Wednesday 28 May 2014

kasut, kad kredit..dan salesgirls...


Salam korang..


dah hari rabu dah..
esok last kerja..
seronoknya..=)


alkisahnya, kita semalam dok pergi mencari kasut
macam tak confident nak pakai kasut butik bagi sebab tumit dia haluih sangat
kita ni dah la bila-bila zaman baru nak pakai high heels kan
selalu pakai selipar jek
even kalau kasut tu tumit seinci pun kita dah terpeleot jalan
ni pulak heels 4 inci siap haluih ja tumit dia
memang pakat tergolek la nanti kan
huhuhu


 kita memang mengaku
kita cerewet gila bab nak beli kasut
sebab pilihan kita macam orang tua-tua sikit..haha
kalau jenama crocodile ke, primavera ke, takpun selipar
memang itu jela..
pastu semua rendah-rendah jela..
sekarang jek baru terbekenan dengan charles & keith
tapi tak beli sangat pun sebab banyak design dia tinggi2 kan
kita tatut
hihihi



jadi semalam, lepas balik kerja
pegila singgah aeon kejap nak cari kasut kan
dah last minit baru nak cari
terbaik la kau yna oi..
=p



jalan punya jalan
masuk kedai itu, kedai ini
semua tak berkenan
see, kita kan memang cerewet nak beli kasut
huhu



pastu masuk la satu kedai ni
salesgirl ni buat tak heran jek dengan kita
maybe sebab kita pakai selipar jek kot
pastu baju kurung pun macam dah luntur warna kan
dia ingat kita tak mampu nak beli kasut dia
terus tak jadi nak beli..




sebelum ni pun pernah jadi kes tak dilayan ni
masa study dulu, masa tu pavillion kan baru bukak
budak tak ramai lagi nak melepak situ sebab tempat mahal kan
bukan macam sekarang dah, dah tak exclusive



time tu kita pergi dengan adik kita
intention sebab nak cari blazer dengan seluar hitam sekali
nak beli 1 suit la sebab nak pakai urgent kan



masuk la satu kedai ni
takde sapa pun layan
kita cari saiz sindri
kita dok terlompat-lompat nak turunkan blazer dia
salesgirl dia tengok jek
maybe sebab dia ingat kita takde duit
saja jek nak masuk buat sepah ke kan



bila kita dah jumpa blazer and seluar yang kita berkenan
terus la pergi kaunter nak bayar
apek cina sebelah kita, macam biasalah
bayar pakai kad kredit kan
kita ni mana mampu nak pakai kad kredit
bayar jela cash
tercengang jugaklah cashier tu kan
ingat kita ni miskin sangat ke tak mampu nak beli baju kat kedai dia
yela, kita pakai selipar kan..baju pun buruks
manada duit nak beli baju kedai dia kerja tu
taraf padini jela habis mahal pun kan


kesian orang macamni



dia ingat, bila orang pakai cantik-cantik tu
duit dia berkepuk-kepuk ke??


kalau orang tu pakai selekeh, dia takde duit ke??


ramai jek kawan kita dulu anak datuk, anak menteri
pakai selekeh jek
takde pun nak melawa bagai
selalunya orang yang tak berapa nak kaya ni yang lagi eksyen
konon aku paling kaya kat sini kan



so, bila sesetengah yang gitu
tu yang salesgirl punya mentaliti


if masuk kedai mahal, kena pakai kad kredit
if takde, tak layan


sian..



atleast kita bayar cash
takde hutang-hutang


kau tahu ke orang yang pakai kad kredit tu bayar barang kau
silap-silap haribulan bank tengah kejar suruh bayar hutang
silap-silap sikit lagi nak kena benkrupsi kan


alahai..



ok, itu jela nak cerita


bukan apa, geram jek..



kita ni pun tau, kalau takde duit takdenya nak masuk kedai tu
kita pun tahu tak mampu nak bayarlah



till then..



xx0x0..





p/s :berkedut kulit muka kita dok geram dengan salesgirl tu
haha







 

Tuesday 27 May 2014

prosedur borang nikah...



dear diary..


seperti yang kita janjikan
kita nak story mory sket pasal prosedur borang nikah ni kan
mana tau boleh dijadikan panduan buat bride to be yang tak prepare lagi borang nikah ni
dan jugak bagi guideline pada bride to be yang terpaksa berdikari buat semua sendiri macam kita ni..
hehe..

takpe, kita faham perasaan korang
sebab kita sendiri yang uruskan hal borang nikah
hal booking dewan apa semua
dan banyak lagi la
sampai dah tak ingat dah kan


mula-mula dulu masa nak isi borang
macam kelabu asap jek
tak tahu mana yang nak diikut
bila tanya membe-membe yang dah kawen, diorang pun tak tahu
sebab ayah masing-masing tolong uruskan
untungnya kan..
kita takde ayah dah
takde sapa nak tolong..
huhuhu



oklah, panjang sangat intronye ye..
=p



first of all, kita rasa bagi memudahkan kerja korang
korang pergi dulu kursus kawen
sebab nanti ustaz kat kursus tu akan cerita sikit pasal prosedure borang nikah ni
sebab kita rasa lain tempat, maybe lain cara dia kan
 lagipun, nanti kalau nak submit borang nikah tu
kena attach sekali sijil kursus kawen
so better korang pegi kursus kawen dulu nak memudahkan kerja kan



pastu, lepas dah dapat sijil kursus kawen
korang pergi la pejabat agama dekat kawasan rumah korang
macam kita duduk batu gajah
kenalah ambil borang dekat pejabat agama batu gajah
bukan dekat pejabat agama ipoh na

bayar singgit, pastu dapatlah borang
tapi untuk sebelah pihak jela..



 pastu, korang isilah details dalam borang tu
dan pegi buat HIV test sekali
sebab nanti keputusan HIV test tu kena attach sekali dengan borang nikah tu


korang kena pastikan belah lelaki settlekan borang dia cepat-cepat
sebab selalu seminggu pejabat agama ambil masa untuk proses borang dan keluarkan surat kebenaran menikah
mana tau tetiba orang nak sign tu hilang lesap kejap
dah lagi lambat nak dapat surat kebenaran tu kan
macam kes kita haritu, dari seminggu jadi 2 minggu
hangin jek
so, better korang settlekan borang nikah sebulan before majlis tau
takde nanti tak cukup masa nak serah itu ini
karang tak menikah pulak korang
huhuhu


lepas pihak lelaki dah setelkan borang dia
dia kena bagi dekat kita borang dia
sekali surat kebenaran menikah
sekali dengan HIV Test and sijil kursus kawen
sekali dengan salinan ic 2 keping


pastu, untuk borang kita pulak
kita kena jumpa tok kadi yang nak nikahkan kita tu
untuk dia sign dalam borang kita
sahkan kita ni anak dara ke, janda ke, duda ke, teruna ke kan


lepas dah setel perkara-perkara di atas


korang serahkan borang korang, sekali dengan borang pasangan dekat pejabat agama
untuk dia keluarkan surat kebenaran menikah bagi pihak korang pulak
proses ni kena bayar rm5


dalam masa seminggu pastu
korang dah boleh kutip balik borang korang dekat pejabat agama
dan serahkan pada tok kadi yang nak nikahkan korang nanti..


setel dah..


actually, nampak macam susah
memang susah sikitla sebab kalau pasangan duduk jauh-jauh,
payah nak travel hantar borang apa sume kan
kita tak berani nak pos
sebab takut hilang sijil kursus kawen asal tu ngan HIV test
tak ke mampus nak buat sekali lagi
masa dah suntuk kan
part tu jela yang mencabar sikit
yang lain ok kot
cuma korang berdoa jela banyak-banyak supaya pejabat agama kawasan korang tu buat kerja dengan pantas, tuntas, efisien kan
kalau slow macam siput sedut tu, tak boleh nak kata apalah



kita cerita ni based on my experience tau
kalau terlain tu, kita mintak maaflah
sebab macam kita cakap tadi, lain tempat, maybe lain prosedure



ada tempat yang kena interview dulu
ada yang tak



macam kes kita, takde pun kena interview..
lega..


hehe



oklah, kalau ade yang korang tak berapa nak paham
tanya jela eh
mana yang boleh kita tolong, kita cuba tolong
mana yang tak dapek, korang mintak tolong dengan yang lagi arif ye
=)



itu jek nak bagitau



tak sabar nak tunggu jumaat ni
mood kerja dah hilang
ingat cuti jek dah



ke sebenarnya kau ingat nak kawen yna??


kantoi..
haha



sape tak nak pikir pasal kawen kan
bukan manusia lah kalau tak pikir
=)



till then



x0x0..




p/s : tak tahu lagi esok and lusa dapat update blog ke tidak

korang doakan majlis kita berjalan dengan lancar ye

kita risau jugak ni sebab kita ni kan asal siap jek

huhu

 (saja p/s kalini buat tulisan saiz normal..=))




 

Monday 26 May 2014

4 hari lagi...


salam isnin korang..


harini agak macam punah harapan..
ingat semalam kita memang piala thomas
dapatlah cuti harini kan..
tapi tak menang..
kena kerja..
uwaaaa...



kita sekarang dah masuk zon malas nak pegi kerja
tadi peri court pun ramai tanya kenapa kerja lagi
kenapa tak mintak cuti seminggu jek terus
orang lain sibuk pergi spa la, manicure pedicure la
kita dok la pergi kerja



ate, nak buat cenggana kan
cutinya idak mandang
cukup-cukup la sampai nak cuti raya nanti
berkorban lah jiwa dan raga sikit
padahal badan ni memang terasa penat sangat..sakit-sakit pun ye..
sabar-sabar...sikit jek lagi
=)




progress persiapan??


mula-mula kita and mak ingat nak buat nikah dekat surau jek
sebab senang, takdelah beria nak kemas rumah bagai kan
sebab nak mengemasnye karang kita jugak
ape kelas pengantin baru terkengkang-kengkang angkat kerusi, bentang karpet ape sume kan
lagi pulak, kita memang malas la nak buat mini-mini pelamin ni
membazir la
even kalau nak diy pun, mesti akan kuar jugak duit tak banyak, sikit
kita dah malas nak kuar-kuar duit ni..
tabung ayam dah hancus lebur kena korek
hehehe



tapi masa pegi fitting baju sanding aritu dengan encik tunang
tetiba mak call cakap opah request suruh buat nikah tu dekat rumah



alahai, mulalah terasa down sikit
sebab sekarang pun banyak kerja tak setel lagi
hantaran satu apa pun tak usik untuk hias lagi
bilik tak berkemas lagi
kesimpulannya, hal-hal mengemas rumah ni memang banyakkkkkkkk lagi yang kena dibuat
pikir jek pun dah penat
belum kena buat lagi kan
sabau-sabau..sikit jek lagi
=)



oklah, nothing much nak say..

kalau rajin, nanti kita update lagi ye..
kita kan keja sampai khamis..
rilek, ader 3 hari lagi if kita rajin nak update
hehe



till then




x0x0




p/s : encik tunang message pagi tadi


4 hari lagi



so suweeeet
=)





Friday 23 May 2014

sepechless...


hi korunk..


rasa lama giler tak bersiaran ni..
haha


tengok..eja tajuk pun macam tak betoi jek dah kan..
sape yang rase tak reti nak bace tu
 meh kita bagi perkataan yang betoi


"speechless"


ha, paham dah kan??


ok, kita pergi kepada main topik..
ni pun kita taip laju-laju sementara nak tunggu 5.30
tak menyempat jek dah sekarang ni dengan kerja menimbun-nimbun
susah hati pulak next week dah start cuti kan
even tak lama, tapi kalau sehari pun kerja macam tak cukup tanah nak gali
ce tinggal dua tiga hari..memang masaklah nanti..
huhuhu


 sedar tak sedar
sekarang kita dah kira single number jek..


8 hari lagi menuju ke gerbang perkahwinan.
.


ecece..
haha



esok kita nak jumpa encik tunang..
seminggu lagi nak tukar title kan..


task for besok..


nak last fitting baju sanding..if ok, boleh ambik terus
first fitting untuk baju extra majlis bertandang
(mentang-mentang ade baju extra, kau baru nak pegi fitting yna..huhu)
pastu nak cari mende-mende remeh bagi melengkapkan lagi majlis

 duit keluar macam air jek kan bila nak kawen ni..


harap lepas selesai majlis, flow duit keluar tu tak macam sekarang dah la
kita bukan anak orang kaya lagi berada nak membazir-bazir kan
baju baru pun dah lama tak beli
i am so sad..
='(



borang nikah semua dah setel..
tunggu nak bagi dekat tok kadi jek


kita ingat nanti nak buat satu entry pasal prosedur borang nikah la..
especially pada b2b yang macam kita ni
semua kena urus from a to z sendiri
takde ayah nak tolong amik borang ke apa suma kan..huhu
muka ni la yang mengadap pejabat agama, pejabat itu, pejabat ini..


insyallah, if ade kelapangan nanti ok
mana-mana b2b yang nak kawen nanti, takdelah kelabu asap macam kita dulu kan..
sebab kita try google pun tak banyak sangat blog yang cerita details pasal prosedur..
tambah kalau nak kawen dekat perak ni
sebab lain negeri, lain prosedur kot..



oklah, jam dah menunjukkan 5.29
time to balik
kita rasa penatttttt sangat minggu ni setelkan hal ofis..
harap next week dah reda sikit lah
tidak makin stress kepala otak ni dibuatnya..



isnin ni ade kes dekat si exec M
tapi kita dah malas nak pikir
akan ku redahkan jek
lantaklah kau nak marah ke, maki ke..
kita try pikir



kawen..kawen..kawen..


haha..ok dak??


oklah kan..

dari stress pasai dia nak buat pa kan..



till then..


x0x0..



p/s : tak sabar jumpe encik tunang esok..
wiiii



-gatai-
=p



 

Tuesday 20 May 2014

lemau..


dear diary



lately ni mood lemau datang menyerang..


dia bukan malas..
tapi lemau..lembik..



dah dekat nak cuti kawen ni
makin banyak pulak la keje..
terkejar sana sini..
tak masuk kes mahkamah lagi..
penat gilos..



kadang-kadang
tengah-tengah buat file kes accident..
datang staf banking suruh cek dokumen dia
pastu bos pulak panggil nak itu ini
then bos suruh monitor staf yang buat conveyancing



super woman sangat kau yna
sume mende boleh buat dalam satu masa kan




memanglah boleh buat
tapi otakla rasa nak meletup ni..
nak kena pikir itu ini..
nak sembahyang pun macam tak tenang jek pikir banyak keje tak siap
nak pegi toilet pun kena pikir 5 kali
sian betoi la..



tambah pulak sekarang ni
encik tunang makin kerap cakap
suruh kita pindah penang lepas kawen
sekarang boleh la kita cakap tak nak kan..
minggu depan mana boleh nak lawan kata suami dah..
derhaka nanti
haha



 tahla,
malas nak pikir
sume mende nak pikir sekarang
rasa otak ni macam nak explode jek dah
ni pun hantaran tak deco lagi
slumber badak jek kan..
berapa hari jek lagi tinggal pun dah..
pengsan



ok, itu jela nak merepek..



susah hati pasal kes besok..
harap-harap boleh setel..
kalau tak boleh setel, kita nak close case jugak besok
i dah tak larat nak pikiaq lagi..



till then




x0x0..





p/s : 11 hari lagi...uwaaaaaa


Friday 9 May 2014

wedding cheklist - final


 dear diary..


dah jumaat..horayyyy..
maknanya tinggal lagi 3 kali jumaat dan kemudian kita bertukar status..


tak sabar..


haha..



bukan tak sabar apa..
tak sabar nak mengakhiri penderitaan menunggu persiapan yang tak siap-siap lagi kan..
huhuhu



oklah, kita nak kongsi last checklist kita sebelum tiga kali jumaat lagi jadi anak dara..

ayat..tak boleh belah..=p
haha

  
 
1. Wedding Dates

Nikah - 31 Mei 2014
Reception - 1 Jun 2014
Bertandang -7 Jun 2014


2. Venue

Nikah - Surau @ rumah (tak decide lagi)
Reception - Dewan Daerah Batu Gajah
Bertandang - Rumah encik tunang


3. Time

Nikah - Petang
Reception - 11.00 till 4.00 pm
Bertandang - 12.00 till 4.00 pm


4.  Theme Colour

Nikah - creme & white & silver
Reception - range of blue, yellow, cream & white
Bertandang -blue jugakss..=p


5. Wedding Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


6. Tudung/Veil

Nikah -Done
Reception - Done
Bertandang - Done


7. Shoes

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


8. Important Things

Jurunikah - Done
Henna - Done
Katering - booking done
Invitation Cards - Done - drafting process
Guests List - pending
Marriage Course (Bride) - Done
Marriage Course (Groom) - Done
HIV Test (Bride) - Done
HIV Test (Groom) - Done
Application Form (Bride) - Done
Application Form (Groom) - Done


9. MUA

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


10. Bridesmaid

Reception - pending
Bertandang - pending


11. Family Attires

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - Done


12. Rings

Bride - pending


13. Hantaran

Bride Side...
1.Baju Melayu - Done
2. Towel - Done
3. Sejadah & Buku - Done
4. Kek - pending
5. Kasut - Done
6. Sirih junjung - pending
7. Set Wallet & Belt - Done


Groom Side...
1. Baju kurung - Done
2. Kasut & Handbag - Done
3. Sirih junjung - pending
4. Cincin & Mas Kawin - pending
5. Manisan - pending


14. OP

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


15. Doorgift

Reception - Done


16. Bunga Pahar

Reception - Done


17. Handbouquet

Nikah - pending
Reception - Done
Bertandang - Done


18. Other Stuff

Signage - Done
Welcome Signage - Done
Corsage - Done
Centerpiece - Done
PA System - Done booking


19. Honeymoon

Date - pending
Destination - pending



bab honeymoon tu, rasanya kita kena hold dulu sampai lepas raya la kot..
sebab sekarang takde masa..
cuti kawen pun tak lama..
seminggu jek..
wuwuwu


balik-balik cuti kawen dah berderet kes menanti..
jadinya, memang setakat ni takdelah perancangan honeymoon yang betul-betul..
yang pre-honeymoon maybe adelah kot..
maybe..


ade pulak pre-honeymoon ye..
sapa ajar??
=p



bridesmaid..
hurm, kita tak tahulah nak mintak tolong sapa..
ada membe nak jadi, tapi kesian plak dia sebab ade baby..
nanti mana nak jadi bridesmaid..mana nak menyusukan baby kan..
jadi kita anggap tak dikira lah..
kalau terdesak sangat baru kita mintak tolong dia..
sebab bukan nak pakai sangat pun bridesmaid tu..
takat atas pelamin jek..
yang lain takpe, kita buat sendiri..


berdikari sungguh pengantin ni kan..
=p



bab cincin nikah tu..
kita serahkan pada encik tunang la dia nak beli pesen yang macam gane..
tak kisah pun sebab kita pun jarang nak pakai cincin..
rasa cincin tunang aritu pun dah cantik sangat dah..
walaupun takdelah mahal ribu riban kan..
tapi hati dah berkenan, cantik jek sentiasa..
hehe



hantaran, barang-barang kering tu setel dah..
tinggal barang-barang basah jek sehari sebelum nikah kita setelkan..
dah macam beli barang dapur la pulak kan..


keep it simple..yang penting tak membazir dan menyesakkan perut mak jemah ni nak keluar duit..



oklah, takde pape sangat pun nak cerita ni..
nanti kalau ada cerita hot-hot ke kita kongsi lah eh..


^^


till then..



x0x0..




p/s : mak suruh kita jahit langsir..
memang takkan la..
nanti tak jadi langsir..
jadi langsuir..
kuikuikui..