Friday 29 November 2013

hadiah buat encik tunang...


salam semua..


dua hari tak dapat nak bw..rindunya..
kerja super duper banyak..
sampai berpinar-pinar dah mata nak tengok pc..hukhuk..


dan pada semua yang bagi komen pada entry lepas..
tenkiu bebanyak kita nak ucapkan..
insyaAllah, selagi dalam bidang ini, mana yang baik, kita akan kongsikan..
mana yang buruk, kita cuba elakkan sejauh-jauhnya..
Amin..
and thanks for support..sangat-sangat menghargainya..


 *******************************************************************


encik tunang selalu mengadu pada kita lately ni..
actually daripada dulu ada jugakla dia mengadu..
tapi sekarang makin kerap..

mengadu apa??

dia mengadu dia selalu sakit kepala lately ni..


kenapakah encik tunang??
stress pikir pasal kerja ke pikir pasal kawen ni??

kita juga sebenarnya ada rasa bersalah dengan encik tunang..
tapi pasal apa, itu biarlah rahsia..
tak dapat nak kongsikan dekat sini..
hal-hal dalam kelambu kata orang..kehkehkeh..


disebabkan nak menghilangkan sedikit rasa bersalah..
dan juga rasa sayang dan cinta yang teramat mendalam pada encik tunang..perghhh..geli tekak dengar..hehe
kita nak buat suprise dekat encik tunang..
tapi tak berapa nak suprise..
kenapa???


jap lagi kita cerita..=)


memandangkan encik tunang selalu mengadu sakit kepala..
maybe dia stress pasal kerja dan kerja kawen sebab sekarang kitaorang dah jarang nak wassup..masing-masing bz..lepas maghrib baru dapat nak pegang handpone..huhu..
dan maybe jugak dia penat sangat sebab kadang-kadang bila tengah wassup, dia senyap terus..tido letew..hewhewhew..
jadi sebagai salah seorang shaklee's distributor..
maka kita kena ambil peluang sebagai shaklee's distributor untuk membahagiakan orang yang tersayang..=)


sejak tengah bulan haritu, kita dah start research pasal satu produk shaklee ni yang mampu melegakan sakit kepala, migrain dan juga baik untuk yang mengalami stress atau tekanan..

apa dia??


B-Complex Shaklee..





Vitamin B-Complex ni merupakan gabungan daripada beberapa vitamin larut air. B-Complex Shaklee ni terdiri daripada

B1(thiamin)
B2 (riboflovin)
B3 (niacin)
B5
B6 (pyridoxine)
B12 (cobalamine)
Folic acid
Phanthothenic acid
Biotin


Setiap komponen dalam B-Complex Shaklee memiliki fungsi yang khusus. Vitamin B Complex membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh badan dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


apa lagi kebaikan atau kepentingan lain vitamin B Complex ni terhadap tubuh badan kita???


>> membantu untuk mengekalkan tisu otot yang sihat, saraf, kulit, mata, hati, rambut dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro

>> terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan

>> diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu ia dapat membantu mencegah anemia

>> membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan

>> membina rambut yang sihat dan mencegah uban

>> membantu dalam merawat alergi dan menyembuhkan luka

>> membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia,  membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan dan melindungi daripada keracunan plumbum

>> Folic acid dalam B-Complex Shaklee merupakan vitamin B9 yang sangat penting bagi wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Tujuannya adalah untuk membentuk saraf tunjang bayi bagi peringkat awal kandungan disamping sebagai agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam badan

>> Folic acid dapat membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun yang penting sekali adalah Saintis telah memastikan bahawa folic acid membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi



ha, bila tengok je apa fungsi B-Complex shaklee ni..
yang paling tertarik adalah kurangkan stress, mengatasi keletihan, dan anti tekanan tu, terus automatik dalam hati cakap..

kena bagi encik tunang cuba ni..


apalagi..aritu terus la order online dekat encik tunang..





actually, kita tak pernah order online..
sebab selalu pegi branch beli je terus then poslaju sendiri..dekat je dengan ofis..
ni saja jela nak try-try..sebab petang tu dah malas nak keluar..
nanti kang payah dapat parking..
kekdahnya pastu pun sebab nak bagi suprise kan..
kalau shaklee sendiri yang pos, dia akan letak dalam kotak..so saja nak bagi encik tunang terkejut..


sekali..


encik tunang msg..


syg, ada buat transaction dengan shaklee ke??
apasal abg dapat msg gini..


....
...
..



alamak, kantoi sudah..
tulah, salah sendiri jugak..yang pegi taruk no handset dia buat apa..
confirm-confirm la shaklee inform..


dah tak jadi surprise..


sedey.. =(


tapi takpe..
yang penting encik tunang tahu niat suci murni kita ni..
nak bagi dia sihat..tamau sakit-sakit..
nanti sapa yang susah hati??? kita jugak..
ecece..=p


dan pada korang..
kalau dah tak tahu nak bagi adiah apa pada kesayangan korang..
apa salahnya bagi supplement macamni..
dari asyik bagi baju jam kasut jek..
atleast, bila bagi vitamin macamni, kesayangan korang makin sihat..
dan diorang pun makin bertambah sayang dan terharu..
sebab ada jugak yang ambil berat pasal kesihatan mereka..


jangan takut eh kalau order dengan kita and nak bagi adiah pada someone..
kita akan uruskan siap bagi mini kad ucapan lagi..
korang boleh request nak letak ucapan apa..=)

dan jangan risau jugak..
i wont make the same mistake macamni..
kita akan balut baik-baik punya hadiah korang tu okeh..
supaya kesayangan korang lagi gumbira..
dan sayang korang ketat-ketat..
hehe..


email me at teddie_talez87@yahoo.com

or wassup 017-3574853 laju-laju okey..

special price pada siapa yang beli dengan kita..
dan free consultation seumur hidup..weeeee


btw, encik tunang happy gila kita adiahkan B complex ni dekat dia..
sampai buat kita rasa seronok jugak..

seperti berada di awang-awangan..
sebabnya..


dia sayang kita ketat-ketat jugak..
hehe..=)


till then..


entry gatai pulak kan..haha..


x0x0..


p/s : nothing can make u happy when u see ur love one happy too..
eh-eh macam salah grammar jek..abaikan..=p


 dekat diri sendiri pun tak beli lagi B complex ni..gaji dah clear harini..laju-laju pegi branch beli untuk diri sendiri pulak..


 

Wednesday 27 November 2013

best ke??hakikatnya...


salam semua..

orang lain setiap rabu mesti ada wordless wednesday..
tapi kita hari-hari banyak jek menda nak cakap..
hehe..
mesti bosan kan korang..


*********************************************************


pernah la dua tiga orang tanya..
seronok ke jadi lawyer..
kita nak cerita hakikat yang sebenar..
sebab orang ingat profession ni glamour..banyak duit..kaya..kerja senang..
tapi semua di atas tidak betul..
melainkan seseorang peguam tu hanya nak cari publisiti dan kejar duit semata-mata..
maka dia tergolong dalam golongan diataslah..


well said..bukannya nak riak ke apa..
just sebagai catatan harian..
kot-kot satu hari nanti kita dah tak jadikan profession ni sebagai satu kerjaya..
at least, akan ada kenangan..
pada masa tersebut, mesti akan terimbas kembali..
oh..macamtu perasaan aku suatu masa dulu..


ini hanyalah based on my true experience selama hampir 3 tahun berada dalam bidang ni termasuk dengan chambering selama 9 bulan..
wah, nak dekat 3 tahun ye..pejam celik pejam celik jek..
tak sangka mampu harungi jugak..=)


1. betul ke glamour??

kita selalu pikir, mesti best jadi cikgu..sebab cuti banyak..tapi pada siapa yang jadi cikgu..mereka rasa tak best sebab pbs..=p

kita selalu pikir jugak..bestnya jadi doktor..gaji banyak, even kerajaan mahupun swasta..tapi hakikatnya mereka sentiasa on call dan tiada masa untuk family..

kita pikir jugak, bestnya jadi jurutera..hebat jek bunyinya..gaji pun mesti masyuk..padahal mereka berkerja dalam panas, hujan, kilat, ribut, salji..eh manada salji..ngeee


samalah jugak dengan kerjaya kita


kerjaya ni taklah seglamour yang korang sangkakan.. 
nampak je macam hebat, macam best..tapi tidak sebenarnya..
melainkan peguam yang selalu masuk tv tu, diorang glamour la sebab disamping mencari publisiti, itu salah satu cara mereka buat marketing..
kami hanya orang biasa yang masih buat kerja biasa..
selalu sangat stress dengan kerja..
pagi pegi mahkamah, balik ofis kena siapkan paperwork untuk kes-kes berikutnya..
kadang-kadang kalau nasib tak baik, lepas lunch pegi mahkamah balik..
kerja seorang peguam banyak menunggu sebenarnya..
kita pernah ada satu kes je tunggu dari 9 pagi sampai 1 ptg, baru kes panggil..padahal just nak ambik tarikh yang tak sampai 2 minit pun jumpa pendaftar..
memang sakit hati, memang azab, memang penat..sebab banyak masa dah terbuang..
bila balik ofis, keje lain plak menunggu..kadang memang stress..
tapi lama-lama alah bisa tegal biasa kata orang..
tapi bila mood tak betul tu, hangin satu badan la jugak..badan sakit menunggu..kaki lenguh berdiri..
itu glamour?? tidak pada kita..
kalau tak bersabar, tak payah jadi lawyer..


seorang lawyer ni ibarat orang tengah kepada pihak yang bertelagah..
sebenarnya, ia komunikasi 5 hala..
lawyer plaintif, plaintif (orang yang menyaman), lawyer defendan, defendan (orang yang kena saman) dan mahkamah..
lawyer plaintif harus kena ikut cakap client dia..
lawyer defendan pun ikut cakap client dia..
dah kang sorang nak ini, sorang nak itu..
tapi end of the day, mahkamah bagi keputusan lain..
yang kena marah siapa??
lawyer jugak..


client ni soalan feberet diorang..
berapa peratus kes saya boleh menang..

sebagai lawyer..kalau kita tengok dia salah seratus peratus, takkan nak cakap tak boleh menang langsung..mau kena hempuk..
dan kalau kita tengok kes dia memang boleh menang, tapi tetap jugak cakap 50-50..

sebabnya..

kita rasa kita boleh menang..lawyer memang boleh hujah itu ini..
tapi akhir hari, hakim yang akan bagi keputusan..
dan kalau kita bermati-matian kata kes kita bagus..boleh menang 100%..
tapi kalau hakim bagi keputusan sebaliknya..mana nak letak telinga ni..
 confirm-confirm kena marah dengan client..

client ni bila menang, dia puji la melangit lawyer dia..
tapi bila kalah, dah tak ingat dah jasa-jasa kita pada dia yang bersengkang mata ngadap pc ni buat research itu ini, nak membaca lagi, nak paham lagi..nak itu nak ini..
sapa yang pernah ambik subjek law, tak kira la company law ke, business law ke, mesti korang tau macamana hazabnya nak baca kes kan..

kita ni pun takat 5 minit jela boleh baca secara khusyuk..lepas tu otak dah menerawang ke lain..

sebab bosan ya amat kot..
lepas tu tak paham..
kena baca 2 3 kali baru nak paham..
dah kalau kes tu tebalnya 30 pages..
tak ke mampus..baca tengah lupa depan..
baca belakang lupa tengah..
ate macamner??=p


client ni pulak terbahagi kepada beberapa perangai..

1. yang tak banyak songeh dah bayar on time
2. yang tak banyak songeh tapi tak bayar on time
3. yang banyak songeh tapi bayar on time
4. yang banyak songeh tapi tak bayar on time
5. yang banyakkkkk gile songeh dan tak bayar terussssss


yang no 1 dan 3 boleh tolerate lagi..
tapi yang perangai 2, 4 dan 5, adoi...botak kepala mak ni nak ikut perangai koranglah...


client kes sivil, diorang okey sikit sebab diorang ada masalah dan nak saman orang..so diorang treat kita elok-elok..sebab bodek la nak kes menang kan..
menang oklah, cuba kalau kalah..memang mampusla..

tapi kalau client conveyancing aka beli rumah @ hartanah, yang ni mostly memang takkan respect kau sebagai seorang lawyer..
sebab diorang rasa (kononnya) diorang banyak duit ni nak beli rumah tanah bagai..
so diorang akan eksyen la even dengan lawyer yang humble ni pon..=p
arah kita itu ini macam kuli dia..
ingat aku nak ngadap file ko jek..file orang lain tak payah tengok..
dan dia ingat dia dah bayar kita mahal-mahal (sebab fee beli rumah dia ada scale..lagi mahal rumah..lagi mahal fee..yang ini memang dah ada dalam akta ye..jangan kata lawyer suka suki letak harga) boleh nak arah kita macam-macam..
kol 24 jam macam kita ni takde life..
maki hamun kita kalau lambat..
helo, ingat buat file conveyancing ni macam makan kacang ke??
nak deal dengan bank (bagi yg buat loan dengan bank) atau nak kena deal dengan bahagian pinjaman perumahan (kalau loan gomen)..ingat diorang tu pun senang je ke nak bagi feedback..
paling awal nak setel pun 3 or 4 bulan..
tapi kalau loan gomen paling awal 6 bulan itupun kalau takde masalah berbangkit..
so, jangan expect harini buat loan, next month dah tukar geran..
kalau nak gitu, pegi buat sendiri..and good luck..


lain cerita dengan client sivil..
diorang ingat harini saman, esok lusa dah tau boleh menang..
mahkamah ade prosedur kot..kena ikut satu-satulah..
mana boleh nak harung jek..
tambah sekarang filing dokumen pakai sistem..
kalau haritu sistem down, nak filing dokumen ape..tunggu lagi..


so, please la jangan la kata i tak buat kerja..
sedih tau..
yelah, kadang-kadang kita dah buat all out..
tapi client still kata kita itu ini..
sape tak terasa..
apa guna sakit-sakit kepala stress sampai tido pun termimpi-mimpi kes engkau..
tu pun kata kita tak bagi komitmen..
gitu, pegi jela mahkamah sendiri..lawan sendiri..
tengok boleh menang ke tidak..



 2. kaya ke jadi lawyer ni??


frankly speaking..tak kaya pun..
hatta orang yang kerja operator kilang lagi kaya daripada lawyer..
sebab kami tak boleh claim OT..
buatlah kerja 24 jam kat ofis ni tak nak balik-balik..
memang takde OT..
kalau boss kaya la..setakat legal assistant ni??
tak kaya mana..lepas  bayar kereta, ptptn, minyak dan makan sebulan..
and dapat la bagi mak duit belanja sikit..
nak shopping branded-branded??jangan berangan..

sebenarnya profession ni ada 3 ranking..

senior partner (boss besar)
partner (boss kecik)
legal assistant (kuli) and itulah kita..=(


kalau senior partner dengan partner kayalah..
gaji sebulan mau ber k-k
takat legal assistant ni kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..
jadilah, daripada tak dapat makan langsung..


jadi boss pun seronoklah jugak..
kalau kes depan hakim garang, dia malas pegi, dia tolak la pada legal assistant..
biar LA ni yang kena bambu..
kalau kes susah-susah dia malas nak baca or buat..
dia bagilah jugak dekat kita..biar kita ni terkangkang2 nak research bagai..
yela, kita kuli dia boss mana setaraf..
ini masa firm lama dulu la..


sekarang ni pulak, otak kita ada 4 bahagian..

satu bahagian banking
satu bahagian accident
satu bahagian sivil
satu lagi bahagian conveyancing..

pagi-pagi dah pegi court..
balik ofis tengok paperwork untuk 4 kes yang berlainan yang mana semuanya dokumen adalah berbeza..
tak rasa nak muntah..tak rasa nak gila..
itu nak ingat ini nak pikir itu nak alert..

tu pun staf perli lagi, ngadu dekat bos..
kita tak stay up buat OT tolong diorang..
helo, korang tu dah la tumpu satu bidang jek..
kita ni 4 menda nak kena tengok..
ingat otak kita ni macam ETS ke..laju jek..huhuhu..

sabar jela..


apalah yang seronok bila tolong selesaikan masalah orang then kita kena maki balik
apalah yang seronok tiap-tiap hari kena pakai baju hitam putih..bosannya..
apalah yang seronok buat kerja sampai nak pengsan tapi hasilnya tengok dalam bank, aduhai, nak menangis tengok baki duit yang tinggal..
apalah yang seronok kena marah dengan hakim, kena marah dengan client, kena marah dengan orang itu orang ini..
apalah yang seronok bila selalu sangat kena tebalkan muka sendiri merayu-rayu minta client bayar fee macam pengemis padahal orang lain yang kaya raya..
apalah yang seronok kalau sentiasa kena hidup dalam keadaan berjaga-jaga sebab bila ada orang/client yang tak puas hati dengan kita, macam-macam dia boleh buat..=(


tapi sebenarnya..


kita jumpa ramai orang..kita kenal setiap peringkat golongan manusia..
daripada yang dipandang mulia, sehingga yang dipandang hina..
everyday belajar benda baru..walaupun susah, at least satu masa nanti kita akan apply dalam kehidupan kita..
takde apa yang menggembirakan seorang peguam bila client dia menang..ingat client je ke seronok..kami pun tumpang seronok jugak tau..dan bila kalah, kami pun tumpang sedih jugak..
takpelah takde duit yang melimpah ruah..percaya satu hari nanti akan ada rezeki..insyaAllah..=)



kita pernah ada dengar senior-senior lawyer bercerita 
yang buat kes criminal..

diorang cakap..

kadang-kadang tak berani nak makan dekat restoran
sebab takut keluarga client diorang (org kena tuduh OKT) datang serang

kalau diorang nak makan dekat luar pun..
mereka akan duduk dekat bersandar dekat dinding..
supaya mereka boleh tengok keadaan kedai..
buatnya ada orang tembak or pukul dari belakang..naya..

pernah juga dengar cerita..
keluarga OKT siap datang ofis bawak parang golok bagai pegi serang..
sebab OKT kena tahan dalam lokap tak dapat jamin keluar..
seramnya..

patutlah lawyer criminal banyak yang ada bodyguard..
to protect themselves from any harm and threat..=(


so please tolonglah hargai kami sedikit..
jangan nak cop makan duit buta saja..charge fee mahal-mahal tapi tak buat keja..

maybe ada firm yang begitu, tak dinafikan..
tapi bagi kami yang kuli ni bertungkus lumus buat kerja siang malam hari keja hari minggu..
tak kira sakit kepala sakit hati stress bagai..
 tak masuk termimpi-mimpi kan kes lagi..bila bangun pagi jadi trauma sebab kalau mimpi buruk, takut jadi kenyataan then nak explain dekat client macamana pulak..

kami tak mintak para client sanjung kami puji tinggi melangit..

cuma, adalah sedikit kesabaran, berilah kami masa dan jangan nak mendesak..
sebab kami pun manusia jugak..punya hati punya perasaan..
tak semestinya bila kata saya lawyer, sume menda saya tahu..
saya pun masih belajar..banyakkkkk lagi menda yang memang tak tahu..
dan bila saya cakap saya tak tahu means saya betul-betul tak tahu..
bukan kedekut ilmu..


macam panjang sangat merepek..huhu..
emo plak..


berbalik pada ayat atas mula-mula tadi..

 ya, kita tak harap pun nak stay dalam bidang ni forever and ever..

sampai satu tahap bila hati dan otak ni kata cukup..
then i'll quit..
do something that i loveeee to do..
dari buat menda yang orang tak pernah nak appreciate sikit pun usaha kita..


so, i memang takde misi dan visi untuk menjadi seorang partner nor senior partner..

apatah lagi membuka sebuah firm sendiri..

diyana & partners???


mungkin takkan terjadi..
but no one know..=)


till then..


xoxo..


p/s : hari hujan, patutla emo sikit..haha
salahkan hujan pulak







Tuesday 26 November 2013

wedding cheklist part 1...


hai korang..

memandangkan harini takde nak celoteh apa sangat..
sebab otak tengah berserabut..
kita just nak share apa yang sudah dibuat dan yang belum dibuat lagi..


kalau tengok ticker kat bawah..
kita still ada 6 bulan untuk settlekan semua..
hopefully sempatlah kan..
sebab sekarang nak setelkan satu menda pun berjaman-jaman..
huhu


lets cekidaut.. 


1. Wedding Dates

Nikah - 31 Mei 2014
Reception - 1 Jun 2014
Bertandang - pending


2. Venue

Nikah - Surau @ rumah (tak decide lagi)
Reception - Dewan Daerah Batu Gajah
Bertandang -


3. Time

Nikah - Malam (hopefully)
Reception - 12.00 till 4.00 pm
Bertandang -


4.  Theme Colour

Nikah - creme & white & silver
Reception - range of blue, yellow, cream & white
Bertandang -


5. Wedding Attires

Nikah - Done (beli sajo)
Reception - pending
Bertandang - pending


6. Tudung/Veil

Nikah - pending
Reception - pending
Bertandang - pending


7. Shoes

Nikah - pending
Reception - pending
Bertandang - pending


8. Important Things

Duit Hantaran - pending
Mas Kahwin - pending
Jurunikah - pending
Hantaran - pending
Henna - traditional one..consider done
Katering - booking done
Invitation Cards - pending
Guests List - pending
Marriage Course (Bride) - pending
Marriage Course (Groom) - pending
HIV Test - pending
Thalassemia Test - pending
Application Form (Bride) - pending
Application Form (Groom) - pending


9. MUA

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


10. Bridesmaid

Nikah - n/a
Reception - pending
Bertandang - pending


11. Family Attires

Nikah - free
Reception - pending
Bertandang - free


12. Rings

Bride - pending
Groom - pending


13. Hantaran

Bride Side...
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


Groom Side...
1.
2.
3.
4.
5.


14. OP/OV

Nikah - Done
Reception - Done
Bertandang - pending


15. Doorgift

Nikah - n/a
Reception - pending


16. Bunga Pahar

Reception - pending (in progress-diy)


17. Handbouquet

Nikah - pending
Reception - pending
Bertandang - pending


18. Other Stuff

Signage - pending
Guest Book - n/a
Photo Booth - n/a
Photo Canvas - n/a
Welcome Signage - pending
Corsage - Done
Centerpiece - on progress
Candy Buffet - n/a
Kompang - pending


19. Honeymoon

Date - pending
Destination - pending



kalau nak ikotkan cheklist ni..
yang penting-penting macam katering, op, dewan semua dah setel..
cuma tinggal perkara yang kecil-kecil tapi juga perlukan perbelanjaan yang banyak..still pending


takpelah..kita kayuh pelan-pelan..
jangan stress-stress..
nanti kulit muka jadi makin teruk balik..
sebab sekarang ni, kita dah mula berpuas hati dengan kesan produk shaklee..

eh, tetibe terlari tajuk..apakah???


till then..


x0x0..


p/s : jeles tengok sorang classmate dulu ni..dari dia kawin, beranak, bercerai, bertunang dan nak berkahwin balik..senang jek flow tu..
takde nak pikir masalah kewangan ke apa..
rezeki dia..dan maybe sebab dia anak vvip berstatus menteri..siapakah??
rahsia..=)






Monday 25 November 2013

DIY : corsage for families..


salam semua..


semoga harini baik-baik saja..
kita pagi-pagi mood dah ting tong..
sebab hal malam semalam..
tambah kes pagi ni dengan seorang senior lawyer yang ramai orang tak suke..
lagi menambahkan mood ting tong..
dan lebih teruk..keputusan kes not in our favour..
redha jela..=(


tinggalkan sekejap pasal mood ting tong tu..
sebab kalau dilayan nanti makin menjadi..

kita nak share diy buat pertama kalinya dekat blog keshayangan kita ni..
walaupun tangan ni memang tak kreatif dan berseni langsung..
tapi nak juga mencuba..
sekurang-kurangnya ada usaha, yang paling penting menjimatkan kos..
yang tu i like sangat..=p


sebenarnya, dari mula-mula dah setel down pasal nak kawen
terlintas dekat hati ni nak buat sendiri corsage untuk families..
sebab material dah ada..
kita try google sana sini nak cari design yang senang untuk tangan yang tak berseni ni..
luckily, found this one..




ada sedikit mengelat ye disitu tak tunjuk tutorial yang habis..
sebab felt rose yang kita buat tak sama saiz..
beso ade kecik ade..
almaklumlah, tangan tak berseni..
janji jadi sudah..ni pun berapa kali try error tau..haha



buat bentuk love then wassup dekat encik tunang..romantik tak i..haha




memula ingat nak buat satu kaler jek..
tapi sebabnya kain felt yang ada tu bermacam-macam kaler..
so why not kite campurkan jela semua kaler tu..lagi meriah kan..
<<sebenarnya malas nak beli kain felt lagi sebab kekdahnya sekarang nak guna saja apa barang yang ada tanpa menambahkan lagi kos sampingan>>
tapi, hasilnya lawa jugak..puji diri sendiri ye..
tunggu..


dah siap bunga rose ni..
takkan nak kosong gitu je kan..
so, kita start buat base dia..
dan juga daun..




 base bentuk bulat





lepas potong bentuk daun, kita jahit jelujur tengah dia bagi efek urat daun sket..
kalau korang tengok dekat-dekat jahit jelujur tu, pengsan kot..
jahit jelujur pun tak lepas..ngeeee









amik base dengan daun tu..
letakkan gam uhu dekat setengah base..then tampalkan daun tu atas tempat yang dah letak gam..


 



pastu, lekat la bunga pulak..
kena pandai-pandai adjust la tang sini sebab bunga kita tak sama saiz..huhu
asal boleh lekat atas tapak tu syukur jela..
sila abaikan buku shaklee tu ye..kita main amik mana yang dekat dengan kita je time tu..hehe


 


 tada, siap dah..





ni mukadimah je 4 baru..
actually dah siap semua tapi tak suprise la tunjuk semua kan..hehe..
oh lupa, belakang base tu jangan lupa lekatkan pin ye..
kita tak beli lagi pin tu, so tak dapat nak tunjukkan..


nak buat benda alah ni ikut kreativiti korang je..
mix and match kaler..
mana yang cantik gabungkan jek..
tapi kesian la jugak dekat sapa yang pakai menda ni nanti..
tak berapa nak cantik and kemas kita buat..
maafkanlah ye..ini je i mampu buat..
ikhlas daripada hati..itu yang penting tau..=)


tapi kalau korang punya tangan jenis berseni..
apalah sangat diy rose felt ni kan..
simple sangat..so boleh buat yang lagi susah..
kita buat menda ni pun 3 minggu baru siap..
sebab sabtu ahad baru buat..itupun buat sikit-sikit sambil tengok tv..
at last siap jugak..=)


kita tanya dekat mak, nanti veil nak jahit sendiri jela manik lace semua..
last-last mak cakap gini..


nanti kang tah apa-apa kamu jahit..tah ape fesyen jek jadi..herot berot jahitnya..lain suruh buat, lain kamu buat..


see, kan dah cakap i tak pandai jahit..

so, lupakan jela nak diy veil sendiri..
beli saja sudah..
mak sendiri pun tak sokong anaknya nak buat sendiri..hoho


yelah, dah jahit jelujur pun besar kecik besar kecik..

=p


till then..


x0x0



p/s : bila cerita pasal kawen-kawen, mood jadi baik..magik