampai rumah pun pukul 9, kalau nak masak, pukul berapa nak makan kan
kita sekarang ni pukul 11 dah lelap
letak jek kepala kat bantal, sekelip mata dah tido
kadang husband cakap jugak
tengah dia sembang dengan kita, tengok kita dah senyap
dia layan candy crush jela bagi lali
kesian..huhu


oklah..tu jela nak cerita dulu
nanti kalau ada cerita lain kita update lagi
bila lama tak update blog rasa macam kekok nak menulis dah
ayat pun jadi macam tak best jek nak baca


till then


x0x0xo





2 comments:

  1. duk kat buzy cities mmg camtu kan.... mcm xdak life je rasa nye... grrrrr
    masa duk habis tak kt opis..mesti atas jalan.... (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu..takde life langsung..ofis jd rumah first..jalan dan kereta jd rumah second..rumah betul last skali..huhu

      Delete