Saturday, 9 May 2015

menyepi


assalamualaikum korang..


tengok tajuk pun dah tau kan empunya blog dah lama sangat tak bersiaran
jangan kata nak update blog..nak blogwalking sekarang ni pun dah ke laut..
sedih betul..
kalau tengok balik last entry kat sini awal bulan march haritu
means dah dua bulan blog ni terabai..
kesian..


korang sihat ke??
tapi yang penting, ade lagi ke korang-korang nak baca blog kita ni
=p


takpelah, kalau takde orang baca pun, kita baca sendiri jelah nanti bila-bila masa free
hehe


dah dua bulan jugak kita pindah duduk dengan husband
perasaan??

honestly kita lagi suka duduk jauh-jauh macam dulu
kenapa kita cakap gitu eh??


sebabnya, even sekarang dekat pun, malam jek baru jumpa
sebab kita selalu balik lewat
weekend pulak kadang-kadang kita kerja, kadang-kadang husband kerja
so, memang jarang nak dapat berdua-duaan sangat
tambah pulak sekarang still duduk dengan in laws
jadi takkan nak berkepit dengan laki jek kan
nampak sangat kurang manisnya


kita pun terlalu rindukan suasana kerja dekat ipoh
lebih relaks lebih fleksibel
dekat sini sume mende nak kena rushing
if not parking takde..nak keluar makan pun mikir 10 kali
sebab nak kena tempuh jam bagai..pastu parking
malas nak parking merata
baru dua bulan dok sini dah beratus saman kita kutip
baik MPPP ataupun saman speed trap
padahal bawak kete bukanlah pecut tahap apa
tapi yela..dah speed limit 80 km/j..kau bawak almost 100km/j
memang kena speed trap la kan
aduhai..gaji dapat bayar saman, parking jek
takdelah nak merasa shopping sangat even gaji besar sikit dari sebelum ni
huhuhu


pasal makanan pulak
even orang kata penang ni syurga makanan
bagi kita, tak kena sangat dengan tekak
nasi kandar??pasembur??rojak??
memang bukan favorite kita la dek non
yang suka coconut shake dekat padang kota tu jek
itupun baru 2 kali pegi beli
kalau larat nak jalan kaki dari mahkamah tu ke padang kota, pegila beli
if not, dok jela kempunan sebab malas nak jalan jauh-jauh tengah panas ni dengan blazer dan files bagai..


feeling dekat tempat kerja baru??
obvoiusly 100% change dengan environment firm lama
dekat sini meeting..meeting..meeting
firm besar..gitulah kot
ade sekali haritu dalam satu hari ade 3 meetings
gst meeting, strategic meeting dengan meeting with staffs
tak ke haru
dah asyik attend meeting, bila kerja nak buat kan
haruslah lepas habis office hour pukul 6 tu
then kita selalu balik lepas maghrib..paling lewat pun sebelum 9
tak larat dah la nak stay lagi lama
macam takde life jek nak menghadap kerja 24jam
tv sekarang pun dah tak tau cerita apa yang hot..
jangan kata cerekarama, samarinda, akasia, sume dah tak tengok
walaupun dulu kita pun bukanlah kaki tv
tapi sekarang nak bukak tv tu pun dalam mimpi jelah
huhuhu


terfikir jugak sampai bila nak macamni
pegi kerja awal pagi
balik kerja dah malam
macam dah terabai pulak laki tu kan
nasib la husband pun faham tengok bini dia ni penat bebenor
tolong jugaklah basuhkan baju, sidai baju
lipat baju jek tak..tu kita buatkan lah..hehe
nak memasak untuk husband pun sebulan adelah dua tiga kali
sebab selalu mak mertua da siap masakkan
tapi kalau dia tak masak or takde dekat rumah, hari cuti jela kita masak
kalau hari keje kena makan luar la jawabnye
dah sampai rumah pun pukul 9, kalau nak masak, pukul berapa nak makan kan
kita sekarang ni pukul 11 dah lelap
letak jek kepala kat bantal, sekelip mata dah tido
kadang husband cakap jugak
tengah dia sembang dengan kita, tengok kita dah senyap
dia layan candy crush jela bagi lali
kesian..huhu


oklah..tu jela nak cerita dulu
nanti kalau ada cerita lain kita update lagi
bila lama tak update blog rasa macam kekok nak menulis dah
ayat pun jadi macam tak best jek nak baca


till then


x0x0xo





Monday, 9 March 2015

permulaan baru...


assalamualaikum...


ikutkan dah seminggu kita di penang
dan dah seminggu jugak kita kerja di tempat baru
Alhamdulillah



cerita pasal tempat kerja baru
memang rezeki yang tak terjangka
sebelum and masa kita tender surat berenti haritu
memang kita tak dapat kerja lagi
jenuhla mencari vacancy and pergi interview
tapi takde rezeki
sampai satu tahap kita dah nak putus asa cari kerja
huhuhu



sebulan sebelum hari terakhir
kita saja-saja bukak laman web majlis peguam
nak tengok kot-kot ada vacancy dekat penang
tengok ade la satu big firm ni
yang mana adik kita kerja dekat branch dia dekat ipoh
kita try apply walaupun hati takdelah nak kerja situ sangat
sebab tahu bila big firm ni, responsibility lagi besar
takde experience satu hal
sebab dekat ipoh, setakat ni kita kerja dengan firm kecik-kecik jek



lepas dah anta resume by email
malam tu kita cerita kat adik yang kita ada apply firm dia branch penang
esok tu dia cerita dekat bos dia
then bos dia call bos penang untuk recommendation
macam hebat sangatlah kita ni kan nak recommend bagai
tapi tu la Allah kata rezeki
kita tak pernah pun tersua-sua mintak recommendation bagai
padahal kita kenal bos ipoh pun sebab adik kerja situ..adela sekali dua terjumpa dekat court..tu pun sembang-sembang jek



interview kali ni bos penang mintak bos ipoh tolong interview
kalau ikutkan position yang kosong tu untuk lawyer conveyancing (hartanah)
memang kita takde experience sangat..basic knowledge jek ada
takdelah nak mengharap sangat dapat..sebab tau diri tak selayak mana
tapi, at the end..permohonan kita diluluskan
boleh start kerja on 2 Mac 2015
kiranya lepas last day dekat ipoh, terus kena pindah penang immediately sebab dah start kerja tempat baru
takde rehat langsung
ingat dulu if tak dapat kerja lagi nak rehatla seminggu dua
tapi dah rezeki datang awal..kerja jela kan..dapat jugak gaji
hehehe



so far, kehidupan dekat ipoh dengan penang teramatlah berbeza bagi kita
if dekat ipoh kita boleh bangun 7.55 pagi then pukul 9.00 pagi dah sampai court
dekat sini dekat bangun 6.35 pagi dan sampai ofis pukul 9.00 pagi
setakat seminggu ni dok observe, atas jalan saja akan makan masa around 1 jam hingga 1 jam setengah
kalau hari jumaat lagilah bercinta sebab super duper jam
dan waktu balik pulak, kalau kat ipoh pukul 5.30 sharp dah hilang
kat sini pukul 6.00 lebih or around 8.00 baru boleh balik



satu sebab kerja
dua sebab meeting
tiga sebab jam



owh..sebab yang ketiga tu paling tak tahan
sampai sakit-sakit kaki menekan brek
kenapalah banyak sangat kereta dekat penang ni
i wish i have my personal driver
walaupun dia just bawak my hitam tu
dan bukannya bmw, merc, porcshe or ferrari
huhuhu




another thing yang buat kita sedih
sebab kat sini kita takde kawan
even kat sini ramai staf compared to ipoh's firm
tapi still kita takde kawan
maybe ade jurang antara staffs and lawyers
and the other lawyers soooo busy doing their work..plus they are senior
so memang kita takde kawan..nak lunch pun sorang-sorang jela
sedih



pastu pulak kita stress betul pasal parking dekat sini
dah la kena menghadap jam
pastu parking pulak payah
kalau ada pun samada mahal..atau macam bahaya jek nak park..
kita rasa baru seminggu dok sini duit gaji bulan lepas dah habis dok bayar parking and minyak kete saja
sedih iolls
last weekend pegi 1st avenue..terpaksala window shopping sambil menahan nafsu yang maha hebat untuk membeli
sebabnya duit dah nazak..uwaaaaaa



untuk bulan pertama ni, kita harap kita boleh bersabar nak menghadap and belajar menda baru
budaya kerja pun dah tak sama
dengar cerita diorang kat firm ni selalu balik lewat sebab kerja banyak
lawyers asyik bertukar ganti sebab tak tahan dengan pressure kerja
hopefully, kita dapat hadapi semua tu..insyaAllah




i miss my hometown so much..
i miss my family..i miss my lil dada (huda)



mesti nanti bila kita balik kampung my lil dada tak nak dah dekat kita
sebab dia tu kalau lama tak jumpa orang, dia tak nak dekat orang tu
huhuhu
hopefully minggu ni plan nak balik kampung jadi
kalau tak jadi, kena tunggu lagi 2 minggu
sebabnya next weekend kita kena kerja
huhuhu



till then



x0x0



p/s : mak and best friend dah pesan jangan putus asa
tidak nanti tak dapat bonus RM60k

sabau jela..=p


yes, it is true..ade sorang lawyer kat sini dapat bonus RM60k last year..

bestnye!!!!














Wednesday, 25 February 2015

2 hari lagi..


assalamualaikum


lama tak update blog
kadang rasa macam banyak cerita jek nak cerita kat sini
tapi masa plak takde

bila kadang rasa takde cerita nak cerita
masa ada la pulak

homaii..masalah betul kan..


actually


perasaan kita tengah bercampur baur sekarang ni

lagi 2 hari jek kita nak keje sini..tinggal dekat ipoh ni
sabtu ni dah fly ke penang..
memulakan kehidupan baru dengan husband
nervous rasanya bila pikir nak tinggal sekali
sebab rasa macam dah terbiasa jadi long distance husband and wife
bila nak duduk sekali ni selalu terpikir
nanti nak buat apa ye

haha..ade pulak gitu kan



on the other side
seronok pun ade
tak payah nak berulang
penat la nak drive balik penang lepas habis kerja
pastu hari ahad dah kena balik sini balik sebab isnin kerja
tak payah nak menanggung rindu..tak payah nak pendam sorang-sorang masalah



tapi..
kita rasa sedih teramat
nak berpisah dengan mak sebenarnya
dulu berpisah pun sebab belajar
lepas habis belajar, tinggal sekali sampai sekarang
and now, tak berapa hari lagi nak tinggalkan dia balik


senang if kita ada ayah
tak susah hati nak pikir emak tinggal sorang..takde sape nak teman
tapi, kita dah takde ayah
jadinya, perasaan tu memang berat tersangat-sangat
dan kita tahu emak pun rasa gitu jugak



oklah..itu jek nak celoteh
nanti ada masa kita cerita lagi
kerja banyak lagi nak kena setel
ikutkan hati nak tinggalkan gitu jek..dah nak berenti pun kan
tapi memikirkan amanah Dia..tak nak pulak makan gaji duit haram



till then



x0x0




p/s : tak sempat-sempat lagi nak lawat kubur baby adam
dah 3 bulan lebih dia pergi
ikotkan next week EDD..huhu


 

 

Tuesday, 10 February 2015

pap smear...takdelah sakit pun


assalamualaikum semua..


lama pulak tak update blog ni
bukan apa, masa sekarang ni amat mencemburui hidupku
ecece ayat tak boleh blah
haha



 maklumlah, hujung bulan ni last keje kat sini
tu sebablah keje banyak gile nak kena setel
macam dah takde orang lain yang boleh buat keje
macam iolls sorang jek yang kena buat
penat betol..pastu balik rumah stress..pastu main game zombie..sampai malam tido pun mimpi zombie
=p



eh, dah lari tajuk
balik kepada tajuk asal



actually kita sepatutnya kena buat pap smear lepas 6 weeks after abort baby haritu
tapi disebabkan rasa cuak and trauma sakit
last-last asyik postpone jek
bila semangat tu datang, period pulak
adoyai..sabor jela..



tapi last weekend saja sembang-sembang dengan husband
tanya bila kami nak start ade baby balik
sebab sekarang masih dalam tempoh pantang.. doktor advice
tapi rasa macam tak sabar sangat dah nak ade baby and lalui balik pengalaman mengandung tu (walaupun kita sakit sana sini masa preggy, tapi sume tu indah)
terpikir plak masa preggy baby adam dulu kita ade sakit gigi
sampai la ni gigi tu tak cabut2 lagi
maklumla klinik gigi kerajaan kan
appointment saja dah berbulan
nak tunggu cabut gigi pun rasa mau makan masa setengah tahun
tambah kes kita ni gigi bongsu tak tumbuh habis..berlubang plak tu
takde cara lain kena operate bagi kuarkan
lagilah berjamanlah nak tunggu



adelah riki-riki klinik swasta
tapi dia cakap cost around rm500-600
adoi..mahalnya..rase macam tak berbaloi jek
takpela, gigi tak sakit lagi
kita tunggu jela appointment tu kan



ingat nak start preggy balik lepas kes gigi and pap smear setel
jadinya, kenala hadapi ketakutan untuk buat pap smear tu kan
tambah pulak pengalaman mengandung first aritu tak berapa nak cantik
lagilah kita risau if tak buat langsung
sebab sekarang ni kita dah makin serius sikit la pasal kesihatan ni kan
tak nak amik mudah dah
huhuhu



so semalam lepas jek habis kes kat teluk intan
kita terus jela pegi klinik desa dekat dengan rumah tu
sebab nurse situ cakap if nak buat better buat petang
sebab tak ramai orang
wondering jugak ramai sangat ke datang klinik tu kan
sebab sentiasa tengok sunyi jek
hehehe



so, redho jela kan pegi buat
nurse tu terkejut la mula-mula tengok kita datang
sebab dia ingat kita dah preggy balik
tapi lepas kita cakap tujuan asal nak buat pap smear tu
dia tanya dengan muka cuak


'dah ready ke?? kalo tak ready, hari lain pun takpe'



dah pulak..sakit ke pun kan dah tanya gitu
tapi kita tanya la, sakit ke..dia cakap tak sakit pun..kejap jek boleh setel
jadi sekali lagi redho jela
tangguh lama-lama lagi pun kang lagi lambat bleh preggy balik
gitu..
=p



rasenya..
hurm..xdelah sakit mana pun
dok baca kat tenet, dengar orang cakap macam sakit sangat
bagi kita sakit lagi kena rodok kuarkan uri dulu dari sakit pap smear ni
tak sakit langsung la
cuma rasa tak selesa jek
tapi tu pun kejap jek
lepas 20 minit hilang da la sedikit rasa pun

 

so, pada sesiapa yang dah kawen tapi belum buat lagi
pegilah buat ok
kita ni pompuan macam-macam penyakit boleh dapat
persetankanlah rasa malu ke..rasa sakit ke
janganlah manja sangat kan
nanti-nanti kalau sakit lagi teruk, lagi susah


sakit dahulu..senang kemudian ok..


tapi sungguh, tak sakit pun..

sampai cakap dekat nurse,


'owh gitu jek ke rasa dia..takdelah sakit pun seperti digembar-gemburkan'



hopefully dapat result nanti takdelah kejutan lagi
tak larat dah nak dengar kezutan-kezutan ni
mau terencat perkembangan dan pertumbuhan otak


 
till then..



majulah kesihatan para wanita sekalian..tetiba.. -_-



x0x0




p/s : nak berbuka apa ye arini..