Thursday, 31 May 2018

Happy Anniversary..


Assalamualaikum..


Tak sangka, harini genap 4 tahun dah kami kawen..
cepat sungguh masa berlalu..
teringat lagi masa sebelum nak kawen dulu,
diy itu ini sebab nak jimat
balik kerja, terus buat bunga felt, ikat reben, colourkan kertas doily
yang mana sekarang ni semua tu boleh beli jek dah, murah pun murah
tak macam masa zaman nak kawen dulu kan..
how time flies..
tengok2 dah ada seketoi anak dah pun lani
bila nak menambah lagi??
entahlah, nak bagi hutang piutang habis dulu boleh tak?
hehe..


sebelum kawen dulu,
berangan lah itu ini
nak kekal sweet macam husband and wife macam dalam drama tu ha..
drama yang latest sekarang ni, klik!pengantin musim salju
uish, bersemut tengok
masa tengah tengok tu kadang saja menyakat en husband
awat dulu sebelum kawen tak suweeeet macam alif satar a.k.a. adam putra tu
hehe


tapi realiti perkahwinan ni bukanlah semuanya suweeeet memanjang..
ada turun naiknya
yela, manusia kan, kadang rasa sayang terlebih..kadang mengamuk macam tak cukup tanah
tapi apa yang aku belajar dari sesebuah perkahwinan tu..
S.A.B.A.R
kalau kau tak sabar, harini kau kahwin, esok kau boleh bercerai
pasal gaduh laki kau sepahkan baju kotor tak masuk dalam bakul
ataupun pasal husband kau komplen kau masak air pun tak tahu..
kuncinya memang kena bersabar sentiasa
bila rasa nak marah pasangan kita, cuba tenangkan diri dulu, lupakan kerja yang tengah kau buat
sebab bila marah, semua benda tak elok kita nampak
sama jugaklah masa zaman bercinta kan, semuanya elok jek..kentut pun bau wangi
dah kawen, bila laki kau kentut bersepah, baru kau nak angin tak tentu pasal
haha


semakin lama kita berumahtangga
matlamat utama kita bukan untuk sentiasa suweeeet jek sentiasa
banyak menda dah yang kita perlu pandang ke depan


kalau dah beli rumah, matlamat ke depan - nak cari rumah yang lagi selesa
kalau dah beli kereta, matlamat ke depan - nak habiskan hutang atau cari kereta yang lebih selesa
dah tiba masa untuk fikirkan pasal kurangkan komitmen dan hutang-hutang
kalau dah ada anak, nak anak dapat pendidikan yang terbaik untuk masa depan dia
sampai kadang2 tu kita pun dah terlupa nak berjiwang-jiwang dengan pasangan kita..
jadi kekok pulak, tak macam masa zaman mula-mula kawen dulu


aku nak komen lebih2 pun tak berani la jugak kan..
sebab baru 4 tahun jek berkawen ni
orang lain ada yang belas-belas, puluh-puluh tahun lagilah banyak pengalaman
tapi ni berdasarkan pengalaman aku jela..
lagi lama kita berkahwin
lagi banyak menda yang kita akan plan/harapkan untuk keluarga kita
sebab kita bukan cakap pasal aku dengan kau jek (husband and wife)
tapi ada jugak amanah-amanah Allah yang perlu kita jaga (anak-anak)
jadinya, setiap hari selepas perkahwinan tu ibarat satu perjudian
tak tahu kau menang ataupun kau kalah
tak tahu kau boleh bersabar lama mana
tak tahu kasih sayang tu berpanjangan sampai bila
tapi satu jek yang aku pasti


jangan lupa berdoa
supaya keluarga kita diselamatkan dari segala jenis godaan dan ujian yang tak mampu kita nak pikul


to my husband,

terima kasih untuk 4 tahun ups and downs 
ada masa kita gembira, ada masa kita nangis sama-sama
but so far Alhamdulillah, ayang selalu pesan itu dekat abang..
keluarga kita tak pernah lagi diuji macam orang lain
tak cukup duit nak makan
takde duit nak beli baju baru
takde duit nak berjalan
walaupun hidup kita sangat sederhana, tapi Alhamdulillah, Allah cukupkan semua untuk kita
ye kita tak mewah macam pasangan lain
tapi Alhamdulillah, iu jek yang ayang mampu ucapkan

semoga Allah selalu kekalkan rasa kasih sayang kita
semoga Allah selalu pelihara rumahtangga kita
dan semoga Allah murahkan rezeki kita
Amin


till then


x0x0

Friday, 20 April 2018

Pernah tak..


Assalamualaikum..

nak tanya korang..
pernah tak korang ada kawan yang buat baik dekat korang sekali dua, lepas tu korang cop muka dia ni muka yang penuh dengan kebaikan?
pernah tak korang pikir kawan korang yang baik tadi tu takkan buat jahat dekat korang?
pernah tak korang rasa bila orang lain cakap buruk pasal kawan kau tu tadi, kau rasa kau tak boleh nak percaya sebab dia baik dengan kau?

kalau korang tak pernah, tapi nak bagitau korang lah..
yang kita pernah ada so called kawan yang macamni..

sakitnya hati bila kena tikam bertubi-tubi dengan kawan yang baik ni..
sampai satu tahap yang kita rasa kita menyesal kenal dengan orang macam ni..
dan buat kita fikir balik kebaikan-kebaikan yang dia buat sebelum ni just nak tutup mata kita jek..
supaya fikir dia bidadari syurga dan bukannya syaitan nirojim..

31 tahun hidup dekat muka bumi Allah ni..
ni lah kali pertama kita rasa kena tikam dengan so called kawan baik tu..
yang kita percaya dekat dia..
yang kita boleh bergantung harap mintak tolong dengan dia..
tapi dia..
depan lain..belakang lain..
bertopengkan syaitan sangat perangai tu..

kita dah berenti kerja dengan firm sebelum ni..
alasan utama sebab kita rasa tak dihargai langsung..
kau buat kerja bagai nak rak, anak sakit masuk wad still kau kena menghadap kerja..hari cuti kau kena datang ofis, duit gaji kau harini dapat, harini kena bagi balik dekat ofis pasal ofis takde duit nak dahulukan untuk filing dokumen yang super urgent..(tapi claim jenuh nak dapat, ibarat macam mintak sedekah, dah ada claim yang terpaksa aku halalkan sebab dah malas nak mintak)
3 tahun kat situ, banyak sangat kenangan pahit yang aku lalui..compare to kenangan manis..

aku kena saman dengan defendan on personal capacity sebab aku lelong rumah dia..
hei, aku lelong atas arahan pihak bank..dan aku bekerja dengan firm tu, should be you kena saman firm tu la bukan saman i..
dan ofis totally ignore aku masa aku kena saman tu..dengan alasan aku boleh handle sendiri menda tu..
and yet ofis tak bagi aku guna duit ofis untuk filing dokumen untuk kes aku termasuk guna alamat ofis..
which aku rasa masa tu dunia aku ni macam berhenti berputar..
tapi aku sabar, aku attend kes aku sendiri, aku lawan sendiri, sampai sudah..dan ofis tak pernah nak tanya pasal kes tu..

alasan lain, sebab aku tak sanggup dah nak perhambakan diri pada bos-bos yang tak reti nak berterima kasih..
bila kita bagi betis, dia nak peha..
tapi tak nak tolong sama susah payah..pikirkan masalah dan kebajikan kita..
thats the main reasons yang buat aku tender..

tapi so called kawan baik aku ni..
dok canang dekat orang lain..lawyer lain, client aku dulu, yang aku resign pasal aku fumble kan file..
lepas aku resign, setiap kesalahan yang berlaku dekat dalam firm tu, semuanya nama aku terpalit sama..
sampai aku fikir, bila masa pulak aku ada attend those files yang problems tu..
yes, memori aku tak lah kuat mana..
tapi kan aku cakap sebelum ni, mana2 yang aku rasa aku boleh simpan dalam memori aku, memang aku ingat sampai sudah..
dah mungkin jugak Allah takdirkan aku untuk ingat menda-menda tu sebab Dia tahu satu hari nanti aku perlukan memori tu..
dan perancangan Allah tak pernah nak salah alamat..
dan sekarang memang aku boleh recall balik satu-satu kejadian yang berlaku..dengan jelas..

aku cuba husnuzon, cuba untuk lupakan dan memaafkan jek perbuatan so called kawan baik aku tu..
tapi tiap2 hari, ade jek orang yang akan bertanya aku atau inform itu ini..
aku jadi makin hangin la..
aku rasa aku tak pernah kacau hidup dia..tak pernah susahkan dia..
dan kalau dia nak jeles dengan aku pun, sangatlah mustahil sebab taraf kami bagai gajah dan kancil..

dia kaya, aku takde banyak duit macam dia..
dia banyak kereta mahal2, aku hanya ada si itam aku tu la yang aku pakai dari zaman aku chambering 7 tahun dulu..
dia ada banyak rumah, aku baru jek beli rumah..tu pun tak sepadan dengan rumah yang dia ada..
dia ada experience, aku baru setahun jagung jek nak compare dengan dia..
dia dah banyak travel oversea, aku pun travel oversea harap ihsan ofis bawak jelah..
so memang takde menda yang dia nak jeles dengan aku pun..aku ni ikan bilis jek..
lagi la buat aku tak paham kenapa dia nak tikam aku bertubi-tubi nih..

aku bukan kesayangan boss..
aku lah orang yang boss pernah cakap tak berguna..
aku selalu jek kena marah dengan boss.
aku tak pandai nak mengampu orang..
aku tak pandai nak mintak tolong orang..orang tolong aku bagi, orang tak cakap, aku buat sendiri..
tolonglah, part mana yang dia tak puas hati dengan aku nih??????

ape patut aku buat eh dengan orang macamni??

aku tak nak confront lebih2..sebab dia ni jenis yang membela..
aku tak nak nanti bila aku tak kena, anak aku yang kena..
sebolehnya aku nak elakkan menda2 macamtu walaupun aku tahu Allah tu lagi berkuasa dari menda-menda syirik tu..

aku dah block whatsapp dia..
aku dah unfriend dia dari fb..
so whats next??

nak kata elak terus dari jumpa,
susah jugak, sebab dalam dunia kepeguaman ni, pegi mana pun tetap jumpa muka yang sama..
dekat court, client..
so kalau aku jumpa, aku just boleh pusing ikut lain jela untuk elakkan dari bertembung dengan dia..

ke korang nak suruh aku pegi depan mata dia..
lempang dia sampai bersepai gigi tu??haha

ikutkan hati ni boleh jek buat..
tapi masih ada rasional lagi la dalam diri aku ni..

sumpah..memang aku bersumpah..

aku menyesal kenal orang macamni..

tapi aku sangat sangat bersyukur..
sebab bila aku ingat-ingat balik..
Allah jaga aku banyak kali..

tiap kali aku plan nak buat makan-makan dekat rumah, mesti ada jek halangan..so dia tak tahu rumah aku dekat mana..
pernah sekali kami plan nak pi holiday sama-sama, tapi ada jugak halangan - so cancel..
dan banyak lagi la kalau di ingat-ingatkan balik..
terima kasih Allah kerana melindungi hambamu yang hina ini..

dan aku berharap, berdoa supaya Allah bukakan hati dia untuk berubah..
sebab aku takut sangat, kalau azab datang menimpa, tak tertanggung dia nanti..

sebab bukan aku sorang jek yang pernah kena..
ramai lagi sebelum ni kena..
cuma aku pun tak pasti kenapa aku ada dalam senarai dia..

till then..

x0x0


Thursday, 19 April 2018

Bersawang..


Assalamualaikum..

lama sungguh dah tinggalkan blog ni..
last entry bulan disember 2016 kot..huhu
pastu sunyi sepi tinggalkan blog bersawang..
kalau rumah kosong, tinggal lama-lama gini silap-silap dah ade penghuni lain dah..
scary meh..
nasib masih ingat lagi password nak bukak blog..
if tak ingat, memang terpaksa dilupakan terus la nak jengok..

actually, nak cerita pasal diri pun, tak banyak perubahan yang berlaku..
nak kata kenangan indah, entahlah..aku rasa aku ni macam tak ditakdirkan untuk membina kenangan-kenangan yang indah jek..haha
banyak yang tak indah..sampai satu masa rasa fed up, bila la nak habis..
maybe ada la jugak sikit-sikit yang indah, tapi lepas tu end up yang tak indah pulak..
contoh, bila pegi bercuti nak seronok-seronok dengan family, balik lepas tu anak sakit pulak sampai masuk wad..
dah 2 tahun ni, asal awal tahun jek mesti anak kena warded..loser sungguh rasa..huhu..
hopefully hari-hari yang mendatang ni, takdelah nak sakit-sakit sampai kena tahan wad lagi ye..Amin..

nak sambung cerita pasal beli rumah haritu pun macam dah ingat-ingat lupa kronologi dia..
aku akui, aku ni bukan jenis yang sentimental, rajin ambik gambar simpan buat kenangan..
yang mana ada kesan mendalam, aku simpan dalam memori pikiran aku jek..
so tu kadang-kadang bila aku nak recall balik kejadian tu jadi bila, jadi lost track la sebabnya aku memang tak note kat mana-mana..huhu..

jangan kata kenangan, puasa tinggal berapa hari pun aku boleh tak ingat..
end up, kenalah ganti semaksima yang mungkin, takut ada yang terlepas..teruk betul kan..

nak tanya pasal berat anak masa lahir, pukul berapa, tarikh bila, hari apa, memang aku tak ingat weh..
tapi husband aku ingat..
so kalau orang tanya ke apa, husband la yang jawab..
bini dia ni nak kata memory lost tak jugak, short term memory pun tak jugak..
tahlah, tah pekena dengan otak bini dia ni pun tak tahulah..=p

aku still lagi stay dekat penang..
yela, dah beli rumah dekat sini, nak pindah mana lagi pulak kan..
anak, Alhamdullilah, membesar dengan sihat seperti anak-anak orang lain..dah 2 tahun 5 bulan pun dia..
sehari kalau tak buat ibu dia ni jadi hulk memang tak sahla kan..hehe..
kerja, aku dah tak kerja firm lama..3 tahun aku dekat firm tu, last-last aku terpaksa angkat kaki jugaklah..banyak sangat politik, tak boleh nak coop..susah betul nak cari tempat keje yang takde main politik-politik ni..
kita ikhlas nak kerja, cari rezeki yang halal..
tapi tu lah, hidup mana pernah nak sempurna ye dak..
so sekarang Alhamdulillah, dah dapat kerja baru..nak cakap lebih-lebih pun tak berani sangat, sebab baru lagi join..
hopefully semuanya berjalan dengan baik lah..even bukan yang terbaik..
jangan berenti berdoa..

dari nak update sikit jek, terus panjang berjela..
kadang terpikir jugak, rational lagi tak blog ni..ade lagi ke orang baca..
tapi bila sendiri pun lama-lama tak bukak, tetiba bukak, baca balik entry lama-lama, mulalah kenangan tu terimbau kembali kan..especially untuk orang yang tak ingat memori-memori macam aku ni..huhu

oklah, nanti ada cerita best kita update lagi..

to sum up - tahun 2017 haritu adalah tahun bekerja, tapi tak kaya-kaya jugak..haha..tahun 2018 ni nampak gayanya macam lebih kepada family..sebabnya tahun ni saja ada beberapa sedara, adik ipar dan adik sendiri nak kahwin dan bertunang..so rasanya memang sibuk pasal kerja-kerja kahwin jela nanti..

oh teringat balik masa zaman nak tunang dan kawin dulu.. DIY itu ini sebab nak jimat..

till then..

x0x0..

Monday, 19 December 2016

Rumah Pertama - Bahagian 1


Assalamualaikum...


Niat di hati nak kembali aktif berblog..
namun apakan daya..beribu alasan dicipta..sememangnya penyakit M tu maha berleluasa..
ditambah pulak dengan masa yang tiada..jadi bila masanya aku nak mula menulis semula..
Ecece..dah macam pantun berkerat-kerat pulak ye..tak seswai weh nak berpantun-pantun ni.. iolls bukan wanita melayu terakhir pung...=p


Saja nak coretkan kisah membeli rumah ni dekat blog ni..
supaya satu hari nanti, bila terlupa or terhilang ingatan..bolehlah refer dekat blog sindri kan..
actually, proses urusan jual-beli rumah kami ni belum settle lagi..
baru proses kelulusan kebenaran pejabat tanah untuk menggadai..
tapi sebelum nak dapatkan kelulusan tu..bermacam-macam dugaan yang kami tempuh
sampai rasa fed-up ya amat..hampir nak 3/4 tahun proses kami cari rumah..apply loan..cari lawyer..prepare S&P, prepare loan documents, tunggu kebenaran (consent)..puihhhhhsss..memang mencabar jiwa..


Untuk pengetahuan korang..sejak aku pindah dok penang ni dari awal bulan Mac 2015 sampailah ke tarikh aku tulis post ni, aku still duduk dengan in laws..ha, macamana aku mampu survive duduk dengan in laws and ipar duai yang penuh satu rumah tak termasuk lagi anak-anak sedara husband aku nak dekat setahun lebih ni..hanya tuhan jek yang tahu..


in laws aku baik sebenarnya..tak pernah pun nak kacau apa yang aku and husband aku nak buat..cuma biasalah..aku pun nak kehidupan sendiri jugak kan..cerita nak cari rumah ni dah timbul since beberapa bulan lepas aku pindah duduk penang..tapi waktu tu ekonomi kami tak berapa nak baik..yelah, baru kawin..pastu aku pulak pregnant anak first..then gugur..then pregnant balik..dalam tempoh 2 tahun setengah kami kawen ni macam2 dugaan yang kami lalui..so kami tangguhkan hasrat nak ada rumah sendiri dulu..sebab tak nak menambahkan beban kami lagi waktu tu..waktu aku tengah sarat mengandungkan Amani, kami ada pegi cari2 rumah..yelah, dok pikir sampai bila nak duduk dengan in laws..nanti dah beranak, dengan anak and barang-barang anak lagi kan..aku jadi tak selesa..so kami cari..cari and cari..jumpalah satu kawasan perumahan apartment ni..harga around RM300k..dengan tempat parking yang super banyak dan besar plus ade swimming pool..plus keluasan rumah around 1010 kaki persegi..mana nak dapat dekat penang ni harga rumah macamtu dengan kelebihan yang dia ada..so, waktu tu memang kami hampir2 nak bayar deposit..tapi aku pikir balik..macam rushing sangat..aku pulak memang dah sarat..nanti nak cuti 2 bulan maternity leave, susah pulak nak uruskan S&P ape suma..dengan keadaan kewangan masa tu memang aku tak berani nak cakap lebih2 sebab baby pun nak lahir..lagi banyak pakai duit..so, dengan berat hati..kami cancel bayar deposit untuk rumah yang kami tengok tu..maybe lepas beranak nanti baru kami cari yang lain..sebab bila pikir balik, even rumah tu dah memang murah..tapi banyak yang kena buat reno..lantai..wiring..piping..so sume tu duit..duit..duit..memang kami takde duit sebanyak tu..huhuhu


Then lepas aku bersalin bulan November 2015, balik penang balik end February 2016 macamtu since aku amik cuti extra sebab rasa malassssss ya amat nak masuk kerja balik..boleh gitu..kau ingat firm tu bapak kau yang punya???bukan..ahmad albab yang punya...ehhh


So dari bulan Mac sampai April 2016, kami takde pun fikir secara serius nak pindah..cuma bila last2 tu, aku memang rasa rimas dok ramai-ramai dalam satu rumah, then nak kena jaga laku..pakai suma..jadi macam tak bebas sangat..aku nekad bagitau husband, aku nak pindah jugak..tak kisahlah kalau tak mampu nak beli rumah..sewa saja dulu pun ok dah..


So husband aku dok la riki-riki rumah yang ok..mula-mula kami ingat nak sewa jek dulu..pastu, bila pikir-pikir balik, dari bayar sewa 700-800, baik beli rumah terus..sama jek..kalau sewa bukan kita dapat pun rumah tu kan..so kami try la cari rumah yang medium costs..since nak apply low costs, memang tak layak sebab campur gaji laki bini terlebih had..tapi tak tau bila tolak hutang bagai, gaji kami tu bukanlah banyak mana pun..huhuhu..


Husband aku la yang rajin cari dekat MUDAH..saja tengok2..ada yang murah tapi lokasi yang aku tak berkenan..ade yang berkenan tapi diluar kemampuan..biasala aku kan..suma nak grand jek..selera besar macam anak billionaire..padahal duit non hado..hahahaha


So, tengok punya tengok punya tengok, jumpalah satu yang berkenan di hati..tuan rumah nak let go RM178k rasanya..saja kami pun pegi tengok..ade rezeki adelah..takde, takpe..so lepas balik kerja..semayang maghrib settle suma..kami pegi jumpa tuan rumah..


Bila kitaorang pegi rumah tu, first thing yang aku suka, kebersihan kawasan flat tu..yes..flat jek aku mampu..tapi kalau harga RM170k tu kat kampung, aku boleh dapat banglo setingkat sejibik dah..huhu..apakan daya..nak dok sangat dekat penang kan..hamek kau..


Ok, berbalik pada flat tu..ha kawasan dia memang bersih..satu sampah pun aku tak nampak..bungkus2 jajan ke..aiskrim ke..memang tak nampak lah..


Second thing yang aku suka..kawalan keselamatan dia kalah sesetengah condominium tu..nak masuk parking ade security..nak naik lif ade security..macam hotel sekarang ni la, kad bilik, khas untuk floor bilik tu saja..macam flat ni, orang tingkat lain memang tak boleh nak suka suki tekan lif naik floor berapa diorang suka..diorang just boleh tekan lif tu untuk floor yang diorang duduk jek..tak ke bagus gitu..


Third thing, bila aku masuk jek rumah tu, memang dah fully reno..grill dah ada..lantai dia dah laminated and buat tiles dekat dapur..kitchen cabinet pun dah ada..awning pun dah ada..aku cuma kena cat lain jek kalau beli..kalau tak nak cat pun takpe..tapi better cat la kan..and suprisingly, tuan rumah tu ade 3 orang anak lelaki yang tengah membesar (paling besar pun sekolah rendah), tapi keadaan rumah tu tak macam ade anak2..lantai elok..dinding tu kesan conteng yang minimal la..memang terkagum aku kejap..


Tapi masa tengok2 tu..aku dengan husband takdelah buat muka teruja sangat kan..nanti nampak sangat..kami just kata dekat tuan rumah, nanti kami contact balik..nak bincang dulu..last price lepas nego..tuan rumah bagi RM170k..memang aku rasa dah murah sangat nak compare dengan keadaan rumah tu..


Lepas keluar jek dari lif..memang kami dah habis hati da la dengan rumah tu..aku cakap dengan husband takpe, kita balik dulu..tengok esok macamana kan..feeling dia sama ke tak..dan memang sampai nak tido kami laki bini dok suka dengan rumah tu..


Oklah, nantilah aku sambung..lenguh pulak nak menaip..lama tak menaip kan..


Panjang lagi kisah ni..ni baru tengok rumah..part loan bagai suma tu tak citer lagi..kat situ nanti lagi banyak dugaannnnn..huhu..


Till then..


XoxO..