Sunday, 24 November 2013

Kebaikan Vitamin E Shaklee...


salam semua..


jarang-jarang nak update pasal shaklee kan..
hehe

oklah, harini kita nak cerita pasal kebaikan vitamin E shaklee..

apa yang membezakan vitamin E shaklee dengan vitamin E yang dah ada dekat pasaran sekarang..
dan mesti ramai jugak yang pernah atau sedang consume vitamin E samada supplement tersebut dibeli daripada distributor shaklee, farmasi atau mana-mana jenama produk kesihatan yang lain kan..


actually, kita kenal vitamin E ni sebelum kita jadi distributor shaklee..
dan sebelum kita tahu wujudnya shaklee ni..hoho..
sebab masa study dulu memang dah pernah consume vitamin E..
tapi kita beli dekat guardian or watson..
sebab pernah cari ubat untuk jerawat, last-last pharmacist dekat guardian syorkan kita makan vitamin E sebagai salah satu supplement yang boleh mengecutkan jerawat dan memudarkan parut..
tapi biasalah, time study..bila ada duit, baru beli..bila dah nak huung-hujung sem, duit kat bank pun makin menipis..last-last stop terus consume vitamin E..huhu..


namun, sejak berkenalan dengan shaklee ni..
barulah kita nak start consume balik..
yelah, dah dapat harga ahli kan..sapa yang tak nak..
tolak tuah le kalau tak beli..hehe..


eh, panjang pulak mukadimah..

lets begin..





kalau korang nak tahu vitamin E shaklee ni diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta).

ianya adalah vitamin E yang lengkap dipasaran..satu kapsul vitamin E shaklee ni mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

secara kesimpulannya, satu kapsul vitamin E shaklee ni adalah bersamaan dengan 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam..sebabnya satu kapsul vitamin E shaklee memberikan 400IU vitamin E semulajadi..sebab itu dia memang superb untuk kecantikan kulit..=)





apakah manfaat utama vitamin E shaklee ni???

- untuk melindungi jantung. pengambilan 800IU vitamin E atau 2 kapsul untuk jantung yang sihat. ia melindungi sel darah merah untuk mengelakkam pengasidan lipid, meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang anemia dan penyakit jantung
- mengandungi anti-oksidan yang tinggi untuk awet muda
- memperbaiki peredaran darah dan memperbaiki tisu
- sebagai rawatan semasa PMS dan juga mengawal sindrom menopous
- mengurangkan parut jerawat dan jeragat
- mengurangkan stretch-mark lepas bersalin dan parut-parut yang lain
- menyembuhkan luka dan kesan melecur dengan cepat
- meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan
- menjadi kulit dan rambut yang lebih sihat dan cantik
- merawat masalah keintiman
- merawat masalah seksual lelaki
- merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi dan ,memperbaiki kitaran darah


kalau korang nak tahu juga vitamin E shaklee ni juga boleh dijadikan masker semulajadi..

caranya, ambil satu kapsul vitamin E ni, cucuk dengan jarum yang bersih, picit kapsul sehingga keluar minyak dia, then sapu nipis pada kulit yang bermasalah..
sesuai dibuat pada malam hari sebelum tidur..then pagi besok baru basuh muka..
insyaAllah, kulit korang akan makin lembut, sihat dan parut juga makin pudar..

tapi itu pada mereka yang terlebih rajin atau nak perubahan yang cepatlah..

kalau consume 1 kapsul vitamin E ni sekali sehari saja pun dah memadai..sebab kesan dia memang best..=)

yang paling best, vitamin E ni boleh dimakan oleh lelaki dan juga perempuan..
so, pada sesiapa yang dah kawin tu, boleh kongsi dengan husband..
sebab, selain untuk kecantikan..vitamin E ni jugak meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan, dan juga merawat masalah keintiman..

eh, kita tak kawen lagi, so kita tak tahulah macamana kan..hehe..

tapi hasil feedback daripada kawan-kawan kita yang dah kawen dan mereka consume vitamin E ni, mereka cakap husband mereka lepas makan vitamin E ni makin umphh..
tak tahulah umphh macamana kan..haha..
so, kalau korang nak tahu, pada siapa yang dah kawen tapi tak try lagi vitamin E ni, silalah cuba ye..

phone kita takde software printscreen..maklumlah phone cikai jek..huhu
tidak kita letak dekat sini dah testimoni tu..
tapi nanti ada pulak yang kata blog kita lucah pulak..

no,no,no okey..kita tak lucah tau..
sebarkan informasi saja..


ok, stop setakat itu ye bab-bab tu..=p
malu i nak cerita panjang-panjang..haha


tapi sebelum tu,
ada yang kongsi informasi yang ada orang bukan distributor shaklee tapi menjual
trial pack produk shaklee..katanya..
tapi sebenarnya bukan produk shaklee..
bahaya ye tu kawan-kawan..
kalau nak try beli trial pack, silalah hati-hati..sebab shaklee tak pernah buat trial pack..
maybe ada yang tak mampu nak beli botol besar then ada setengah distributor yang baik, mereka akan jual trial pack untuk bagi orang lain cuba..
yang itu takpe..tapi pastikan botol trial pack yang korang beli itu dijamin kualitinya okeh..
sebab sekarang macam-macam orang menyamar..
yang bukan distributor, menyamar jadi distributor, tapi jual bukan produk shaklee..
takut kesannya pada penggunalah..kalau elok takpe, tapi kalau memudaratkan, naya orang jek..huhu..
jadi, belilah pada distibutor yang berdaftar ye..
hanya secebis peringatan daripada kita..=)


pada sesiapa yang  nak try vitamin E shaklee ni..
boleh laju-laju email kita okey..

teddie_talez87@yahoo.com

atau wassup 017-3574853..

tapi sorry kita nak cakap awal-awal ye..kita tak jual trial pack..sebab kita takut nanti kualiti tak terjaga..then customer marah-marah kita..
so, kita nak avoid menda-menda macamtu..
jangan risau..harga memang special price kita bagi..
tapi kalau korang kata mahal..kena pikir balik macamni tau..


dalam satu botol vitamin E ni ada 120 kapsul..
sehari makan 1 kapsul jek..
so satu botol boleh tahan almost 4 bulan kalau makan sorang..
kalau kongsi 2 orang pun 2 bulan tahan..
jadi, memang berbaloi dengan harga dia..
=)



till then..

x0x0..



Thursday, 21 November 2013

pernah tak rasa...


hai semua..
 
rasa macam mood ting tong harini..
maybe pasal cik bulan datang menjengah kot..huhu
 
apa da..cik bulan datang pun nak hebah seantero dunia ke??hukhuk


tak, sebenarnya just nak tanya..
pernah tak korang rindukan seseorang sampai rasa nak nangis??
 
perasaan tu datang secara tiba-tiba jek..
padahal memang takde isu pun..
kadang-kadang sambil buat kerja, then perasaan rindu tu datang menjengah..
membuak-buak pulak tu..
then mesti hati rasa sayu jek..
 
ke kita sorang je emosi ting tong gini..orang lain rilek jek??
hoho..
 
 
tanya encik tunang semalam kenapa ye cik tunang rasa macamni..
 
dia cakap..
 
maybe sebab kita jauh kut..ce kalau kita duduk dekat, hari-hari jumpa, takkan rasa rindu sampai nak nangis lagi??


ada betul jugak apa yang dia cakap..
kalau duduk dekat, hari-hari jumpa lepas tu malam sebelum tido nak nangis lagi..
memang melampau la pulak kan..hehe..
 
tapi manatau, ada jugak orang yang macamtu..
sebab kita tak pernah la merasa lagi bercinta dekat-dekat..
dulu dan kini asyik jauh-jauh jek..
thats why la kot terasa rindu sampai nak nangis..
huhu..mengada kan???=p
 
 
tapi nak buat macamana...
soal hati dan emosi ni bukan boleh tahan-tahan..
tapi kita takdelah pulak nak menangis sampai tersedu sedan..
just kadang-kadang mengalir air mata and air hingus jek..
tu pun sikit..
asal dia kuar jek..then lepas tu dah okeh..=)
 
 
tapi, rasa bersalah jugak..
sebab merindui seseorang yang belum halal..
kan dosa jugak tu..hurm...
 
 
tengok ticker kat bawah..
 
 
 
 
eh, 6 bulan 1 minggu 3 hari je lagi??


wah makin tak sabar walaupun banyak menda yang tak setel sebenarnya..


ah, persetankan semua itu..
kita hanya nak hubungan yang halal..
and cant wait for that moment to arrive..


hey..tapi korang jangan pikir yang kuning-kuning je tau..
kita tak pikir tang situ pun..
=p



till then..


x0x0..



p/s : sorila kalau tergediks sikit harini..haha
 
 
 

Wednesday, 20 November 2013

SHAKLEE : sharing is caring..


salam korang..

dah hari rabu pun..cepat je sekarang..
tinggal 2 hari je lagi kerja..
then kembali weekend..
seronoknya..=)


pada yang tahu..
kita nak bagitau..
kita salah seorang Shaklee Distributor dekat Malaysia ni..
actually, kita bukan nak berbisnes sangat pun..
tapi apa salah kalau nak share kebaikan produk Shaklee ni dekat orang lain kan..
sekurang-kurangnya, kita sebarkan maklumat, dan kesannya..


alhamdulillah, dah almost 2 bulan lebih kita consume produk shaklee..

nak tahu macamana kita boleh terjebak dengan shaklee ni??

macamni cerita dia..

ade satu hari tu, kita google pasal produk apa yang boleh kurangkan masalah keputihan..
actually, dari zaman sekolah memang kita ada masalah ni..
bila jumpa doktor, they said it is normal..
tapi badan kita sendiri, memang tak selesalah kan..
tak lalu nak pakai pantyliner je kejenya..
then bila google..macam-macam produk yang keluar..
kalau jamu-jamu tu, kita tak berapa confident..
sebab tak tahu apa bahan dia, ada chemical ke tidak, atau halal ke tidak..
then, terbaca dekat satu blog ni (kita tak ingat dah blog sapa)
kata dia, Alfalfa Shaklee boleh mengurangkan masalah keputihan tersebut..
kita tak main buta-buta beli terus..
kita google-google lagi cari apa kebaikan dia..boleh percaya ke apa semua..
then tanya dekat mak pernah dengar tak jenama shaklee ni..
of course la mak cakap pernah..dari zaman kamu lahir dia dah ada..
oh ye ke..then kita rasa reliable dan boleh dicuba..


tapi kita tak beli dekat akak punya blog tu..
kita beli dekat irine nadia..
alah, blogger famous tu..mak kepada fiska medina..
sebab waktu tu irine ada buat promotion..
kita terus email irine, tanya berapa harga alfalfa apa semua..
terus berminat nak beli..
salah satu reason lain, sebab macam best je blogger famous reply email kita..haha..


then beli dekat irine lah..
2 ari lepas tu dapat alfalfa..
balik ofis, terus try..sebab kita ni memang jenis tak reti nak sabar..haha


mula-mula kesan dia, dia keluarkan semua kekotoran yang ada..
dalam seminggu jugak la keputihan tu jadi banyak..
tapi kita tahu, itu healing process..
so sabar, dan teruskan makan alfalfa tu..
alhamdulillah, sekarang keputihan tu dah makin takde..
mungkin harini dia kuar..then 3,4 hari lepas tu baru keluar balik..
kalau nak suruh berhenti terus, maybe mustahil..
kita pun takut..macam kejap sangat effect dia
yela, daripada zaman sekolah ada, tetiba makan terus stop..
ajaib sangat tu..
sebab kalau produk yang kita makan terus elok, dia ada dadah atau bahan yang bahaya untuk badan sebenarnya..
tapi takpe, yang penting sekarang masalah dah semakin selesai..
yela, nak kawen ni segan la pulak dengan masalah keputihan kan..huhu..


selain masalah keputihan, alfalfa tu jugak boleh menyingkirkan toksin daripada badan dan melancarkan proses pembuangan..
memang kita jugak hadapi masalah sembelit..sebab kita memang kurang minum air..huhu..
so, bila makan alfalfa tu, bukan setakat keputihan..masalah sembelit pun setel sekali..


mula-mula masa kita beli, takde sapa pun kat rumah nak try..
tapi lepas tengok kita punya perut dah semakin kurang buncit..=p
dan bila kita cakap lepas makan alfalfa tu dah tak sembelit..
sekarang ni bukan kita saja yang makan..
mak and opah pun makan sama..
so senang, beli satu kongsi ramai-ramai..alfalfa tu dah masuk botol kedua sekarang..=)
mak kita pun cakap alfalfa bagus..dia pun dah tak sembelit..
sebab sebelum ni dia ada beli satu produk ni..
tapi bukan takat hilangkan sembelit..siap bagi cirit-birit 5,6 kali masuk toilet..
tak lalu la pulak kita..itu menyeksa diri namanya..
so far, sejak makan alfalfa ni, takdelah lagi cirit-birit..
sehari sekali jek membuang..happy sangat..


kadang-kadang bila bahan buangan dalam badan kita ni banyak, tu yang jadi masalah kesihatan yang lain macam jerawat, masalah berat badan dan lain-lain..


lepas kita tengok makan alfalfa ada kesan yang baik pada badan..
terus lagi bersemangat nak beli produk shaklee yang lain..

tapi macam rugila if beli dekat orang lain..
mesti harga lagi mahal kan..
so, kita riki-riki pulak macamana nak jadi ahli..


then terbaca satu blog blogger famous jugak..
lyana hisham..
masa tu dia ada buat entry pasal menambah pendapatan dengan shaklee..
mula terasa berminat..
terus email lyana hisham tanya macamana nak jadi ahli apa semua..
sebab lepas jadi ahli, lagi senang kita nak beli produk..


lyana terus email kita bagitau itu ini..
lepas kita buat pembayaran untuk jadi ahli, automatik kita dah boleh beli produk dengan harga ahli..horay..
dan lyana hisham sekarang dah jadi 'mommy' kita..
sebab dia akan guide macamana nak berjaya macam dia..
insyaAllah, i will try my very best..


lepas dah jadi ahli, kita beli ESP, vit C, GLA
coming soon nak beli produk yang lain jugak..
kena la beli berdikit-dikit..sebab nak save cost untuk majlis kahwin jugak kan..
tapi jangan risau, produk shaklee harga dia mmg affordable kalau nak beli compare tu syarikat-syarikat kesihatan lain yang bila kita tengok harga macam nak pengsan..
tamau cakap syarikat apa, nanti kena saman..haha


so far, setakat makan alfalfa, ESP, vit C and GLA ni..
mestilah nampak makin banyak kemajuan pada diri kan..

contohnya, kita pernah cakap dulu kulit muka kita jenis berjerawat..
sekarang ni bukanlah nak kata takde jerawat langsung..masih ada cuma semakin kurang..
kulit muka pun nampak semakin sihat..
kalau dulu memang nampak tenat jek kulit muka ni sebab try banyak sangat produk-produk chemical..
so sekarang, kita nak biar dia bernafas dulu..just ambil produk dalaman..produk luaran kita elakkan dulu..
parut-parut yang kecil semua dalam proses ada-tiada..cuma tinggal parut yang dalam jek..itupun semakin pudar..=)


lepas tu makin perasan..
kulit badan makin lembut dan cerah sedikit..
kalau nak tahu, kita sekarang suka belai kulit sendiri..
rasa macam best je pegang..haha..


satu lagi yang kita perasan, parut-parut kat badan pun semakin menghilang..
dekat celah-celah lipatan tu semua dah makin cerah..
kita tak berani nak sapu krim..takut effect apa-apa kemudian hari..
even parut kena ekzos motor masa time kecik dulu pun dah pudar-pudar jek..
padahal kita tak pernah sapu apa-apa kat situ..even losyen..


jadi, bila rasa ada perubahan positif satu demi satu..
jujurnya memang kita lagi bersemangat untuk cantik..
ade ke manusia, terutama perempuan yang tak nak cantik???

cantik tu subjektif..
bagi kita, kita nak kulit kita sihat..
dan juga dalaman badan yang sihat..
umur muda lagi, badan nak guna lama lagi..
kalau daripada sekarang tak jaga..takut tua nanti apa pun tak lalu nak buat..


dan satu lagi yang paling best..
sejak makan ESP, badan kita memang jadi bertenaga sikit..
kalau tak dulu, lepas balik dari court, mesti kita dah penat-penat tak larat nak buat keje dah..
sekarang Alhamdulillah, takde dah rasa badan penat-penat..
padahal sekarang hari-hari balik lambat..
sampai rumah kena buat kerja rumah pulak..
tido pun lambat..
oh, yang ni memang terbaik..=)


eh..eh..satu lagi..
see banyak kesan dia sebenarnya..hehe..
sebelum ni berat kita 58.7kg..
tapi last month timbang dah jadi 56kg..wah lagi happy..
bulan ni kena timbang lagi..

 
kita cerita ni bukan nak mengampu shaklee tau..
tak dapat apa pun kalau kita ampu shaklee tu..hehe..


just nak hebahkan, kongsikan dengan orang lain tentang masalah yang kita hadapi..
dan solution yang kita dapat buat dengan jayanya..

tak kisah if korang tak nak percaya..
kita tak rugi apa-apa..
sebab niat utama just nak share saja..
tapi rasa-rasanya, siapa yang dah consume shaklee, memang dia tahu kualiti produk ni macamana..=)


tapi pada sesiapa yang berminat nak try produk shaklee ni..
boleh jek nak email kita

teddie_talez87@yahoo.com

atau wassup 017-3574853..tapi bagitau nama awal-awal ye..sebab kalau call daripada orang yang kita tak kenal kita tak angkat..
malas nak angkat sebab takut kalau insuran ke, bank ke yang telefon..
tak abih-abih nak promote kad kredit la, ape la..
ingat lawyer ni gaji juta-juta hape..huhu

 korang boleh bagitau kita apa masalah kesihatan yang korang alami atau hadapi..
kita akan consult the best produk yang sesuai dengan masalah korang tu..
dan jangan risau pasal harga..

memang murah dari biasa..hehe..


eh lupa, siapa yang nak order ESP or Cinch or Performance Drink dengan kita..
5 orang terawal kita bagi percuma shaker..
sebab itu je stok yang ada..
insyaAllah, nanti kita beli shaker banyak-banyak then boleh bagi free kat siapa yang beli..=)



sebelum tu tepek gambar satu..




my feveret ESP's recipe..
milo suam dengan ESP..hari-hari balik kerja mesti kena seshaker..hehe

gambar bawah..encik tunang amik candid haritu masa keluar..pasai tu tatak senyum
suka amik pic kita senyap-senyap pastu wassup dekat kita..hehe



till then..


x0x0..


p/s : tak sabar tunggu gaji..=)


Tuesday, 19 November 2013

dah kawen nanti nak dok mana???


salam semua..

kita tak dapat nak cerita banyak pasal prep majlis..
sebab mostly banyak yang tak buat lagi sebenarnya..


my friend call hari tu tanya..
macamana persiapan apa semua..
tapi kita cakap itu belum, ini belum..
hatta pergi kursus kawen pun belum..
tak tahulah nak kawen ke tidak ni..huhuhu..


nantilah, pelan-pelan kita daki..
nanti kalau dah siap semua awal-awal tak best pulak..
boleh pulak gitu kan..
orang lain semua nak settle awal, kita sorang je nak kelam kabut nanti..=p

eh, jangan doakan tau..

hopefully semuanya berjalan dengan lancar..AMIN..

so, sorry pada korang if nantikan update pasal persiapan kawen..(tapi ade ke yang ternanti-natikan???hurm)
sejujurnya, memang takde benda nak update kalau pasal prep..
kalau pasal menda merapu banyak..hehe 
nanti kalau ada info yang bermanfaat, kita kongsi ya..bukan kedekut tau..


selain pasal persiapan..soalan yang paling famous amos ditanya pasal dimana nak tinggal lepas kawen nanti..
baik kawan-kawan mahupun family pasti tanya pasal ni..
soalan cepumas la katakan kalau masing-masing duduk berlainan negeri..
kalau tanya kita, kita takde jawapan lagi..
kena tunggu rezeki..
if ada rezeki untuk duduk sekali sebaik saja lepas majlis..syukur alhamdulillah..
tapi kalau takde rezeki, maybe terpaksa duduk berjauhan dulu..tapi harap-harap tak lama lah..
sapa yang nak kan..
dah la masa bercinta pun bila-bila zaman baru berjumpa..
takkan dah kawen pun nak hadap situasi yang sama..
oh, kita tidak setabah yang disangka..x_x


dah tu kenapa tak nak duduk sekali jek terus??


sebab pertama, pasal kos sara hidup..
encik tunang memang dah pesan awal-awal memang dia tak nak keluar daripada penang..
katanya kalau semua orang melayu nak keluar daripada penang..
takkan nak biar penang tu senang-senang jadi milik bangsa lain..
oh, berjiwa patriotik sungguh encik tunang..hehe..


dah tu kalau nak tinggal di penang..
sewa rumah saja paling koman kita rasa 5,6 ratus..
tak termasuk perbelanjaan lain lagi..
makan, minum, bil, kereta so on and so forth..


kami bukannya orang berada..
petik jari terus mencurah-curah turun duit..
itu memang menjadi satu kerisauan yang amat sangat..
cukup ke duit if nak menyewa disana..
tapi harap-harap satu hari nanti ada rezekinya..
sebab niat kita baik..InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita..


bagi kita, sebolehnya kita tamau tinggal sekali dengan mertua..
even baik macamana pun mertua tu, tapi kita rasa kalau dah berkahwin, belajarlah untuk berdikari..
kita tak ajak encik tunang tinggal dengan mak kita..
dan kita juga tak nak encik tunang ajak tinggal dengan mak dia..
bagi kita, kalau terpaksa tinggal pun sebulan dua maybe boleh..
tapi bukan setahun dua atau selama-lamanya..
kalau tak, sampai bila nak berdikari..
sampai bila nak merasa senang jek tanpa perlu berusaha dan bersusah sendiri..
takut nanti kalau dah terbiasa dengan keadaan senang, tak boleh nak susah sedikit..
bagi kita, takpelah kalau rumah sewa tu takde tv, katil, peti ais sekalipun..
biar tido atas lantai beralaskan tilam jek..kita sanggup..
nak merasa duduk berdua jek..
nak merasa susah senang bersama..
nak merasa bercinta puas-puas sebab masa time couple dengan tunang, tak dapat nak merasa semua tu..
itu harapan kita..=)


my mum pulak sebolehnya nak kita tinggal dekat ipoh..
anak perempuan sorang katakan..
memang kita tak manja..tapi mungkin dia rasa kalau kita jauh, siapa nak teman dia pergi beli baju..siapa nak layan sembang cerita gosip-gosip perempuan..walaupun adik-adik lelaki kita gemar bergosip..tapi lain bila bergosip antara lelaki dan perempuan..
dan bila terpikirkan satu hari nanti terpaksa berjauhan jugak..
sayunya hati..
tapi nak buat macamana..kalau dah kahwin mestilah kena ikut suami kan..


tapi insyaAllah, kalau tak mampu nak beli rumah di penang..
dah pasang niat nak beli rumah di negeri tumpah darah sendiri..
moga-moga dimakbulkan satu hari nanti..AMIN..AMIN..AMIN



sebab kedua pulak..pasal kerja..
sebab sekarang kita baru tukar kerja..
kontrak dekat tempat sekarang setahun..if tak cukup setahun kena bayar balik yuran guaman..
oh rugi tu, takkan sebab sebulan dua nak cukup setahun then  berhenti..then kena bayar 1k+..
buat kenduri pun duit dah habis banyak..
ni nak tambah lagi duit bayar yuran..tidak..tidak..
paling-paling awal kalau kita nak berhenti pun kena cukupkan setahun kerja..
tapi kalau lepas kawen nanti, duit turun mencurah-curah..
then kita sanggup bayar balik yuran tu..=)
tapi kalau takde rezeki, kita bersabarlah berjauhan dulu dengan encik suami..
memang kira pakai jari tak lama..
4 bulan jek duduk jauh lepas majlis..
tapi rasanya bila dah kawen nanti, seari jauh pun dah macam setahun..
tengok berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah kawen and duduk jauh dengan husband..huhu



sebab ketiga..pasal kerja jugak..
 kalau encik tunang duduk di ipoh, maybe susah pada dia untuk dapat kerja lain..
sebab dekat sini tak banyak tempat yang sesuai untuk dia..
kalau ada pun, mungkin gaji tak sehebat sekarang..
terbalik pulak dengan kita..
insyaAllah kita rasa kalau kita pindah penang, rezeki mungkin lagi banyak daripada sekarang..
sebab kalau nak compare gaji lawyer dekat ipoh dengan gaji lawyer dekat penang, maybe 1 1/2 kali ganda kot lagi banyak dekat penang..
tapi tengoklah jugak, gaji besar pun, cost of living pun  tinggi..
semua tu kena ambil kira..
dunia sekarang duit..duit..duit..



kalau boleh lepas majlis, kita tamaulah semua simpanan habis..
kurang-kurang mesti ada duit simpanan emergency..
sebab kita tak tahu apa akan jadi..
kalau rezeki awal, pregnant..semua tu perlu duit jugak..
memang nak kawen ni bukan sekadar nak fikir seronok jek..
hal-hal lain pun kena fikir sama..



disebabkan reasons diatas..
start daripada sekarang kami dah didik diri supaya terima dulu keadaan kalau lepas majlis nanti terpaksa duduk berjauhan dulu..
tengoklah nanti, siapa yang free, dia balik la..
kalau tak free pun kita percaya tiap-tiap minggu mesti nak jumpa..
dah halal kan..sapa lagi nak larang..hehe..
jangan pikir kuning okeh..=p



jadi, itulah kesimpulannya..
pasni kalau orang tanya lagi..
kita just nak jawab entah jela..
nak describe satu-satu reason, jenuh kot..
nanti kang selang 10 min sorang lagi pulak tanya..
nak kena explain lagi..
jadi, jawapan yang paling mudah nak cakap gini jela..


kalau nak tahu, sila baca blog saya+kamu=bersama okeh..kat situ ada jawapannya..

ok tak???haha


sebelum mengundur diri..
nak share satu menda ni dengan korang semua..
kawan-kawan shaklee kita share aritu..
rasa rugi pulak if tak share dengan korang..=)


jika tiada rezeki anak
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

jika tiada rezeki wang ringgit
mungkin diberikan rezeki kesihatan
maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal

jika tiada rezeki rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak putus
maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan

jika tiada rezeki pasangan yang cantik
mungkin diberikan rezeki pasangan yang lebih baik dan pandai menguruskan rumahtangga
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

jika tiada jodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua

jika tiada rezeki hari ini
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari
maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka

bersabar..bersyukur..berusaha..berdoa..bertawakal..
Hanya Dia Allah Yang Maha Adil

"Hasbi Rabbi Jalallah Maafi Qalbi Ghairullah Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah..Muhammadur Rasulullah..



till then..


have a nice day and x0x0...