Wednesday, 17 July 2013

invitation card..

hai korang..


lama rasenya tak update blog..
padaha baru 2,3 hari kan..hehe..
takde idea nak taip ape..
(padahal sebenarnya banyak..tapi malas)



wedding invitation..
salah satu menda yang penting dalam majlis perkahwinan..
kalau takde jemputan, takkan nak kawin sorang2 kan..
macam duduk dalam hutan la pulak tak berdunia dengan orang lain..
tapi bagi aku, untuk kad kawin, tak perlulah nak over bajet..
bukan orang simpan pon..
duit habis beribu2, last2 ke tong sampah jugak perginya..sedey..
tapi kalau dah kaya sangat tak tahu kat mana duit tu nak dibuang2, ape salahnya buat kad yang gempaks kan..
tapi pastikan duit yang dilaburkan tu setanding dengan kecantikan kadnya..
ada orang habis nak dekat rm5-6 untuk 1 kad..
tapi kadnya, sedey tol tengok..such a waste of money..huhu..
kalau bagi aku duit tu pon takpe gak..


actually, aku suka sangat tengok kad yang cantik, cute dan nampak exclusive..
tapi of course la harga satu kad tu pon dah berapa hinggit..
let say rm4  untuk 1 kad (agak je coz tak tahu the real/exact figure)
darab dengan 500 contohnya..
wow, banyaknya habis untuk kad..
boleh buat pergi honeymoon..hehe..


sape yang tak suke menda yang cantik and exclusive ye dak..
kalau ade yang tak suka tu maybe ada something wrong somewhere la tu..
baik pegi check doctor..=p


jomlah layan gambar..
cakap banyak2 pon tak guna..
bulan pose ni kena kurangkan bercakap..
banyakkan istiqamah..ye2 lah sangat kau..
hehe..


jatuh cinta dengan yang ini..=)


















simple..tapi suke the colours..=)






cantik kan..berapalah harga 1 kad macamni..huhu












memang aku kipas susah mati reben, lace and pearls..
huhu..


kesimpulannya..
nanti kad aku macamni la pesennya..
tapi diy sendiri jela..
MAMPU????
we will see..=p



till then..

x0x0

Thursday, 11 July 2013

ragam pemandu malaysia

hai korang..
macamana berbuka semalam??
aku biasa jela, makan nasik..
kalau dulu-dulu pas berbuka makan, pas terawih makan..
tapi sekarang tak mampu jek da lagi perut nih..
nak diet samalah kan..
hari2 biasa payah nak diet..so kita cubalah berdiet di bulan puasa yang mulia ini..hehe..



sebenarnya, dah lama sangat aku nak buat pasal tajuk enrty kat atas ni..
bukanlah kata aku ni pemandu yang terbaik di dunia..
biasa2 sahaja..
side parking pon tak lepas..
bawak pon kereta auto jek..huhu..
(aku sedar diri aku sebenarnya)
tapi, sebagai pemandu, kalau kita tak pandai tentang sesuatu tu, janganlah buat sehingga menyusahkan pemandu yang lain..
penduduk kat malaysia ni masih kurang sangat-sangat kesedaran sivik..
fikirkan diri sendiri saje..
aku pon kekadang gitu lah jugak..tak terkecuali..
tapi apa yang penting, pikirkan nyawa diri sendiri and orang lain..
dont be too selfish on the road..huhu..
jom, aku listkan perangai pemandu-pemandu malaysia yang selalu wat aku hangin terutama waktu pagi..
yelah, orang semua terkejar-kejar nak masuk ofis, kat situlah mereka nak buat perangai kan..sigh..


1. Lampu isyarat..

kalau tang warna hijau tu, bawak terkedek-kedek, tapi bila nampak jek lampu kuning, terus nak pecut..
geram betul aku..
dia lepaslah sebab memecut dekat lampu kuning..
aku ni pulak terpaksa tunggu lampu merah tu kan..sakit betul hati..



2. Lorong kanan, lorong kiri..

rasanya semua orang tahu, lorong kanan tu untuk memotong..
kalau tak tahu, meh nak bagitau nih..
so, janganlah kau bawak 20km/j then duduk dekat lorong kanan..
takkiralah kat jalan kampung ke, jalan persekutuan ke, jalan bandar ke, highway ke..
sedar diri sikit..
kalau bawak macam kura-kura, janganlah menyusahkan orang lain yang nak cepat tu..
fyi, kalau bawak slow sangat pon boleh mengundang kemalangan..
pegawai JPJ yang bagitau kat aku ye..
so kalau tak betul, pegi salahkan dia..haha



3. Make-up kereta..

maksud aku make-up kereta tu bukanlah pakaikan gincu ke, eyeshadow ke, eyeliner ke kat kereta kau..
tapi pasang skirting mirting bagai tu sume la..
ekzos kemain besar macam meriam..
pasang sayap macam nak terbang ke bulan bintang..
tapi bawak 20 km/j..
adoi..sakit hati and jiwa aku..
wat malu jek kereta sporty bukan main, tapi non ado..



4. Pemandu lelaki, pemandu perempuan..

mentaliti rakyat malaysia mostly berfikiran pemandu perempuan kat malaysia ni bawak kereta macam siput @ kura-kura..
tapi sebenarnya salah semua persepsi tu..
pemandu lelaki pon banyak hape bawak kereta macam siput @ kura-kura..
ade yang siap takut nak masuk simpang la, takut nak memotong la..
so, jangan nak salahkan perempuan jek ye..
aku ade sorang dua kawan perempuan yang kalau bawak kereta, aku tabik spring toing toing kat diorang..
sebabnya, lantaklah sekecik mana jalan, sekecik mana tempat parking, berbukit or tak, sume diaorang boleh lepas..
and aku tak pernah takut untuk naik kereta jika bersama mereka..
sebab kalau aku yang bawak, aku pasti aku pon takkan buat macamtu..haha..



5. Lampu signal

kereta tu dah sah-sah memang ada lampu signal..
unless kalau lampu signal kau rosak, then pergi tukar baru..
so everytime nak masuk simpang ke, nak memotong ke, gunalah lampu signal kau tu..
bukannya orang lain ada firasat macam ahli nujum boleh tahu kau nak masuk simpang ke, keluar simpang ke, nak memotong ke..
kalau semua manusia ada firasat macamtu, tak payah dah la pengeluar kereta nak letak lampu signal kan..
and faktor ni lah salah satu penyumbang kemalangan jalan raya..
ingatlah, kalau kau selalu tak buat menda yang betul, satu hari nanti akan terkena dekat diri sendiri balik..
its karma what..
so, sebelum kau terkena, baik kau gunakan semua lampu, butang2 kat kereta tu..manfaatkan sepenuhnya untuk kesenangan diri sendiri and orang lain..huhu
aku memang pantang betul kalau orang tak reti nak bagi signal nih..
kalau ade peluru berpandu boleh keluar dari kereta aku, memang aku dah tembak dia dah..


rasenya macam banyak lagi jek ragam-ragam pemandu malaysia ni..
tapi tetiba aku dah tak ingat..
mungkin bulan-bulan pose nih..
hati cepat jek jadi tenang kan..hehe..


papepun..
berhemahlah kita..
tak kira dimana..atas jalan or tak..
kan tu salah satu amalan yang murni..
dapat pahala lagi kalau menyenangkan orang..
=)


tetiba terpikir..
kalau semua orang ada lesen kapal terbang..
and semua orang ada kapal terbang..
macam manalah agaknya ruang udara kita..
rasanya lagi ramai yang mati setiap saat kot..
sebabnya kalau eksiden dekat atas awan, kapal terbang jatuh timpa bumi..
kalau tertimpa sekolah ke, hospital ke, rumah ke..
alamatnya ramailah yang terkorban..
sekejap jela pupus umat manusia dalam muka bumi nih..huhu..
tak sempat lagi nak kaweng..=p


oklah, sebelum melalut lagi panjang..
aku undurkan diri dulu..


selamat berpuasa di hari yang kedua..=)



p/s : aku trauma jumpa kereta kancil warna merah..
sebab setiap kali jumpa, even pemandunya lain2..
mesti ada masalah..i mean, tak bagi signal, bawak lembab nak mampus..tak pikirkan orang lain..
wondering mereka dah terkena badi kereta kancil warna merah ke???


sorry kalau ade yang terasa..
maknanya kamu buatlah perkara-perkara kat atas tu..hehe..


jangan marah-marah, nanti cepat tua..


adios..
no x0x0..=p



Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Datang..Alam Pun Riang..

Assalamualaikum w.b.t korang..


mentang-mentang dah start berpuasa baik pulak pembuka bicara ye..
hehe..apa salahnya..tak dosa pun kan..
pahala lagi ada..


actually, saja jek nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak ni pada korang semua..
semoga kita dapat tingkatkan keimanan, ketaqwaan dan kesabaran sepanjang bulan ramadhan ni..(self reminder)
and paling penting, diteruskan untuk bulan-bulan yang mendatang..
bukan untuk bulan ni saja tau nak buat baik..
tapi sebelum tu nak tanya la..
semalam pegi terawih tak??
=p


aku sangat-sangat berharap untuk ramadhan kali ni,
aku dapat menyucikan hati aku yang dah hitam pekat nih..
yelah, sebagai manusia biasa, aku bukannya setiap masa berbuat baik..
sometimes buat menda yang jahat-jahat jugak kan..
berfikiran jahat, dan semua menda yang jahat-jahat sikit..
kalau kata tak buat, nampak sangat menipunya..
tapi takdelah sampai tahap nak membunuh orang, berzina ape sume pulak..huhu
setiap orang mesti tahu tahap keimanan, ketaqwaan dia dekat mana..
macam aku jugaklah..
jadi untuk tahun ni, aku berdoa supaya aku menjadi manusia yang lebih baik dari semalam, tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya..
sebab kita tak tahu sempat atau tak nak bertemu dengan ramadhan tahun depan..
kira dah 26 tahun berjumpa ramadhan..
syukur Alhamdullillah..
and harap-harap dapat pose penuh macam last year..
tak payah kena ganti balik..hehe..


aku masih lagi menunggu berita baik..
and moga-moga di bulan keberkatan ni dapatlah aku rezeki tersebut..
sekiranya memang sudah tertulis rezeki aku..
tapi kalau tak, maybe Allah nak beri yang lagi baik..redha
 =)


oklah, i have no idea nak taip sebenarnya..
tapi saja nak taip jugak..
2 hari tak blogwalking..rase rindu lah pulak..hehe..



jumpe lagi..

x0x0



p/s : suka dengar lagu ramadhan datang by tompi..
carilah sendiri kat youtube ye..hehe

Tuesday, 25 June 2013

theme colour..part 2

jangan terkejut korang..
bukan takat part 1 jek theme colournya..
siap ade part 2 plak tu..haha..


coming soon part 3, 4, 5 and so on..
gila kemaruk warna aku nih kan..


seperti biasa..
gambar2 nih aku amik daripada marthestewartweddings.com
aritu patutnya nak taruk dekat part 1 tu..
tapi disebabkan tenet super duper luper lembab..
terpaksa ditangguhkan..


jom layan korang...



awas jikalau korang bukan peminat warna pastel..
tak payah tengok da entry aku okeh..



blue & silver















emerald aqua




















mixed of pictures..


sebabnya aku dah tak ingat combination kaler ape..
tapi disebabkan mata aku kata cantik..
so aku nak taruk kat sini jugak okeh..hehe























cantik tak korang??
bagi aku cantik..korang tak taulah kan..hehe


yang aku suke part bantal cincin tu..
idea yang kreatif..
boleh difikir2kan nanti..



actually..
aku tengah STRESS sebenarnya..
(bold merah capslock lagi tu tau..haha)


sebab apa??
tengok entry siang tadi la ye..
malas nak citer lagi..
mood aku dah lari ini hari..


rajin betul aku update blog 2x seari ye..
dah aku ni name jek keje skang..
tapi mcm penganggur jek..
daripada aku tengok jek skrin pc tu..
baik aku wat samting yang berpekdah sket untuk mase hadapan..kannnn



oklah..jom tido..
sok keje walaupun macam tak keje..
tak tahu ape status skang nih..
jangan tanya aku..




x0x0