Friday, 13 December 2013

duck addicted...


salam jumaat korang..


my mood masih lagi tak ok..
tak tahulah bila nak ok kan..
hopefully by next week dah kembali ceria, bertenaga, bersemangat..
 Amin...


esok adik nak belanja tengok the hobbit..
tiket dah beli..2 kapel seat..
bukan untuk kapel..
tapi untuk kita, adik 1 adik 3 dan emak..
meraungla kapel-kapel esok tengok seat dah kena curik dengan family..
tak dapat korang nak berasmaradana dalam panggung tu kensss...

hehe..


berbalik pada tajuk entry..

kita sememangnya addicted dengan seketoi duck ni..

kenapa bukan seekor??

sebab dia bukan menda yang hidup..


apa mendalah yang kau merepek ni yna???


meh tengok..





















ha, ni la duck yang kita addicted tu..
bukan nak makan itik tau..
sebab kita tak suka makan itik..


kita tak tahulah kenapa addicted sangat dengan menda alah ni..
sebab dia comel kot..
 start addicted sejak mula kerja ni..
means dah almost 3 tahun gak la..
sian kan..huhu


 jenuh nak cari menda alah ni..
merata ipoh kita pusing cari..
sebab nak letak dalam kereta..dekat dashboard..
tapi tak jumpa..
alih-alih beli jek yang getah tu..
alah yang untuk mainan baby tu..


tapi, tak tahan lama..
sebab bila sebulan dua letak dekat dashboard..
dia dah mula lembik..
dan kaler pun dah tak kuning..tak syomel dah..=(


agak-agak korang tau tak kat mana ade jual duck ni tapi versi keras??

kalau dapat yang kecik-kecik tu, susun dekat dashboard, mesti syomel angattt..=p


 ade jumpa dekat tesco station 18..
tapi yang lembut, macam teddy bear..
mahal pulak tu..
besar bola pingpong tu rm10..membazir namanya tu..
 so, end up tak beli..walaupun kemaruk tahap cimpanzi..huhuhu


 kita siap wat gambar itik ni jadi profile picture fb tau..

last-last adik komen..






haha...


till then..



x0x0



 

Thursday, 12 December 2013

tak tahu nak letak tajuk apa...


dear diary..

kenapalah lately ni macam kehilangan idea untuk berkata-kata..
kehilangan semangat untuk membuat sesuatu..

dah masuk 2 hari tak buat apa-apa preparation pasal kerja kawen..
kalau tak, tiap-tiap malam mesti dok buat 100 lebih bunga roselt felt..
2 hari ni balik rumah, takde buat apa
tengok tb jek..
lepas tu rasa nak bercakap dengan orang pun malas..
so, banyak diam jela..


kenapa ni??


nak kata ade masalah??

takde..


nak kata gaduh dengan sesiapa??

takde..



nak kata duit tak cukup??

memang tak pernah cukup..tapi masih boleh makan minum dengan sesuka hati..



nak kata tidur malam tak cukup??

pukul 11 dah tido and pukul 7.45 baru bangun nak pegi keje..
hey, kita bangun semayang subuh dulu, tido balik tau..bukan tak bangun subuh..




dah tu, apa lagi yang tak kena??

entahlah..ada masalah kat mana-mana lah ni yang tak dapat nak detect..huhu..



pagi-pagi malas giler nak pegi keje..
sampai dekat court pun muke seposen jek..badan pun malas-malas nak jalan..
hurm, tak sukalah macamni..
nak buat apa pun takde semangat..



i think i need a vacation..

sapa nak pegi holiday dengan saya??

jom-jom..




till then..



x0x0..



p/s : nampak gaya cuti 3 hari yang ambil next week kena cancel jek balik..='(

 

Wednesday, 11 December 2013

fall in love...


salam semua..

lamanya tinggalkan diari usang ni..
tak sempat nak jenguk, blogwalking, atau apa-apa saja berkenaan dengan dunia internet..
bila dah bercuti, memang takde la nak bukak tenet dah dekat rumah..
semalam dah start keje, tapi keje plak banyak yang urgent..
memang tak sempat..

windu pada diari usang ni sebenarnya..huhu


korang semua apa khabar??
harap-harap sihatlah hendaknya kan..=)


tengok pada entry kita sebelum ni..
alah yang pasal honeymoon tu la..suke korang kan kalau sembang pasal honeymoon..hehe

ramai jugak yang sama citarasa destinasi dengan kita ye..
kita pun vote for krabi jugak..
tapi maybe tak dapat nak pegi tahun depan..
tapi mana nak tahu kan..
rezeki Allah bukan boleh kita jangka..=)


berbalik pada tajuk entry..
korang agak kita fall in love dengan sapa???

dengan encik tunang??

lama dah fall in love dengan dia..=p


dengan shaklee??

fall in love dengan shaklee selepas encik tunang..=p


habis tu dengan sapa pulak??
jangan cakap orang ketiga??


ish, takdelah..simpang malaikat 44..encik tunang sorang saje dihati..cewahhhhh


sebenarnya kita fall in love dengan ini..





ya..victoria's secret..dan jugak anak buah dia bath & body works..
 

dah lama kita teringin nak beli produk vs ni..
tapi kat malaysia ni ade berapa jek outlet dia..
kat KLIA, The Curve dengan Pavillion jek tak silap kita lah..
mana nak pegi..semua dekat KL..huhu..

eh tapi bukan kita nak beli baju kecik dengan suar kecik dia tau..=p
kita nak beli body mist dia jek..
jangan salah paham pulak..kehkehkeh..


 so, kita trylah google tengok mana tau ada online shop yang jual produk vs dengan bath & body works ni kan..
tapi sebenarnya risaulah jugak..takut kena tipu..
sebab yelah, ade jual murah, ade jual mahal..
yang kita tak pernah beli ni tak tahulah harga sebenar-benarnya berapa kan..
last-last hasil pencarian dan jugak research..terjumpa satu page ni..
menjual produk vs dan bbw yang authentic, original, asli ape sumelah kan..


bila dah jumpa page ni..
hati teragak-agak nak beli ke tak pulak..
sebab tak tahu bau mana yang sedap..
takutlah pulak bila beli jek karang, tetiba bau tak kena dengan hidung, rugilah pulak kan..
nak pegi KL, tah bila zaman nak pegi pulak..
if kirim dekat kawan pun, samalah, citarasa hidung dia mungkin tak sama dengan citarasa hisung kita..
aduh, pening betul...


niat kita nak buat produk vs dan bbw ni sebagai hantaran nanti..on my side lah..
sebab macam bosan jek nak beli body shop..
harga pun lebih kurang jek kan..
so why not kita bagi menda lain pulak..
memanglah nampak botol packaging dia macam tak ekslusif..
tapi dah nak pakai sendiri..ade kita kisah??
daripada beli-beli last tak pakai..kan membazir namanya..


so, on one day, kita nekad jela nak beli dekat page ni..
kita tengok jela mana yang cepat sold out..mesti itu yang terbaik kan..

gamble habis ni..

bukannya kita beli 1

tapi 3 ye korang..memang berani mati sungguh..hehe..

bukan apa, kalau beli 1, kena bayar postage..
beli 3 free postage..
walaupun ku tahu itu semua helah semata..
tapi, dah namanya pompuan kan..
manalah nak tipu kehendak dan nafsu sendiri yang tamak haloba..hehe


nak tahu apa yang kita beli??


ni dia..





1. mist winter candy apple from bbw
2. mist pure seduction from vs
3. candle mango cilantro from bbw



nak tahu..
memang terbaik bau dia kita cakap..
siap sampai jek kat umah, malam tu kita sembur pure seduction tu dekat bantal selimut apa sume..
konon-konon nak tidur style orang kaya la..wangi-wangi jek kan..
selama harini tido takde bau..hehe..

dah tu ketagih, tiap malam mesti sembur dulu dekat selimut, baru tido..
layan jek..=)


yang candle tu pulak..
dah nama pun mango..
haruslah bila bakar bau bilik jadi bau mango..
rasa nak makan-makan jek..hehe


winter candy apple..
ni lepas mandi sembur kat badan terus..
sampai ke petang bau dia ada lagi...bestnya...

lepas ni boleh beli banyak-banyak lagi buat hantaran..
seronoknyaaaaaaa...


lepas tu pulak, nanti beli candle tu,
masa majlis nanti, bakar..letak dalam bilik..
barulah nak tido pun wangi jek kan..
encik somi pun mesti suka nanti...=)


nak tahu kita beli dekat mana???


dekat sinilah..



kalau korang nak tahu..
hanis zalikha pun pernah beli dekat dia ni..
ternampak hanis post kat fb dia last 2 weeks rasanya..
so, memang famousla online shop ni..
servis memang terbaik..cepat jek reply..kita suka..=)


botol dia besar betul..
tak tahulah bila jaman nak habis..
mau berbulan-bulan lah kot..
ni pun dah seminggu pakai macam tak luak jek..
padahal kejap kejap sembur..sebab suka sangat dengan bau dia..
sama jek pure seduction dengan winter candy apple tu..
tak nyesal beli..hehe..


eh, kita cerita ni kita takde apa-apa share tau dengan fragrance attic ni..
saja nak kongsi dengan korang..
manatau korang pun nak buat hantaran jugak..
sebab dah bosan nak bagi body shop macam kita..
maybe ni pilihan yang terbaik..
nak beli l'occitane mahal sangat..kihkihkih..


papepun..ikut selera masing-masing la ye..
kita just sharing some idea jek..=)


oklah, tak tahu nak merepek apa lagi..
korang pegi jek terjah page dia..and like..
macam-macam lagi dia jual..
body wash ada, body lotion ada, hand sanitizer ada..
ish..nak cakap banyak pun tak guna..
jom jom terjah..hehe



till then..


x0x0..



p/s : tengah pikir nak tolak cuti balik la..


Friday, 6 December 2013

kemana kita nak honeymoon sayang...=p


salam jumaat semua..


macam gediks jek tajuk entry jumaat ni ye..haha


takpelah, kita berangan-angan je dulu..
memandangkan harini dah jumaat..
esok dan lusa cuti..
tambah kita pulak sambung cuti hari isnin..
memang mood nak buat kerja tu dah takdelah..
so far dah siapkan semua kes-kes yang tertunggak..
sebab tau dah naik keje balik selasa nanti mesti menimbun balik file atas meja..huhuhu


pasal kerja tu, kita pikir hari selasa nantilah..
harini nak melayan mood berangan dulu..=p


rasanya b2b yang lain pun mesti dah merencana plan kemana nak pergi honeymoon dengan pasangan korang nanti lepas majlis kan..
awww..gatai jek..=p


jangan pikir ke lain lah..
kita cerita pasal holiday-holiday jela..
sebab kita dengan encik tunang tak pernah pegi keluar jauh-jauh pun..
kalau dia datang ipoh, keluar dekat ipoh jela..
kalau kita pergi penang, jalan-jalan kat penang jela..
tak pernah la nak pergi ke negeri lain jalan-jalan pulak..
jadi bila dah jadi suami isteri nanti, teringin lah nak pergi berjalan-jalan dengan orang terchenta pulak kan..hehe..


so, let's cekidaut mana tempat yang kita berangan nak pegi dengan bakal somi nanti..=)



1. Krabi


encik tunang cakap dia teringin sangat-sangat nak pergi krabi..
walaupun dia duduk dekat pulau, tak pernah la pulak dia bosan dengan laut..pelik i..

dia cakap kawan-kawan dia dulu pernah pegi sini..
so dia teruja nak tengok pantai and laut dia yang santek tu..
kita pun teringin jugak sebenarnya..
kita tak kisah, asalkan dapat pegi oversea, mana-mana pun i ok jek..

over sangat kan..hehe







 
 

tengok laut dan pantai dia yang bersih tu..
terbayang-bayang dah kita tengok sunset...=)




2. Cameron Highlands


yang ni kita plan nak pergi dengan encik tunang sebelum jaman bertunang lagi..
tapi sampai la ni tak pegi-pegi pun..
padahal kita dengan cameron ni bukan jauh mana..
sejam jek sampai dah kalau naik kat simpang pulai tu..
tapi tula, dah bertahun tak naik sini..
last masa matrik dulu, itupun naik kejap je, pakai treksuit je pulak tu sebab baru lepas mandi sungai kat simpang pulai..haha..


teringin nak pegi sini bukan apa..
sebab suka cuaca sejuk-sejuk dia tu kan..
boleh fefeeling layan perasaan kat ladang teh tu kan..
nak lari-lari ikut lagu industan pon best jugak..hehe

 














3. Pulau Langkawi


yang ni tetiba termasuk dalam senarai if tak dapat nak pergi krabi dulu..
kita sebenarnya tak berapa suka pun nak pegi langkawi ni..

orang lain suka pegi sebab nak beli coklat kan..
tapi disebabkan kita tak makan coklat, so takde apa yang interestingnya..

cuma kalau nak mengadap pantai tengok sunset jela yang kita nak..hehe







4. Hong Kong


kita teringin nak pegi hong kong lepas tengok destinasi ria yang adik beradik elfira loy pegi tu..
macam best je..macam syok je..

pegi disneyland..walaupun tak berani nak main roller coaster bagai..
pastu naik bangunan yang tinggi tu, ape tah nama dia..
naik mrt dia..

tapi, duit hong kong mahal..
jenuh la nak mengumpul if nak pegi jugak..huhuhu













ei, syomelnya itik ni..
kita nak peluk awak boleh???



5. Bali


adik kita ade pegi bali bulan 8 aritu..
dia cakap tak puas pegi sana sebab tempat dia cantek..
bila dia cakap gitu terus hati macam rasa teringin jek nak pegi tengok jugak..

nak tengok sunset dekat pantai jimbaran sambil makan..

ei, suka benor dengan sunset awak ni ye..

hehe


lagipun bali kan memang seswai sangat untuk berhoneymoon..=p









MasyaAllah..
tengok sunset ni, lain daripada yang lain..
macamana i tak terpikat..


encik tunang..nakkkkkkkk...=)



6. Bandung


ha, yang ni tak termasuk dalam list honeymoon berdua..
sebab rasanya ni honeymoon bersama keluarga sekali..hehe

kita dah pernah pegi bandung last 2 year..
memang syurga untuk orang pompuan bershopping..
sampai sekarang ada 1 telekung lagi yang kita tak pakai..
punya memborong telekung kat sana sebab murahhhhhh ya amat..

ni target 2 tahun lagi..
nak pegi dengan mak..
tanya encik tunang aritu dia nak ikut gak ke..
dia cakap nak..ha, ikutlah..temanlah bini and mak mentua awak ni shopping nanti..

siap pesan kat encik tunang..

nanti if kita pegi sini kita dah ada baby..
awak jaga baby ye..
mak dengan opah dia nak bershopping..

sengih-sengih je encik tunang

hehehe










cukuplah takat itu kan tempat kita nak berangan..
ikutkan hati ni satu dunia dia nak pusing..
tapi mana duitnya kan..huhuhu..


ni pun berangan-angan jela dulu..
tak tahu tahun depan cukup ke tak cuti if nak berhoneymoon..
cuti setahun 14 hari jek..campur 3 hari forward..adelah 17 hari..

nak tolak cuti nikah dan resepsi lagi..
tolak cuti bertandang lagi..
tolak cuti raya lagi nanti..
pastu kena simpan gak cuti emergency..sebab duduk pjj nanti ni, kita tak boleh nak jangka kan
tak tahulah cukup ke tak kan..sedey...=(


takpe, if ada rezeki, kita pergilah memana dulu kan..

janji dapat berdua dengan encik tunang yang dah halal time tu..kikiki


 gatai...=p



budak-budak kecik dilarang baca entry gatai ni ye..

eh patut bagi amaran dekat atas, ni dah abis baru nak bagi..
terlambat sudah...=)


till then..

have a nice and wonderful weekend..


x0x0..



p/s : i miss him a looooootttttttttt..='(