Wednesday, 18 December 2013

kursus kaweng oh kursus kaweng...


dear diary


dah masuk hari rabu ni..esok khamis..lusa jumaat..
memang pantas sungguh masa berlalu..

tapi bila masuk kerja pukul 8.30
nak tunggu balik 5.30
berjaman-jaman rasanya..huhuhu


hi b2b semua..
tetiba kan..hehe


korang dah pergi kursus kawen ke??

kita belum lagilah..

cadang haritu nak pergi bulan 10..
pastu tunda bulan 11..
pastu nekad, tunda bulan 12..mesti pergi jugak..

tapi, at lastnya??

tinggal 13 hari jek lagi ni..
telefon mana-mana tempat buat kursus kawen pun tidak..
jangan cakaplah pasal nak mendaftarkan diri kan..
memang lagi tidaklah..hohoho..


tak tahula kenapa malas jek nak pegi kursus tu..
tapi kalau tak pegi, tak leh kawen pulak..
maybe sebab dia 2 hari kot..
pastu dari pagi sampai petang..
kita ni time weekend jela baru dapat nak regangkan badan, regangkan otak..
ni kalau pegi, direct seminggu otak bekerja keras..
sian dia..

alasan..haha


encik tunang pun sama..
cakap haritu nak pegi bulan ni jugak..
tapi dak pegi pon dia..

sama dua-dua 2x3 = 6
3x2 = 6..kannnnn


tengoklah nanti..
dah terdesak nak kawen nanti kot baru gelabah biawak nak pegi kursus kan...


yela, yna tu memang gitu..
pelik sikit perangainya..

bila ada mood, dia setel awal-awal..
bila mood malas datang, tah bila zaman dia nak setelkan pulak..


hehe..



till then..


x0x0..

Tuesday, 17 December 2013

cerita encik tunang...



Salam semua..

kita nak cerita kesinambungan daripada kisah hadiah buat encik tunang aritu..

siap, ada kesinambungan tu tak tahan..
hehe..


***********************************************


sebelum ni, dalam entry yang kat atas tu..
kita ada cerita kat korang yang encik tunang selalu sakit kepala, stress-stress kan..
tak tahulah apa yang dia stress sangatkan tu..kihkihkih..


dan kita, bertindak sebagai cik tunang yang prihatin lagi mengambil berat lah kunun-kununnya..=p
belikan atau hadiahkan dekat encik tunang vitamin B Complex Shaklee..


sebabnya..
vitamin B Complex Shaklee ni sesuai untuk mereka yang mengalami :

 sakit kepala, migrain dan juga baik untuk yang mengalami stress atau tekanan..



apa lagi kebaikan vitamin B Complex Shaklee ni kalau korang nak tahu??
>> membantu untuk mengekalkan tisu otot yang sihat, saraf, kulit, mata, hati, rambut dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro

>> terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan

>> diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu ia dapat membantu mencegah anemia

>> membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan

>> membina rambut yang sihat dan mencegah uban

>> membantu dalam merawat alergi dan menyembuhkan luka

>> membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia,  membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan dan melindungi daripada keracunan plumbum

>> Folic acid dalam B-Complex Shaklee merupakan vitamin B9 yang sangat penting bagi wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Tujuannya adalah untuk membentuk saraf tunjang bayi bagi peringkat awal kandungan disamping sebagai agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam badan

>> Folic acid dapat membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun yang penting sekali adalah Saintis telah memastikan bahawa folic acid membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi




*******************************************************


so, dah berapa minggu encik tunang consume vitamin B Complex Shaklee ni..

ingat tak mula-mula tadi kita nak bagi encik tunang tak sakit-sakit kepala dah..

tapi, tau apa yang encik tunang recover pulak???





instead nak suruh baik sakit kepala..
resdung pulak yang dia ok..
hehehe..


tapi sakit kepala dia pun dah kurang sebenarnya..
cuma kita tak jumpe je pulak mana msg wassup tu..huhu..


kenapa dari stress terus ke resdung pulak eh??


actually vitamin B Complex Shaklee ni pun memang boleh diamalkan untuk sesiapa yang mengalami resdung..tapi kalau nak lagi best, combinekan dengan Alfalfa..
memang lagi terbaik la rawat resdung tu..

macam kita pun ada resdung jugak..
tapi bila kita consume alfalfa terus ok..tak amik vitamin B Complex pun..
tapi sekarang dah start amik vitamin B Complex sebab dah nak kawen ni kan..
dia elok untuk persediaan perempuan untuk mengandung..ngeeee


macam encik tunang, dia amik vitamin B Complex terus ok..Alhamdulillah

sebenarnya
ikut badan kita jugak..
tu nanti kita nak suruh encik tunang beli alfalfa pulak..
mesti lagi elok la resdung dia tu kan..hehe..


suruh ye..bukan bagi hadiah lagi dah...kehkehkeh..=p


berbalik kepada wassup encik tunang semalam..
sebab kawan dia pun interested jugak kan nak try..

tadi lepas habis court, lari kejap pegi shaklee..
kalau pagi-pagi pegi, cepat sikit tak ramai orang kat kaunter..
terus boleh beli jek..pegi lewat sikit jenuh nak menunggu..
ramai rupanya makan shaklee ni sebenarnya..


ni hasil rembatan untuk kawan encik tunang..




jap lagi nak pegi pos laju..
kita serik beli online dah..
haritu encik tunang punya vitamin B seminggu lebih baru dapat..
sedih iollss..



oklah..


eh, sebelum tu..


sesiapa yang nak order dengan kita..
tak kisahlah vitamin b ke, vitamin c ke, atau apa-apa lagi produk shaklee..


email me at teddie_talez87@yahoo.com

or wassup 017-3574853 laju-laju okey..

special price pada siapa yang beli dengan kita..
dan free consultation seumur hidup..weeeee


dan jangan lupa..
kan bulan ni kita buat promosi ESP Shaklee dan Vitamin E Shaklee pada harga terbaik korang pernah dapat..
jangan lepaskan peluang ok..
tinggal 13 hari je lagi ni...
nanti bulan depan tak tau lagi kita nak bagi harga terbaik ke tak..hehe..


tapi sebelum tu


 kita memang hepi sangatttttt2 sebenarnya..
at least adalah jugak menjadi tunang yang berguna kepada bangsa..
gituhhhh..hahaha
till then..
x0x0
p/s : kesihatan lagi bernilai daripada duit semata..=)

Friday, 13 December 2013

duck addicted...


salam jumaat korang..


my mood masih lagi tak ok..
tak tahulah bila nak ok kan..
hopefully by next week dah kembali ceria, bertenaga, bersemangat..
 Amin...


esok adik nak belanja tengok the hobbit..
tiket dah beli..2 kapel seat..
bukan untuk kapel..
tapi untuk kita, adik 1 adik 3 dan emak..
meraungla kapel-kapel esok tengok seat dah kena curik dengan family..
tak dapat korang nak berasmaradana dalam panggung tu kensss...

hehe..


berbalik pada tajuk entry..

kita sememangnya addicted dengan seketoi duck ni..

kenapa bukan seekor??

sebab dia bukan menda yang hidup..


apa mendalah yang kau merepek ni yna???


meh tengok..





















ha, ni la duck yang kita addicted tu..
bukan nak makan itik tau..
sebab kita tak suka makan itik..


kita tak tahulah kenapa addicted sangat dengan menda alah ni..
sebab dia comel kot..
 start addicted sejak mula kerja ni..
means dah almost 3 tahun gak la..
sian kan..huhu


 jenuh nak cari menda alah ni..
merata ipoh kita pusing cari..
sebab nak letak dalam kereta..dekat dashboard..
tapi tak jumpa..
alih-alih beli jek yang getah tu..
alah yang untuk mainan baby tu..


tapi, tak tahan lama..
sebab bila sebulan dua letak dekat dashboard..
dia dah mula lembik..
dan kaler pun dah tak kuning..tak syomel dah..=(


agak-agak korang tau tak kat mana ade jual duck ni tapi versi keras??

kalau dapat yang kecik-kecik tu, susun dekat dashboard, mesti syomel angattt..=p


 ade jumpa dekat tesco station 18..
tapi yang lembut, macam teddy bear..
mahal pulak tu..
besar bola pingpong tu rm10..membazir namanya tu..
 so, end up tak beli..walaupun kemaruk tahap cimpanzi..huhuhu


 kita siap wat gambar itik ni jadi profile picture fb tau..

last-last adik komen..






haha...


till then..



x0x0



 

Thursday, 12 December 2013

tak tahu nak letak tajuk apa...


dear diary..

kenapalah lately ni macam kehilangan idea untuk berkata-kata..
kehilangan semangat untuk membuat sesuatu..

dah masuk 2 hari tak buat apa-apa preparation pasal kerja kawen..
kalau tak, tiap-tiap malam mesti dok buat 100 lebih bunga roselt felt..
2 hari ni balik rumah, takde buat apa
tengok tb jek..
lepas tu rasa nak bercakap dengan orang pun malas..
so, banyak diam jela..


kenapa ni??


nak kata ade masalah??

takde..


nak kata gaduh dengan sesiapa??

takde..



nak kata duit tak cukup??

memang tak pernah cukup..tapi masih boleh makan minum dengan sesuka hati..



nak kata tidur malam tak cukup??

pukul 11 dah tido and pukul 7.45 baru bangun nak pegi keje..
hey, kita bangun semayang subuh dulu, tido balik tau..bukan tak bangun subuh..




dah tu, apa lagi yang tak kena??

entahlah..ada masalah kat mana-mana lah ni yang tak dapat nak detect..huhu..



pagi-pagi malas giler nak pegi keje..
sampai dekat court pun muke seposen jek..badan pun malas-malas nak jalan..
hurm, tak sukalah macamni..
nak buat apa pun takde semangat..



i think i need a vacation..

sapa nak pegi holiday dengan saya??

jom-jom..




till then..



x0x0..



p/s : nampak gaya cuti 3 hari yang ambil next week kena cancel jek balik..='(